Antara diriku dan dirinya

302 views | Hantar ke Twitter! | Cetak Artikel Ini

justkhai-diriku-dirinya

Hidup ni macam yang kita lalui ni lah. Dari seorang bayi, kemudian jadi kanak-kanak. Lepas tu masuk ke sekolah rendah, ke sekolah menengah, university dan menjadi seorang dewasa yang bekerjaya. Dalam tempon itu, akan mula mencari pasangan yang benar-benar akan dijadikan pasangan sehidup semati, menjadi batu asas sesebuah hubungan yang bakal menghasilkan zuriat. Kemudiannya kita akan tua, dan meninggal dunia. Itu sahaja kehidupan. Semua orang pun sama dan tiada apa yang lainnya.

Apa yang membezakan setiap orang adalah keperibadian mereka. Bagaimana cara mereka membawa diri untuk mengharungi hari ini, hari esok dan hari yang mendatang. Lihat sekeliling, macam-macam perangai orang dapat kita lihat dan mampu buat kita berfikir. Dan berikut adalah rumusan beberapa perangai yang patut kita jauhi.

1. Diam itu lebih baik.
Dalam semua perkara, dialah yang betul semua. Belum sempat korang cakap, dia dah cakap dulu. Paling teruk, apa yang dia cakap kan tu, mengulang semula apa yang dah kita cakap sebelum ini. Atau lebih teruk lagi, apa yang dicakapkannya, adalah dusta belaka a.k.a tak tahu tapi buat-buat tahu. Jadi, untuk perkara yang kita tak tahu, ada baiknya kita diam. Kerana diam itu lebih baik dari terlalu banyak berkata-kata terutama perkara-perkara yang dusta.

2. Memutuskan hubungan silraturahim.
Kalau korang ada berkawan dengan seorang teman yang suka bercerita mengenai keburukkan kawannya yang lain, jauhilah orang yang sebegitu. Kerana orang seperti ini, dibelakang korang, dia bantai cerita keburukkan korang pulak dengan teman yang dia kutuk pada awalnya tu. Kalau korang jadikan orang yang macam ni sebagai pendengar masalah peribadi korang, suatu hari nanti bila berlaku selisih faham, jangan tanya kenapa kalau semua rahsia korang yang dia tahu sebelum ni, dah sampai pada orang lain. Silap-silap keluar Melodi. Mana lah tahu one day korang akan jadi artis ke kan? Hehe..

3. Bercerita mengenai hal orang
Bila orang lain bertanya mengenai diri kita dibelakang kita, dia akan cuba menidakkan apa yang betul. Maknanya, dia akan memperkecilkan kita dari segala aspek walhal dia pun tidak tahu hal yang sebenar-benarnya. Guys, kalau orang tanya kita mengenai orang lain, kalau benda kita tak tahu, kita jawab’lah tak tahu. Kadang-kala, kerana mulut kita, mungkin menyukarkan dan merosakkan plan orang lain pada masa akan datang.

4. Menggadai maruah diri di Facebook
Menulis perkara yang memalukan diri sendiri di Facebook. Gaduh dengan kekasih, sibuk nak canang satu dunia memalukan diri sendiri dan pihak satu lagi. Sampai kadang-kadang, beli kotex (pad wanita) pun nak diberitahu kat Facebook. Kalau korang jumpa golongan macam ni dalam friendlist korang di Facebook, ada baiknya korang remove dia cepat-cepat agar kurang seorang yang menjadi pembaca status-status yang memalukan diri dia sendiri. Kesian kat orang macam tu kan?

