Cuti & Mana satu pilihan kalbu?

Agak lama aku tak dapat online. Hurm, yeah kehidupan di kampung betul-betul menenangkan. Aku akan berada di kampung yang terletak di Gemas, Negeri Sembilan ini mungkin sehingga semester 5 menjelma awal Januari 2008 nanti. Ah, sesungguhnya aku agak bosan dek kerana ketiadaan sambungan internet di sini. Dulu ada, tapi dah potong sebab takde sapa-sapa nak guna lepas aku sambung study kat Limkokwing University tu. Apa yang aku lakukan hari-hari? Oh, jadual harian aku tidak pernah lagi digunakan. Notebook yang dah sebati dengan internet kini dijadikan tempat bermain game. Aku kini seorang gamer. Wtf? Ni pun aku dapat online di sebuah kawasan yang agak jauh dari rumah tetapi bila sesuatu dah diberi nama FREE, apa boleh buat. Tapi bukan selalu lah.

Membuka inbox, lebih 80 email baru yang masih belum di baca. Itu termasuklah Encik SPAM yang tak pernah diundang turut mendiami inbox Yahoo Mail aku. Ada email daripada lecturer, email dari Cgyhost selaku penaja Scukz, email dari Advertlets, email dari rakan sekelas dan pelbagai lagi email yang perlu aku baca. Lecturer bising suruh lebihan student pemalas menghantar assignment yang masih tertangguh. Aku abaikan sahaja email itu kerana akulah pelajar pertama yang hantar. Ini assignmentnya http://ezine.scukz.com. Aku turut me’reply email tersebut dengan mendesak lecturer tersebut terus sahaja gagalkan lebihan assignment yang masih belum diterima. Ini kerana bagi aku ianya tidak adil kepada pelajar lain yang bersengkang mata untuk menghantar pada due date yang telah ditetapkan. Email dari CGYhost memberitahu yang kini Scukz hanya diberikan jumlah bandwidth 30GB sebulan dan 10GB bandwidth untuk images. Ini kerana Scukz terlampau banyak menggunakan bandwidth setiap bulan. Dan pastinya, perkara ini membuatkan kerja aku bertambah untuk menapis segala perkara yang ternyata menggunakan bandwidth dengan tinggi setiap bulan sehingga mengganggu rangkaian yang lain. Ingin juga aku maklumkan di sini, kejadian Scukz yang disuspend sebelum ini bukanlah di bawah kawalan aku. Ianya kerana CGYhost mungkin ingin melakukan pemindahan web-web yang berada di dalam server yang sama dengan Scukz.Com. Perkara tersebut langsung tidak kena-mengena dengan kelemahan CGYhost atau dari pihak Scukz sendiri.

khai_125zr.jpg

khai_135lc.jpg

Aku juga menunggu masa untuk mengeluarkan motor baru yang akan aku gunakan sepenuhnya untuk ke kampus awal semester 5 nanti. Sesungguhnya, hidup aku tidak terlalu taksub kepada sesuatu yang melibatkan enjin. Aku tidak seperti orang lain yang mengimpikan ingin mempunyai kereta ini dan itu juga motor itu dan ini. Oleh kerana sebab kedua ibu-bapa aku berbaik hati ingin menaja pembelian motor untuk kesenangan aku, aku terima dengan hati yang terbuka. Aku mempunyai dua pilihan di sini iaitu 125zr dan 135lc yang ternyata kedua-duanya menjadi motor idaman para remaja dan pencuri motor di negara ini. Sebut tentang 125zr, bagi aku tiada motor lain yang mampu menandingi design secantiknya. Bunyi enjinnya juga, betul-betul membuatkan nafsu aku melonjak-lonjak. Heh! Mempunyai 6 gear dan cooler system menggunakan angin. Mengenai 135Lc, motor ini masih lagi hangat di pasaran. Melihat daripada enjinnya, cukup membuatkan mata aku alpa untuk berkelip. Mendengar pada bunyi enjinya, bunyi rantai jauh lagi kuat dari enjin. Tidak menggunakan 2T tetapi 4T. Cooler’nya menggunakan air yang sudah tentunya sangat sesuai untuk perjalanan yang jauh. Tetapi design 135Lc bagi aku masih tidak mampu menandingin 125zr. Dua-duanya pun bagus dan mana satu pilihan aku nanti, sama-sama nantikan entri terbaru aku akan datang. Jika kalian di tempat aku, mana satu yang mahu dipilih?

