Facebook

Facebook
Sejauh mana korang mengenali apa itu Facebook? Facebook tu macam muka buku’lah. Ha ye lah, muka buku kejadah! Sejauh mana korang mengenali apa itu Myspace, Friendster, Tagged dan pelbagai lagi social networking website yang lain, begitu juga dengan Facebook!

Facebook, menerjah ke pelusuk ruang world wide web pada 4 Februari 2004. Pada jam 2 pagi dan pada masa tu Khai tengah buat-buat busy siapkan kerja sekolah Add Math form 4 dan korang mesti tengah membuta kan? Hehe. Pada mulanya, Mark Zuckerberg hanya membuka Facebook kepada rakan-rakan kampusnya di Harvard University untuk register. Sape Mark Zuckerberg ni ek? ala pakcik yang jual goreng pisang kat simpang rumah korang tu. Yang janggut ade dua tiga helai tu. Ha, ye lah!! Kemudian, baru diperluaskan ke seluruh dunia termasuk panduduk di Planet Marikh. Nasib diorang kat sana takde Internet je. Nak tahu lebih lanjut pasal Facebook? Apekejadahnye Wikipedia tu orang penat-penat buat, korang taknak guna. Klik Sini.

Sapa memandai buat Facebook ni?
Mark Zuckerberg - Facebook's Founder
Mark Zuckerberg (poyo kat atas tu), adalah founder untuk Facebook. Berusia 24 tahun pada tahun 2008 dan berkelulusan Computer Programmer and Entrepreneur. So mangkuk beliau ni buat Facebook masa umur dia 20 tahun la ek? Sama usia dengan Khai sekarang ni. What the Heck?!! Memang dia ni buang masa pun buat Facebook ni. Tapi buang masa untuk jadi Billionaire! Bukan buang masa macam korang depan laptop duk main Myspace jer. Haram duit takde income ape pun kan. hihi..

Sehingga kini, harta net worth Mark Zuckerberg ni dah mencecah 1.5 billion dan dia dah diiktiraf sebagai billionaire paling muda di dunia. Sesungguhnya kalau Khai jumpa mamat ni, pastinya Khai akan minta autograph sambil menghantukkan kepala dia ke tiang elektrik (kes jeles la ni Khai ek?).. Nak tahu lagi pasal Mark Zuckerberg ni? Eh tak tahu-tahu lagi nak usya Wikipedia ke? Bape kali nak cakap ni? Klik sini yer.


“website di facebook.com sebelum dibeli & digunakan oleh Facebook Inc.”

Khai dah agak lama join Facebook. Cuma baru-baru ni je aktifkan diri dan explore Facebook ni habis-habisan. Ni semua gara-gara demam Facebook kat Limkokwing University ni. Tu la sape suruh proxy Myspace. Even ahli berdaftar kat Facebook baru mencecah 80 juta orang (myspace 300 juta orang plus plus plus), bagi Khai, Facebook is more professional instead of Myspace and another social networking website like Tagged, Friendster etc.

Facebook ni korang tak boleh nak letak nama ikut suka hati. Jiwa Kosong la, Rama-rama terbang la, Nobita la, Doreamon la. Tak pun nama yang penuh dengan simbol-simbol $#&^”;%. Mak korang masuk pun tak kenal itu korang. Mereka hanya mahukan real name & Nickname korang. Alpha only. So dari situ kita dah nampak professionalism Facebook ni. Nampak lebih serious sebagai sebuah web sosial. Sebab tu cepat popualar.

Apa yang buat Facebook jauh berbeza dengan Myspace? kita cuba bezakan dengan Myspace je la ye since Myspace yang paling top. Kalau Myspace, korang customize profile korang dengan background yang menyakitkan mata (korang bajet best gile padahal huduh gila), korang letak lagu pemekak telinga sampai dua tiga (bajet korang dah cukup gempak padahal haram) dan korang modified page korang sampai tak rupa Myspace (Otai la konon). Haha, Khai cakap orang tapi page Khai boleh tahan jugak tak rupa Myspace’nye.

