Shoutbox tidak releven lagi

475 views | Hantar ke Twitter! | Cetak Artikel Ini

justkhai-shoutbox-1

Justkhai dari awal kewujudan’nya, memang ada shoutbox di sidebar dan kemudiannya berubah ke side sebelah kanan blog menggunakan floating script. Tapi itu kisah dulu-dulu di mana zaman shoutbox bermula. Semua orang mahukan shoutbox untuk diletakkan ke dalam blog. Kalau blog takde shoutbox, rasa bukan blog pula pada masa tu.

Dan hari ini, zaman shoutbox dirasakan tidak releven lagi. Kalau guna shoutmix, ramai yang datang ke blog langsung tak baca pun entri korang. Jangan kata baca, nak jeling pun dia tak hingin. Yang penting, dia akan ke shoutbox korang dan tujuan’nya hanya satu iaitu mempromosi link. Entah macam-macam link. Ada yang promo link ke blog dan ada pula yang promo link scam ntahape-ape yang diorang join tu.

So bila masalah ini berlanjutan, Justkhai memulakan satu revolusi dalam dunia blog dengan menggunakan shoutbox versi Facebook. Dan setiap komen yang ditinggalkan dalam shoutbox tersebut, akan menggunakan akaun Facebook si pengirim. Ingat masalah promo tak habis-habis ni akan hilang, rupanya tidak.

justkhai-shoutbox-2

Even dah guna nama sendiri (ikut nama Facebook) pun, ramai lagi yang masih setia untuk mempromosi link blog dan affiliate mereka. Kalau link blog, Khai takkan padam tapi bila masuk part promo link affiliates dan scam program yang diorang join, tu yang tak menahan tu.

Orang lain habis berpuluh-puluh hingga beratus-ratus ringgit untuk beriklan, diorang pula dengan senang hati mempromosi di shoutbox orang. Bagi mereka, mereka sangat bijak kerana menggunakan peluang yang ada. Tapi dari sudut lain’nya, apa yang dilakukan langsung tak sopan dan langsung tak menghormati pemilik blog yang berkenaan.

Dan kerana sebab-sebab itu, Justkhai tidak lagi mempunyai sebarang shoutbox mulai hari ini. Dan shoutbox tersebut dipindahkan ke Oh! Khai beberapa hari lalu. So kalau korang yang baca ni kaki promo link, boleh lah promo kat sana pula kalau berminat. Sebelum shoutbox di blog tersebut pun akan dikeluarkan nanti.

Apapun, ramai juga yang bertanyakan Khai soalan-soalan menarik di Shoutbox. Buat masa sekarang, maaf sebab Justkhai TIDAK AKAN lagi menggunakan sebarang shoutbox. Jadi harap rajin-rajinlah jari untuk hantar email terus kepada Khai ya. Kalau soalan korang tu Khai tahu dan ada kelapangan, INSYAALLAH Khai akan balas.

Itu sahaja. So masihkah korang rasa shoutbox tu releven ada di blog korang? Atau perlu dibuang sahaja?

Bookmark entri ini

Bookmark

Boleh print kalau nak

 Print Artikel Ini.

Ditulis pada 5:16 am 14 December '10 dan pastinya oleh . Siape lagi? | 475 views
Dalam kategori: Blog | Tweet This!

Eat This Google!: , , ,


RSS feed | Trackback URI

97 Comments »

Comment by dilla molly
2010-12-14 05:21:46

dah ad..tapi xramai yg nak shout kat c2..dorang lebih suka shout kat shoutmix lama..dilla da wat dah.

..
Comment by Khai
2010-12-14 05:43:48

Itulah. Mereka tak nak promo link scam menggunakan nama sendiri di Facebook lah tu. Kalau shoutmix, boleh jadi anon kan? Hehe..

..
 
 
Comment by ujang
2010-12-14 05:30:04

perlu la utk yg baru mcm aku…

..
 
Comment by lol
2010-12-14 05:34:33

mcm mn eh nk guna shoutbox versi fb tu? code dia?

