Facebook

Facebook
Sejauh mana korang mengenali apa itu Facebook? Facebook tu macam muka buku’lah. Ha ye lah, muka buku kejadah! Sejauh mana korang mengenali apa itu Myspace, Friendster, Tagged dan pelbagai lagi social networking website yang lain, begitu juga dengan Facebook!

Facebook, menerjah ke pelusuk ruang world wide web pada 4 Februari 2004. Pada jam 2 pagi dan pada masa tu Khai tengah buat-buat busy siapkan kerja sekolah Add Math form 4 dan korang mesti tengah membuta kan? Hehe. Pada mulanya, Mark Zuckerberg hanya membuka Facebook kepada rakan-rakan kampusnya di Harvard University untuk register. Sape Mark Zuckerberg ni ek? ala pakcik yang jual goreng pisang kat simpang rumah korang tu. Yang janggut ade dua tiga helai tu. Ha, ye lah!! Kemudian, baru diperluaskan ke seluruh dunia termasuk panduduk di Planet Marikh. Nasib diorang kat sana takde Internet je. Nak tahu lebih lanjut pasal Facebook? Apekejadahnye Wikipedia tu orang penat-penat buat, korang taknak guna. Klik Sini.

Sapa memandai buat Facebook ni?
Mark Zuckerberg - Facebook's Founder
Mark Zuckerberg (poyo kat atas tu), adalah founder untuk Facebook. Berusia 24 tahun pada tahun 2008 dan berkelulusan Computer Programmer and Entrepreneur. So mangkuk beliau ni buat Facebook masa umur dia 20 tahun la ek? Sama usia dengan Khai sekarang ni. What the Heck?!! Memang dia ni buang masa pun buat Facebook ni. Tapi buang masa untuk jadi Billionaire! Bukan buang masa macam korang depan laptop duk main Myspace jer. Haram duit takde income ape pun kan. hihi..

Sehingga kini, harta net worth Mark Zuckerberg ni dah mencecah 1.5 billion dan dia dah diiktiraf sebagai billionaire paling muda di dunia. Sesungguhnya kalau Khai jumpa mamat ni, pastinya Khai akan minta autograph sambil menghantukkan kepala dia ke tiang elektrik (kes jeles la ni Khai ek?).. Nak tahu lagi pasal Mark Zuckerberg ni? Eh tak tahu-tahu lagi nak usya Wikipedia ke? Bape kali nak cakap ni? Klik sini yer.


“website di facebook.com sebelum dibeli & digunakan oleh Facebook Inc.”

Khai dah agak lama join Facebook. Cuma baru-baru ni je aktifkan diri dan explore Facebook ni habis-habisan. Ni semua gara-gara demam Facebook kat Limkokwing University ni. Tu la sape suruh proxy Myspace. Even ahli berdaftar kat Facebook baru mencecah 80 juta orang (myspace 300 juta orang plus plus plus), bagi Khai, Facebook is more professional instead of Myspace and another social networking website like Tagged, Friendster etc. (more…)

Posted on 27 June '08 by , under Lain-lain. 40 Comments.