Fonomena Bulan Tersenyum

Semalam kita dikejutkan dengan kejadian yang sangat pelik. Bulan tersenyum? hahaha. Khai dapat beberapa sms dari number yang tak Khai kenali. Dalam message tu, dia cakap pergi nengok bulan, sebab bulan tengah tersenyum. Dalam hati Khai, “Haish! ape kes nak berjiwang-jiwang dengan aku plak ni?”.. Hahaha. Sabar je lah.


Then dapat plak SMS dari akak Khai. Dia pun suruh nengok bulan. Ah sudah! Takkan Akak Khai pon nak berjiwang-jiwang ngan adik dia. Hahahah. Khai pon keluar dari rumah dan Subhanallah, cantiknya bulan pada malam itu. Cahaya bulan terang sangat. Dua bintang (ke planet? ntah) yang berdekatan dengan bulan sabit memperlihatkan bulan seakan-akan sedang tersenyum.

Menurut seorang user di Scukz Forums, kejadian ini hanya dapat dilihat oleh mereka yang berada di Malaysia, Thailand, Australia dan India. So kita agak beruntung sebab dapat nengok semalam. Kalau korang terlepas nengok bulan tersenyum, mana puas nengok gambar je kan. So meh nengok video kat Justkhai pulak. Sila read more. (more…)

Posted on 2 December '08 by , under Tergempar. 28 Comments.