Mungkin ini faktor hari raya tidak semeriah dulu
Hari ni dah masuk hari raya ke-4. Biar betul baru hari raya ke-4? Kalau dulu time-time macam ni, orang masih berjalan-jalan dari rumah ke rumah lagi. Budak-budak mencari duit raya dan yang dewasa, terus merapatkan silraturahim. Hari ini apa yang kita nampak pada hari ke-4? Keadaan yang sama seperti apa yang kita biasa nampak hari-hari yang bukan hari raya. Kenapa agaknya perkara ini terjadi? Ini apa yang terlintas secara spontan di fikiran Khai.
1. Kewujudan Social Network
– Susah nak jumpa kad raya lagi dah sekarang ni. Apatah lagi nak dapat. Kalau pergi kedai, ada la kat sudut-sudut terceruk mereka letak kad raya tu. Sebabnya dah kurang permintaan. Kalau dulu, sampai kat luar kedai diorang letak dan sekejap je dah habis. Pelbagai cara dilakukan seperti meletakkan kartun-kartun yang menarik pada kad raya tapi tetap macam tu ajelah. Ramai yang lebih prefer untuk mengucapkan Selamat Hari Raya melalui Twitter dan Facebook. Tak boleh nak salahkan sesiapa kerana ianya teknologi yang memudahkan. Tentulah ramai yang lebih memilih jalan mudah dari yang leceh.2. Menggunakan SMS
– Selain dari Twitter dan Facebook, orang wish hari raya ni ikut SMS aje. Bila dah send SMS, tak pedulilah samaada penerima SMS tu baca atau tidak, kita akan terus consider yang kita dah pun mengirimkan “kad raya” versi digital kepada mereka. Hakikatnya, sentimental value tu langsung tiada. Ya, langsung tiada. Baca sekali imbas, terus lupa. Apa lagi kalau delete terus SMS tu, apa pun takde yang tinggal berbanding kad raya yang berbentuk fizikal. 10 tahun akan datang pun insyaAllah ada lagi dalam laci rumah kita.3. Pengharaman Mercun dan Bunga Api
– Pengharaman bahan bakar ni menyumbang besar kepada hilangnya kemeriahan di hari raya. Mungkin ada pihak yang menafikan kata-kata ini, tapi hakikatnya hari raya itu sendiri amat sinonim dengan letupan mercun dan percikkan bunga api terutamanya memberi kemeriahan kepada kanak-kanak. Namun tidak mengapalah. Rela hilang kemeriahan dari melihat ramai yang menjadi cacat time kecik dek kerana mercun ni. kenapa jarang kita dengar orang cina putus jari bila main mercun? Sebab mereka main mercun bakar sekali banyak. Orang melayu rata-ratanya, main mercun sebiji-sebiji. Kalau korang kenal mercun padi tu, budak-budak melayu ni akan buka dulu ikatan benangnya dan ceraikan satu-satu untuk dibakar. Itu yang buat tangan putus segala tu.
4. Budak KL dan bandar bertambah ramai
– Lihat sekeliling kita ramai yang datang dari kampung, mencari rezeki di Kuala Lumpur. Then lepas kahwin terus menetap di Kuala Lumpur. Bila dah menetap di Kuala Lumpur atau mana-mana bandar besar lain, confirm lahirkan anak pun kat situ. Perkara ni yang menyumbangkan kepada pupusnya generasi yang duduk di kampung. Bila yang tinggal di kampung-kampung hanya orang tua-tua sahaja, korang ingat diorang kuat lagi ke nak buat kuih raya segala ni? Kalau kuih raya pun dah tak larat, apatah lagi lemang, wajik dan dodol? Kerana itu susah kita nak jumpa wajik dan dodol lagi dah bila hari raya sekarang ni. Nak harapkan anak, semua dah jadi orang bandar. Mana main buat dodol-dodol segala ni. Beli kuih raya kat Jalan TAR sudah.5. Mainan kanak-kanak
– Kita dulu masa kecil takde pilihan lain bila raya. Petang-petang mesti sediakan pelita untuk dipasang. Malam-malam main mercun, nengok kecantikkan lampu kelip-kelip dikawasan kampung dan bertemu kawan-kawan yang lama tak jumpa. Budak-budak sekarang, balik kampung pun bawak Playstation, Playbook, iPad dan macam-macam gadget dia la sekali. Dari 2 hari sebelum raya sampailah masuk raya ke-2, dia masih sibuk nak habiskan mission game. Sebab tu susah sekali kita nak nampak suasana penuh caya pelita dan lampu kelip-kelip di kawasan kejiranan. Orang dah malas dah. Nanti bila permintaan kurang, penjualan kat kedai pun akan kurang. Next year, confirm mereka akan ambil stock sikit je. Lama-kelamaan, pupuslah terus tradisi zaman-berzaman ni.