..
Comment by Khai
2010-12-14 05:44:33

Boleh google cara dia. Ada blogger yang dah menulis caranya. Kalau ada banyak duit mahupun tak reti nak buat, boleh upah Oh! Media untuk buatkan. Boleh rujuk di http://ohmedia.my/perkhidmatan

..
 
 
Comment by mad
2010-12-14 05:38:39

klu nak promote link tu sekurang2nya bagila salam kat tuan punya blog. Tanya khbr ke,link exchange ker. Ni yang dinamakan tak beretika bila masuk umah org tak bagi salam terus jadi salesman. :p

..
 
Comment by hazwan
2010-12-14 05:39:17

zaman blog skarang bkn mcm dulu lagi..skarang semua org sibuk nak naikkan traffic masing..guna software blogwalking la, ape la..totally different kalo dbandingkan dgn dulu..spatutnya try improvekan ape yg ditulis, baru traffic akan naik sbb ade pmbaca..tp kadang2 aku buat jgk blogwalking ni hehhe ๐Ÿ˜€

p/s:blog aku bese2 je.

..
Comment by Khai
2010-12-14 05:48:34

Ya benar.. Apapun ada antara mereka yang membaca entri (samaada tinggalkan komen atau cuma silent reader sahaja).. Hehe. Dan bagi aku, blogwalking bukanlah hanya sekadar say hi di shoutbox.. tapi say hi pada entri2 rakan blog.. Betul tak?

..
 
 
Comment by Akram
2010-12-14 05:39:44

So adakah disini saya bersalah ? kan saya tanye soalan je tuh… ๐Ÿ™‚ Bro kan dah lame dlm bidang blogging ni.

..
Comment by Khai
2010-12-14 05:46:31

Salam Akram,

jangan salah faham ya. Gambar shoutbox facebook tu hanya sekadar contoh (nak menunjukkan shoutbox facebook bagaimana rupanya dan secara tidak disangka nama anda berada ditempat paling atas). Dan seperti yang ditulis juga, yang mempromo blog atau bertanya soalan, adalah dialu-alukan.. cuma yang meninggalkan link scam atau link blog secara kerap yang dikesalkan.. hehe..

..
 
 
Comment by hazwan
2010-12-14 05:41:30

eh..justkhai mula kmbali aeperti dlu ๐Ÿ˜›

..
 
Comment by h3r0
2010-12-14 05:46:29

Aku ttp ngan shoutmix… he eh he..

..
 
Comment by misz myza
2010-12-14 05:48:49

semesti nya masih perlu dalam blog.. ye la, blog masih baru.. so perlu tau sape yg dtg blog kita, dan boleh la kita tgk blog dia balik… hehhehehhee..

..
 
Comment by Akram
2010-12-14 05:56:54

huhu..ok. Xde hal la…takut org lain je yg salah paham. ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by CES
2010-12-14 06:05:32

hurm.. btul tu mmg rmai yg jenis singgah je shoutbox, tgglkn spam trus blah.lgsg xtgk entry

..
 
Comment by PJ
2010-12-14 06:05:46

aduh blog biasa je..takde org komen nnti..huhu

..
Comment by Khai
2010-12-14 06:18:07

PJ, sebenarnya shoutbox tak memberi apa-apa makna kepada blog. Content di blog kita adalah penyebab kenapa orang ingin berkungjung ke blog kita dan meninggalkan komen.. Tapi oklah blog ada shoutbox pun sekadar suka2.. Itupun kalau kita jenis yang mengizinkan orang promosi link-link pelik mereka di shoutbox..

..
 
 
Comment by menteil
2010-12-14 06:42:09

dah lama perasan sebab tu dah berjaman aku buang shoutbox.. hehe.. sebab aku cukup menyampah dah dengan promosi bagai tak tentu hala..

fb chat pulak buat syok sendiri je nak update status facebook..

..
 
Comment by adha
2010-12-14 07:19:35

shoutbox aq x brape nk mnarik minat para salesman hehe ๐Ÿ™‚
tapi nyampah gak bila tgk mereka yg kejar traffik guna software blogwalking yg dok tinggal msj tapi x singgah pun blog kita tuh…cam bdk anta surat khabar men baling2 dari luar rumah…paling2 pun singgah la kejap dlm 5-6 saat cmtuh ke.. :-[)

..
 