5. Blogger Perasan Malaikat
Menulis mengenai orang lain di blog. Perangai macam ni memang hampas sebab tiada niat lain selain nak mencari populariti di blog menggunakan nama orang lain. Blogger macam ini, niatnya konon ingin menasihat kesilapan orang lain tapi dengan cara yang salah iaitu bukan memberi teguran, tetap mencanangkan kesalahan orang. Golongan macam ni Khai suka gelarkan dia sebagai “malaikat internet” kerana perangainya yang suka menegur orang lain melalui blog sekaligus secara tak langsung cuba memberitahu yang dia tidak begitu (dia layak menegur). Dan lebih teruk lagi, tanpa bertanyakan apa-apa pada tuan badan yang ingin dikritiknya, apa yang dia sampaikan semuanya bercanggah dan akhirnya telah jatuh saham akhiratnya sebagai seorang pemfitnah.

6. Bercerita mengenai kejayaan orang lain
Usah selalu bercerita mengenai kejayaan orang lain. Perkara macam ni selalu terjadi disekeliling kita. Orang bercerita mengenai kejayaan si A mahupun si B yang ada hubungan darah daging atau sahabat dengannya. Khai pernah baca satu artikel ni dulu (tak ingat di mana), di mana artikel tersebut melabelkan golongan yang terlalu gemar bercerita mengenai kejayaan orang lain kepada orang lain, golongan ini adalah golongan yang paling sukar untuk berjaya. Jadi, kalau kita salute pada kejayaan seseorang, kita jadikan semangat untuk diri kita berjaya macam dia cukuplah. Tak perlu canang satu dunia. Mereka yang berjaya, bukan kita. Why bother?

7. Jaga tepi kain orang tak bertempat
Suka masuk campur urusan orang lain. Perangai macam ni ada baik dan buruknya. Jika dipandang dari sudut positif, mereka ini adalah golongan yang caring dengan orang lain. Dari sudut sebaliknya, golongan ini terlalu sibuk menjadi penasihat pada urusan orang lain tanpa sedar, yang diri sendiri tidak terjaga. Ingin tolong bina banglo untuk orang lain, rumah setinggan sendiri tak siap-siap. So, kita boleh berikan pendapat mengenai masalah orang lain, tetapi jika ditanya. Jika tidak ditanya, ada baiknya kita diam dan concern pada kehidupan kita terlebih dahulu.

8. Sakit hati dengan kejayaan orang lain
Setiap manusia ada 7 hari dalam seminggu dan 24 jam dalam sehari. Dari sudut waktu, semua orang ada jumlah waktu yang sama dalam sehari. Apa yang membezakan golongan yang pandai mencari kejayaan, adalah bagaimana dia manage masa dia yang 24 jam sehari tu berbanding orang lain. Sebelum kita sakit hati dengan seseorang atas kejayaannya, renung balik apa yang membezakan masa 24 jam kita dan dia. Simple bukan?

9. Fill in the blank!
Ada lagi tak? sila-silalah tambahkan respon di bahagian komen agar sama-sama dapat kita memperbaiki diri kita sendiri dan orang lain yang membaca. Khai menulis entri ini, agar menjadi satu cara paling hebat untuk memperbaiki kelemahan diri sendiri yang khilaf dan bukan sapa-sapa ini serta mungkin dapat menyentap jiwa mereka-mereka yang berperangai seperti yang tertulis di atas. Tepuk dada tanya diri sendiri. Wassalam.

Pssttt: Entri ditulis dalam keadaan menggigil pada jam 6:22 pagi. Kerana kesejukkan berada di puncak Cameron Highland!! Fuh.. Sambil tangan kiri menaip dan tangan kanan makan strawberry. Heaven dowh! hehe..

Bookmark entri ini

Bookmark

Boleh print kalau nak

 Print Artikel Ini.

Ditulis pada 6:18 am 16 December '10 dan pastinya oleh . Siape lagi? | 302 views
Dalam kategori: Hidup Khai, Motivasi | Tweet This!

Eat This Google!: , , , , , , ,


RSS feed | Trackback URI

66 Comments »

Comment by jejat91
2010-12-16 06:36:29

muge amalan yg baik itu diterukan,mudah-mudahan ๐Ÿ™‚ …

-betulkan yg biasa & biasakan yg betul-

..
 