6. Kos hidup semaking meningkat
– Sekarang ni semua barang mahal. Nak beli baju raya yang cantik sikit berkenan di hati pun, kalau takde seratus dua dalam poket, toksah cerita la. Budget nak beli pelita, minyak pelita, lampu kelip-kelip dan macam-macam lagi nak buat perhiasan hari raya, semua dah lari. Kita-kita yang membesar di zaman pelita dan kelip-kelip ni dulu, rata-ratanya dah dewasa dan ramai yang dah berkahwin. Kos hidup tinggi lagi-lagi yang dah ada anak tu atau kampung mertua jauh, mana nak dapat lagi beli macam-macam untuk hari raya.7. Kurangnya lagu-lagu raya di radio
– Ini Khai tak nafikanlah. Masa raya ke-2 baru-baru ni dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, try la buka macam-macam radio untuk cari lagu raya. Nak cari feel raya punya pasal. Tapi hampa kerana boleh dikatakan semua radio yang dibuka masa tu, boleh dikatakan satu jam sekali baru nak buka lagu raya. Apasal diorang ni ye? Tapi nak salahkan pun tak boleh sebab mereka ikut permintaan kita semua. Kalau yang minta lagu tu bantai nak lagu-lagu baru je, nak buat camana. Kalau radio buka pun, banyak yang buka lagu raya baru-baru. Sumpah tak ingin nak dengar. Feel raya tu langsung tiada. Maklumlah kita membesar pun dengan lagu-lagu raya yang lama ni.8. Cerita-cerita di TV
– Bila hari raya, semua stesen TV berlumba-lumba duk tayang filem & drama yang langsung takde kena mengena dengan raya. Memang semua pun faham mereka bersaing mengikut permintaan jadi bila perkara ni berlaku, mana nak dapat feeling hari raya tu lagi? Ada ke raya pertama duk tayang cerita Adnan Sempit? Memang langsung takde feel raya lah kan. Tak dinafikan juga, ramai yang tertonggok depan TV melayan cerita best-best di TV. Terus semua malas nak keluar beraya sebab sayang nak tinggalkan TV. Faham-faham sendirilah.9. Kaki-kaki beraya semua dah kerja
– Beberapa tahun lalu, zaman ziarah-menziarahi ni masih kuat. Sekarang ni rata-rata budak-budak yang rajin berjalan dan rajin beraya ni dah besar panjang. Bila dah besar panjang, sifat malu tu lebih menebal selalunya (terutamanya wanita). So duduk ajelah rumah. Then masuk raya ke-3 ada yang dah masuk kerja balik. Maka pupuslah tradisi ziarah menziarahi. Kalau dah ada anak, suruh anak je yang pergi beraya. Anak pun malas nak beraya bila pergi 2 3 rumah tak dapat duit raya. Maklumlah sekarang ni semua orang nak pakai duit so paling tidak pun kasi budak-budak ni 20 sen dah lebih dari cukup. Budak-budak sekarang pulak, 20 sen tu bagi diorang sekadar besi berwarna silver tidak bernilai. Ianya hakikat.10. Tolonglah Khai isikan, boleh? Hehe..