Comment by kaki
2010-12-14 07:25:51

aku hepi je org nk pmote blog diorg kt blog aku..at least kite saling tlog mnlog..xkn nk kcik ati kot..xrugi pape pn..

..
Comment by Khai
2010-12-14 07:54:46

Hurm, takde apa yang pelik.. sebab apa yang anda rasa tu, dah lama saya rasa dulu.. tapi sekarang telah berubah.. Lain orang lain persepsi. Terima kasih di atas pendapat anda.

..
 
 
Comment by MQ
2010-12-14 08:13:12

Salam dik….akaknyer shoutbox dah sepi je..coz akak dh lama x on9 kan akak nyer site……..nih baru nk start enjin balik…agak2 berkarat tak site akak..heeeeeee
nie pon nk khatam blik ilmu2 yg ader kat site khai nih..halalkan la ye……

Salam_MQ

..
 
Comment by azah
2010-12-14 08:13:26

penah gune shoutbo fb, kdg2 hilang komen2 dalam tu. last2 remove. gune cbox biasa, makin lama makin byk spam2. nk kata blog famous, xfamous pun… nk buang syg plak.. biar je kt citu bersawang ๐Ÿ˜›

..
 
Comment by Izzat Aziz
2010-12-14 09:08:54

Dari dulu lagi aku memang tak letak shoutbox ni memang sebab tu lah.. aku ni jenis orang kata apa cepat rasa bersalah.. kalau orang suruh pegi blog dia aku tak pergi aku rasa cam jahat je.. jadi mengelakan aku rasa bersalah aku tak letak shoutbox.

Kalau nak aku datang blog dia, komen je kat post aku, aku pergi balas lawatan kalau ada masa, barulah win-win situation. 8)

..
 
Comment by arnamee
2010-12-14 09:39:40

Alamak khai, anem cuma macam tulah, buat yang under fb tu, tapi tak dapat sebab suruh kita verify nofon bagai kat fb. ape kes beb gitu? apepun suka shoumix sebab yg lme2 kita leh checksape singgah, setakat ni alhamdulillah ramai yg ikhlas singgah peti jerit anem. yo!

..
 
Comment by cik qiqi
2010-12-14 10:03:31

pade qiqi it still releven untuk blog qiqi lagi sbbnye qiqi nye name, n pngaruh tak macam just khai.hehehee…

lagi pon qiqi bru lg..cm khai xpe…lame da dlm dunia blog.ramai yang da kenal.Shoutmix qiqi jrg la org nk promote bnde mrepek2 tp de gk la kna b4 ni..tp myb ramai blogger da sound, deme da xbrani da ๐Ÿ˜‰

..
 
Comment by sepuk
2010-12-14 10:11:48

khai apa kate buang kotak komen pulak? kt sini pon bole letak promo link ape :p

..
Comment by Khai
2010-12-14 11:04:42

Try la tinggalkan link kot kot lepas.. hehe..

..
 
 
Comment by muhammad fakhruddin
2010-12-14 10:26:05

Terpulang kepada diri masing-masing,cuma kadang2 bila shoutbox dihujani spam menyakit mata tuan punya blog.

p/s:Pernah nampak spammer bagi komen bukan2 kat post blogspot

..
 
Comment by Ummi Hanie
2010-12-14 10:34:54

alamakss…mcm xsanggup lg nak berpisah dgn encik shoutbox ..huhuhuuu ๐Ÿ˜Ž

..
 
Comment by Khai
2010-12-14 11:11:54

http://justkhai.com/blog/begitu-mudah-orang-membusukkan-nama-anda/

Kalau korang baca link di atas ni pun, korang akan nampak betapa hebatnya impak shoutbox ni dari sudut nak menjatuhkan dan memusuhkan orang.. :p

..
 
Comment by fadli
2010-12-14 11:33:40

cara promosi perlulah betul.Kebanyakan mereka ini mungkin tidak tahu cara bagaimana mahu mempromosikan blog mahupun affiliate diorang.Ada teknik yang betul kalau nak promosikan secara percuma sahaja.rahsia..hehe

..
 