Ditulis pada 10:52 PM 10 November '07 dan pastinya oleh . Siape lagi? | 831 views | Dalam kategori: Daily Craps, Istimewa | Tweet This!


RSS feed | Trackback URI

33 Comments »

Comment by Fahmishah
2007-11-10 23:15:20

insha allah bulan 12 ni aku amik lesen L hahaha

..
Comment by Khai
2007-11-10 23:34:15

aku pon baru L je.. hehehe..

..
Comment by NuNu
2008-08-26 15:26:09

Nunu da 2 Tahun bWk motor x der Lesen rilex jek..

erm bkn round Keliling uma jek..

nun jauh ke Genting high land Nunu dar Terjah..

(Comments wont nest below this level)
 
 
 
Comment by Rjuna
2007-11-11 14:17:19

Ambil 135 LC la,

sebab 125zr kuat makan minyak, pastu punya risiko ditahan polis setiap kali road block kerana menyangka kau mat rempit

..
 
Comment by syuxx
2007-11-11 19:39:01

aku tertanya2~
apakah benda kalerr merah yg ada kat blkg moto warna oren tu?
urmm, pa pandangan aku yg tak tahu langsung psl moto,,bgs beli yg first skali tu. design lawa.

..
 
Comment by under18
2007-11-12 06:41:18

bro…..
baik ko ambik LC la………
ko kena pikir,la nie mana ade org
nk bwk 2 stroke sgt…buang duit je……
2t lgi,minyak lgi..klu 4 stroke plg2 pun 4t je…

..
 
Comment by gurl life
2007-11-12 13:36:29

yay!! LC mmg best…lawo siott…adik gue dh pkai…jelesssss nyeeeee…so pkwe beli LC pon jd laa….leh tumpang.muahahaaa

..
 
Comment by piratz
2007-11-12 16:26:10

125 kalau ko pandai adjust caburetor ok jerk… minyak pun tak kuat…
tapi LC skarang banyak prob la… ngan engine gik… ngan electronic@IC gik… tak tau la.. up to you gak la khai…
tapi kedua2 itu memang pencuri2 motor carik..
hahaha… kalau ko beli LC jual sport rim kat aku.. hahaha…

..
 
Comment by maeng129
2007-11-12 20:40:58

khai baik la ko ambik 135LC jimat minyak sket
insya allah bln 12 ni kalau ckp budget aku angat 135LC

..
 
Comment by gurl life
2007-11-12 20:41:31

kalo jual kau sport rim…khai nak pkai apee…apolaaaa

..
 
Comment by mizz waniey
2007-11-12 21:06:36

walaupun motor 125 makan minyak.. tapi tuh yang paling best n sporty… apa2pun.. terpulang kepada tuan yang nak beli la

..
 
Comment by gurl life
2007-11-12 21:19:54

mizz waniey…hahahaa…

..
 
Comment by megat
2007-11-13 08:31:15

aku tak tau sgt psl motor klu psl keta boleh la (insya allah). pandangan aku, motor dlm pic 2 tu yg lawo dan cutting eheh

..
 
Comment by azhad
2007-11-13 09:49:45

Selamat bercuti dan merehatkan minda…….

..
 
Comment by mrozaidi
2007-11-14 16:32:54

Tak sangka ko ada dua motor..Aku satu je..Nak Jaga Satu pun tak sempat tangan

..
 
Comment by nawkaz
2007-11-14 19:37:56

khai..aku suggest ko pilih 125zr dow..walopon aku ni x reti sgt bab2 moto ni..tp naluri hatiku bekate ko patut amek 125zr..pergghhh ayat x bley bla..tp kan..kalo dah bawak 125zr..xkan lesen L je kot..x stylo a..hahahahrr..

..
 
