Ada apa dengan Gua.Com.My

gua.jpg

Tak payah aku nak perkenalkan lagi website ni kan? Hari-hari ada sahaja iklan kat TV3. Hurmm, baru-baru ni Khai sendiri dah join website ni. Malas sebenarnya, tapi kalau dah hari hari kena suap ikut iklan kat TV3 tu, nak juga la nengok kan? Lagi lagi dengan adanya drama online pertama di Malaysia, Kerana Karina. Hurmm, sebenarnya drama atau movie online di Malaysia ni masih lagi tidak praktikal. Almaklumlah dengan keadaan internet di negara ini yang masih lagi belum sampai di tahap yang boleh dibanggakan. Tapi itu satu percubaan yang bagus.

kerana-karina.jpg

Pertama kali berkunjung ke sana, melihat design’nya, boleh la tahan. Cantik walaupun agak messy tapi bagi aku ianya kena dengan jiwa remaja. Mungkin Gua hanya menyasarkan ahlinya kepada golongan remaja kat Malaysia ni. Ialah, lihat sahaja cerita Aku cuba lihat forum‘nya. Terus terang, topik yang tersedia di situ kelihatan sangat tidak mesra pengguna malahan ruangan untuk berdiskusi tentang apa-apa yang tidak faham di sana, tidak tersedia kategorinya apa lagi topiknya. Aku cuba membuka satu topik di situ bercerita mengenai Scukz pula. Kau pun faham-faham sahaja lah kan, kita kena bijak menjadi parasit. Gua yang dipromo hampir setiap hari oleh TV3, masakkan kita hanya mahu nengok. Sedikit sebanyak promo la web kau dan aku bukan orang pertama yang berbuat demikian di sana. Itu orang yang bijak. Go parasit go!!

Aku bertanya kepada seorang hardcore user di sana apa hubungan Gua.Com.My dengan TV3. Dia menjawab, Gua dan TV3 ada talian persaudaraan. Hehe.. actually, memang aku dah agak. Nengok saja apa yang selalu mereka promosikan. Semuanya rancangan Media Prima sendiri dan lagi, mana mungkin ada webmaster persendirian di Malaysia ni yang mampu mengiklankan website mereka di TV3. Setahu aku, setiap iklan yang kalian lihat di saluran TV3 itu, masing-masing bernilai RM60,000. Mungkin ibarat 60 sen bagi mereka tetapi bukan bagi aku.Heh!

Aku respek dengan idea yang ada di Gua dan boleh dicontohi oleh mereka yang mempunyai website komuniti serupa dengan Gua. Akan tetapi, keterlaluan atau tidak untuk aku katakan antara 20 ribu ahli yang telah mendaftar di sana dalam masa tidak sampai 2 bulan, ramai di antaranya hanya sekali masuk dan tidak ke sana lagi? Jika masuk balik pun, bukanlah pada tahap addict atau kata melayu nya, ketagih untuk kunjungan setiap hari. Mungkin ada seperti aku yang ke sana semata-mata untuk menjadi parasit. Hehe.. Terdapat user di sana yang membandingkan Scukz dengan Gua dengan mengatakan forums Scukz lebih teratur dan tersusun dari Gua. Perlukah perkara seperti itu berlaku sedangkan Gua dicanang hampir setiap hari di TV3? Pada aku Gua masih tidak bersedia sepenuhnya untuk dipromosi kepada umum seperti yang terjadi sekarang. Apapun, cubalah.. www.gua.com.my ..

Mungkin Gua perlu mencontohi Amacam.Com yang kerap mengadakan sesi selebriti bersama peminat melalui chating online.

Ditulis pada 9:44 PM 21 November '07 dan pastinya oleh . Siape lagi? | 564 views | Dalam kategori: Hiburan | Tweet This!

Eat This Google!:


RSS feed | Trackback URI

20 Comments »

Comment by megat
2007-11-22 10:56:32

drama ‘online’ adalah satu percubaan berani orang kita tapi betul kata ko masih belum praktikal dengan kelajuan internet di negara kita.

Mengenai website GUA, dari pandangan aku yang penghujung remaja ni (ehehe) agak kucar kacir dan aku sekali pernah lawat site bekenaan lepas tu tiada lagi.

..
 
Comment by mrozaidi
2007-11-22 14:32:44

Haha..Aku pun sudah daftar kat sana tapi tak ada spesifik untuk tgk drama tu..Aku pernah cuba..tapi tak leh jugak tgk..itu yang aku malas dah nak gi web site tu..malas betul..tak best la..

..
 
Comment by syada
2007-11-22 21:49:07

em,syada gie gua.com.my cz nk tgk kerana karina jerk..ahaks =p. malas nk explore yg lelain cz cm khai ckp,myb agak berterabur sket. ha,klo gua.com.my tuh media prima punyer, murai.com.my lak astro punyer..berlawan-lawan le dorg nih kn..huhu =p

..
 
Comment by deennasour
2007-11-23 10:59:19

kwang-kwang-kwang,,aku masuk gua.com sekali dah tak masuk2 lagi,,betullah apa anggapan ko tu khai!!
bukan kerana kelembapan nak nengok drama[aku tgk lancar tanpa gangguan sbb guna maxis broadband,,hidup2!!!]
sbb gua.com tu tak ada topik hot!!
ya tepat lagi tanggapan mu itooo khai!!!
aku lebih suka laman web yg sempoi ala2 khai punya,,,
dan juga dfi.speakers punya weblog,,,
duh,,,besy,,
tp takapa,,aku tetap bangga dgn produk negara sendiri,,,
sbb ada org kutuk malaysia di
http://www.melingsia.com
cooba kalian nengok!!! mereka org {in-don’t] kutuk kita!!!!
malaysian,,wake-up plzzzz

..
 
