Google Chrome rasanya semua dah tahu kot ape dia. Sebuah Browser dan sekadar browser. Cuma yang paling latest ni, rasanya Google dah gila kot boleh bantai buat Chrome OS (Chromium) pulak. Ini bermakna lepas ni kita boleh lupakan (maybe) Microsoft Windows, Linux atau mungkin Mac? Juga boleh lupakan masa-masa yang terbuang semasa nak tunggu Windows ni load. Lappy Khai ni mengambil masa 15 second kot untuk load (Win7 Ultimate). Takdelah sampai 45 second macam yang Google cakap. Itu notebook/netbook pakai buang. Haha.
Korang nengok video bawah ni perbezaan boot time antara Traditional OS dan Chromium. (more…)
Apa browser yang sedang korang gunakan? Internet Explorer? Oh come-on la.. tak trendy la beb kalau guna Internet Explorer lagi. Well, nak dibandingkan dengan semua internet browser yang ada dalam dunia ni, Khai lebih prefer Mozilla Firefox dan Khai pasti begitu juga dengan mereka yang berfikiran “Professional” mengenai browser.
Tapi smalam masa kat office, bukak la Google. Terperasan plak ada satu note kecik yang ada kat situ. Google Chrome? nama beskal ke ni? Khai pun click.. Upernye Google pun dah keluarkan browser mereka sendiri dah. Dan seperti biasa sebagai makhluk tuhan paling sexy yang mahukan segalanya percuma lagi-lagi keluaran dari Google, Khai pun download dan install. Dan pagi ini, terus menulis blog menggunakan Google Chrome. Sangat puas hati rasa macam nak tinggalkan Firefox terus. Huhu. Mungkin benda baru la kot.
Tujuan Google mengeluarkan browser mereka sendiri bukan bertujuan untuk bersaing dengan browser yang lain, tapi untuk menyeru mereka semua mengikut jejak langkah bagaimana Google meng’adaptasi idea-idea baru (yang tak pernah kita fikirkan) ke dalam Google Chrome ni. Korang boleh usya karton khas mengenai Google Chrome ni. Apa kelebihan pada browser dari Google ni? (more…)
Poll sebelum ini "Siapa yg lebih wajar mendapat datuk berbanding SRK" dimenangi oleh Aznil Nawawi dengan 43% dari 340 undi. Lihat Poll Archives untuk maklumat lanjut.
Langganan
Gunakan button di bawah untuk bookmark blog ini di ke dalam browser anda. Juga ke web-web feed popular lain.
Well, blog pertama dalam hidup Khai masih wujud lagi. Kalau rasa nak baca, dipersilakan.
Facebook Fan Pages
Oh! Media FanPage since 18 Feb 2010
For those silent readers, come-on, Join our discussion... boleh?
NOTIS: Semua artikel di dalam blog ini adalah hak milik peribadi yang dilindungi oleh Akta Hakcipta Malaysia. Sebarang pengambilan artikel untuk dipamerkan di dalam blog lain adalah memerlukan persetujuan pihak kami terlebih dahulu. Sebarang aktiviti copy paste tanpa kebenaran, akan dikenakan tindakkan undang-undang. - Oh! Media Network.