Di Facebook, langsung takde theme untuk korang pilih. Langsung takde function untuk korang modified page. Semua orang semua plain page jer. Langsung takde function untuk korang letak lagu-lagu merepek yang kononnya gempak tu. Background page korang semua putih. Nak ubah jadi warna pink pun tak boleh. 80 juta 80 juta’lah, semua putih. Agak bosan kan?

Tapi apa yang buat Facebook betul-betul menarik? Mereka ada beribu-ribu Application (apps) untuk korang letak kat Profile. Ada macam-macam game, ada jual beli member, ada pasukan bola sendiri dan macam-macam lagi lah. Korang boleh bela baby sendiri. Korang boleh bela menatang sendiri. Macam sekarang, Khai tengah gila compete dengan member-member siapa yang dapat highscore paling tinggi main game Tower Bloxx. Memang addict gila.

So kenapa korang perlu join Facebook sekarang jugak? sebab Khai dah recommend! Apekejadahnye Khai recommend bersungguh-sungguh tanpa dapat satu sen pun kalau bukan sebab benda tu betul-betul best? Atau korang dah ade Facebook? Jom la kita jadi kawan. Add Khai guna email khai_luct@yahoo.com.

Kalau nak tambah apa yang best’nya dengan Facebook dan ape yang tak best’nye, add comment untuk entri ni yer?

Bonus:
– Interface Facebook pada hari pertama pemindahan ke Facebook.com 06th August 2005
– Facebook.Com on 01st January 2006
– Facebook.Com on 31st December 2007

Ditulis pada 3:46 AM 27 June '08 dan pastinya oleh . Siape lagi? | 1,012 views | Dalam kategori: Lain-lain | Tweet This!

Eat This Google!: , , , , , , , ,


RSS feed | Trackback URI

40 Comments »

Comment by syia
2008-06-27 09:05:28

syia ada join facebook ni.. tp..huwaaa.. wOo..pening sat dgn terlampau byk games + functions dia..overload otak mule2 tu

..
Comment by Khai
2008-06-27 09:45:10

mula2 je la kan syia.. sama la dengan khai pon.. terbiol sekejap.. last2 dah faham ape apps2 kejadah tu, baru la layan… papai myspace…

..
 
 
Comment by Fahmishah
2008-06-27 09:48:21

Huhu! Aku pun ada Facebook neh.
Mmg complicated skit sebab macam2 app ada.
huhuhu

..
 
Comment by Icednyior
2008-06-27 11:12:40

Tahun ni Facebook dah catch up dengan Myspace (link). I lebih suka facebook sbb tak messy sgt mcm Myspace.

Khai, cari app nie “Simply RSS”. Leh letak RSS feeds blog kat profile

..
Comment by Khai
2008-06-27 13:16:54

thanks fiona.. ๐Ÿ˜€

..
 
 
Comment by syuxx
2008-06-27 12:31:26

aku ada facebook ni.
tapi yalah, kwan2 jarang pakai.
so, xda nafsu lah nak bukak facebook.
haha.

..
Comment by wjee
2009-07-15 10:55:27

ya ke

..
 
 
Comment by saharman
2008-06-27 15:17:57

Khai, kau sebenarnya patut develope SCUKZ tu jadi macam facebook …baru laa boleh kayoooo….. errr bagi aku share sikit laa …

..
Comment by Khai
2008-06-27 17:29:38

khai x tahu sampai ke tahap itu le.. hahaha.. khai kalau develope insyaAllah…

lagi pon menda2 macam tu kene ada webteam.. sorang je x larat ye tak…

..
 
 
Comment by ketuk_angel
2008-06-27 16:26:37

haah lah khai, nko patut develope scukz tuh macam spacebook… nko pon mula pada usia yang muda develope scukz kan… xmustahil nko boleh berjaya macam dia… aku pon jeles gak nih… terutamanya kat nko… sebab memuda lagi dah expert internet…

betul kata si khai… dari main myspace yang xdapat menda tuh, baik develope website yang mendatangkan faedah…

..
 
