Persepsi aku pada Apple dan Produknya – Part 1
Dulunya, barangan jenama Apple bukan siapa-siapa untuk aku. Kalau ada orang story pasal Apple dengan aku, sumpah aku tutup telinga or buat benda lain semata-mata malas nak melayan. Lalu depan Machines or Mac Studio pun, aku buat kedai tu macam tak wujud je. Langsung tak nak singgah nengok apa-apa yang menarik. Dan persepsi aku pada Apple ketika itu, amat teruk sehingga pada aku jenama Apple dan produk mereka hanya propa dan hoax semata-mata. Dan sehingga banyak perkara membuatkan persepsi aku berubah.
Pada yang dah lama mengenali aku dan blog ini, pasti tahu yang blog Justkhai ini adalah blog Apple Haters paling terang lagi bersuluh. Hahaha! Dan aku dalam setiap kerja apa kerja yang aku lakukan, sentiasa tidak memilih Apple dalam apa-apa jua produk yang mereka keluarkan. Dan sehingga hari ini, timbul persoalan ramai mengapa aku, seorang yang amat-amat bencikan produk Apple, boleh menggemari produk Apple with peace of mind pada ketika ini?
Persepsi yang berubah
Persepsi aku pada Apple sedikit mula berubah bila aku dengan senang hati membuat sedikit research mengenai jenama ini. Setiap satu perkara mengenai Apple aku research. Dari segi kualiti, soal software’nya sehinggalah mengapa jenama Apple ni semuanya mahal-mahal berbanding jenama yang lain. Dan biarpun mahal, kenapa masih ramai yang membelinya? Dan kenapa semua orang hebat yang pernah aku jumpa, memilih jenama ini. Pasti ada sesuatu disebalik apa yang aku lihat dengan mata kepala aku sendiri.
Selepas research yang tak berkesudahan, aku telihat seorang blogger tempatan yang terkenal di segenap dunia depan mata aku sendiri iaitu Paul Tan yang menggunakan Macbook Pro semasa aku ke pejabatnya di Petaling Jaya untuk menandatangani sebuah kontrak bersama pihak mereka. Dan balik dari situ, terus aku terkenang-kenang mengapa setiap orang hebat yang aku kenali, menggunakan jenama Apple ini. Why? Why? Terus bermain di kepala. Terus teringat rakan-rakan blogger hebat lain seperti Mohd Ismail, April Yim, Ariff Shah & Hafreze juga pengguna Apple.
Research kemudiannya berterusan tetap tidak berkesudahan (tiada kata putus dari pihak aku). Hinggalah semasa aku melakukan satu projek editing video, semasa proses rendering dilakukan, beberapa kali Miss Merlot yang aku sayangi tu breakdown. Mungkin kerana proses yang terlalu tinggi dan berat. (Info Probook: Intel Centrino Core 2 Duo dengan 4GB of RAM).
Dan dari situ, bermulalah keputusan aku untuk menggunakan mesin ciptaan Apple. Aku ke Machines di Midvalley seorang diri untuk membeli Macbook Pro. Dengan serba sedikit pengetahuan mengenai Apple selain pernah menggunakan Power Machintosh G3 (Model komputer Apple lama) beberapa tahun dulu serta menggunapakai ketika study di Limkokwing University (Apple Lab) lebih kurang 3 tahun lalu, melahirkan entri bertajuk Kehidupan aku bersama Apple MacBook Pro.
Melihat setiap satu produk mereka yang ada, dari segi luaran’nya sahaja sudah “wow!”. Ok fine takpe sebab before pun dah pernah belek-belek. Lepas tu cuba main-main jap dengan OSX terbaru mereka. Mula-mula memang memeningkan. Iyalah orang kata tak kenal maka tak cinta.
Menjadi Pilihan
Apple iPod Nano 6th Generation
Apple Macbook Pro
Apple Magic Mouse & Apple Remote
Apple Time Capsule
Apple iPhone 4
Detail review pasal semua produk di atas ni, akan diulas dalam entri-entri yang akan datang. By the way, buat masa ni, kalau korang ke Lowyat, The Mines atau Midvalley, cuba-cubalah masuk Mac Studio atau Machines. Sebab kat sana semua produk Apple korang boleh cuba satu persatu.