Comment by clumzcaffein
2010-12-16 07:05:31

nice! aku suka entri macam ni. sentiasa mengingati satu sama lain. hehe. ๐Ÿ˜‰

..
 
Comment by CiPheR
2010-12-16 07:06:18

salam,

Bermurah hati? sentiasa beramal sedekah sekiranya kita mmpu….. senyum pun boleh ๐Ÿ˜‰

..
 
Comment by anyone.....
2010-12-16 07:08:13

hurm…….thanks for the information….i will need it!!! thanks !!! ๐Ÿ™‚ you rock khai!!! ๐Ÿ˜Ž

..
 
Comment by aizuddin
2010-12-16 07:20:13

hari ni 10 muharram..jom puasa sunat asyura..tapi khai dah makan strawberi lak ๐Ÿ™‚

..
Comment by Khai
2010-12-16 08:39:58

Hehe.. time time ngah holiday ni, mmg susah la nak berpuasa.. karang jalan2 makan ikan bakar, kompem nangis.. hehehe.. Takpelah, puasa sunat je kan..

..
 
 
Comment by azah
2010-12-16 07:29:34

hmpir semua di ats pernah juga sy lalui.

effect: hampir stahun stop drawing kerana jumpe org yg Psiko :choler: sbb 1st time jumpe orang begini… :((

kali ke dua ketiga jumpe orang mcm ni (tmasuk jumpe malaikat internet), just diam dan be positif, teruskn berusaha je. kdg2 benda mcm ni mematangkn kite, macam mana kite hadapi situasi2 mcm ni.. yg penting kite xbuat orang…

..
 
Comment by MQ
2010-12-16 07:35:01

ha dh xjauh tu….bleh singgah anto stberi tu kat akak skit….

apa yg khai tulis tu ada gak kebenarannyer…kita nie hidup dikelilingi manusia yg berbagai feel….so pandai2 la bawa diri…

..
 
Comment by anuarsalleh
2010-12-16 08:17:23

wah..pagiยฒ layan stroberi! Huhuhu…dah nama pun manusia, so macamยฒlah keadaannya. yang penting, macamana kita adapt dgn keadaan itu ๐Ÿ˜‰

..
 
Comment by Anwar Saurano Albo
2010-12-16 08:19:34

Nak tambah sikit.. thanks khai sbb tulis entri yg baik..
Berkata tentang ‘Malaikat Internet’…

Aku anti dengan orang yang suke menasihati orang lain melalui blog kononnya dia malaikat internet.. itu bukan nasihat ikhlas nama nyer tuh ok.. itu namanya dok mengutuk dan jaja cerita orang lain serta mencari publisiti murahan.. Apakah tiada inbox didalam facebook aku untuk kau nak nasihat? Apakah kau tiada hanpon untuk SMS?

Kalau benar2 la aku buat kesalahan, blog bukanlah tempat ko nak menasihat ok? Lainlah kalo ko tak simpan no hanpon dan tak add facebook aku.. aku boleh terima yang itu..

Ko tau tak blog itu apa? Ptuihh! Dapat jer 4flat tapi rohani bongok..

slm

..
Comment by Khai
2010-12-16 08:37:29

hoho.. encik anwar marahkan sapa ni? sabar-sabar.. hehe..

..
 
 
Comment by Anwar Saurano Albo
2010-12-16 09:52:08

Kalau 24jam asyik ceria jer macam tak kena la pulak kalo tak meletus sekali sekala kan? haha..

Sajer2 nak kasi gempak kat ruangan comment nie hehe..

Pape pun best blog just Khai nie 8)

..
 
Comment by Akmal
2010-12-16 10:41:18

Rindu topik panjang lebar macam ini hahahaha
sesungguh personaliti boleh dibentuk dan juga dimimik tapi semoga personaliti yang bermaruah

..
 
