Sindarela Idaman

Download mp3 OST Sindarela
Amylea – Sindarela (akustik version)
Bau – Warkah

Pagi tadi Khai sampai kampus dalam pukul 8:30 pagi. Masa nak parking motor tu, perasan ada satu kawasan dalam Universiti yang dah jadi tempat ramai orang sarapan pagi. Ada payung-payung macam kat pasar malam tu.Khai bajet, LUCT nak bukak satu warung murah kat dalam kawasan Universiti ni kot. Wah gempak!.. Bila tengahari tadi, usya-usya kat tempat tu, rupanya ada satu produksi drama tengah shooting. Korang rasa drama ape yang diorang tengah shooting kat Limkokwing University tu? Tak lain tak bukan, Lestary setiap hari selasa jam 9 malam di TV3, Sindarela. Sumpah Syarifah Armani berdiri depan Khai. huhuhu. Sumpah jugak dia memang comel. Comel gile rasa nak geget-geget. Aiseh, semalam Acha Septriasa, harini, si Zoela ni plak.

justkhai_nieza_with_armani.jpg
Sempat juga nengok diorang shooting. Nengok krew produksi Sindarela bertungkus-lumus tak kenal erti penat menarik hati Khai untuk melekat di situ selain ingin melekat bersama Syarifah Armani. Terus-terang Khai katakan, rasa benci dan meluat Khai kat dia tiba-tiba lenyap macam tu je. Benci pun korang pun tahu kenapa kan? macam-macam angkara yang dia ni buat. Saya nampak bodoh bila bercakap dalam bahasa melayu la, botakkan kepala sampai licin la yang cukup membuat kontroversi satu arena hiburan negara. Tapi rambut dia sekarang yang macam korang nampak dalam cerita Sindarela tu betul-betul mencairkan kahak di tekak. Meleleh beb. Oh Sharifah Armani, sudikah dikau menjadi pacarku? haha. So harini, N73‘ku ini telah memecah rekod menangkap gambar artis. Nengok Nieza tu, kemain lagi.

Scukz.Com kembali Online?

Petang tadi bila Khai check inbox kat Myspace, ade dua orang budak Scukz beritahu yang Scukz dah ok. Khai ingatkan diorang main-main. Bila Khai cuba, eh dah OK la. Apa kena dengan CGYhost ni? So Khai gi kat main website dia, nengok ada satu announcement di situ yang betul-betul membuatkan Khai tak faham. Mereka mengatakan yang mereka memohon maaf atau masalah sejak kebelakangan ini kerana proses pemindahan server ke Cyberjaya sedang dijalankan. Aik, kenapa tak beritahu awal-awal? Kenapa mereka tak email’kan tetapi sanggup bernanah telinga menanggung sumpah-saranah dari customer dan yang tiada kena-mengena. Khai bertanya dengan seorang ex-staff CGYhost mengenai notis tu. Dia jawab, itukan notis yang dah lama ada kat sane. Heh, amik ko Khai. Which mean, CGYhost still sama dan Scukz boleh online balik mungkin sebagai satu keajaiban untuk sesiapa yang berada di dalam CGYhost, untuk backup data secepat mungkin.

Road block Oh

Haha, selama dah ada motor ni, Khai selalu pikir bila la nak ade road block. Saja nak ngetest power. Ape taknya, sebab takde benda yang perlu ditakutkan. Motor pon standard, lesen ada, road tax ada, side mirror dua dua ada. Kalau kene saman gak tak tahu la nak cakap. So ditakdirkan, petang tadi masa balik kelas, ade road block kat flyover highway KL – Putrajaya. Kereta semua lepas, sampai motor je, dia suh pi tepi. Hampeh! Mintak lesen boleh terkasi plak lesen L awek (saja Khai simpan Nieza punya). Mampos kene berdekah ngan polis tu. Haha. Then dia cakap kamu ni bila nak amik lesen P. Khai cakap nanti incik lepas saya abis final semester ni. Then dia tanya lagi apesal kamu tak tampal L kat motor kamu ni. Khai jawab, incik tak nampak ke punye besar L tu. Hahaha.. otai jugak aku walaupun tak tahu kenapa tangan terketar-ketar abis masa nak masukkan lesen dalam wallet. Pengalaman pertama diriku di tahan polis. Yay!