Dan selepas berminggu-minggu sebagai pengguna produk Apple, adakah pembenci Apple ini telah menjumpai device yang benar-benar memenuhi setiap apa yang diperlukan oleh seorang Khai? Dan adakah produk Apple telah menjadi antara barangan yang akhirnya memberi titik noktah kepada pencarian device paling sesuai untuk seorang Khai selama ini? InsyaAllah akan bersambung dalam entri akan datang.
Sebelum korang baca sambungan nanti, awal-awal nak minta maaf kalau review dari Khai nanti akan membuatkan hati dan jiwa korang meronta-ronta untuk membeli satu produk Apple ini biarpun pada ketika ini, koranglah haters Apple paling kental di dunia. Terima kasih kerana membaca ya! Teehee!
UPDATE 2 Ogos 2011:
Tambah lagi 2 produk baru. iPad dan iMac. Kedua-duanya telah ada artikel yang Khai keluarkan. Boleh search ya.
Sambungan: Persepsi aku pada Apple dan Produknya – Part 2 (akan datang)
KHAI: KEEP IN MIND, YOU DONT KNOW ME AND I DONT KNOW YOU. APA SAHAJA ARTIKEL MENGENAI GADGET YANG DIKELUARKAN DI JUSTKHAI INI, DIDEDIKASIKAN DENGAN NIAT SEMATA-MATA SEBAGAI PERKONGSIAN KEPADA YANG BERMINAT. TIDAK TIMBUL SOAL SHOW OFF ATAU APA SAHAJA PUN. BERMINAT BOLEH FOLLOW CERITA MENGENAI GADGET INI. JIKA TIDAK MINAT, TIADA PAKSAAN. TEEHEE
Salah satu langkah baru khai! ๐
Pasal apple nie… aku trigt mse dlw aku blaja mse 1st time knlkan…. yg klaka aku x tw nk shutdown… Dok gode2 mcm mne nk shutdown niw.. last tny lecturer owh klik icon logo apple kt taskbar 2… hahaha… Bila gne apple nie ko akn pening bile tukr gne windows…. tgk kt keyboard suda… ko akn terslh tkn… sbb kedudukan appleny keyboard len ckit… contoh kalo nk tkn ctrl ko akn tertkn windows… sbb kt apple byk menggunakn apple. apple=ctrl… hahaha kelakar2…
๐
baru tau ke..btw better late than never kan..welcome to da club..teehee
sekadar berkongsi dengan mereka yang belum tahu semata-mata.. hehe.. welkom2..
Aku dulu pun tak suka apple ni … Dyeorg kata sape yg gune brand apple ni blagak .. Lepas tu buang duit je … Tapi heran juga , ramai student luar gune apple ni . Sekarang aku dh tahu kenapa apple ni mahal … (salah seorg pngguna brand apple) ๐ :p
tengok kengkawan pakai dah la.. nak beli sendiri tak mampu… apa pun aku tumpang gembira la kalau kawan aku pakai. hehe :p
bak mekbuk perut satu ~!
Masin komen aku kat blog nie. Dah kata suatu hari nnti khai akan jadi peminat produk apple.
Xsilap aku kat komen khai beli ipod kat trademy kot.
nice one bro. very admiring Apple products. but, quite pricey. tapi sure berbaloi-baloi kan? Haritu ada survey sikit pasal ipod nano 6G pasal ingat nak beli sebijik. tengok2 smpai MYR549. terkedu sekejap. seriously, memang patut harga mcm tu.
Also heard yg nano ni battery boleh than smpai 9 hours je unlike wht apple claimed for; 24H. jgn lupa buat review psl nano ni. very interesting.
Ya2.. Produk Apple sebenarnya tak mahal. Cuma kita yang mungkin kurang mampu. Sebab harga dia letak tu rasanya berbaloi dengan apa yang kita dapat dan apa yang kita mampu manipulate balik dan melipatganda pendapatan kita untuk sesuatu yang kita namakan sebagai pelaburan.