Comment by arnamee
2010-12-16 11:16:29

Salamkhai.

Perkongsian yg sweet.hihi

..
 
Comment by Emmet
2010-12-16 12:41:38

aku benci orang yang letak gambar palsu kat profile facebook diorang…Korea la konon

..
 
Comment by Ali ridha
2010-12-16 14:34:11

depa memalukan diri sendiri.
menunjuk kan aurat.
kononnya ada lelaki minat.

baju ketat nampak terseksa.
lelaki hidung belang la minat.

..
 
Comment by safwan
2010-12-16 14:54:00

perkongsian di kala sejuk,,,,,,,,,,
kalau kita selalu dengar komen org yg nk menjatuhkan kita, susah kita nak berjaya.

Jadi kita perlu kalis dengan semua dugaan ni, :-[)

..
 
Comment by aku manusia
2010-12-16 16:02:03

wow….
sgt bergune info ini…..suke artikel no.4…
hehehe nk start remove org la..hahaha ๐Ÿ™‚ ๐Ÿ™‚ :aie: ๐Ÿ˜€
:p

..
 
Comment by aie
2010-12-16 16:52:32

jgn melampau2 guna fb.. abih smua nk ditulisnye ๐Ÿ™‚ ..hehe..
good artikel khai..

..
 
Comment by h3r0
2010-12-16 19:02:28

artikel yang menarik… ada gak pengajaran yg aku dapat..
Tapi tak semuanya betul bagi aku.. At least ada kebenarannya..

tq..

..
 
Comment by Upload your video
2010-12-16 21:24:18

Daripada Jabir r.a , bahawa dia berkata ” Rasullullah s.a.w menghampiri kami sedang berkumpul , lalu baginda bersabda:

“Wahai umat Islam , takutlah kepada Allah dan hubungilah SILATURRAHIM. Sesungguhnya tidak ada pahala yang lebih cepat daripada SILATURRAHIM . Hindarkan perpecahan sebab tidak ada seksa lebih cepat dari seksa perpecahan dan hindarkan menderhakai kedua orang tua sebab angin syurga yang tercium dari perjalan seribu tahun demi Allah tidak akan tercium oleh orang yang derhaka kepada kedua orang tua , tidak pula oleh orang tua yang berzina atau jirang yang sombong . Sesungguhnya SOMBONG itu hanya milik Allah ”

Saja ja nak tulis kat sini sebab tadi ada nampak Memutuskan hubungan silraturahim. ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by hasbull
2010-12-16 22:07:26

khai tunggu aq kt ch ari jumaat ni… hehehe lpas tuh ble gi jlan2 kt ipoh……….

..
 
Comment by mkck kantin
2010-12-16 22:44:03

ade kwn aku sorg ni…
dia tak tahu pape..n suke like je keja..
ble ade org comment , kn dy nek kt notice bdk ni…
pas tu dy reply..=.=,==. and mcm2 lg.. sakit ati betul..
:choler:

..
 
Comment by rizzar
2010-12-16 23:01:31

selalu jmper jenis manusia yg suka bercerita ttg diri sendiri.. ttg kebolehan memasak cth nya smbil merendah2kan kelemahan org lain dlm bentuk gurauan… bkn tak bole terima tp ada satu tahap kita akan rasa meluat dgn manusia sebegini… selalu rasa nak hijrah tmpt lain tp sentiasa ingt yg kita sdg mencari rezeki halal.. manusia mmg begitu jgn kita terikot2 jd spt itu.. tgk dlm diri sndri kaji kelmahan diri dan perbaiki..

..
 
Comment by apex
2010-12-17 02:59:34

ada antara yang komen kat sini perangai camtue x?
hehehe ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by Darilensa.Com
2010-12-17 14:56:18

Pernah jumpa smua yang diatas..dunia..dunia.. :love:

..
 