Internship

Khai di’rekomen’kan oleh seorang lecturer untuk buat internship di Go International Group, Damansara. Rasa berat sikit nak tolak sebab ni lecturer yang rekomen’kan. Masalahnya sekarang kat Damansara. I hate Damansara. Tapi nengoklah camana nanti. Kalau tak jadi praktikal kat Limkokwing ke, Khai pergi lah sana. Nengok portfolio diorang pun sangat OK. Nieza awal-awal dah tak kasi, sebabnya, malaslah Khai nak cerita.. Sebab merepek sangat..

Rosak

Kad Maybank rosak. Damn, tak boleh keluar duit dari semalam. So tadi buat pertama kali’nya sejak Khai dilahirkan, Khai berdikari sendiri seorang diri. Merentas Cyberjaya untuk ke Maybank nak apply kad baru. Alhamdulillah semua’nya selamat. Lihatlah akak-akakku, adikmu kini sudah pandai berdikari. Hihi.. Tapi hanya kerana semangat 125zr itu masih ada.

Psstt: Isk, kalau Nieza dengan Armani dah sama tinggi, itu bermakna, Kalau Khai khawin ngan Armani nanti, tinggi dia hanyalah pada paras bahuku. Haha, indahnya mimpi malam ni.

Ditulis pada 2:03 AM 27 February '08 dan pastinya oleh . Siape lagi? | 625 views | Dalam kategori: Hiburan | Tweet This!

Eat This Google!: , , , , , ,


RSS feed | Trackback URI

42 Comments »

Comment by hafreze
2008-02-27 03:08:05

aik, dieorg kata notis dh lama ade?..slame ni mmg tk leh msuk ko cgyhost tu. aku try kot..tkkan laa..impossible. aku rs dieorg nk kaver jer kot…

..
Comment by Khai
2008-02-27 04:32:44

camne nak perasan kalau dia asib down je.. ni tetiba scukz leh masuk, so cgyhost pon leh masuk.. bila masuk je baru nampak ade tulis camtu.. hurmm..

yg khai tanye tu ex-staff cgy.. hurm.. dia la cakap menda tu dah lama ada.. before kes down yang berpanjangan tu lagi.. thats mean, diorang mmg ngah problem yg besau lagi la… sian dorang..

huhuhu…

..
 
 
Comment by Khai
2008-02-27 04:58:46

neway, ni annoucement yg CGYhost buat tu… check check, rawk rawk!!
__________________

Notis Gangguan Perkhidmatan Dan Proses Pengalihan Pusat Server Ke CFS Internet Exchange Cyberjaya

Pelanggan yang dihargai,

Pihak kami ingin memohon maaf atas segala kesulitan dan gangguan rangkaian yang dihadapi oleh rangkaian kami sejak kebelakangan ini. Pihak kami ingin memaklumkan bahawa pusat server kami sedang mengalami masalah serangan DDoS dan SPAM yang tidak terkawal. Peranti keselamatan sedia ada juga tidak mampu untuk mengawal serangan-serangan yang dilakukan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab ini. Masalah-masalah ini telah menyebabkan laman web dan pelayan yang dihost di dalam rangkaian kami tidak dapat diakses.

Sehubungan dengan permasalahan keselamatan rangkaian yang berlaku ini, pihak kami sedang menguruskan proses penukaran pusat pelayan kami ke pusat pelayan baru di CFS Internet Exchange, Cyberjaya. Untuk makluman para pelanggan, pusat pelayan baru ini akan dilengkapi dengan beberapa ciri keselamatan yang mampu menangkis serangan DDoS dan mengawal keluar masuk emel ke rangkaian kami bagi mengelakkan daripada serangan SPAM. Selain itu, pihak kami juga menggunakan beberapa talian sokongan bagi menjamin masa hidup rangkaian kami pada tahap 99.999%.