Pasal iPod Nano tu, insyaAllah. Aku pun pakai jadikan jam je. hehe tak sempat nak belek-belek lagi.
Nice one, bro. Very admiring Apple products dari dulu. tapi quite pricey. rasa mcm overpriced pun ada. bila dah pakai sendiri msti rasa berbaloi-baloi kan? haritu ada terfikir nak rembat ipod nano ni sebijik, tapi bila tgk price tag smpai MYR549 terus terkedu. design seriously smart dan innovative.
Ada buat research sikit2, org cakap nano 6g ni battery life boleh tahan smpai 9 hours je unlike claimed by Apple ; 24H. Every products ada pros n cons kan? Very looking forward nak baca psl review nano ni.
welcome to d club! ๐
agak cemburu.. hehehehe
Cemburu is a good problem rite? untuk jadikan kita lebih bersemangat untuk menjadi apa yang kita inginkan dan mahukan. Orang boleh kenapa tidak kita? Kita semua sama sahaja.
seyes aku mengidam since setahun lepas nak guna mac…ramai jugak budak kt u aku dah pakai..ade juga try hack mac osx masuk dalam pc..tapi tak compatible…part gadjet n design dia memang mantap…kualiti memang terbaik…tengok je mouse dia..pasti pengguna window jeles..huhu
Hackintoch ye? Apple ni best dia bukan sahaja terletak pada OSX nye taw, tapi pada luarannya.. Dia yang buat laptop, dia yang buat OS, dia yang buat driver. All in on pack.. Hehe..
ko memang hensem…
salam,
khai, bile nak tmbah iPad ke dalam koleksi apple tu? hahahahaha
Hehe. Tunggu iPad 2 keluar dulu lah. Kalau beli iPad sekarang, mesti jadi pekasam sebab kat rumah guna Macbook Pro dan kat luar guna iPhone. Bila masanya nak bawak tablets iPad yang besar gedabak tu. Hehe..
Bro. Cube try iphone4. Sure ko akan stay gn jenama nie. N akan tgu keluaran terbaru die je. Xnk phone len. ๐
Memang aku pakai iphone 4 kot sekarang ni?
Wait a sec. Boleh ke Apple TV berfungsi kt Msia???
dont know.. tak pernah terfikir nak tanya pula. Tapi gambar kat atas tu Time Capsule. External storage.
gua tetap setia dengan linux ,long life linux
Salam Khai, 2 minggu lepas baru jer ku beli Macbook Pro. Jadi kalau boleh nanti nak buat satu pemintaan kepada Khai untuk membuat blog tentang penjagaan Macbook Pro dari luaran sehingga ke dalaman itupun kalau ada peluang. 8) sekian..
InsyaAllah. Memang sedang diusahakan sekarang ni untuk menempatkan pengguna-pengguna Mac di bawah satu bumbung diskusi dan perkongsian ilmu.
Smart r Apple punya mouse tu… leper.. dan panjang.. konpom ringan kan?…
Ringan sesangat. Mouse dia ni memang magic.. Tak tahu la nak cakap camne just amazing! Nampak macam mouse biasa tapi lebih dari itu sebenarnya.
baru plan nak angkat Ipad. seswai untuk reading sambil berbaring ๐
Fakta yang takkan berubah, produk Apple memang mahal…aku kalau bukan sbb dapat iphone4 sbb Maxis10 memang taktau la bila baru mampu menggunakan barang apple…
Buat masa sekarang xde niat lagi nak pakai MacBook, masih sygkan laptop dan quad-core desktop aku lagi… ๐
Dia nampak mahal sebab harga dia jauh beza dengan produk lain. Tapi aku rasa ko sebegai pengguna iPhone 4 tentu rasa harga phone tu berbaloi dengan apa yang ko boleh buat dengan phone tu kan bro? hehe..
Pakai Macbook bro. Baru matching dengan iPhone 4 dalam segaal hal berkaitan sebab antara dua ni membantu satu sama lain (ikut pengalaman aku la).. hehe..
MacBook pro now getting quite affordable, less than 4k! It’s less headache bro!