Comment by pupel
2010-12-14 11:39:21

shoutbox masih perlu untuk saya khai ๐Ÿ™‚
mereka datang meninggalkan jejak
dan dari situ saya dapat kembali melakukan operasi singah menyinggah belog mereka..begitu juga dengan komen

lagipun saya masih baru..dan itu sangat releven buat saya ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by Daus
2010-12-14 11:44:03

bro, kalau tak promosi link blog ke shoutbox, macam mana nk dapat trafik ke blog? susah kan… khai blogger hebat memanglah…. hehe

..
 
Comment by aman
2010-12-14 12:57:10

pakai cbox, memang problem tue, tapi aku remove, sebab kengkadang kuar popup semua, pastue pakai msjbox, user dia semua mesra, and rapat antara satu sama lain. aktiviti luar talian pun banyak. sekarang aku dah tak guna apa-apa dah.

..
 
Comment by kamarul
2010-12-14 13:33:25

macam mna nak letk yg FB tu?
menarik jgk ni… :love: :beurk:

..
 
Comment by aizuddin
2010-12-14 13:37:17

aku letak je dua-dua..kadang-kadang penting untuk reply mesej orang guna shoutbox..kadang-kadang untuk orang spam.biar je lah..hehe

..
 
Comment by n4z1ruL
2010-12-14 15:11:02

itu semua golongan peniaga yang kedekut nak beli kolum iklan…..

..
 
Comment by serol
2010-12-14 15:11:53

ada je shoutbox dekat blog aku tu. tapi dah berkurun aku tak jenguk msg2 yang diorg tinggalkan. ๐Ÿ˜€

..
 
Comment by Hamdi
2010-12-14 19:37:40

so, shoutbox tidak lagi menjadi sesebuah element yang tidak lagi menjadi releven kepada blog? element apakah yang perlu di terapkan untuk menjadi blog itu bagus selain post yang ditulis sendiri dll?

..
 
Comment by Kid
2010-12-14 20:35:31

hm aku setuju jugak pendapat khai pasal shoutbox ni : Jadi tempat spam dan sekadar tinggalkan link blog je. Entri tak tengok langsung. Lagi 1 macam menyemak je ah shoutbox ni..

Cakap pasal entri, ada komen khai kat atas yang aku baca, “Content di blog kita adalah penyebab kenapa orang ingin berkungjung ke blog kita dan meninggalkan komen.. ”

Jadi dari sini aku nak tanya, apa definisi khai tentang ‘content yang bagus ” ? Rata-tata blogger sibuk je berkompang ‘jangan buat personal entri kalau nak orang baca ‘. Tapi diaorang tu jugaklah yang tak memberi sebarang resolusi untuk hal ni. Nampak macam tak ikhlas je perkongsian tu.

Kesimpulannya, memang ramai yang dapat something bila baca tips-tips macam ni tapi diaorang tak tahu nak praktikkan balik ilmu yang diaorang dapat tu. Tapi ada je yang aku tengok buat personal entri, trafik dengan feedback melambung. Sesungguhnya, dah 4 bulan aku confius pasal hal ni. Smpai sekarang aku tak jumpa lagi jawapan. Apa yang perlu dibuat? 1 hari update 10 entri?

Kalau boleh, harap khai dapat jelaskan dengan sedetailnya pasal hal ni. Dengan tu barulah dpt aku decide sama ada releven atau tak shoutbox ni.

..
Comment by Khai
2010-12-14 23:50:46

Sebenarnya, kata-kata jangan tulis entri personal kat blog tu, silap. Kerana dalam dunia ni ada banyak jenis/niche blog yang wujud. Kalau dah blog personal, kenalah tulis pasal entri personal. Takkan tiba-tiba bergosip pasal artis pula kan. Lainlah dia nak beri pendapat dia pasal artis dalam blog personal.

Content yang bagus, bagi Khai mudah je. Ikut apa niche blog yang kita ada. Contoh macam Justkhai ni, adalah sebuah blog yang bebas. Bercerita apa sahaja dari persepsi seorang insan bernama Khai. So dalam blog ni, ada macam-macam entri termasuklah yang personal. Apa yang paling penting, even kita tulis entri peribadi pun, selitkanlah something yang berguna untuk pembaca. Takdelah pengguna rasa macam membazir masa dia je baca entri kita yang entah ape-ape. Simple kan?

