5 Software Ada Boleh, Tiada Pun Boleh

Berikut adalah software yang rasanya tidak berapa penting untuk sesebuah komputer yang korang gunakan. Apa pun, adalah lebih baik jika korang gunakan beberapa software yang akan dikongsikan ini.

1. Al-Quran for Microsoft Word Add-Ins
scukz_quraninwordmalay.gif
Taufiq Product Inc. bertanggungjawab mengeluarkan software berguna ini. Apapun, beliau memohon maaf jika terdapat sebarang ralat pada software ini. Biasalahkan, bukan mudah menyalin Al-Quran dalam bentuk digital. Software ini menggunakan Microsoft Word untuk berfungsi sebagai Add-Ins atau Plugin. Khai dah cuba masa guna Office 2003 dulu dan sekarang masa guna Office 2007 pun, software berguna ini masih boleh dipakai. Ianya membolehkan 30 Juzuk Al-Quran mampu anda Print atau baca menggunakan Microsoft Office. Siapa rasa dia beragama Islam, kalau abaikan software macam ni, tak tahu la nak cakap ape dah.

File Size: 2.39 MB
Download: Click!

2. Typing Master
Agaknya berapa laju kemampuan korang untuk menaip? Berapa KM/H agaknye ye? Hah, jom uji sikit kemampuan korang! Tahu tak? Kat Malaysia ni seorang budak india berusia 15 tahun yang memegang rekod menaip paling laju. Siap wakil dunia lagi tau. Tak rasa tercabar ke? Khai pernah buat review pasal software ni dulu so boleh rujuk untuk keterangan lanjut mengenai software ini.

File Size: 6.00 MB
Download: Click!

3. Screen Recorder 3
Jangan jadi sengal dengan menggunakan video camera untuk merakam apa yang korang lakukan di dekstop. Misalnya kalau ingin buat video tutorial untuk diupload di Youtube, gunakan software ini. Software ini akan merakamkan apa sahaja yang korang lakukan di desktop. So hasilnya, video yang amat jelas terhasil. Tidaklah seperti hasil si sengal yang menyusahkan diri menggunakan video camera. Kesian..

File Size: 4.44 MB
Download: Click!

4. iISystem Wiper
scukz_iisystemwiper.gif
Jangan susahkan diri lagi untuk bersihkan pc korang satu persatu. Nak kosongkan Recycle Bin, Temp Files, Cache, Cookies, History, Search History dan macam-macam lagi memang amat membuang masa. Jadikan gunakan software ni yang membolehkan semuanya di padam hanya dengan 1 klik. Lagi laju dari sekali kerlipan mata korang tu.

File Size: 453 kb
Download: Click! Telah didownload kali.

5. AdesClrPicker V2.0
scukz_ades_clr_picker.gif
AdesClrPicker memudahkan korang untuk mencari code sesebuah warna. Almaklumlah setiap warna ni mempunyai code yang tersendiri. Contohnya warna mudah macam putih ialah #ffffff dan hitam ialah #000000. Apa pula untuk warna-warna yang lain? Kalau sebelum ni korang guna Adobe Photoshop atau software khas lain yang menyusahkan, gunakan AdesClrPicker yang ternyata ringan dan teramat mudah digunakan. Boleh menyalin code sebanyak 4 warna dalam satu-satu masa untuk rujukan semula. Hanya perlu diaktifkan melalui taskbar dan klik apa sahaja warna yang ada di desktop untuk mengetahui kod khas warna tersebut. Oh ya, mungkin tidak berapa berguna untuk mereka yang tidak tahu apa itu design dan siapa itu designer.

File Size: 1.04 MB
Download: Click! Telah didownload kali.

Tu je buat kali ni. Cuba la ye. Semua saiz kecil je. Banyak lagi software yang ada boleh, takde pun boleh yang akan menyusul kemudian. So hari-hari usya la yosh. Wekks!

Posted on 2 January '08 by , under Lain-lain. 20 Comments.