Haha.. Ya bro! Thanks for the big influence!
salam.aku dulu pun buat xnampak je dgn Apple ni..dengan harganya mencekik.. :bloody:
tertanya gak aku kenapa mahal sangat benda2 alah keluaran diorang ni..tapi sekarang tidak lagi..hehe.. ๐
oh! minat sungguh aku dengan ipad sekarang ni..bile agaknye aku boleh dapat..hehe ๐
boleh maen game ke mac ni??cm pes 2011 ke???
Mac ni dibuat bukan untuk main game sebab dia more into professional user. Tapi andai kata nak main game, boleh je install Windows dalam Mac ni dengan begitu mudah sekali. So dari situ main la game ape pun yang korang nak main. Semua lepas. Hehe..
uwaaaa… nanti kau…
aku blaja rajen2 n keje btol2…
ade dwet aku nak bli apple…
nk makan! hahaha ๐
Im gettin a new laptop n in a HUGE dilemma between a macbook pro (c2d) and windows-based laptop (which have higher specs but around the same price rm3500-3800). I really need u to do a more in-depth review on mbp perfomance such as in movie rendering, music recording, photoshop n all that especially on the c2d models. Coz ive read that the c2d models r not worth to get especially for video editing compare to the i5 models (which is wayyy too expensive for me). Please help me out in deciding ok. N Im NOT gettin the mac juz for the fad. Which mbp do u own khai?
Hi.. Rasanya xde masalah pun setakat ni.. khai guna mbp c2d tu dan edit video guna final cut pro dan sometime untuk ringan-ringan, guna imovie sahaja. Setakat ini tak pernah mengecewakan cuma bila nak rendering, mungkin ambil masa lama sikit (sikit je tak banyak) untuk complete berbanding dengan MBP yang guna i5 etc. Itu pengalaman Khai sendiri lah.
dengn design yg mantap…
memng mengiurkan…
tapi lagi 10 tahun baru leh angkat.. ๐
Tunggu gi Jepung baru beli Macbook Pro ! :bloody:
Pergh. Kan indah kalau gaji aku tinggi. Bole la angkat iPhone. MBP tak nak. Sbb gaming tak bole sgt. Malas nak install windows. Gune desktop lagi sedap pon. Tapi berkenan ngan iPhone, iPad, ngan iPod die. Fuiyohhh
xsabar nk tunggu part 2..insyaallah..azam tahun depan nk beli macbook gak..XD
bole x wt review utk apple iPad?? tq khai ๐
InsyaAllah. Tengah berkira-kira perlu ke aku beli iPad tu.. Dalam dilema.. Hehe..
kualiti produk Apple ni tinggi.
boleh dikatakan teknologi paling canggih didunia. ๐
Off Topic:
Khai, ko buat projek pe dengan Paul Tan? Ko tak pernah cerita pun.
Ke aku yang terlepas kapal ni???
Aku mana pernah story apa-apa projek dalam blog. Tiba-tiba dah ada je.. Hehe. btw, projek biasa2 je dgn syarikat sebumbung dengan Paul Tan. Tu yang nampak Paul Tan tu.
aku igt dlu kau bangkang abes aku punye iphone time aku bg komen psal review nokia 5800 ko dlu.
siot btol. haha..skarang? hukum karma dtg kat kau.
Persepsi manusia biasanya akan berubah bila diri sendiri dah pakai sesuatu produk tu. Apa yang hukum karma? btw, Masa ko kene bangkang tu, normal lah. Itu bangkangan ajak berdebat. Kalau kau x reti menjawab, sama la macam kau lari dari medan perang.. atau menyorok dicelah tiang.. Hehe..
aku bukan pe bro khai, sian kat Miss Merlot tu di-anak-tiri-kan. Kau tak rase nak lelong ke Miss Merlot tu? HEHE.
By the way, kalau nak disamakan harga 4K Apple Macbook Pro dengan laptop biasa berharga 4K, rasanya takde beza sangat pun.
yang nampak ketara bila dibandingkan laptop berharga 4K dengan laptop kami rata-rata 2K. ohmai!