1 hari tak perlu sampai 10 entri update kalau entri yang macam ntah ape ape. Betul tak? Kadang-kadang ada blog yang seminggu 2 kali je update, tapi hari-hari orang masuk dan menunggu entri baru dari blog tersebut. Kerana apa entri blog tersebut sentiasa dinanti-nantikan? Kerana pembaca tahu yang mereka akan dapat something dari penulisan blogger tersebut biarpun entri yang dikeluarkannya adalah kisah antara dia dan kekasihnya.

..
 
 
Comment by alienelliz
2010-12-14 20:51:24

betul juga kata kau khai, orng dtg just untuk blogWalking dan diorg bukan dtg untuk baca entry. dan kalau kita seorg blogger, kita jg perlu tarik pmbaca bukan tarik traffic percuma dgn cara bwalking yg belum tentu dia akan bc entry kita.

aku blogWalking gak sbb kalau aku x bw, confirm tak ada orang baca. cuma yg sedihnya. orang tinggalkan pesanan dekt shoutbox aku…

“Sila komen entry saya”…Peh!! bengang aku..entry aku tak nak komen, tak nak baca pulak tu..tapi suruh aku komen entry dia…..

lagi bengang bila org komen post dekat shoutbox..rasa mcm nak sepak je..haha sori bro..lepas mrh dekat blog ko ni..haha luahan pengguna shoutbox..haha ๐Ÿ™‚

..
Comment by Khai
2010-12-14 23:46:45

Sebenarnya orang kita dah lupa apa maksud sebenar blogging.. Tujuan blogwalking tu semata-mata nak tinggikan hits blog masing-masing.. Nak cepat kaya dari iklan contohnya. Artikel yang ada? Langsung orang tak pandang.. Blog apa namanya tu.. hehe..

..
 
 
Comment by apisz
2010-12-14 21:37:26

saya benci orang gune soft auto blogwalking. habiskan bandwith orng je. x menyumbang trafik pon.. :-[)

..
 
Comment by Tungku Moden
2010-12-14 22:23:23

Perlu jugak utk komunikasi yg simple2..

..
 
Comment by mosyar
2010-12-15 00:04:08

aku rasa ada kebaikan gak la shoutbox ni. tapi mcm tulah. salah guna shoutbox. nasib baik blog aku xde shoutbox.

ada shotbox memang best utk kawan2 guna. hehehe. ๐Ÿ™‚ ๐Ÿ™‚ ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by cursefinger
2010-12-15 16:29:27

Yang aku paling tak boleh terima, tinggalkan link suruh orang masuk blog die pastu comment. At least tinggalkan comment dekat blog kite dulu. Ada la jugak keinginan nak pergi blog die dan comment mana2 entri yang best. Ini tidak. ๐Ÿ˜

..
 
Comment by safwan pakar 3d
2010-12-15 18:04:09

sekarang ni dah ade software autoblogwalking,,,,lg la senang org nk shout. sekali tekan je boleh shout kt berpuluh-puluh blog, ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by Eriyza
2010-12-15 23:27:21

Tak kesah pun Khai.
Ada tulis, takde pun tulis gak
tp kat komen laa. Hehehe!!!

..
 
Comment by yuzi
2010-12-16 01:48:39

save bajet la tu, promo iklan guna shoutbox! huh..

..
 
Comment by fendidahada
2010-12-16 03:07:23

huhu…biasala blogger skrg amik mudah…duk comment kt shoutbox aku sndiri pun tak pasan..terasa nak letak shoubox versi facebook la…nk tgk ade tak yg sudi comment nanti..

..
 
Comment by amirulez
2010-12-16 11:20:49

pki shoutbox versi fb raseny lg xrelevan bg blogger yg bru naik, pr baru 0 atau 1. Kalau dah ramai loyal reader, barulah seswai.

..
 