Comment by deennasour
2007-11-23 21:34:17

oops,,bukan melingsia,,tapi
http://www.malingsia.com

diorang kutuk malaysia wei!!!

..
 
Comment by syuxx
2007-11-25 15:24:34

ngee~ KAMI the series tetap di hati utk drama series thn ni.
aku dah bosan dah dgn gaya crita serta plot drama2 di tv3 tu.
yg on9 ni pun sama. tak habis2 psl benda yg sama.
layan KAMI the series. wpun 8 episod saja, tp cerita dia buat korang ingat sampai bila2~

oso ada on9 streaming..haha~

..
Comment by Khai
2007-12-04 21:24:00

ye ke, aiseh.. sure astro ni tu pasal aku x tahu ape ape.. hahaha… so kat ne leh nengok online?

..
 
 
Comment by deennasour
2007-11-25 17:09:13

ngu~ kami yer,,ahax!!
drama tv malaysia tetap terkebelakang,,bukan aku nak kutuk,,tapi its all about love,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,
dan kalau ada pun yg aksi mcm gerak khas,,tetap di blkg,,
kite tunggu pulak cicak man the series kat tv,,adakah berjaya memecah kedinginan tv malaysia,,,?????

..
 
Comment by syuxx
2007-11-25 17:48:55

Gerak khas = Movie yg ketara sangat hafal skrip.
no offence, esp drama tak habis2 crita psl org kaya, budak kerja ofis jadi manager, dato’ buat affair dgn bini org, crita cinta 3segi and so on.
the same man~ where’s the UNIQUE of it.
..zzz..~

..
 
Comment by deennasour
2007-11-26 07:58:39

yeah,,sokong2,,
k tgk satu2,,
kamasutra tv3-cerita pasal korporat yg ada org kate keparat [bukan aku kate]
siri tv1-tak habis2 dgn org kpg,miskin,merempat,tangkap sedih
astro-asyik2 nak promote artis sendiri,,host tv muka depa,dj radio suara depa,
drama tv orang tu jugak!!
waduh2,
apa pasal ini???

tapi aku tabik kat Rashid Sibir-pengarah telefilem,drama terbaik setakat ini,
menang anugerah oskar lagi melalui drama tanah kubur,,,,
tahun lepas menang dgn AL-Kausar

begitu juga dengan siri tv Aziz M.Osman,adalah sikit lari dari sitcom or drama siri yang lain,,

..
 
Comment by amirez
2007-11-27 06:57:39

haha. betul kata khai..gua.com.my agak messy tp sesuai utk gaya remaja. aku join gak Gua, so far post aku dh 74. tp bukanlah addict ngan Gua, hanya mencari kredibiliti n promosi kat sana haha. bak kata khai, jd parasit..yeah betul tu bro.

..
 
Comment by shadowX_19
2007-12-01 01:07:08

hahaha.. mcm2 tanggapan korg.. bagi aku lak maybe same ngan korg. tp bagi aku dlm malaysia ni pengarah dan pelakon (zaman kini) yg aku respek afdlin syauki(betul ke aku eja ni?) sbb idea die mmg unik n lain daripd yg lain yg tak abis2 citer pasal love je.. bosan. jln cerita pun dah leh agak. baru2 ni aku dgr nak kuar citer baru. tajuk die cuci. maybe ade kene mengena ngan tukang cuci kot. arahan adflin.

bagi gua.com.my lak design die not bad. kene ngan jiwa remaja. tp takkan remaja je…? kan lebih elok kalo wat sasaran kpd jenis umur. baru a lebih menarik sbb bukan hanya remaja shj yg melayari internet n tak ramai remaja yg berminat menyertai forum. aku tgk pun ramai yg dewasa lebih bertapak lama di laman forum n idea2 diorg lebih bernas.

tu anggapan aku je a..

..
Comment by deennasour
2007-12-01 02:23:33

shadow oh shadow,,
ko kalau nak komen kasi fakta betul syeikh!!
eja afdlin shauki pun salah,,mengamuk dia kang.
afdlin shauki punya filem:
1.buli
2.baik punya cilok
3.buli balik
4.sumo-lah
5.brave[ini aku tak pasti]
6.los dan faun[tak lama lagi]
7.papadom[taun depan kot]

filem cuci adalah arahan Han Isacc
yg dilakon kan oleh Hans,Afdlin,Awie,Ac mizal yg berlakon
menjadi adik beradik,,,
soooo,,,,tgk lah yer,,
jgn sebarang shadow oii,,,

..
 
Comment by Khai
2007-12-04 21:31:38

cuci arahan hans issac… bukan afdlin.. tapi ade je afdlin berlakon dalam tu.. cam sepesen je pelakon dia ngan dalam cite baik punya cilok..

..
 
 
Comment by shadowX_19
2007-12-01 15:13:51

oh yeke… aku silap erk..? tah a.. aku dpt tau pun dari kawn aku.. sori kalo aku silap. info tak betul

..
Comment by deennasour
2007-12-02 02:42:25

tu lah ko,,
hehe,,,tak per,,
boleh dimaafkan,,,

..
Comment by shadowX_19
2007-12-05 01:35:54

ok.. thimas.. ๐Ÿ˜€

(Comments wont nest below this level)
 
 
 
Comment by musnaz
2007-12-03 11:13:46

hmmm, macam itu rupenyer…. tak penah layan lagi… nak try lah satu kali, ho ho

..
 
Comment by azleah
2007-12-04 21:31:08

gua.com.my tak best sangat la

..
 
Comment by khai jugak
2008-04-10 08:58:04

http://www.murai.com.my lagi best rasanya.. ๐Ÿ™‚

..
 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
Your URL
Your Comment (smaller size | larger size)

Trackback responses to this post