Still ketara la kalau part OS dia tu kan? hehe.. Tapi bagi aku spec macbook pro ni x la tinggi mana. Standard Miss Merlot aku tu je tapi yang jadikan dia awesome adalah OSX kat dalam dia tu.
Khai, aku teringat entri kau membeza-bezakan antara iphone dengan nokia 5800 yang baru kau beli tu dulu. Tapi sekarang ?
Entri kau ni betul-betul boleh menghasut kami yang membaca untuk beli satu la Macbook pro ni. :bloody:
p/s : byk betul product apple kau. lepas ni iPad dan iMac pulak kah ? hehe.. ๐
Masa tu aku bezakan 5800 dengan iphone yang mana? iphone 1st generation kot. Memang iphone 1st generation tu suck pun. hehe.. iPhone 4? winner! Hehe..
p.s: ipad maybe aku tunggu ipad2 keluar dulu kot.. dan iMac buat masa bujang ni tak perlu lagi. Dah kahwin nanti insyaAllah.
tengok je dah smart..belum try guna lagi :o:
aku ingat nak angkat ipod 5th gen since aku nie minat giler dengar music..tapi nak tunggu yang 7th gen dululah (kalau ada)..yang 6th gen aku tak bape minat, hehe..
apple.. mcm gempak..
Tapi ade org ckp cost nak buat apple macbook pro tu lebih kuarng 2k.. Betul ke?
Lagi satu, macbook ngan dell xps studio mane lagi bagus?
Tak tahu la pasal tu. Mulut orang (lagi2 yg tak suka Apple) kita jgn denar sangat. Tapi since aku guna macbook pro ni, aku dapat rasakan yang berbaloi sangat dengan harga masa beli. BTW, kalau kau nengok video pembuatan Macbook Pro tu, rasanya orang yang cakap kat ko bawah RM2k tu, elok ko lempang dia laju-laju je terus. Hehehe. Boleh nengok video pembuatan Macbook Pro tu di http://justkhai.com/blog/kehidupan-aku-bersama-apple-macbook-pro/
Dell XPS Studio adalah awesome. Tapi tentulah untuk peminat Windows. Tepuk dada tanya selera. Macam aku dah berbelas tahun dengan Windows. Masa untuk berubah pula ke arah yang lebih baik. Hehe..
Macbook grafik power.. like!!! hehe ๐
member aq ade sorang baru angkat macbook pro :[ …dan dia ckp softwarenye bole botakkan kepale(harga)..betol ke? 8) ..kalu yg pirate cmne plak… :[
Semua software (windows or mac) sebenarnya harga diorang boleh membotakkan kepala kita. Cuma pengguna Windows tak terasa sangat since kedai yang jual pirate software untuk Windows ni bersepah-sepah. Dan untuk Mac agak susah nak jumpa. Tapi jangan risau sebab semua boleh download dalam internet ni secara percuma. Hehehe. (pengalaman sendiri)
i’m using MacPro setahun lebih dah. very2 superbeb! make my life easy. no virus,no lagging and so so so easy to bring anyway i want. senang nak buat kerja. sehari tak buka MacPro, tak sah. :love: setakat nih, tak de masuk hospital,so far soo good.. i feel gooOdd…sorry ek.. suke sangat bila khai crita pasal appel nih. anyway anyone afford to used this gadjet,installment pun bole kan. daripada kita beli laptop,lepas tuh dlm masa 6 bulan sure masuk hospital,bayar tuh,bayar nih,cakap laptop kena virus la,charger rosak la. bila dikira2 cost semua tuh pun hampir sama dgn membeli sebiji laptop jenama Apple yg semestinya superbebb…opss terlebih sudah..maaf :8
Hi mamadahiyah,
wah suka gila dengan komen ni. Hehe. Saya budak baru belajar kalau ada salah info tu, harap betul-betulkan lah ye Mamadahiyah dan sesiapa orang lama dengan mac ni. BTW, apa yang dikatakan mamadahiyah ni amatlah betulnya. Tak tahu nak cakap camne lagi.. Senang cerita, orang yg dah ada sebiji yg tahu perasaan dia camana betul tak? kalau setakat pernah pakai kat lab time study, tu feelin dia x sampai sebab terbatas.
hi khai..
shra ade pake ipod nano 2 and skang nga cri tali mcm nk wat jam 2.. mane nk dpt ek? cri kdai IT World kt ipoh nie ade jual barang2 apple.. tp xjmpe plak bnde 2.