Comment by Darilensa.Com
2010-12-17 14:57:58

dah jumpa smua yang ada dalam entrty ni…huh !!! :love:

..
 
Comment by BLOG KOLEKSI KISAH2 PALING KELAKAR
2010-12-17 15:40:24

saya sangat2 setuju dengan point no 1 tue….tpi ada baik dan buruknya jugak..

..
 
Comment by BLOG KOLEKSI KISAH2 PALING KELAKAR
2010-12-17 15:49:08

betul apa yg ada kt dlm artikel tue kata…

..
 
Comment by hamba Allah
2010-12-17 21:41:31

assalamualaikum wbt

memandangkan anda tidak memberikan salam kepada pembaca, maka izinkan saya yang memulakannya terlebih dahulu. saya harap ini tidak mengapa.

pertamanya yang ingin saya kongsikan adalah pandangan balas berkenaan perenggan pertama dalam entry anda. hidup seorang Muslim ini sebenarnya seperti yang kita semua sedia maklum tidaklah seโ€™simple dan begitu straight forward seperti yang anda hujahkan. hidup seorang Muslim ini jauh lebih panjang perjalanannya daripada mendapatkan harta, pasangan sehidup semati, zuriat dan kemudian mati. saya percaya kita semua faham dan izinkan saya berhenti di situ.

kedua, saya juga sama sahaja seperti anda, seorang hamba Allah yang banyak khilafnya. namun saya begitu tertarik sekali dengan point yang anda perkatakan pada nombor 7. perihal jaga tepi kain orang lain a.k.a masuk campur urusan orang lain. wallahualam

soalan pertama yang ingin sekali saya tanyakan kepada anda adalah, adakah anda telah benar-benar mengenali peribadi menyeluruh hamba Allah yang anda maksudkan itu? kerana sekiranya anda tidak pernah mengenali dia secara personal; jauh sekali untuk bertentang empat mata secara bersemuka, saya percaya anda sebenarnya tidak layak untuk mengatakan sesiapapun yang hadir dalam hidup anda dengan kenyataan seperti itu. maafkan saya sekiranya saya khilaf. anda sendiri lebih tahu jawapan sebenar kepada persoalan ini.

ini kerana apa yang saya ingin saya jelaskan di sini adalah; melainkan kita telah betul-betul mengenali isi hati dan peribadi sebenar seseorang itu dengan menyeluruh dan mendalam, mengatakan orang lain suka masuk campur urusan hamba Allah yang lain (tanpa bukti yang memang benar-benar kukuh) tidak lain tidak bukan membuktikan kita juga tidak jauh bezanya dengan perangai nombor 3 (bercerita mengenai hal orang). apatah lagi sekiranya peribadi sebenar hamba Allah yang anda maksudkan itu adalah langsung tidak sama dengan perangai yang anda hujahkan di sini, bukankah anda yang berdosa besar kepadanya? sekali lagi, betulkan saya sekiranya saya khilaf. dan sekiranya anda yang khilaf, muhasabahlah diri. kerana sekiranya hamba Allah yang anda maksudkan itu telah muhasabah dirinya, yang masih khilaf itu tidak lain tidak bukan adalah diri anda sendiri dan bukan orang lain.

saya melihat anda sebagai seorang yang bijak, tetapi dalam erti kata psikologi seorang manusia, anda belum benar-benar memahami apa itu yang dimaksudkan dengan empathy. dan anda juga seharusnya memahami bahawa empathy antara seorang lelaki dengan wanita itu berbeza sifatnya. satu hari nanti anda akan mengahwini seorang wanita, insyaAllah anda akan memahami tentang empathy seorang wanita perlahan-lahan.

dan setiap manusia itu ada kelebihan dan kekurangannya, begitu juga setiap perangai yang baik itu ada sisi gelapnya. sekiranya anda berpendapat bahawa seseorang yang tanpa disedari telah masuk campur urusan orang lain dengan membiarkan urusan peribadinya terkontang-kanting itu harus dijauhi daripada dijadikan teman, maka izinkan saya untuk memberikan pendapat yang sebaliknya.

