Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin – Part 1

Seronok bila dah sampai kampung. Bila umur dah 20-an ni, dalam setahun tu boleh kira beberapa hari je akan balik ke kampung. Kononnya sibuk sangat la ye tak? Hehe. So bila dah sampai hari raya macam ni, gunakan peluang yang ada tu untuk pulang ke kampung. Best bila ada kampung ni. Rasa rugi sangat la sesiapa yang takde kampung ni. Hehehe. Untung saya dilahirkan sebagai seorang anak kampung. Hehe.

Pagi semalam lepas sahur je gerak terus dari KL. Perjalanan mengambil masa 3 jam lebih untuk sampai ke kampung Khai di Negeri Sembilan. Sampai je depan rumah, terus nampak buah rambutan dah bergantung-gantung bukan main merah lagi. Serius menguji keimanan saya yang sedang berpuasa. Hehe. Ni semua adik beradik dah balik. Awal mereka balik (baguslah tu). Hehe. Seronok bila nengok mak abah gembira anak-anak dia balik awal-awal sket untuk buat persiapan hari raya. Lagi seronok bila nengok anak-anak saudara main. Macam-macam ragam mereka ni.


Abang Ipar layan PES2011 kat PS3

InsyaAllah, esok kita dah raya dan hari ini adalah ramadhan yang terakhir untuk kita. Entah ada kesempatan lagi nak bertemu ramadhan tahun depan atau tidak, wallahualam.

Gambar atas ni angpow dari Khai buat tahun ini. Kalau tahun-tahun sebelum ni guna sampul duit raya yang dah biasa sangat orang lain gunakan. Semua nak ada tulis Selamat Hari Raya, gambar masjid, gambar ketupat dan sebagainya. Tahun ni Khai guna angpow lain sikit. Haha. Ni angpow untuk mak abah, adik beradik dan anak-anak saudara. Alhamdulillah, masih dimurahkan rezeki untuk beri mereka semua duit raya dari hasil titik peluh diri ini.

Apapun dikesempatan ini nak ucap selamat hari raya buat korang semua terutama pembaca Justkhai dan para penyokong Oh! Media Network. Kalau ada salah dan silap tu, maafkanlah hamba manusia biasa ini. Kalau hamba ada hutang yang hamba dah terlupa tu, beritahulah hamba yang pelupa ini ya. Kalau korang yang baca ni ada hutang dengan Khai pulak, cepat-cepatlah selesaikan. Tak baik buat-buat lupa. Hehe.

Office Oh! Media dah siap sepenuhnya dan boleh running seperti biasa beberapa hari selepas raya ini. InsyaAllah, ada kesempatan nanti, Khai upload rupa office tu ya. Alhamdulillah, dengan izin Allah di usia 23 tahun ini, Khai dah berjaya wujudkan satu pejabat urusan untuk syarikat sendiri. Serius tak sangka secepat ini. Ini satu pencapaian terbesar setakat ini buat diri Khai.

Gambar kat atas ni sempat snap sebelum balik kampung semalam. Ianya adalah salah satu ruang utama di dalam office. Ruang tempat menunggu atau berjumpa dengan client. Sofa dan TV belum masuk lagi. Lepas raya ni sambung balik. Office takde la besar tapi alhamdulillah lepas ni nak jumpa client takde la jumpa kat Old Town lagi dan boleh la support tempat bekerja team Oh! Media yang semakin besar.

Till then, Assalamualaikum dan esok jangan makan banyak sangat lemang dan ketupat tu tau. Ok nak sambung mak buat kerja kat dapur balik. Mengulor jap tulis entri blog. Artikel ni ada sambungan nanti tau. Hehe. Macih kerana sudi membaca ๐Ÿ˜›

Ditulis pada 10:06 PM 29 August '11 dan pastinya oleh . Siape lagi? | 2,017 views | Dalam kategori: Hidup Khai, Istimewa | Tweet This!

Eat This Google!: , , , , ,


RSS feed | Trackback URI

43 Comments »

Comment by megat
2011-08-29 22:25:19

mood dari entri kelihatan khai sangat seronok. gambaran penceritaannya seperti sebuah novel. hehe.

selamat hari raya adidilfitri, semoga raya ini lebih menyemarakkan kebahagiaan dan silaturrahim antara keluarga tersayang.

mohon maaf dan ampun jika ada salah kata-kata yang menyebabkan khai kecil hati.

tak sabar nak tengok ofis khai.

..
Comment by Khai
2011-08-29 22:42:32

Salam saudara Megat.

Ya saya memang sangat-sangat seronok pada ketika ini. Hehe. Entri ni pun main belasah je tulis terus publish. Sengaja bagi menggambarkan perasaan sebenar. Hehe. Terima kasih Megat. Doa saya juga buat Megat dan keluarga. Selamat hari raya maaf zahir batin juga dari saya dan keluarga.