Comment by Fahmi Raazali
2010-12-16 12:56:10

hehe… kat blog aku mmg xde shoutbox… letak pun xde sape2 guna… last2 buang aje… lapang sikit sidebar tu ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by L.Y.N.N
2010-12-16 16:21:51

nekad nk buang shoutbox jap g!thnks khaii..semua point2 tu amatlah betul!
ada yang datang cakap..”saya da follow blog awak…follow saya balik k!” adoii..lemah betul…padahal xmintak difollow pon..bukan nak belagak ke apa..tp,sy berblog untuk kepuasan hati sendiri dan bab follow memfollow ni tiada paksaan..tapi,bila ada shoutbox ni..msj2 mcm tu slalu je dpt..*sigh

..
 
Comment by nafisa81
2010-12-17 09:12:35

ayat kat shoutmix sama je kat semua blog yang dia pergi…sah pakai autobw..mmg tak jejak kaki kat blog tu…

..
 
Comment by nafisa81
2010-12-17 09:15:38

paling tak suka…”datang klik nuff”..”tembak nuff awak”..”salam nuff”…padahal tak letak iklan nuffnang pun..

..
Comment by Khai
2010-12-18 08:41:14

yeah rite.. pernah juga nmapak dulu.. Apa punya lawak kurang bijak la diorang buat. Tembak2 nuff pemenda.. Tembak kepala tu karang. hehe..

..
 
 
Comment by man
2010-12-17 15:40:59

Sekarang pun shout mix dah ada iklan adsense. leceh la plak asyik nk kena hide ads…tibe2 rasa macam xnk pakai shoutbox kat blog

..
 
Comment by Komuniti-blogger
2010-12-17 18:12:10

Sebabitulah komuniti-blogger perlu ade, hehe.
khai, jemput masuk kembali

..
 
Comment by hasrulhassan
2010-12-19 01:44:51

Salam .. hmm benar. Dah tak relevan kot .. saya sendiri dah buang dah shoutbox .. cuma open bila tak dapat nak online je .. ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by Mohd Ballack
2010-12-20 09:37:39

gne jelah dua2… emmm ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by ahsfantasy24
2010-12-21 13:25:57

Nice..
tnax 4sharing, t nk try~
^^, ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by Jawatan
2010-12-24 00:04:24

biasa terjadi bro..ramai yg suka blogwalking tapi xbc pun entri dlm blog tu

..
 
Comment by ejardkethot
2010-12-24 12:15:06

khai !!!!!!! tuuu..yg link oh khai tuu…trus ke web porno !! [T_T]

..
 
Comment by syahrilhafiz
2010-12-24 17:23:37

sejujurnya aku letak shoutbox just nak sembang dengan blogger lain..hehe

..
 
Comment by Ayie
2010-12-25 00:16:25

Sewaktu aku gunakan blogspot dahulu sebelum berpindah ke wordpress self hosting, banyak benda telah aku pelajari.

Semasa aku gunakan blogspot dahulu, pelbagai widget telah aku gunakan. Widget yang ingin aku katakan adalah widget shoutbox / shoutmix.

Apabila seseorang spam kotak menjerit tersebut, kita bolehlah ban ip mereka. Jikalau kita ban ip mereka, ia akan melibatkan orang lain bermasalah juga. Kerana rata-rata penduduk di Malaysia ini menggunakan dynamic IP.

Bila dah kena banned, mungkin kita akan marah. Jadi, sebelum aku buat orang lain marah ataupun diri sendiri marah, aku pun buat keputusan untuk tidak gunakan widget shoutbox tu lagi.

Selain itu, widget follower aku tidak letak didalam wordpress aku sekarang ini kerana aku tidak mahukan seseorang datang komen dalam blog aku yang berbunyi, “Saya dah komen entri awak ni. Saya dah jadi follower blog awak. Jom jadi follower saya.”

Kalau jadi follower tak ikhlas, buat apa nak follow. Jadi sebelum ayat tu keluar, widget follower pun tiadalah.

Sorry khai sebab panjang pulak komen aku.. Hehehehe. Yolah..Dah lama aku tak dtg sini.. Btw.. ada 1 hari tu.. aku ym ko.. Tapi ko mcm tak layan aku je… =(

ni ym aku.. ayiejohor[at]y[dot]com

..
 