kerana pada diri saya, seseorang seperti itu seharusnya didekati, difahami dan dinasihati dengan penuh berhemah, bukan dibiarkan semakin terkontang-kanting apabila cuba memahami buah fikiran orang lain yang tidak sama cara pemikiran dengannya. mempunyai cara pemikiran dan cara penyelesaian masalah atau pendekatan penyelesaian konflik yang tidak serupa dengan kita tidak sama sekali menjadikan seseorang itu tidak baik atau jahat, asalkan dia mempunyai pendiriannya yang tersendiri, yang mengasaskan kepada tindakan yang dirasakan tidak salah. saya percaya anda mempunyai pendapat yang tersendiri. dan saya percaya bahawa pendapat saya yang tidak seberapa ini yang jelas bertentangan dengan pendapat anda adalah layak dihormati selagi mana ia tidak bertentangan dengan hukum Allah.

sayangnya, sekiranya semua orang dalam dunia ini buah fikirannya sama seperti anda, saya percaya dunia akan tunggang terbalik; kerana tidak akan ada ruang yang dibuka untuk โ€˜intellectual open mind and heart to heart discussion to resolve conflict and serious misunderstandingโ€™. ini kerana sesaat kita merasakan seseorang hamba Allah itu sesuka hati suka masuk campur dalam urusan orang lain (sekalipun itu tidak benar), selamanya kita akan menjauhkan hidup kita daripadanya. bukankah begitu? wallahualam

akhir sekali, semoga saya, anda dan kita semua akan sentiasa diberikan petunjuk dan rahmat Allah dalam menghadapi manusia-manusia yang tidak tulus dan tidak ingin bertanya secara terus terang terlebih dahulu sebelum melabelkan sesuka hati. usah anda membuang masa anda yang terlalu berharga seperti tissue itu untuk menjawab komen tidak seberapa hamba Allah ini. terima kasih, assalamualaikum

..
Comment by Khai
2010-12-18 08:40:22

W’salam..

Miss Fierina, nothing personal here.. Terima kasih ๐Ÿ™‚

..
 
 
Comment by wansiti
2010-12-18 03:10:40

boleh jadi panduan dan pengajaran di masa hadapan..

..
 
Comment by Ahmad Jer!
2010-12-18 05:51:34

assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh.

ish ish. nak tulis tapi tak reti la plak, tapi takpe la, cakap bahasa rojak yang tak tersusun key? hidup berpandukan islam itu lebih baik.. kerna kite lebih di “guide” untuk terus menjadi yang sempurna sebagai hambanya, tanpa kite meletakkan islam sebagai sumber utama rujukan kita, hidup kita yang akan nampak cacat celanya.. semua yang ada diatas ada kena mengena dengan saya sendiri.. ape-apepun kepada mereka yang telah terumbang ambing, back to the quran.. dan ikutlah jalan islam yang sebenar..
teguran ni ikhlas pada saya dan diri sahabat-sahabat pembaca yang lain..

p/s: kontra perkataan tak sedap.. ish ish ish… practise!! practise!!.. ๐Ÿ™

..
 
Comment by Ahmad Jer!
2010-12-18 09:06:36

dah tukau dah title blog. heh.

..
 
Comment by Ahmad Jer!
2010-12-18 09:07:20

title post. adeih.. sory silap.. bukan spam..

..
 
Comment by ayyumohd
2010-12-18 20:50:47

saya tak suka blogger menyebarkan keaiban orang.ala-ala ‘malaikat internet’ punya kategori. bg saya kita tiada hak menyebarkan aib org. hehe

..
 