Setakat itu sahajalah point yang dapat Khai coretkan secara spontan dalam artikel ini. Kalau ada lagi, tolong tambahkan di bahagian komen ya? Apapun alhamdulillah tradisi angpau masih dapat kita lihat dan diteruskan. Ramai yang menganggap ianya satu sedekah which is bagus lah tu. Kalau hari-hari biasa susah sangat kita ni nak bersedekah, hari raya la tempat kita untuk membuat sedikit ibadah. Tak kiralah berapa jumlahnya dalam angpau tu, yang penting ikhlas dari hati.
Rumah Khai tahun ni, ada tiga empat orang budak je yang datang beraya. Lepas tu langsung takde dah orang datang. Tapi kitorang pun raya pertama je pintu terbuka untuk tetamu. Raya ke-2 dah balik kampung di KL. Bila sebut KL, jangan haraplah nak rasa suasana raya tu. Takde maknanya. Tradisi keluar Khai pada tahun ini masih sama seperti yang sebelumnya. Pagi-pagi raya lepas balik sembahyang raya tu, terus beratur untuk bersalam-salaman mohon kemaafan ikut turn dari yang tua sampai ke muda. Semua meleleh-leleh air mata keluar. Hehe.
Lihatlah beberapa tahun lagi bila orang-orang tua di kampung telah tiada lagi dan anak-anak semua berada di Kuala Lumpur, tiada lagi istilah untuk pulang ke kampung berhari-raya. Situasi Kuala Lumpur yang lengang dan PLUS yang jam arah utara dan selatan, tidak akan berlaku lagi. Kuala Lumpur akan maintain seperti hari biasa dan hari raya akan jadi sekadar hari raya sahaja. Tiada apa-apa lagi yang istimewa.
– Khai Hassan | 2 September 2011 09:30
mercun susah nak dapat..tak main pun tahun ni..
sangat setuju. saya punya raya tahun ni pun tak meriah. tak berjalan ke mana2 pun. lepas solat raya terus duduk rumah layan guests. then tak pergi mana2 pun. kad raya dah tak ada. pelita n bunga api jarang nak nampak. tahun ni gambar family pun tak ambik. semua orang busy. sedih betul =(
10. sebab perempuan-perempuan sekarang tk mcm dulu2.Dlu2 pakai tutp aurat, sekarang perempuan dh mcm tk pkai baju dh. :o:
aku merasakan kehilangan nikmat raya kali ni apabila kehilangan nya org tersayang di kampung iaitu atuk dan nenek…
tradisi pulang ke kampung hampir pupus dan sukar untuk berkumpul sanak saudara…sadis… T.T
*sayangi lah orang tersayang selagi mereka masih hidup..
betul tue…kemeriahan semakin berkurang..
budak2 kecik pon dah tanak berjalan kutip duit raya…hehee..
betul tu…Semangat Raya dah…Kurang….mcm tu..juga lah Solat Terawih….tiap tahun…makin kurang ja….ndak pandai bertambah.. :p
btol2…memg jauh beza time skg & time kite kecik2 dulu…dulu memg meriah kalau time raye…raye ke 4 ke 5 pun still jln2 keliling kampung lagi….seronok sgt…even dpt kutip duit raye kdg2 duit syiling je pun tp tetp sgt2 heppy…bezanye dgn bdk skg…tgk adik2 ainn la…raye 1st je ikot parent g rumah sedare…pas tu esoknye sibuk duk depan tv…yela time raye la muvee mcm2 keluar kt tv…tk pun depan laptop main game la internet la…zaman kite mane la main2 laptop cm tu lagi..kalau ye pon tkde la ‘segila’ bdk2 skg..huh :((
sudah sampai masanya kita kembali merayakan hari raya dengan erti kata yang sebenarnya… ๐
no 10.Kuih Raya:, kalau dulu2.. jarang nampak kuih raya jual kat kedai… sekarang ni… BERLAMBAK!!.. sbb tu… rata2 org sekarang x buat kuih raya sndiri.. nk, cepat beli kt kedai je.. kalau buat kuih raya ramai2.. kt rumah.. kan lagi meriah….tul takkk?.. ๐
bujet dah habis..cuti pula tak dpt..mood raye pun tak ade..nak2 raye single..hhuhuhuh.. :bloody: =( =(
Kawin ngan org KL.