Jemput datang office nanti ๐Ÿ™‚

..
 
 
Comment by Fazreen
2011-08-29 22:26:01

Nampaknya tiada siapa yang komen lagi..semua sibuk nak beraya. khai, unplug yourself form internet. spend time with family sebelum kita bertungkus lumus esok2 lusa..hahaha.selamat hari raya khai!

..
Comment by Khai
2011-08-29 22:43:36

Een, aku online kejap-kejap je kot. Hehe. Tak boleh blah rasanya bila tak online ni. Hehe. Yeah, persiapkan diri anda semua untuk berjuang habis-habisan. InsyaAllah kejayaan dah lama menanti kita semua tinggal kita sahaja perlu berusaha lebih lagi.

..
 
 
Comment by syahirul
2011-08-29 22:38:23

salam aidilfitri kawan ๐Ÿ™‚

..
Comment by Khai
2011-08-29 22:43:49

Salam Aidilfitri Syah. Maaf zahir batin ya ๐Ÿ™‚

..
 
 
Comment by nash
2011-08-29 22:50:28

salam aidilfitri bro
lame xupdate? bz ek
hehehe
angpow iphone! gile larr.. best! hehe
harap2 isinya pun duit ijau.. haa

..
 
Comment by fina fento
2011-08-29 22:52:04

Selamat hari raya. selamat menyambut hari merdeka jugak ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by Syed
2011-08-29 23:49:38

tertunggu-tunggu entri dari justkhai ni..haha..anyway, Slamat Hari Raya kepada Khai sekeluarga. Semoga terus berjaya dalam kerjaya Khai. Insya Allah.

..
Comment by Khai
2011-08-30 12:12:22

Terima kasih Syed. Semoga anda juga terus berjaya dalam bidang yang diceburi ya.

..
 
 
Comment by Omar
2011-08-30 00:06:55

Selamat Hari Raya khai…
Lawa office.. ๐Ÿ™‚

..
Comment by Khai
2011-08-30 12:12:48

Selamar hari raya Omar. Ala opis orang bujang je tu bro.. hehe

..
 
 
Comment by Kamil ace
2011-08-30 00:18:04

selamat hari raya bro

taqabballahu minna wa minkum.. ๐Ÿ™‚

..
Comment by Khai
2011-08-30 12:13:02

Selamat Hari Raya juga, Kamil ๐Ÿ™‚

..
 
 
Comment by azman
2011-08-30 00:52:52

Selamat hari raya Khai,semoga khai terus di beri rezeki yg murah.

..
Comment by Khai
2011-08-30 12:13:23

Amin.. Semoga Azman juga diberikan rezeki yang murah oleh Allah SWT. Sama-samalah kita.

..
 
 
Comment by AMR
2011-08-30 01:18:06

salam aidilfitri & salam kemerdekaan, maaf zahir & batin, semoga kita berada dalam kalangan orang yang kembali kepada fitrah & berjaya, setiap tahun hendaknya kamu dalam kebaikan… ๐Ÿ™‚

..
Comment by Khai
2011-08-30 12:13:53

Amin. Terima kasih AMR. Moga anda juga begitu. InsyaAllah.

..
 
 
Comment by Piratz
2011-08-30 01:42:57

1. Selamat Hari Raya
2. Bile nak jemput aku melawat opis ni?

..
Comment by Khai
2011-08-30 12:14:20

1. Selamat hari raya juga untuk kamu, Piratz.
2. Elehs.. ajak lepak Ampang dah naik berbuih dah mulut aku ni mengajak. Hehe.

..
 
 
Comment by Akmal
2011-08-30 01:45:46

selamat hari raya,khai
memang tak dinafikan tahun ini ialah tahun dimana seribu satu pekara berlaku dan semuanya insyallah mematangkan kita untuk tahun hadapan.

saya mengambil kesempatan untuk meminta maaf jika mana mana kata kata saya tak kira dimana mana dalam oh media! network menggangu perasaan

Kemerdekaan ke-54 tetap tidak dilupakan~kalau tiada negara manalah kita nak sambut hari indah seperti hari raya aidilfitri

..
Comment by Khai
2011-08-30 12:15:06

Selamat hari raya juga Akmal. Saya pun memohon maaf jika ada mana-mana kata dan penulisan saya yg menyinggung perasaan anda dan yang lain. Ya, selamat hari merdeka juga.

..
 
 
Comment by sukacuka
2011-08-30 04:28:59

Selamat hari raya aidilfitri khai. Jaga keselamat diri tatkala memandu. Hehe

..
Comment by Khai
2011-08-30 12:15:20

Selamat hari raya juga. Ya, anda juga begitu. Hehe.