Comment by Ahmad Jer!
2010-12-19 00:22:36

sokong, tetapi kalau pelaku pun tak tutup aib mereka bagaimana kita nak menutupnya? ๐Ÿ™ sedih dengan orang yang melakukan kemungkaran tetapi tidak menyembunyikannya, bahkan bermegah-megah dengan kemungkaran yang beliau lakukan…

..
 
Comment by s.E
2010-12-20 22:03:45

isy..btl2..sapot sume yg ade kt ats tu… :o:

..
 
Comment by Eriyza
2010-12-21 12:32:08

Pokok pangkalnya kena fikir akibat dari tindak tanduk
kita dulu seblum wat pape pun. Jgn buat dulu, baru nk pk.

..
 
Comment by fikri91
2010-12-21 14:28:51

aku paling suka point pertma…
diam itu lebih baik…
ramai orng yg suka cakap lebih, tapi hasil xda…
sama2 r kita munasabah diri.. ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by megat
2010-12-22 15:55:27

orang yang banyak muhasabah diri tahu apa yang terjadi pada diri dan keadaan sekeliling. ini juga memaksa untuk kita fahami setiap orang punyai perangainya sendiri termasuk yang pelik-pelik.

rasanya pernah menulis pasal sikap manusia seperti tersebut tapi blog tu dah terkubur hehe.

..
 
Comment by Fahmi Raazali
2010-12-23 02:16:50

diam tu mmg lebih baik bari berkata2 sesuatu yg tak berfaedah… tp bg org yg suka bercakap… nk diam tu mmg satu cabaran ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by ejardkethot
2010-12-24 12:07:37

thx 4 da info . sbb ni la sy ska baca blog kluaran2 incik khai..hoho.tgh2 asyik di hanyut dunia cyber, tup tup ada peringatan [^_^] thx..sama2 kita baiki diri kita ๐Ÿ˜‰

..
 
Comment by syahrilhafiz
2010-12-24 17:21:26

wow! mantap
aku lebih suka point pertama
sebab tu aku ni jenis cerewet orangnya

..
 
Comment by ohcikgu
2010-12-25 01:44:10

malaikat internet. fuhh. first time dengar perkataaan nih..

..
 
Comment by Izwan
2010-12-29 12:31:43

suka point no. 4.. facebook menjadi tempat luah perasaan.. blog pun kadang2 sama gak.. cuma, dalam internet mesti ada kerahsiaan, tak semua boleh cerita… bukan bermaksud nak tunjuk semua baik, cuma ada perkara yg terlalu aib kpd diri sendiri mahupun orang lain..

..
 
Comment by Mohd Isa
2010-12-31 10:01:59

pergh…serius…semua perkara tu aku tak suka…klu blh semua aku nak hindarkan…tp kita manusia…pasti kita akan alami jua..tak hari ini…esok atau lusa…yg penting cara kita nak mengatasinya…semoga Allah memberkati hidup kita. amin

..
 
Comment by jundullahosman
2011-01-01 23:35:39

salam
sekrang ni semakin ramai blogger yang tidak segan silu menulis menggunakan kata2 kesat.

dan makin juga ramai blogger yang menghina bangsa sendiri.
=(

..
 
Comment by TN SkY
2011-01-02 17:22:03

hehe..betul pe yg khai ckp tu;..=_=
diam lebih baik kdg2..emm

ha..check my new entry ya?jika sudi hee
http://guessthisisacityofthesky.blogspot.com/2011/01/rahsia-sebenar-sejarah-melayu.html#more

..
 
Comment by akubiomed
2011-01-07 12:29:00

Saya tidak ada akaun Facebook dan hanya ada Twitter sahaja. Nobody perfect kadang-kadang kita terlupa yang kita hanyalah manusia biasa ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by Anip
2011-01-13 20:45:42

wah, kat cameron tu..siap makan strawberry bile buat post.. best kot..pagi2 buat lak tu..

..
 
