Siapa cakap Blogspot itu sampah?

Salam. Aku tak pernah sampai hati nak cakap sesiapa pun bebal, tapi dalam kes ini, perangai mereka-mereka yang bebal ini memang banyak menyusahkan aku. Entah bila pernah aku cakap yang Blogspot tu sampah pun aku tak tahu. Yang aku ingat, “aku labelkan blog plagiarism dan copy paste sebagai blog sampah dan kebanyakkan blog sampah (blog plagiat) itu datang dari blogspot“.

BUKAN AKU CAKAP BLOGSPOT TU SAMPAH. DAN BUKAN BERMAKNA TIADA BLOG PLAGIAT YANG MENGGUNAKAN ENGINE SELAIN BLOGSPOT!!

Aku sendiri tanpa pengetahuan sesiapa, mempunyai 44 buah blog di Blogspot yang tidak pernah diketahui sesiapa kerana tidak pernah aku promosikan. Nilaikanlah sendiri.

Kepada yang tak pernah kenal blog ini atau yang tak pernah baca artikel-artikel di blog ini, tak perlu nak dengar sebelah pihak atau korang sama-sama juga bebal tak faham bahasa melayu seperti mereka. Jelas, ayat tersebut sengaja dimanipulasi bukan hanya kerana mereka itu bebal, tetapi juga mempunyai maksud yang terselindung.

Lagi satu apa-apa artikel yang korang baca tak kisahlah di blog mana pun, bacalah sampai habis dan fahamkan kemudian barulah bersuara. Ini baca serangkap dua kemudian buat penilaian. No wonder makin ramai orang melayu jadi haprak sebab baca sunnah dan hadith separuh-separuh. (more…)

Posted on 20 June '10 by , under Blog. No Comments.

Orang Ada Blog, Dia Pun Nak Ada Blog. Tapi Sampah!

justkhai-plagiat

Disclaimer: Tiada satu pun artikel walau dengan sepatah ayat di Justkhai mengambil (copy paste) artikel dari mana-mana blog di dalam dunia ini. Boleh dikatakan, 100% artikel di blog ini adalah tulen dan kualitinya, korang tentukan. Ianya akan berterusan, InsyaAllah selagi mampu dan waras otak ini berfungsi.

Kenyataan: Terlalu banyak blog sampah di luar sana (terutamanya dari blogspot), mengambil (copy paste) artikel-artikel di blog ini dan dijadikan artikel blog mereka. Yang peliknya, dia malas nak beri kredit dari mana artikel di ambil, tapi rajin pulak tu tukar sebiji-sebiji nama “KHAI” di dalam artikel dengan nama dia sendiri.

OK Tamat Mukadimah versi amukan Puaka Niyang Rapik dan tiada kata-kata yang lebih indah dari itu. Sebenarnya bukan apa, tadi (more…)

Posted on 9 March '10 by , under Blog, Hidup Khai. 150 Comments.