Comment by Khai
2007-11-14 22:01:46

thanks all atas cadangan anda semua.. so khai dah buat keputusan untuk angkat 125zr … insyaAllah.. kalau jadi nanti, ade la gambar dalam blog ni .. hehee… thanks a lot atas pandangan tu.. amat membantu… memang 125z design dia mengancam kan? hehehe

..
 
Comment by gurl life
2007-11-14 22:15:38

ala…..nnt mnyk makan bykk…sebok plak xder duittt arghhhhh

..
 
Comment by nawkaz
2007-11-14 23:24:13

bak kate org swak..nang stylo…wahahahar

..
 
Comment by azleah
2007-11-15 18:36:36

err.. motor aje? huhu.. amik kete le cik abg oi.

..
Comment by Khai
2007-11-21 21:52:22

mane ade duit..hehe

..
 
 
Comment by Wizurai
2007-11-16 23:54:26

125 la lagi best… pilihan mat rempit… heheheh…
LC kalo tak silap aku kena beli cash…. apesal cash aku pun tak tau…

..
Comment by Khai
2007-11-21 21:55:00

kat tempat khai leh je hutang.. tapi pakai bank la.. 400 je muka dah leh bawak balik.. haha

..
 
 
Comment by gurl life
2007-11-19 10:06:25

mmg kena beli cash pon..RM7000 lol…tp cun gak moto tu…beshhhh!
lahai…mana tuan nye blog nie…aku rindula sama dia….rindu banget sih

..
 
Comment by EX5
2007-11-19 16:30:39

baik kau angkat ex5 class 1…dah abis belajar esok barulah pakai 125..risiko curi tu kurang la sikit…aku dan kawan2 masa belajar 10 tahun dulu pakai motor cub biasa jer..pasal biasa le KL senang hilang. Member aku pakai Yamaha SS kena curi, beli SS lagi pun kena curi lagi..fikir-fikir la

..
Comment by Khai
2007-11-21 21:57:36

ya ampun.. cuak gak aku dengar… tapi ex5.. hurmm.. hurmm.. khai tinggi la.. cam x kena ngan motor tu…

..
Comment by deennasour
2007-12-01 01:56:07

org tinggi2 ni bagus pakai rxz lah,,,
baru kene dgn kaki pjg,,,ngahaha~

(Comments wont nest below this level)
 
 
 
Comment by shadowX_19
2007-12-01 01:12:13

tul ckp EX5 tu… bukan ape.. mengurangkan risiko sbb ko pun masih belajar. biarla nak pakai moto yg ranggi2 ni dah abis beljr sbb 2 ekor moto mmg market abis. abg sedara aku parking tak smpai 5 minit lesap dah walau solex bebagai. pencuri tu guna asid. nak ke ko ilang moto kesayangan dlm masa tak smpai 5 minit..?

n lagi 1 pasal minyak n tuti. larat ke nak handle? setakat topup internet pun tak daya. nak enjin sedap ko kene rajin tukar. mauyer 2 minggu sekali. kalo 4 stroke relak je. sbln sekali pun boleh lagi. pastu tak risau pasal tuti n minyak pun tak kuat.

..
Comment by deennasour
2007-12-01 02:03:52

betul2!!
aku sokong ko shadow!!
aku rasa ko tak dpt handle lah khai,,
ko punya blog lagi,,
forum lagi,
study lagi,
2t lagi,
4t lagi,,
adeh,,,seksa,,,renungilah~

..
 
 
Comment by shadowX_19
2007-12-01 15:15:43

hhahaha. pulak dah.. wei khai.. bawak2 la pindah hosting 2.. lembab doh… aku pun dah pindah hosting baru

..
Comment by deennasour
2007-12-02 02:47:12

bila ko punya blog dah ok,,ko bgtau aku,,
aku nak tgk dan komen,,
hehehee,,,

..
 
 
Comment by Khai
2008-08-28 03:06:56

well know, dah hampir 9 bulan khai bawak 125zr.. akhirnya keputusan untuk entri ini adalah 125zr……

..
 
Comment by Xxwan501xX
2009-08-21 12:38:33

angkt je 125 tue, mnyak brpe sen je pun,.. yg rxz tue 2stroke jgk, dri dlu org pkai xde prblem pown.

..
 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
Your URL
Your Comment (smaller size | larger size)

Trackback responses to this post