Comment by slimdiet2
2011-02-09 12:50:27

terkecur air liur mengingatkan strawberi, balik keje nak cari la

..
 
Comment by nulat
2011-02-09 16:48:34

tak suka jugak status-status facebook yang konon-konon nak meluah perasaan menarik perhatian pastu bila orang concern tanak bagitau pulak . gedik.

..
 
Comment by nulat
2011-02-09 16:51:09

tak suka jugak status-status kat faacebook yang meluah perasaan menagih perhatian tapi bila orang tanya tak nak jawab pulak.

..
 
Comment by itsme
2011-02-28 00:40:48

hye there…
its been a long time i had observed ur blog bro…we never meet in person but i do noe u from the stories i heard from ur important “frenz”..sometime felt like wanna hate u but i dont have the right to do so as i dont know u for a real…
whatever it is, seriously im impressed with ur achievement..
good luck with ur career n ur love one…
ak pown xpandai nk nasihatkan org, kekekalkan kejayaan ko ngn rase rendah diri…u will not loose anything dude.. ๐Ÿ™‚ ..
ak xtaw nk post cmment katner yg sesuai,…kat cni pown okay kot…

..
Comment by Khai
2011-02-28 05:41:26

Hi… siapa frenz tu? Erm, ok terima kasih di atas nasihat. InsyaAllah akan sentiasa menjadi seorang yang bersyukur dan sentiasa merendah diri..

..
 
 
Comment by itsme
2011-03-01 01:03:04

it is better not to know la bro,pedulikan pe org nk ckp as long as u taw diri u cna…
juz enjoy ur good moment…=)..neh pown slh satu prangai yg ptt dielakan..=p

..
 
Comment by dewisupriantisaut@yahoo.com
2011-03-02 21:33:47

hai….

..
 
Comment by Faizal Fredley
2011-03-08 15:43:43

byk pengajaran yg aku dpt melalui entry dan komen…

..
 
Comment by Faris
2011-03-20 18:45:17

Ok la, apa aku nak katakan disini aku pun macam ko jugak pasal dah kena dengan macam2 perangai orang yang aku jumpa. Tapi yang paling membuatkan orang tak boleh bla is orang poyo sebenarnya takde apa2 pun just poyo je lebih bila jumpa orang yang betul berilmu dan pandai, si poyo tu confirm jealous giler & tak boleh tengok orang senang. Dia boleh menjatuhkan orang dengan pelbagai cara asal orang tu boleh tumbang anytime je. Manusia perangai hasad dengki macam ni sampai bila pun takkan maju. Aku cukup kecik hati dengan sikap sebegini. Perkara yang lepas dapat pengajaran selepas aku baca entry ko khai. Semoga kita lebih berhati-hati bila berkawan dengan sesiapa sahaja. Tak kira apa bangsa. Semuanya sama kerana semua adalah anak cucu Nabi Adam A.S di muka bumi ni.

..
 
Comment by with
2011-03-28 22:58:44

suke numb satu, numb dua plak tak suke tau? plak dah numb 3 terase ah. ngaha

..
 
Comment by withwas
2011-03-28 23:01:10

suke numb satu, numb dua plak tak suke tau? plak dah numb 3 terase ah. ngaha

..
 
Comment by Asma
2011-04-17 23:35:53

Best entri ni.. Suker

..
 
Comment by MagikaKotak
2011-04-18 10:00:44

haha..xleh belah ngan gelagat di FB tu..sampai nak p bli bra pon nak gtaw..kononnya nak ajak p teman..ikut p teman skali baru dpa taw..haha(xleh belah la) ๐Ÿ˜†

..
 
Comment by tauhugoreng
2011-04-18 13:23:36

Buang yang keruh, ambil yang jernih…. Kan sonang. ๐Ÿ˜€

..
 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
Your URL
Your Comment (smaller size | larger size)

Trackback responses to this post

Apa Entri sebelum dan selepas entri ini?