Yang ni lagi sensitip, oleh kerana atuk nenek bapak Mak mertua pn org KL… Bila raya pertama, raya umah mertua, tengahari raya umah Mak sendiri, pstu dok umah sampai mlm coz sedara lain ada kampung kitaorg melopong!!!!! Huaaaaaaa bosan jerk! :bloody:
setuju sgt… alhamdullilah tahun ni raya aku masih meriah seperti sebelum2 ni… masih berkumpul beramai2 di kampung(batu pahat johor), masih ade sesi photographer family, masih ade sesi main mercun sampai lebam, masih ade sesi beraya keliling kampung bersama family… insyaAllah selagi terdaya tradisi ini aku akan teruskan… ๐ cuma yg sedih aku xnampk un budak2 beraya rumah aku(tenggaroh mersing)… semua hilang ntah kemana… main DOTA kot… hehehehe
Skrg takut sgt nak bagi ank jalan2 rumah org beraya cari duit raya. Byk sgt budak yg kena kidnapped. Rata2 suruh anak dok umah ja..
yg pasal tv tuh..apa susah nye?Rekod Ajer! ๐ ๐
entri yg tersangat bagus..suasana raya skg ni dah faded mcm game counter strike gak..haha..so skg ni,media kene main byk peranan utk bangkitkan suasana raya macam dulu..
10. Cuti raya susah nak dapat..ada yang keje time raya..hehe
11. Minyak tanah @ gas pun susah nak dapat..nak nyalakan pelita pun guna diesel or petrol..(jgn guna tau boleh meletop)
hehe
bagi kami kat perlis, open house and ziarah menziarahi still menebal. kelmarin gi meraya dari kul 9 pg ampai 10 mlm.. 200 km ++ tapi round perlis jer.. gi umah terbuka member2… so.. its still a havoc eid… but not as havoc as it used to be…
pada pendapat saya ade juga ibu bapa yg risau nak suruh anak2 mereka pergi beraya ke rumah dan kawasan2 tertentu terutama kawasan bandar. Ini kerana berikutan kes penculikan kanak2 untuk penjualan organ dalaman telah berlaku di Malaysia. Mungkin ada baiknya kanak2 tidak dibiarkan beraye begitu sahaja oleh ibu bapa.
budak budak yang menduduki exam besar stress, naik je sekolah trus UPSR, budak SPM terus ada Trial, PMR ? kurang sebulan je tinggal.
Hurm… Raya makin x meriah… Rindu bk dpt kad raye… Tp nk komen sket psl pengharaman mercun la… Mercun x perlu pn time raya… Wat sakit tlinga je… Bunga api yg cantik2 ok la… Sedap gak mata memandang… Mercun yg harap bunyi kuat je nk watpe… Baby nga tdo ble tjge nangis smpai tgh mlm mak bapak xle tdo… Org len menyumpah xpsl2 dpt dosa (khas ditujukan kanak2 lanjut usia blakang uma)… Lagu raya x byk? Byk jela… Sume radio pasang lagu raya je….
betul kate syaz 2…dulu2 waktu raye xde lar dekat2 sngat dengan hari exam…sekarang nie tngoklah…saya abis cuty nye nx trial spm..bdak pmr ngan upsr lagy lar dekat ngan exam sebenar..nak raya pon tak tergamak…raya pertama 2 boleh lar…ke-2,3,4,5,6…uihhh xmungkin…mengadap buku..mana lar best kalo nak raya asyik ingat nx exam jer…zaman2 dulu xde plak camni…stressssss……. :o:
faktor cuti pun bnyak mmpengaruhi raya ni…naik cuti je trus skolah/kuliah/keje…dulu2…tringat lagi..kalau time raya je msti smbung cuti skolah sbulan 2 bulan..skarang ni?cuti pun dah x sberapa..bdak2 pun malas nk raya sakan sgt…sminggu cuti..pastu mula aktiviti mcm biasa smula…skarang nk raya sbulan pun susah..taun ni maybe dpt raye sminggu je..hehe =(
mungkin sebab lagu raya lama di tukar jadi lagu yg x best…
Salam..
