Chawt, sebuah lagi web SMS free!!

Ingat lagi tak dulu Khai pernah story kat korang pasal MobiK. Ala yang macam kuih karipap tu. Haha. Taklah, MobiK tu membolehkan korang send SMS percuma setiap hari. Kira jimat la sikit kredit korang yang tak berapa nak lebat tu kan.

So ni ada satu lagi website untuk SMS free. Khai dah cuba dan ianya terbukti berkesan. Chawt, dengar nama memang pelik. Korang perlu register dan activation code akan dihantar kat handphone korang. Lepas je korang activate, ape lagi, send la SMS kat sapa-sapa pun tak kira di mana sahaja coz Chawt ni tersedia untuk 160 negara. Tapi kalau MobiK hanya membenarkan kita send SMS kepada penerima yang juga telah mendaftar di MobiK, Chawt pula sebaliknya. Tapi malangnya, hanya 15 sahaja SMS per day yang diberi mereka. Ok la tu, at least, kalau time kredit betul-betul kering tu, takde la nak buat muka tebal ye tak pinjam kredit member.

Dan seperti biasa, perkhidmatan SMS percuma seperti MobiK dan juga Chawt ni tak pernah lekang dari iklan ringkas. Dihujung SMS korang tu akan ada dalam lebih kurang 4 patah perkataan iklan dari mereka. Peduli apa kan, benda free. Adat la tu. Nak demand, korang tak yah cuba. Hehehe..

So kalau dah boleh, ape feedback korang? Neway ni ada sedikit pemanis mata untuk korang..

” wah pandai nye paklah. “

Posted on 2 July '08 by , under Lain-lain. 23 Comments.