Ada apa dengan Gua.Com.My

gua.jpg

Tak payah aku nak perkenalkan lagi website ni kan? Hari-hari ada sahaja iklan kat TV3. Hurmm, baru-baru ni Khai sendiri dah join website ni. Malas sebenarnya, tapi kalau dah hari hari kena suap ikut iklan kat TV3 tu, nak juga la nengok kan? Lagi lagi dengan adanya drama online pertama di Malaysia, Kerana Karina. Hurmm, sebenarnya drama atau movie online di Malaysia ni masih lagi tidak praktikal. Almaklumlah dengan keadaan internet di negara ini yang masih lagi belum sampai di tahap yang boleh dibanggakan. Tapi itu satu percubaan yang bagus.

kerana-karina.jpg

Pertama kali berkunjung ke sana, melihat design’nya, boleh la tahan. Cantik walaupun agak messy tapi bagi aku ianya kena dengan jiwa remaja. Mungkin Gua hanya menyasarkan ahlinya kepada golongan remaja kat Malaysia ni. Ialah, lihat sahaja cerita Aku cuba lihat forum‘nya. Terus terang, topik yang tersedia di situ kelihatan sangat tidak mesra pengguna malahan ruangan untuk berdiskusi tentang apa-apa yang tidak faham di sana, tidak tersedia kategorinya apa lagi topiknya. Aku cuba membuka satu topik di situ bercerita mengenai Scukz pula. Kau pun faham-faham sahaja lah kan, kita kena bijak menjadi parasit. Gua yang dipromo hampir setiap hari oleh TV3, masakkan kita hanya mahu nengok. Sedikit sebanyak promo la web kau dan aku bukan orang pertama yang berbuat demikian di sana. Itu orang yang bijak. Go parasit go!!

Aku bertanya kepada seorang hardcore user di sana apa hubungan Gua.Com.My dengan TV3. Dia menjawab, Gua dan TV3 ada talian persaudaraan. Hehe.. actually, memang aku dah agak. Nengok saja apa yang selalu mereka promosikan. Semuanya rancangan Media Prima sendiri dan lagi, mana mungkin ada webmaster persendirian di Malaysia ni yang mampu mengiklankan website mereka di TV3. Setahu aku, setiap iklan yang kalian lihat di saluran TV3 itu, masing-masing bernilai RM60,000. Mungkin ibarat 60 sen bagi mereka tetapi bukan bagi aku.Heh!

Aku respek dengan idea yang ada di Gua dan boleh dicontohi oleh mereka yang mempunyai website komuniti serupa dengan Gua. Akan tetapi, keterlaluan atau tidak untuk aku katakan antara 20 ribu ahli yang telah mendaftar di sana dalam masa tidak sampai 2 bulan, ramai di antaranya hanya sekali masuk dan tidak ke sana lagi? Jika masuk balik pun, bukanlah pada tahap addict atau kata melayu nya, ketagih untuk kunjungan setiap hari. Mungkin ada seperti aku yang ke sana semata-mata untuk menjadi parasit. Hehe.. Terdapat user di sana yang membandingkan Scukz dengan Gua dengan mengatakan forums Scukz lebih teratur dan tersusun dari Gua. Perlukah perkara seperti itu berlaku sedangkan Gua dicanang hampir setiap hari di TV3? Pada aku Gua masih tidak bersedia sepenuhnya untuk dipromosi kepada umum seperti yang terjadi sekarang. Apapun, cubalah.. www.gua.com.my ..

Mungkin Gua perlu mencontohi Amacam.Com yang kerap mengadakan sesi selebriti bersama peminat melalui chating online.

Posted on 21 November '07 by , under Hiburan. 20 Comments.