Sy sgt setuju dgn fenomena raya sekarang ni.. Zaman kita dulu sanggup berjalan kaki dan berbasikal berkilometer jauhnya semata2 nak pg umah kawan sekolah/sekelas dan utk kumpul duit raya ^_^’
Budak2 skrng ni pakai motosikal pon dah malas nak berkunjung, jgn kan umah sahabat yg jauh, umah jiran pon xsampai..
Apa yg sy perhatikan, budaya berkunjung ni masih kuat diamalkan oleh rakan2 kita di Sarawak. Sampai raya yg ke-10 pon masih berkunjung ke rumah jiran dan rakan.
Ada sapa2 dr Sarawak nak tambah…
setuju bab penculikan kanak2 tu.. bahaya kalo biar budak2 jalan beraya kalo xde org dewasa teman.. mcm2 jenayah boleh berlaku-xyah sebut la kot..
lgpun ustaz2 kat tv slalu anjurkan kita sambut raya bese2 je, mcm kat arab saudi.. so agknye ramai yg sahut seruan ustaz2 spya x berlebih2 sgt smbut raya, kot..? hmm ntah lah..
cuti sekolah sekejap sangat. lagilah bosan. status facebook budak sekolah semua ckp tahun lepas, cuti dua minggu. tahun ni seminggu. mane best. tak dapat gi rumah kawan.
Spot on, justkhai. The same is true for Chinese New Year. People no longer visiting each other anymore.
End result, lesser angpow. ๐
sedih bila raya kat negara sendiri tak semeriah raya di perantauan. memang takde rasa mood raya langsung kat malaysia ni. bila kat oversea dulu, omg, 7 days before raya kitorang dah sibok membuat kuih raya beramai2, bukak youtube dengar lagu raya hari2, cucuk sate, buat ketupat. and memang for the whole syawal month, setiap minggu gi open house raya family malaysia kat sana.
dekat sini, time balik kampung pon, bukan semua balik. kampung pun sunyi je. i miss the good old days ๐ but for now, memang my raya experience outside of malaysia paling best.
Setuju. Kadang-kadang tu orang kata, raya kat Malaysia ni pun kurang menyengat berbanding negara-negara jiran lain contohnya Indonesia dan Brunei.
Kalau raya zaman sekarang pun dah macam ni, tak dinafikanlah nanti zaman akan datang pun sesilap tak raya langsung. ๐
Duit raya selamat di bank in pagi td.hoho
point yang last tu memang ada benarnya…
tahun mendatang raya hanya pada nama dan cuti..
anak cucu cicit semua dah x merasa kemeriahan raya dahuli…
Mungkin juga minat anak muda terhadap adat tradisi yang dianggap kampung semakin dijauhi dan dipandang hina oleh segelintir mereka yang terasa sangat urban. Sikap ‘hal kau,hal kau, hal aku hal aku lah!’ menjadikan amalan kunjung mengunjung tidak lagi semeriah dahulu dan seharmoni dahulu. Kini lebih ramai hanya menanti dirumah dengan harapan sanak saudara bertandang ke rumah walhal, mereka juga berfikiran sedemikian dan akhirnya tiada siapa yang ingin melakukan kunjung mengunjung.
Sedia maklum dengan sikap orang melayu kini yang dengki dan iri hati. Jika lihat sahaja jiran sebelah dipenuhi ramai orang, maka hati mula berbisik ‘ ah, malas aku hendak pergi rumah orang sebelah sebab sudah ramai orang’ dan orang sebelah juga akan berfikiran sedemikian jika rumah kita dikunjungi ramai orang.
