Antara diriku dan dirinya

justkhai-diriku-dirinya

Hidup ni macam yang kita lalui ni lah. Dari seorang bayi, kemudian jadi kanak-kanak. Lepas tu masuk ke sekolah rendah, ke sekolah menengah, university dan menjadi seorang dewasa yang bekerjaya. Dalam tempon itu, akan mula mencari pasangan yang benar-benar akan dijadikan pasangan sehidup semati, menjadi batu asas sesebuah hubungan yang bakal menghasilkan zuriat. Kemudiannya kita akan tua, dan meninggal dunia. Itu sahaja kehidupan. Semua orang pun sama dan tiada apa yang lainnya.

Apa yang membezakan setiap orang adalah keperibadian mereka. Bagaimana cara mereka membawa diri untuk mengharungi hari ini, hari esok dan hari yang mendatang. Lihat sekeliling, macam-macam perangai orang dapat kita lihat dan mampu buat kita berfikir. Dan berikut adalah rumusan beberapa perangai yang patut kita jauhi.

1. Diam itu lebih baik.
Dalam semua perkara, dialah yang betul semua. Belum sempat korang cakap, dia dah cakap dulu. Paling teruk, apa yang dia cakap kan tu, mengulang semula apa yang dah kita cakap sebelum ini. Atau lebih teruk lagi, apa yang dicakapkannya, adalah dusta belaka a.k.a tak tahu tapi buat-buat tahu. Jadi, untuk perkara yang kita tak tahu, ada baiknya kita diam. Kerana diam itu lebih baik dari terlalu banyak berkata-kata terutama perkara-perkara yang dusta.

2. Memutuskan hubungan silraturahim.
Kalau korang ada berkawan dengan seorang teman yang suka bercerita mengenai keburukkan kawannya yang lain, jauhilah orang yang sebegitu. Kerana orang seperti ini, dibelakang korang, dia bantai cerita keburukkan korang pulak dengan teman yang dia kutuk pada awalnya tu. Kalau korang jadikan orang yang macam ni sebagai pendengar masalah peribadi korang, suatu hari nanti bila berlaku selisih faham, jangan tanya kenapa kalau semua rahsia korang yang dia tahu sebelum ni, dah sampai pada orang lain. Silap-silap keluar Melodi. Mana lah tahu one day korang akan jadi artis ke kan? Hehe.. (more…)

Posted on 16 December '10 by , under Hidup Khai, Motivasi. 66 Comments.