Comment by syafiq rosli
2010-12-26 02:00:02

nice issue ya..:)

..
 
Comment by abdfatah
2010-12-28 12:59:41

kalo ko rajin ko bleh buat yang berdaftar… sapo2 nak shoutbox silakan berdaftar… mana2 yang buat promo link ke apa ke justban aje laaa… hehehe

nak tumpang promote jugak laaa… lalalalalalalalaa…

..
 
Comment by joyiman
2010-12-28 23:20:15

Maafla Khai memang betul kata khai tu,tapi saya blogger baru nak belajar,tetap gunakan shoutmix tu.

..
Comment by Khai
2010-12-29 00:35:45

Takpe takde masalah untuk pakai. Nanti dah boring bolehlah remove’kan. Hehe..

..
 
 
Comment by Mohd Isa
2010-12-31 10:09:58

baru aku perasan, ko dah buang shoutbox fb ko yg menjadi ikutan ramai tu…haha…aku mmg buang terus…mmg leh dapat trafik bila ada shoutbox ni…tp bounce rate meningkat la jawabnya…mcm ko ckp…dtg wat promo jerk…org kita bro…tau nak free jerk…

..
Comment by Khai
2011-01-01 20:41:49

yezza.. Itulah yang selalu aku fikirkan. Siapa taknak percuma iye tak? Kita pun nak. Tapi percuma-percuma pun, biarlah dengan izin.

..
 
 
Comment by Barang-Baik
2011-01-05 11:59:56

shoutbox penting maa dlm blog,
itu satu method kite nak keep in touch dgn reader kan.. ๐Ÿ™‚ ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by Acul
2011-01-10 15:57:09

biase la tu. ramai yg gunakan sb tu sbg tmpt promo je n bknyer nk bace entry penulis blog lg2 nk tinggalkan jejak

..
 
Comment by Zety
2011-01-12 23:50:02

salam bro, Kan boleh control shoutbox tu? login as admin, boleh Ban and Delete msg mereka2 tu.. jadi iklan yang tak releven boleh di control.. sy turut bersusah hati dgn masalah bro ni.

harap Info saya ni sedikit sebanyak membantu. ๐Ÿ™‚

..
Comment by Khai
2011-01-13 00:46:48

Salam. Ya saya memang sedia tahu mengenai perkara tersebut. Tetapi kesibukkan harian saya, buat saya tak mampu nak menjengah setiap komen yang masuk. Selalunya dalam seminggu, ada lah 2 3 kali saya tapis. Dan akhirnya membuat keputusan lebih baik tiada daripada ada kalau sekadar menjadi tempat mereka memuliakan sikap scam dalam masyarakat. Apapun terpulang pada individu ingin menggunakannya atau tidak. Kesusahan lebih dirasai pada blog yg dilayari ramai pembaca. Maka lebih keraplah shoutbox itu terpesong dari tugas yang sepatutnya.

..
 
 
Comment by Anip
2011-01-13 20:40:12

huhu~ khai, aku masih pakai shoutbox doe. ni cube gak yang baru. tapi macam susa je nak berblogwalking. hehehe

..
 
Comment by Anip
2011-01-13 20:41:59

aku masih menggunakan shoutbox sebab lebih mudah nak berblogwalking. hehehe

..
 
Comment by akmalhilmi
2011-01-29 06:00:09

ketinggalan bace entri nieh
sbb tu blogspot aku xda shoutbox

tp kat another blog belom tuka lagi
wahuuuu
nice info n aku sokong ko khai

..
 
Comment by nizam
2011-01-29 09:33:42

betul kata khai tu… lagipun sekarang siap ada autoblogwalking yang mana software tu akan shout ke blog-blog yang guna shoutbox.. jadi kita tak tahu orang tu betul-betul datang dan baca entri atau just shout je..
so, pada nizam pun elokla “remove” kan.. ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by mekar
2011-01-30 14:02:15

Orang baru macam saya dlm bidang blog ni memang rajin jln2 kat blog orang lain. Bila singgah tu, saya pasti akan komen kat artikel blog serentak juga msg kat shoutbox pemilik blog tersebut. (kalu xberminat je sya tak tinggal jejak langsung)

Tapi bila diorag dtg kunjung balas blog sya cuma tinggal msg kat shoutbox je. Contoh msg : 1)hai kak 2)slm kunjung bls :o:

Kekadang frust, tapi saya tak putus asa dan blogwalking tempat lain pula :love:

..
 