Berikut adalah ciri-ciri pusat server baru kami :

• Jaringan Internet Dengan 2 Jaringan Sokongan
» 2x 15Mbps TMNet (Talian utama).
» 1x 2Mbps Jaring (Talian sokongan 1).
» 1x 1.5Mbps SDSL Streamyx (Talian sokongan 2).

• Rangkaian Tahap 1 – Dilengkapi dengan Juniper SSG550
» Menapis serangan DDoS dari melepasi ke rangkain kami.
» Mengawal aktiviti keluar masuk emel bagi mengelakkan serangan SPAM.
» “Deep Inspection” untuk mengawal serangan berbentuk applikasi.

• Rangkaian Tahap 2 – Barracuda Load Balancer 440
» Mengimbang rangkaian kami daripada beban trafik lampau.
» Tapisan kedua sekiranya serangan DDoS berjaya melepasi tapisan SSG550

• Rangkaian Tahap 3 – Dell PowerConnect 5324 Switch
» Menghubungkan setiap pelayan kami pada kelajuan rangkaian maksimum 1Gbps.

• Pelayan Baru Dengan Pemproses Quad-Teras
» Memastikan masa respon laman web yang dihost di pelayan kami lebih pantas

Pihak kami menjangkakan proses penukaran dan pembinaan infrastruktur ini akan selesai pada akhir Februari 2008. Sekiranya para pelanggan mempunyai sebarang pertanyaan, anda boleh mengemukakan pertanyaan anda kepada:

Mohd Yazrie bin Mohd Shukri
017-2577622
(Sila pastikan anda menggunakan telefon bimbit bagi memudahkan urusan)
yazrie@cgyhost.net

Pihak kami sekali lagi ingin memohon maaf di atas sebarang kesulitan yang berlaku dalam tempoh penukaran pusat pelayan ini dijalankan. Pihak kami berjanji akan memastikan perkhidmatan kami sentiasa pada tahap yang memuaskan setelah proses ini selesai. Kerjasama daripada para pelanggan amat kami hargai.

Sekian, terima kasih.

CGY Hosting Network Sdn. Bhd.

..
 
Comment by titan
2008-02-27 05:27:38

Aku rasa diorang dah lama post announcement tu. Aku dah baca lama dah..cuma tadi je aku rasa dapat masuk site cgyhost.net tu. Itupun kawan aku cakap..

Dah tukar hosting baru.

Bestla ko khai. Dapat tengok budak2 berlakun tuh..

..
Comment by Khai
2008-02-27 13:28:59

bro, tukar hosting mana plak?

..
Comment by titan
2008-02-27 22:40:27

Aku pakai Netkl sekarang.

Dulu aku pakai Namsahaz. pastu aku tengok Cgyhost murah. Aku sambar 2 domain dengan 2 hosting kat situ..sekali dia down giler-giler..

So, sekarang blog earncent aku tu di Netkl.

Support diorang masa tolong transfer data dan urusan domain+hosting aku memang tip top. Korang bayangkan. Kul 2-3 pagi masih dok borak dengan aku di bahagian support ticket semata-mata nk settlekan problem aku nih..

Memang best netkl punye support. Laju gedabak.

(Comments wont nest below this level)
 
 
 
Comment by rokudaime_jr
2008-02-27 07:47:12

Yahooo…scukz dah ada balik….adakah ini bermakna blog ku itu dapat menyambung semula pengisian entry2 baru….Huhuhuhu…

..
Comment by Khai
2008-02-27 13:29:43

no.. please backup selagi ada masa… backup data data anda.. dan pindahlah ke hosting lain…

..
 