..
 
 
2011-08-30 06:31:00

khai, salam lebaran buat kamu. semoga aidilfitri kali ini, menjanjikan kemeriahan. semoga kamu sentiasa murah rezeki. selamat hari raya aidilfitri.

blog kamu memberi inspirasi kepada Penyu untuk menulis sebagaimana kamu. kamu diantara blogger yang sentiasa Penyu stalk. hehehe. kerana kamu blogger yang sentiasa memberi tips kepada blogger2 baru.

Salam Merdeka Raya Khai. semoga Oh!media network terus maju.

..
Comment by Khai
2011-08-30 12:18:22

Salam Fadil, Selamat hari raya juga kepada kamu. Syukurlah usaha saya selama ni, memberi manfaat kepada kamu. Ya, sebenarnya dalam setiap artikel pun, pasti ada “sesuatu” yang diselitkan. Khai pun tak suka nak tulis artikel yang kosong. Buang masa untuk orang baca. Hehe. Semoga anda juga terus maju ya. InsyaAllah

..
 
 
Comment by azah
2011-08-30 06:49:47

Selamat hari raya Encik Justkhai. Have a blessed raya ๐Ÿ™‚

..
Comment by Khai
2011-08-30 12:18:35

Selamat hari raya juga untuk anda, Miss Azah.

..
 
 
Comment by ejam
2011-08-30 07:42:04

selamat hari raya khai..
balik negeri sembilan yer, aku jumaat baru balik kuala pilah jap beraya dengan pakcik makcik.

semoga raya tahun ni khai lebih gembira bersama keluarga, nanti dah bina keluarga sendiri baru dapat merasa cabaran mengagih kasih utk 2 keluarga plak…hehe

..
Comment by Khai
2011-08-30 12:19:34

Wah besh nya Kuala Pilah. Hehe. Kampungku atas lagi dari Kuala Pilah tu. Dah nak masuk Johor. Semoga tahun ni juga memberi seribu makna buat saudara Ejam sekeluarga. Wah, menagih kasih untuk 2 keluarga tu yang tak sabar tu. Hehe.

..
 
 
Comment by wan sandx
2011-08-30 19:37:20

wah justkhai pnye sampul…style giler ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by SilentReader
2011-08-31 05:57:05

lawanya karpet office tu, Selamat Hari Raya Khai ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by arnamee
2011-08-31 06:06:14

salam raya khai..:D

..
 
Comment by budakbandunglaici
2011-08-31 08:57:39

wow seronoknya..
ampau iphone. same goes to me.
baru meriah meriah kasi “iphone” kat anak2 buah..
camat hari raya khai.. ๐Ÿ˜‰

..
 
Comment by Emmet
2011-09-02 04:08:18

salam bro,boleh tak bank in gaji sy? beberape pun tak kesah

..
 
Comment by lAl
2011-09-02 12:14:16

Selamat hari raya aidilfitri!
Moga terus dimurahkan rezki dan dibanyakkan pahala. insyaallah.. ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by Zarul Umbrella
2011-09-02 14:12:39

Tahniah da ada ofis baru yg cantik..sampul duit raya mmg unik..dan Selamat Hari raya dari saya ๐Ÿ˜‰

..
 
Comment by azril
2011-09-04 00:55:01

salam…
selamat hari raya bro khai..huhu…
meriah ye raya angpow iphone..haha ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by The Red Rambutan
2011-09-07 23:23:55

Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin dari Red Rambutan Dan Isteri. Esok pagi kami akan fly ke Myanmar (kampung isteri) untuk beraya di sana dan ke Jakarta dan seterusnya ke Singapore selepas seminggu di kampung isteri.

Selamat bercuti, berhari raya, berkunjung ke rumah saudara mara, sahabat handai, kawan kawan, staff, rumah terbuka, selamat Hari Merdeka dan kembali bekerja.

Sekian, wasalam ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by mamat
2011-09-27 18:07:26

smart betul sampul duit raya tu.. haha
dalam sampul tu mesti ada banyak duit.. he3

..
Comment by Khai
2011-09-29 07:02:37

Ada la seposen dua kat dalam dia tu. Hehe

..
 
 
Comment by paihujey
2011-09-28 10:59:55

seronok je kalau ada syarikat n pejabat sendiri..harap2 dapat bekerja bawah khai satu hari nanti..

..
Comment by Khai
2011-09-29 07:06:14

Alhamdulillah. Ya seronok memang seronok tapi perlukan kekuatan mental yang kuat untuk terus menjalankannya. Apapun insyaAllah, ada rezeki nanti kalau dapat kita bekerja di bawah satu bumbung, mana tahu kan? Hehe..

..
 
 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
Your URL
Your Comment (smaller size | larger size)

Trackback responses to this post