Comment by mekar
2011-01-30 14:04:34

kesimpulannya, setakat hari ini saya masih memerlukan shoutbox di blog saya 8)

..
 
Comment by hisham
2011-02-02 10:54:14

lama sungguh aku xmenjenguk blog si khai nih…. macam2 entry menarik yg dah terupdate rupanya… betul juga… mulai sekarang blog aku pon akan ‘ban’ shoutbox

..
 
Comment by rahwana
2011-02-02 11:50:43

Salam.jadi shoutbox baik untuk blogger baru tak baik untuk blogger otai?

..
 
Comment by slimdiet2
2011-02-09 12:45:44

saya dah buang shoutbox coz kene virus melalui shoutbox

..
 
Comment by afya
2011-02-10 15:53:13

khai i miss you so much!!!!!!! =(

..
 
Comment by Haz
2011-02-11 09:40:16

Salam.
Blogger bru perlu kot shoutmix..
berkenal-kenalan..

..
 
Comment by MissMinn
2011-02-15 22:13:15

perlu rasanya. terutama untuk blog blog picisan yang baru ditubuhkan macam saya ni ha.

kalau blog dah established macam justkhai tu takpe la… boleh campak kat laut je shoutbox shoutmix cbox semua! Hihi, ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by shah
2011-02-16 20:44:59

setuju bro…!! tapi, camne nk buat shoutbox yang ade youtube trus tuh??

..
 
Comment by shah
2011-02-16 20:45:31

eh…silap2..bukan youtube…Fbook..

..
 
Comment by nazirulhazwan
2011-02-17 12:18:13

yang part ni aku kurang setuju ngn ang bro. shoutbox bg blogger2 popular mantop cm ang yerla tak perlu, tp untuk blogger2 baru, tu satu keperluan.wajib. dari usik2 kenal2 kat Fb, kite akan bertambah rapat dan dari tak hingin nak bace entry, alme2 jadi nak bace sbb da kawan kan

xde SB pon, klu entry haram, org taknak baco gak. zack zukhairi ade je SB, tp besepah gak org bace entry die. so, wat per nak menyombong smpi buang SB klu kite da agak2 feymes, stakat iklan tu, bio jerla, bukan susah pon hidup org spam kat SB.hehe

..
 
Comment by draxter
2011-02-18 12:16:17

Tapi shoutbox menarik, tak tahu la aku pun dh tak guna sangat benda ni :oups:

..
 
Comment by husna nast
2011-03-11 20:01:02

suke baca blog nie..smpai sanggop blaja cmne nak tulis blog cmni… ๐Ÿ˜‰

..
 
Comment by husna nast
2011-03-11 20:04:06

1st tadi ade terbaca..n then ade la ternampak 1 pic yg tertulis “unisza”..name cm u sy je..cter sal ape ek

..
 
Comment by Izzuddin Fauzi
2011-03-16 06:08:11

Tapi kan Khai, kte kne faham… Bahawa nie salah satu culture dalam kalangan blogger. Mungkin bukan kita tapi yang lain, kosep balas-balas. Ok. Macam si nazirulhazwan tu cakap.

..
 
Comment by Judson
2013-01-25 08:50:06

I think everything composed made a great deal
of sense. However, what about this? suppose you were to
create a awesome post title? I ain’t suggesting your information isn’t good.
, but suppose you added something that makes people want
more? I mean Shoutbox tidak releven lagi – Justkhai is kinda plain.
You ought to peek at Yahoo’s home page and see how they create news titles to grab viewers to open the links. You might add a related video or a pic or two to get people interested about everything’ve written.
In my opinion, it could make your blog a little bit more interesting.

..
 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
Your URL
Your Comment (smaller size | larger size)

Trackback responses to this post

Apa Entri sebelum dan selepas entri ini?