 
Comment by gurl life
2008-02-27 08:51:36

ahaks…glamour plak ader gmbar nieza ngan zoela…hhehehe…

eh….yer ke nie tunjuk lesen nieza tu kt polis?? ee…teruk tol. hehehe….org naik bas, polis ensem tuu smpat pndang org n kenyit mata…cehs. mentang2 dia hensemm…gtaiiii….

hmm….suketi ler pasal praktikal tu.

..
Comment by Khai
2008-02-27 13:30:50

sayang mmg glamor pon.. haha.. hurm, polis tu gatai ke, awak tu yang gatai???!!!!!!!!!!!

betul ni sukati pasal praktikal tu? yay!

..
Comment by gurl life
2008-02-27 19:16:25

suke eh?? suke g la

(Comments wont nest below this level)
 
 
 
Comment by Wizurai
2008-02-27 10:18:40

ko tak ajak Armani pi lunch ke, berdua la… tinggalkan Nieza jap… takpun biar Nieza lunch ngan aku ke… hoho…

..
Comment by Khai
2008-02-27 13:31:44

dah ajak dah.. dia cakap malu la.. so dia ajak ahad ni gi dinner kat KL tower.. hurmmm..

indahnya mimpi2 ku.. :)`

..
 
 
Comment by Fahmishah
2008-02-27 17:49:05

lorh…baru nak sponsor..tp dah online balik…haha

..
Comment by Khai
2008-02-27 19:01:08

hahaha.. pigidaa.. 😛

..
 
 
Comment by stupidfox_91
2008-02-27 18:01:47

wahh~
seronoknya kat Limkokwing..
bleh jumpa bnyk artis..

Yahoo!!
scukz dah idup balik..

..
 
Comment by Hairie
2008-02-27 18:07:51

praktikal kt damansara tu celah maner? dok ar sri damansara, untung2 bleh jmpe Amani kt sri damansara plak yay!

..
Comment by Khai
2008-02-27 18:59:59

di Damansara Kim..

ni map tempat internship tu..
http://www.webprojx.com/go-map.gif

..
Comment by Hairie
2008-02-27 20:38:23

owh..opposite damansara uptown lama… rindu la kt uptown lame tu..cuci2 mate melihat adik2 manis hihi…

(Comments wont nest below this level)
Comment by Khai
2008-02-27 22:48:56

ahaks ahaks.. betul kew? so ade lagi tak adik adik manis kat uptown lama tu? kalo gitu skang gak khai accept!! hahaha..

 
Comment by gurl life
2008-03-08 22:14:13

weiiiii GATAL!!!!!!

 
Comment by Khai
2008-03-09 03:03:11

uhuk2 uhuk… 😀

 
 
 
 
Comment by Muhammad Khairul
2008-02-27 19:55:22

mane satu zoela mane satu nieza
zoela tu artis ke

..
Comment by gurl life
2008-02-27 21:41:42

lol…zoela si amani tomel tu laa….nieza, nieza laa…xkenal ke nieza yg mane…huhu

..
 
Comment by Muhammad Khairul
2008-02-28 01:08:35

oho.. zoela tu nama samaran ke pe
la.. dalam gambar tu ada 3 orang? satiu zoela satu nieza satu lagi sape… takkan Khai kot. ekeke

..
Comment by Khai
2008-02-28 04:17:26

bukan nama samaran, tapi nama watak dalam cerita Sindarela setiap hari selasa jam 9 malam di tv3.. cuba khairul tonton.. seronok taw.. hehee

kiri skali tu zoela, kanan tu nieza dan di tengah2 tu nurkhiriah.. kawan zoela dalam cerita sindarela…

😀

(Comments wont nest below this level)
 
Comment by Muhammad Khairul
2008-02-28 09:33:11

oho, ok2. jarang tengok tv la nih.. tu yang tatau tu T_T

ok pasni selasa malam turun bilik tv. mane tau tetibe muka khai ke nieza ke terselit dalam sindarela tu, erk.

(Comments wont nest below this level)
 
 
 
Comment by siti allyn
2008-02-27 22:44:54

alaa nasib baik aje dpt gmbr tuh..meh nieza amik gmbr ngn aku

..
 
