Dua Plugin Paling berguna untuk Web Designer

Eh, Khai ade blog rupanya. Hahaha. Punye la busy dengan internship sampai dah kurang masa nak update blog ni. Lagipun tengah nak develop balik Scukz tu. Kesian ko JustKhai. Apepun, ni nak update la ni.

Ini mengenai dua plugin untuk Firefox. Sebelum ni Khai tak amik berat sangat pun pasal dua extension ni. Tapi bila dah internship kat company web design ni, nak taknak, kat PC office pun pakai, kat Laptop pun pakai.

Thanks to Peter (Khai punya office mate yg kacak bergaya) sebab memperkenalkan dan tunjuk Khai satu-satu semua fungsi kedua-dua extension Firefox ni. Jika korang seorang yang bercita-cita menjadi web designer or web developer, Khai wajibkan untuk korang download. Kalau cita-cita korang just main internet untuk Myspace yang langsung tidak memberikan korang duit, abaikan saje lah.

1. Firebug – Firefox Extension/plugin
Firefox Firebug
– Khai terpegun dan terpersona dengan ke’dasyat’an plugin seperti ini. Pendek kata, dengan plugin seperti ini, korang boleh detect apa yang salah dan betul dalam website korang tu dalam sekelip mata. Korang juga boleh inspect any coding dari mana-mana website sekalipun. Untuk kaki curi design n theme orang, rasanya plugin ni wajib untuk korang. Kalau before, korang nak try and error dengan cara leceh like download upload guna ftp file korang tu, dengan Firebug korang boleh buat editing any coding secara live. Untuk apa-apa website sekalipun. Nak menjahanamkan website orang pun boleh tapi untuk suka-suka korang je la. Web sebenarnya tetap macam tu jugak. Korang cubalah sendiri. Tahu la apa yang Khai bebelkan ni. Atau lihat DEMO dia di sini.
Firebug Download Link: Here | download & counting…

2. Web DeveloperFirefox Extension/plugin
Firefox Web Developer
Ini lagi satu kegunaan para pembangun website di dunia. Nama plugin pun dah “web developer” ye tak? Apa yang seronoknya kalau korang ada plugin ni? Banyak juga function yang sama seperti Firebug, tapi Web Developer ni bagi Khai kelihatan lebih complete untuk para web designer n developer. Nak disable Myspace CSS pun boleh supaya korang lebih senang nak customize page kat sane. So ini satu lagi plugin yang tidak merugikan korang langsung malah amat menguntungkan untuk dicuba. Boleh lihat DEMO di Youtube.
Web Developer Download Link: Here | download & counting…

Pssttt: Ini tips berguna untuk mereka yang menggunakan Photoshop untuk edit gambar yg nak diletakkan dalam blog/website. Bila nak save, janganlah save as (ctrl + s), tapi gunakan save for web (ctrl + alt + shift + s). Untuk gif, gunakan dafault setting. Kalau Jpg pula, set kan quality hanya 75 sahaja. Inilah tips yang digunakan oleh para web designer untuk hasil gambar yang tiada cacat cela tapi bersaiz ringan.

Posted on 13 June '08 by , under Lain-lain. 15 Comments.