Fast Update #8

Hari ini dalah sejarah bilamana “Fast Update” kembali wujud di Justkhai. Kalau semak balik Fast Update #7 sebelum ni, agak-agak bila? Heh 3 tahun yang lalu. Haha! Nampak sangat kegilaan kepada menulis sudah semakin berkurangan. Demm!

Baca balik Fast Update #7 sebelum ni, tersengih sendiri. Alahai banyaknya yang dah berubah dalam masa 3 tahun dari artikel tersebut ditulis. Sampai dah ada bini dah pun ni haaa. Duh! Fast update ni actually artikel yang spontan dengan apa yang baru berlaku disekeliling dalam tempoh terdekat. Tiada semakan kedua dilakukan jadi maaf jika ada banyak typo dan sebagainya. Haha! Ok berikut adalah fast update edisi ke-8 di Justkhai.

1. Maybank2u Pay

Screen Shot 2013-04-20 at 2.00.32 AM

Baru-baru ni Maybank ada memperkenalkan servis baru mereka yang diberinama Maybank2u Pay. Fungsi Mb2u Pay ni mudah sahaja di mana mereka cuba untuk menyediakan satu cara yang mudah untuk para peniaga online menerima bayaran dari pelanggan mereka. Dengan hanya satu klik sahaja, pelanggan akan terus dibawa ke website Mb2u dan di sana mereka hanya perlu masukkan username, password, TAC dan jumlah pembayaran, kemudian submit. Tadaaa! Selesai satu proses jual beli secara online. Kalau korang biasa beli tiket wayang secara online dari apps GSC Cinemas dan sebagainya, korang tahu la camana benda ni berfungsi.

Oh! Media awal-awal lagi dah apply untuk mencuba servis ni dan petang semalam pihak Maybank dah pun call membawa berita baik, “Encik Khai, Permohonan Anda Diterima!”. Yeah! Hahaha! (more…)

Posted on 19 April '13 by , under Blog, Hidup Khai. 9 Comments.