Comment by luqman
2008-02-28 00:08:15

YAY!! Scukz.com dah kembali. Khai, lepas nih backup datafiles scukz.com 1 bulan sekali ke kalo rajin sangat setiap jam (huhu!). Untuk langkah berjaga-jaga ma.. nanti tup2 ERROR pada data ke, hoster cabut lari lagi ke…mane lah tau kan? Malang tuh x berbau busuk (uhuk2). Nanti aku affiliate web kau kat lam website aku tak lama lagi. Aku dah lama plan nak bukak web. commercial nih, fulus jerk takderk.. T-T anyway, renung2kan kata2 semangat aku tadikz. Gud luk on your studies n scukz.com! Wee..

P/S: Cantek ar moto kau, aku gune EGO Scoot jerk T-T.

..
Comment by Khai
2008-02-28 00:34:57

hurm, backup tu mmg le khai buat.. ade ni hah backup nye.. yg jadi masalah ni sponsor + hosting… bila dah selesai je bincang nanti, move la scukz tu gi hosting lain.. melainkan cgy kasitahu sendiri yg diorang betul2 dah stable..

kalau tak, papai 😛

..
 
 
Comment by OB
2008-02-28 10:10:52

hehe…khai ramai awek kt LUCT ek…hahah nnti samong Master kt sana aa.. 😀

..
Comment by Khai
2008-02-28 15:22:43

haah, ramai.. jom jom.. best study luct neh…

* hipokritnye aku..

..
 
 
Comment by nUUr
2008-02-28 23:22:33

hoho..melimpah2 artis kat limkokwing yea..untung2,khai di tarik jadik artis nnt.hoho

..
Comment by Khai
2008-02-29 04:02:30

cukupla ade Khai AF1.. karang orang kata meniru khai AF1 plak.. haha..

..
 
 
Comment by aya
2008-02-29 00:24:09

ske giler kat sharifah amani..tp eja nama dier pun salah… olok2 je ko nih!! tipu!! ahahaha

..
Comment by Khai
2008-02-29 04:00:24

Salah? heh, u better ask tv3 nape dorang mengeja “syarifah amani” like that.. click link kat bawah..

http://www.tv3.com.my/Shows/Cast.aspx?MasterID=500&ShowID=522&MenuID=4&TemplateID=1

..
 
 
Comment by emptyspace
2008-02-29 16:11:49

sekali pandang syarifah amani dah macam que haidar pulak!! wakakaka…

..
Comment by Khai
2008-02-29 16:42:57

que haidar? hahaha.. same kew?

..
 
 
Comment by deennasour
2008-03-01 00:13:06

bukankah sharifah itu sudah ku booking?
tidak bisa diganggu

..
 
Comment by hanep
2008-03-02 07:37:20

asal ak xdapat masuk je scukz?

die redirect ke http://slinux1.cgyhosting.net/suspended.page/
nampak sangat la server yang down ni. xpn, maintenance xbayar. nway, xde list2 website host cgy yang ada problem ke?

pergh.. comey cik sharipah kite..

..
Comment by Khai
2008-03-02 07:56:57

entah depa.. senang2 ja redirect ke suspend page plak.. no notice at all.. khai pon susah nak cakap or jawab apa orang tanye..

setahu khai semua web bawah cgy tgh down skang.. and staff dia cakap, depa nak bankrupt pon.. so tunggu je la ape jadi..

entah, malas nak pikir pasal scukz.. berat kepala ni.. tunggu je la deal ngan sponsor baru ni menjadi ke tidak…

maleh nak layan problem yg tak sudah dari dulu ni..

..
 
 
Comment by ejardkethot
2009-01-02 10:18:37

khai…ejard x leh nk bkak scukz la kt uitm ni..apsal ntah..maybe masalah “kna blocked” atau “flash player”…laman web lain bole plak..wuwuwu…aku kemaruk scukz :o:

..
 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
Your URL
Your Comment (smaller size | larger size)

Trackback responses to this post