Shoutbox tidak releven lagi

justkhai-shoutbox-1

Justkhai dari awal kewujudan’nya, memang ada shoutbox di sidebar dan kemudiannya berubah ke side sebelah kanan blog menggunakan floating script. Tapi itu kisah dulu-dulu di mana zaman shoutbox bermula. Semua orang mahukan shoutbox untuk diletakkan ke dalam blog. Kalau blog takde shoutbox, rasa bukan blog pula pada masa tu.

Dan hari ini, zaman shoutbox dirasakan tidak releven lagi. Kalau guna shoutmix, ramai yang datang ke blog langsung tak baca pun entri korang. Jangan kata baca, nak jeling pun dia tak hingin. Yang penting, dia akan ke shoutbox korang dan tujuan’nya hanya satu iaitu mempromosi link. Entah macam-macam link. Ada yang promo link ke blog dan ada pula yang promo link scam ntahape-ape yang diorang join tu.

So bila masalah ini berlanjutan, Justkhai memulakan satu revolusi dalam dunia blog dengan menggunakan shoutbox versi Facebook. Dan setiap komen yang ditinggalkan dalam shoutbox tersebut, akan menggunakan akaun Facebook si pengirim. Ingat masalah promo tak habis-habis ni akan hilang, rupanya tidak. (more…)

Posted on 14 December '10 by , under Blog. 97 Comments.