Comment by titan
2008-06-27 17:40:19

sehari tak bukak facebook. Aku rasa semacam. Myspace? Aku sudah lama ceraikan dia..friendster? Ehm..kene gak selalu datang. Kan ada orang marah plak..

..
 
Comment by MK
2008-06-27 18:41:11

aku tatau kenapa aku semak dgn segala menatang apps kat facebook. ignore all je.

..
 
Comment by HaRiz
2008-06-28 12:12:15

Actually aku memang kureng skit dengan Social Networking ni…Nak nak Myspace…Sumpah aku tak minat sebab serabut gile…But, Aku dah Join Facebook ni…Look Simple And Professional…Aku Add Ko As A Friends…

Pilihlah Facebook, Untuk pergi lebih jauh…hahahha

..
 
Comment by aku
2008-06-28 12:53:13

tapi mungkin ni pendapat masing2 la.. pada aku facebook ni sama jer gak ngan Social networking yg lain.. cuma aku paling xtahan byk giler die nyer app.. game zombie la itu la ini la semua nak ada.. tpi kalo mcm ni la kan aku xrasa facebook ni lebih professional.. mcm masuk sana nak main game lak.. ntah memang aku sangat xsuke facebook ni memeningkan kepala otak aku.. so aku stay nga My Space & Friendster jer..

..
Comment by Khai
2008-06-29 15:24:28

terpulang pada kita jugak.. kalau niat nak masuk sana nak main game, sebenarnye kita yang tak professional taw.. hehehe

..
 
 
Comment by Khalif a.k.a Cyber Boyz
2008-06-28 17:49:04

Hehe dah lame ushar2 web ni. Tapi x pernah reply pun. Hehe. Tu nasib baik 4 Februari 2004 tu. Kalau 14 Februari 2004. Aduh, besh giler birthday saya lah tue..

p/s: Hampeh tul bdk ni, dok promote birthday sendiri plak. Ish-ish-ish x154

..
 
Comment by amirull
2008-06-29 02:32:52

nape la ko gi conteng mke pembuat facebook tuh??
taw x dose taw kalo kite dengki-mendengki sesame makhluk…

..
Comment by Khai
2008-06-29 15:23:11

saje2 je… takde makna nye nak dengki mendengki…. bila nak matured ni?

..
 
 
Comment by azleah
2008-06-29 23:20:23

ahahaha. facebook memang giler2 strict tapi payah gak. ada ke hari tu org kazakhstan (eh, betul ke ejaan ni??) add, pastu minta ym/msn nak ajak buat im s3x!!! damn gila kan? huh…

facebook best sebab leh letak nickname, leh jual kawan sendiri!! hahaha

..
 
Comment by syue
2008-07-01 15:45:15

facebook ek?pasni try herher

..
 
Comment by asx
2008-07-04 21:45:54

Bila kita mahu buat macam tuh ya? . Jom bikin satu project . Asyik Irfan Khairi saja yang terkenal dengan internet , kita boleh juga kan? . =)

..
Comment by Khai
2008-07-25 01:51:19

irfan khairi jutawan internet yg x pernah khai iktiraf.. sebabnya? pikir la kenapa perlu korang iktiraf dia..

kenapa dia jadi jutawan? coz dia bikin satu software dan bertuah sbb diguna pakai oleh sekolah kat overseas sana..

blog? iklan? web? nothing…. dia just ambil peluang ntuk makin kaya dari kursus2 yg kononnya boleh jadi jutawan macam dia.. sedangkan dia kaya dengan buat software.. dia ajar buat software ke dalam kursus tu?

just my sepuloh sen.. haha..

..
 
 
Comment by bd fabregas
2008-07-09 02:03:54

antara facebook ngan friendster mana lagi best pada pendapat korang??

..
Comment by Khai
2008-07-25 01:52:17

seriously, facebook..

contoh terbaik adalah Khai sendiri..