Bukan itu sahaja, kurangnya pendedahan sejak kecil mengenai raya di kampung mungkin menjadi faktor kenapa raya sekarang tidak semeriah dahulu. Andai dulu, raya dikampung bersama saudara mengacau dodol dan sebagainya tapi kini pergi melancong keluar negara untuk menyambut raya.
Oleh yang demikian, tiada siapa yang perlu disalahkan atas kenapa raya tidak meriah. Apa yang kita lakukan, generasi akan datang turut lakukan perkara yang sama. Oleh itu, jika kita teruskan tradisi yang boleh memeriahkan raya kita, maka tidak mustahil raya kita semeriah dahulu.
Perenggan demi perenggan di tulis hanya untuk perkongsian kita bersama. Harap maaf andai membuatkan saudara terpaksa baca keseluruhan apa yang telah ditulis. Khai, jaga pejabat elok-elok. Maklumlah, pejabat khai dipenuhi dengan barang yang sangat berharga. Mungkin ada pihak yang cuba ingin menjatutkan khai hingga sanggup lakukan apa sahaja.
Terima kasih.
betul semua tu JK..semua lebih prefer stay at home kan.. ๐
Kan..khai..sebab 1,3 dan 5 adalah sangat common.. sedih bila fikirkan.ini sekarang, masa zaman generasi anak2 kita pula nanti entah raya pun mereka tak hairan. taknak lah ..demikian…wallahua’lam
Di kampung saya pun banyak rumah yang dah tak pasang pelita dah masa saya kecil2 dulu.
saya still jalan-jalan gi rumah sedara , but tu la , sedara yg dtg rumah saya tu asyik internet je . ye la, henfon canggih. jdi, mkin lma mkin tk mesra.
10. sebab ramai yg bekerja tak dpt cuti beraya… sob sob…
Dunia dah berubah…
Mula2 inat sbb aku dah tua.. :o:
dulu time raya cuti panjang..skarang..kena fokus kt exam lagi..tgk bdk2 upsr dh la..x lame lg nk exam..aku sdiri ade final exam lusa..cmne nk enjoy raya??hehe
Meriahnya RAYA sebab dapat berkumpul adik beradik… Mercun? aku dapat free… hahahahahah :p
betul tu. kemeriahan raya semakin lama, semakin kurang. dulu… aih~ sedihla nak ingat dedulu. isk isk =(
nice post khai, setuju gila ngan setiap point yang ko ulaskan.. huhu, bagi aku raya tahun nie paling tak meriah.. hahaha
aahhh..sy pon perasan jgk raya semakin kureng meriah..adaka sbb faktor umur sbb xdpt duit raya?hehe
pengaruh teknologi mmg memberi impak besar..
setuju. raya tahun dah kureng berbanding tahun lepas.
tahun ni raya ke 4 dah kena balik kampus.
malam raya, orang lain sebok main mercun tapi student mcm sy ni sebok dgn nota untuk test lepas raya & final hujung sept.
tahun depan macam manalah agaknya suasana raya..
sedih.. =(
satu lagi sebab kat kampung sekarang pun jalan jam. so orang lebih prefer duduk kat rumah, tengok tv, online. nak keluar, kadang kadang macam bazir masa. lebih masa kat atas jalan berbanding kat rumah orang.
khaiiii…x de duit raya ka nk kasik kali ni ? hehehe..
raya kali ni ….first time x dpt kad raya …sblom ni atlease msti 2 3 keping ada jgk…huhuhuwaaaaaa…kad raya lg besh la…[>.<]
apa2 pon..slmt hari raya khai…*peh terlambat sudah nk wish…x pa raya sebulan* huhu…
semua tu betul.. mamat mamat pula..tahun ni raya kurang meriah,sbb mamat 24jam on9 sahaja..he3
tak kait lasom
eh?
sekarang, tiap kali beraya, feel raya tu memang dah takde. Bosan. Namun, amalan ziarah-menziarahi tetap ada. Walaupun umur dah besar panjang, still ada yang pemurah nak bagi duit raya. hehe