Blogging versi tepi pantai Ilham Resort, Port Dickson

Hujung minggu ni memang heaven sangat-sangat la kan kalau dapat lari jauh sikit dari hiruk pikuk KL. Orang kata KL tu syurga dunia tapi bagi Khai memang tak ubah macam neraka dunia. Dan selalu blogging kat Justkhai ni dari bilik dengan view dinding bilik yang kini bewarna hijau. Untuk entri kali ni dengan view indah permai menghadap laut. MasyaAllah indah sungguh ciptaan Allah.

Ini first time bercuti-cuti Malaysia dengan member-member. Hujung minggu ni baru masing-masing ada masa terluang nak bercuti. Ada yang masih student dan ada juga yang dah bekerja. Khai sorang je la yang tak bekerja. Penanam anggur yang berjaya (penganggur). Tak gitu? Hehe.

Area pilihan kitorang kali ni adalah Ilham Resort, Port Dickson. Almaklumlah dekat dengan KL kan?. Selalunya kitorang lariskan kempen bercuti kat luar negara je. Tokyo, London, Korea dan Bali. Tapi itu semua dalam mimpi je lah. Belum direalisasikan lagi. Kahkah! Tapi memang best gila la tempat ni. Nama pun ilham dan memang betul-betullah memberi ilham yang pelbagai bila dah balik ke neraka dunia semula esok. (more…)

Posted on 9 May '10 by , under Hidup Khai. 81 Comments.