Fakta:

Khai = dah berbulan x bukak friendster & myspace selepas bermain facebook… lalalala..

..
 
 
Comment by johari
2008-07-10 09:13:23

hehehe.. aku da add ko.. mesmang best tahap cipan facebook… sape rajin explore taula kelebihan dia… Compare ngan friendster, myspace, hi5 face book 95% lagi bagus… yang lain 2 just 5% je dr facebook..

Selain drpda cari kawan2, bertanya kabar, dengar muzik, comment, mesej cam sosial web yang lain, facebook ada bermacam2 aplication yang menarik.. Ia umpama sebuah buku yang anda boleh letak apa yang anda suka.. yang tak suka anda boleh buang…

add aku… joexcini@yahoo.com…. hehehehe… rerajin la explore…

..
 
Comment by amirull
2008-07-25 01:39:16

facebook nih software ker??
pahal facebook dikategorisbg software??

..
Comment by Khai
2008-07-25 01:54:10

scripting itu sendiri boleh diketegorikan sebagai software bro.. bukan software ntuk install dalam komputer tu je yg dipanggil software..

WordPress juga dalah software.. CMS.. content management system..

..
Comment by amirull
2008-07-25 02:59:06

owh..yeah..

(Comments wont nest below this level)
 
 
 
Comment by NuNu
2008-08-05 11:32:34

cian nunu kn bru pandai join friendster…
skrg owg da lyn facebook…
erm cian aq nie…
wawawaw

..
 
Comment by NuNu
2008-08-05 11:36:20

aq bute it wei..
sape nk tolong aq..
khai wat la kursus ngajar nunu nie
huk3

..
 
Comment by aida
2008-09-15 22:50:24

elllo

..
 
Comment by Obefiend
2008-10-07 11:46:54

this entry is a bt long winded. might as well give a link to your profile at the top. i have to skim the thing for the email address. and its not even properly highlighted. ha!

i’ll be adding ya

..
 
Comment by saye raselah kan
2009-01-04 19:50:32

setuju! facebook memang lebih profesional.
addicted dengan petsociety! haha.
facebook mmg pening mula2,
tapi bila dah biasa ( x lama pun nak mmbiasakan diri)
memang senang dan lebih practical. ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by doremi
2009-03-11 17:49:05

facebook tak boleh guan nama merepek2..
sbb security facebook ni dijaga oleh fbi w.d.c,ny & byk lg..
so,semua detail yg korg bagi,facebook akan submit kpd fbi…
apps yg korg install tu pon(cth jual2 dadah tu,mafia&dll),sbnrnya taktik dorg nak cam jenayah internet,dadah dll..
sng cita dorg byk pancing je laa…
tp stakat kita org malaysia ni,xpe la kot..
aku baca artikel ni kat blog adik chris hughes(cari la sapa dia ni)

so,sape2 yg dah sign up pesbuk..
nama korg dah ada kat fbi..hahaah..
apps pesbuk da la byk byk gila..!
annoying je..
tak best pesbuk ni.. :beurk:

Khai says: Siapa la yang sengal gi isi maklumat yg betul.. even nama pun, jgn sesekali isi nama betul.. nak isi yg betul boleh, tapi jgn full name sampai 100% tepat…

..
 
Comment by doremi
2009-03-11 17:49:57

*guan – guna

..
 
Comment by nia_eiyna
2009-05-21 12:03:32

facebook khai ape? facebook nia: eiyna_dania_aleyna@hotmail.com

..
 
Comment by danisya
2010-04-19 11:01:38

erm…knp kita tak boleh isi nma yang betol?mendatangkan bahaya ke????

..
 
Comment by Faris
2011-06-11 01:07:09

Penggunaan facebook kat Malaysia ni makin bertambah dan bersepah di merata-rata…Kalo macam ni memang meriah la Facebook kat Malaysia. Rakan siber semakin bergolak kencang dengan hebatnya… ๐Ÿ™‚

..
 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
Your URL
Your Comment (smaller size | larger size)

Trackback responses to this post