Cara Termudah Download MP3 & Video dari Youtube

Khai rajin plak nak buat tutorial ni untuk korang. Sajalah nak share. Apa yang terbaik untuk Khai, insyaAllah terbaik juga untuk korang. Kalau tak baik, tunjukkan jalan yang lebih baiknya tu dengan cara baik yer. Sama-sama berkongsi ilmu.

Bagaimana untuk download video dari Youtube.


Cara download menggunakan website seperti Keepvid dan yang sepertinya adalah amat membuang masa dan melecehkan. Jika korang menggunakan Firefox sebagai browser utama, dapatkan Plugin “DownloadHelper“. DH mampu mendownload video dari ratusan web video di internet seperti Youtube, Badjojo, Metacafe dan ratusan yang lain termasuklah pelbagai website lucah tanpa sebarang had. Pandai-pandai la korang nak hidup dengan plugin ni yer. Baik cara korang gunakan dia, baik lah. Begitu juga sebaliknya.

Download Firefox DownloadHelper Here ( downloads)

Kepada yang tidak menggemari Firefox, korang di’suggest guna juga Firefox beserta plugin ni untuk menonton dan mendownload video dari Youtube dan web lain yang sebagainya. Atau boleh guna cara melecehkan termasukla yang guna Real Player tu. Nak install Real Player lagi plak ye tak?

Psstt: DownloadHelper bukan sahaja boleh download video dari web, tapi boleh detect MP3 juga untuk terus didownload.

Bagaimana untuk download mp3 dari Youtube.

Well, lupakan ribuan web penyebaran mp3 di luar sana yang ternyata illegal di sisi undang-undang. Korang boleh download mp3 yang diberi mereka, tapi (more…)

Posted on 16 November '08 by , under Tutorial. 29 Comments.

How to Make MP3 Streaming from Youtube


Hurm, benda ni dah lama Khai praktikkan. Saja lah nak share ngan korang kot-kot berminat jugak. Tapi mesti berminat punya. Hehehee. Ok, bagaimana cara nak buat streaming lagu melalui youtube? Mudah saja.

Ramai yang PM khai secara personal bertanya bagaimana dan di mana mereka nak letakkan mp3 koleksi yang mereka ada untuk diletakkan dalam blog atau website masing-masing. Bukan sahaja blog, of coz ramai yang nak letakkan lagu kat Friendster dan Myspace kan? Kalau korang tahu Myspace atau Friendster Khai, mesti korang dah nampak pun Khai gunakan helah ini. Begitu juga dengan Entrance Scukz.

Selain menjimatkan Bandwidth bulanan korang (untuk mereka yang host sendiri), cara ni juga memudahkan korang untuk tak perlu susah-payah nak cari free hosting nak letak lagu tu. Macam yang semua tahu, cakap je lagu ape semua melambak kat Youtube. Tinggal nak search jer kan? Ok now, buat pilihan player yang korang nak dan copy script yang terseida. Pilih je mana satu warna yang korang minat dan ikut tutorial yang tersedia. (more…)

Posted on 13 November '08 by , under Tutorial. 37 Comments.

Facebook

Facebook
Sejauh mana korang mengenali apa itu Facebook? Facebook tu macam muka buku’lah. Ha ye lah, muka buku kejadah! Sejauh mana korang mengenali apa itu Myspace, Friendster, Tagged dan pelbagai lagi social networking website yang lain, begitu juga dengan Facebook!

Facebook, menerjah ke pelusuk ruang world wide web pada 4 Februari 2004. Pada jam 2 pagi dan pada masa tu Khai tengah buat-buat busy siapkan kerja sekolah Add Math form 4 dan korang mesti tengah membuta kan? Hehe. Pada mulanya, Mark Zuckerberg hanya membuka Facebook kepada rakan-rakan kampusnya di Harvard University untuk register. Sape Mark Zuckerberg ni ek? ala pakcik yang jual goreng pisang kat simpang rumah korang tu. Yang janggut ade dua tiga helai tu. Ha, ye lah!! Kemudian, baru diperluaskan ke seluruh dunia termasuk panduduk di Planet Marikh. Nasib diorang kat sana takde Internet je. Nak tahu lebih lanjut pasal Facebook? Apekejadahnye Wikipedia tu orang penat-penat buat, korang taknak guna. Klik Sini.

Sapa memandai buat Facebook ni?
Mark Zuckerberg - Facebook's Founder
Mark Zuckerberg (poyo kat atas tu), adalah founder untuk Facebook. Berusia 24 tahun pada tahun 2008 dan berkelulusan Computer Programmer and Entrepreneur. So mangkuk beliau ni buat Facebook masa umur dia 20 tahun la ek? Sama usia dengan Khai sekarang ni. What the Heck?!! Memang dia ni buang masa pun buat Facebook ni. Tapi buang masa untuk jadi Billionaire! Bukan buang masa macam korang depan laptop duk main Myspace jer. Haram duit takde income ape pun kan. hihi..

Sehingga kini, harta net worth Mark Zuckerberg ni dah mencecah 1.5 billion dan dia dah diiktiraf sebagai billionaire paling muda di dunia. Sesungguhnya kalau Khai jumpa mamat ni, pastinya Khai akan minta autograph sambil menghantukkan kepala dia ke tiang elektrik (kes jeles la ni Khai ek?).. Nak tahu lagi pasal Mark Zuckerberg ni? Eh tak tahu-tahu lagi nak usya Wikipedia ke? Bape kali nak cakap ni? Klik sini yer.


“website di facebook.com sebelum dibeli & digunakan oleh Facebook Inc.”

Khai dah agak lama join Facebook. Cuma baru-baru ni je aktifkan diri dan explore Facebook ni habis-habisan. Ni semua gara-gara demam Facebook kat Limkokwing University ni. Tu la sape suruh proxy Myspace. Even ahli berdaftar kat Facebook baru mencecah 80 juta orang (myspace 300 juta orang plus plus plus), bagi Khai, Facebook is more professional instead of Myspace and another social networking website like Tagged, Friendster etc. (more…)

Posted on 27 June '08 by , under Lain-lain. 40 Comments.