Kebanyakkannya dijual secara online. Apapun kalau Shra ke KL, boleh check di kedai reseller Apple seperti Machines (ada di Midvalley) atau Mac Studio di Lowyat.
sedang berkira-kira untuk menyambar macbook pro.
thanks khai and the gang for the info. ๐
bila dah mahal..hari-hari nak lap biar berkilat,
siap beli case takut calar..haha
yang penting… pasni semuanye apple…hoho :love:
Thx 4 da reply Khai… That really helps. So i guess a c2d mbp would be enough for me then. I’m tired with having a new windows system hanged after only 3 months of usage n this is the point that most windows users like me r missing when we’re talking about mac, stability.
You’re a good job here Khai, keep it up. I’ll be waiting impatiently for more of your experiences with the MBP.
btw, is there a way i can contact u personally? Got a few inquiries about the softwares…
I wrote a comment here juz now n it didnt get posted due to error so im gonna write again..
Thx 4 da reply Khai, that really helps. I think the c2d mbp should be enough for me after reading ur reply. However, ive read that a new version will be out in April n hopefully I am ble to wait for it. After so many years of using windows, i think i had enough of the ‘freezing’.
You’re doin a good job here Khai. I’ll be waiting patiently for more of your experiences with the mbp n other apple products. To me ur x showing off, ur juz showing what A LOT of ppl r missing out on n that is the stability of mac (pls, save any comments on linux bla bla). Plus, prices of Apple products r more affordables now compared to b4.
btw, can i email u personally? I have more question on the softwares side of apple (if u know what mean)… ๐
Terdouble plak komen ya? Sorry atas masalah yg berlaku. Btw, boleh email Khai di khai@ohmedia.my .. Oh ya, mac sekarang mmg dah murah2 n berbaloi berbanding before. Rugi la kalau kita ketinggalan berbanding yang lain yg dah merasa kedua2nya (windows n mac)
cantik2 produk apple..tpi rm pun cantik gak…huhu.. ๐
baca review khai… mcm best jek mac book pro tu… dan secara tiba2 jek tringin beli sebijik… :bloody:
dslr yg berada kat top list jadi no 2 plak ๐
seriously, aku memang mencemburi orang yg pakai barangan apple ni…terliur aku dibuatnya…yg paling aku idam-idamkan Mac Pro…haish…bilalah aku mampu milik…stakat ni yg aku ada pun iPod Shuffle…tu je aku mampu skg ni…haha
Takpe bro. Pelan-pelan kayuh. InsyaAllah segala impian akan tercapai nanti. Good luck yosh!
daripada seorang pembenci kepada pencinta. way to go khai, way to go.
p/s : cepat post part 2 yo ๐
khai pnye psal sy dh sambar 1…tp macbook white je la.. =(
Ekeke.. Macbook white sangat hensem ok..
Tak susuai dengan personality saya kut hoho
(0.o)<<<<Bloody OverClock user
Hahahaha
lagipun mungkinlah sekarang banyak program yang dipakai dibuat untuk windows tak suitable bagi apple
insyallah dalam 5-7 tahun baru tukar itupun tak tahu la apa jenis laptop dah keluar HAHA!
dear apple & windows fanboys/girls,
go f*ck yourself.
sincerely yours,
Linux user
Lor.. Perlu ke nak cakap macam tu? Setiap orang ada pilihan dan minat masing-masing..
heip khai.. thnx fer d info yah..
Pada sesiapa yang baru mengenali apple ne sepatutnya paham sejarahnya dahulu. aku cadangkan korang tengok movie ne. Pirates of Silicon Valley , baru paham antara apple dan microsoft. ๐
pahami sejarah dulu sebenarnya lagi elok sebelum main sembur je. Supaya suatu hari kita tak jilat balik ludah kita. umpama meludah ke langit. bagi aku kesemua os ada kelebihan masing2 .. tapi bagi whitehats mesti lah linux no 1 rite, c , c# dn c++ for life
pergh… mane ko dapat duit untuk beli semua nie khai.. adusss… jelesnye….
