(Review) Si Tikus yang mati berjasa

Baru-baru ni saya ada membeli seekor tikus yang saya berikan nama dia “Mr Mice Jr”. Tikus ini tiada ekor tetapi mempunyai teknologi Bluetooth. Harganya RM155. Beli kat Plaza Lowyat lah macam biasa. Dan kedai menatang tu pulak diberi nama “Sri Komputer”. Kalau nak beli menatang berkaitan komputer, memang tu la kedai yang akan saya tuju. Tak pandang yang lain dah. Serius!

Kenapa tiba-tiba saya buang tebiat pergi beli tikus yang harga sampai RM155? Satunya sebab tikus lama saya yang nama dia “Mr Mice” dah meninggal dunia. Dia sakit lepas tu saya beli lah dia ubat (bateri la tu), tapi dia tetap sakit dan beberapa minit lepas tu, dia pun menghembus nafas yang terakhir. Lepas saya tanam dia (buang dalam tong sampah), saya terus siap-siap ke LowYat. Jalan jem punya pasal sampai terlepas solat Maghrib (saya ganti).

Masa tu saya memang desperados gila perlukan tikus. Sebab tanpa tikus, saya susah gila nak buat kerja. Saya dan tikus memanglah tidak boleh dipisahkan bagai keyboard dengan motherboard.

Di LowYat, sudah di set dalam kepala lutut, saya nak beli tikus (mouse) yang lebih kurang macam yang lama. Juga dari jenis (brand) yang sama. Yang takde ekor sudah tentu. Saya benci ekor (wayar) dan something yang memenuhkan lubang najis (USB Port) di lappy (Miss Merlot) saya. Kerana banyak benda lain yang perlu saya cucuk di lubang najis itu seperti cekera keras luaran (ex-hdd) dan juga batang riang (joystick) untuk bermain PES2010. LMAO~. (more…)

Posted on 17 November '09 by , under Gadget, Review. 73 Comments.