Mungkin ini faktor hari raya tidak semeriah dulu

Hari ni dah masuk hari raya ke-4. Biar betul baru hari raya ke-4? Kalau dulu time-time macam ni, orang masih berjalan-jalan dari rumah ke rumah lagi. Budak-budak mencari duit raya dan yang dewasa, terus merapatkan silraturahim. Hari ini apa yang kita nampak pada hari ke-4? Keadaan yang sama seperti apa yang kita biasa nampak hari-hari yang bukan hari raya. Kenapa agaknya perkara ini terjadi? Ini apa yang terlintas secara spontan di fikiran Khai.

1. Kewujudan Social Network
– Susah nak jumpa kad raya lagi dah sekarang ni. Apatah lagi nak dapat. Kalau pergi kedai, ada la kat sudut-sudut terceruk mereka letak kad raya tu. Sebabnya dah kurang permintaan. Kalau dulu, sampai kat luar kedai diorang letak dan sekejap je dah habis. Pelbagai cara dilakukan seperti meletakkan kartun-kartun yang menarik pada kad raya tapi tetap macam tu ajelah. Ramai yang lebih prefer untuk mengucapkan Selamat Hari Raya melalui Twitter dan Facebook. Tak boleh nak salahkan sesiapa kerana ianya teknologi yang memudahkan. Tentulah ramai yang lebih memilih jalan mudah dari yang leceh.

2. Menggunakan SMS
– Selain dari Twitter dan Facebook, orang wish hari raya ni ikut SMS aje. Bila dah send SMS, tak pedulilah samaada penerima SMS tu baca atau tidak, kita akan terus consider yang kita dah pun mengirimkan “kad raya” versi digital kepada mereka. Hakikatnya, sentimental value tu langsung tiada. Ya, langsung tiada. Baca sekali imbas, terus lupa. Apa lagi kalau delete terus SMS tu, apa pun takde yang tinggal berbanding kad raya yang berbentuk fizikal. 10 tahun akan datang pun insyaAllah ada lagi dalam laci rumah kita. (more…)

Posted on 2 September '11 by , under Istimewa. 49 Comments.