Rezki Allah. Aku salurkan je la kejalan yang baik. Ala apa nak dijelesnya pun.
oh Macbook White..mmg best la..like u said..(or Jobs did)..once u go mac..u’ll never go back..my ferrari One on sale now!!
Aii….ni yang rase cam nak guna Apple plak lps bace post ni…. :o:
tak pernah merasa lagi produk apple ni..
BTW naper khai x amik air satu?
lg portable kot dr pro, pakai je pro kat umah n air bleh bw bl nk kuar! tersgt lar ringan
hehehe ๐
Untuk permulaan ni, Khai pakai satu-satu je la kot dulu. Kenapa tak amik air, sebab pada mata dan penilaian Khai, agak tak sesuai untuk Khai guna. Kata beli ikut keperluan dan kepenggunaan kan? hehee.. Suatu hari nanti, insyaAllah.
berkenan sungguh dgn apple ni tapi..
belum mampu la, isnayallah boleh jua 1 ari nanti memilikinya :love:
insyaAllah, kalau dah mampu mmg aku nak try jugak apple ni, asyik pakai windows je kan, nak jugak explore benda lain, ilmu tu, hehe,
anyway teruskan mereview produk apple ni, aku nak jugak tau, malas nak baca kat internet..ahahah ๐
semua tu produk yang khai dah beli ke ?
Memang berminat dengan produk Apple terutama OS stabil dan jarang sekali kalau terdengar terkena serangan virus.
Sekarang ini saya pakai Apple iPhone 3G dan pernah menulis live blog menggunakan Apple iPhone 3G
jeles aku..huhu. aduh ! nanti satu ari nanti aku ade ni semua..haha
saya peminat Apple… ingin membeli tapi masih belum kesampaian.. huuu.. =(
mac pro,terbaik! even graphic 256, need for speed hotpursuit pun bole sumbat,gambar memang sgt2 nice. member aku jeles kot.haha. dgn touchpad dia lg.. setia sampai mati! n for magic mouse,magic gila! heaven~ thanks for the info khai. ๐
bro,apa function time capsule ea?? n berapa harga dia? ๐
Time capsule tu untuk backup segala jenis file dalam mac menggunakan Time Machine. Selain tu boleh juga digunakan sebagai router dan juga external hard disk. Yang menariknya, tiada wayar perlu digunakan untuk connect ke pc/mac. Hanya menggunakan WiFi sahaja.
COOL!! berapa harga dia??mcm nk bli.
wet dah ckup tok sambar iphone 3gs…
tp biler dok belek2 w/site n compare iphone 3gs n 4…
tros x jadi…dompet kate 3gs,aty kate iphone 4…
arhhh….tggu lg 2 bulan….
gggggrrrrr…… :o:
lg 1 tmbhan..
aq mmg x pnah gune pon brang apple nie..
baru nak cecube…hehehehee…
yeah.. good luck Lee.. Semoga anda berpuas hati dengan apa yang anda sedang usahakan ya.
nie nk tny khai stu bnda…ayh aq kta dia nk hadiah kan aq iphone tp yg lma nya iphone 3g…tp rsau ar tk0t yg china pny…cam na nk beza ar.?.?.? :o:
Erk.. Kalau iPhone yang betul, dia punya screen adalah glass dan bukan LCD.. so bila dah dapat nnt, pastikan screen iphone tu keras gila macam gelas tingkap. Bukan tekan-tekan nampak kesan air (LCD) macam kat tv tu. hehe..
Khai,
Aku nak angkat Mac next month.. Mana yg bole ko suggest kan? MBP or Air? Aku just nak guna utk buat keje cam spreadsheet, words, surfing je.. Bosan ar pakai windows, sudah tiba masa nya utk berubah.. Ye lah kan, dah alang2 pakai iPhone & iPod..so apa lagi.. Oh satu lagi kan, komputer apple ni senang kena virus tak? Member aku cakap mmg terbaekkkk!