Windows Se7en Finally


* klik untuk saiz sebenar

Satu dunia pun dah sedia maklum yang Microsoft dah keluarkan Windows yang ke-7. Nama diberi Windows 7 atau Windows Se7en. Yang tak menyabar tu mungkin dah pakai lama sejak Microsoft release’kan versi trial dan Release to Manufacture (RTM) dulu. Tapi Khai ni kan jenis penyabar orangnya. Haha! Ni bila dah release final baru la pergi beli. Nak download kirim salam lah, malas gila!

Ramai blogger tempatan juga dah lama pakai Windows 7 ni. Khai nengok je dengan penuh jeles masing-masing membangga diri dah guna Windows 7 kat Twitter. Siot la korang! Hahaha. Khamis lepas Khai turun Galaxy Ampang untuk cari DVD Windows 7 ni. Taknak yang trial dan taknak yang RTM tapi nak yang dah final release. Alhamdulillah jumpa. Harga RM10 je. Hahaha! Crack dan activation semua berjalan lancar.

Bila orang tanya Khai, apa pendapat Khai untuk Windows Se7en ni kat Facebook, Khai akan jawab dengan penuh ringkas iaitu “Interface Vista, Performance XP”. Ringkas dan padat mungkin korang boleh gunakan jugak kalau ada member-member yang tanya.

Khai dah gunakan Windows Vista Ultimate sebelum ni lebih dua tahun jadi bila guna Windows 7 ni, takde la rasa teruja sangat. Kalau korang XP tu mungkin akan teruja la jugak + pening sikit dengan function-function baru. Tapi tak lama, sehari dua je sure dah otai, InsyaAllah.

Beberapa function terbaru yang Khai notice selepas 3 hari menggunakan Windows 7 adalah.. (more…)

Posted on 6 September '09 by , under Hidup Khai. 300 Comments.