Alahai TV3 dan Isu-Isu Tak Masuk Akal.

Alahai TV3 dan Isu-Isu Tak Masuk Akal.

Siapa minat menonton TV3? Jika kalian peminat setia TV3 seperti Khai, pasti akan setuju dengan apa yang ingin Khai tuliskan di sini. Kalau nak tahu, tv kat rumah Khai ni tak pernahnya nak bertukar channel. Kalau boleh, biarkan je TV3 24 jam tak tutup-tutup. Tapi remote control yang rosak & bagai retak menanti belah turut memainkan peranan di sini gara-gara malas bangun nak tukar channel lain. Haha. Ini merupakan kritikan yang hanya ditujukan untuk TV3 dan bukan channel lain terutama RTM yang minta maaflah sebab tak sudi nak nengok. Berkenaan TV3, aku sebagai seorang lelaki pun dah cukup malu dengan lambakkan iklan tuala wanita di channel tersebut apatah lagi wanita?. Jika kita berfikir sendiri, adakah kaum wanita di Malaysia ini begitu bodoh dan malas untuk membaca sendiri label yang tertulis di pek tuala tersebut? Perlukah iklan untuk menjelaskan fungsi setiap jenis tuala dari keluaran Kotex?

scukz_blog_pad.jpg
Sudah semestinya, pihak pengiklan terlalu kaya untuk mengiklankan produk mereka. Tidak cukup dengan iklan, ada plak drama bersiri “Kisah Kaisara’ di mana bagi aku cerita tu kosong. Langsung takde faedah untuk nengok. Just for fun ok la. Jika kau peminat setia cerita tu, Ya, mereka telah berjaya memperdayakan kau dengan lambakkan wanita-wanita cantik yang tak abis-abis mempromosikan tuala istimewa mereka. Jika kau seorang yang peka, adakah logik untuk remaja simpan pad dalam locker? Dah tu berbungkus-bungkus dan macam-macam jenis plak tu. Locker ke mini market tu? Kaisara kasi 1 pack Kotex yang masih belum di buka untuk kegunaan kawan dia yang kemudian terus ke tandas. Bila dah siap pakai, logik ke pek yang dia pinjam tadi masih belum dibuka? Still in perfect shape and condition? Alahai, sape director dia ni? Hah, lagi satu ada ke awekawek kat luar sana tu yang muka tak tahu malu nak pinjam pad kat kawan? Alahai.. cukuplah pasal iklan tuala wanita, 3R siap buat episod khas lagi baru baru ni. Open discussion lagi. Diharapkan pihak TV3 lebih peka terhadap sensitiviti masyarakat Malaysia terutama kaum hawa. Tapi bukan Kotex je, ade StayFree la, Whisper la dan macam-macam lagi yang membuatkan kaum wanita di luar sana rambang mata tapi lelaki, sakit mata. Hahaha. Itulah zaman makin berkembang. Orang semua cakap, Open Minded la sket beb!! aku pun tak kisah sebenarnya, tapi korang yang perempuan tu, tak tahu la ada rasa malu ke tidak.

Lagi pasal iklan mempromosi Singapore. Kata tahun melawat Malaysia tapi mana iklannye oi? Apesal iklan visit singapore yang dah la panjang, pastu buat aku sakit hati yang asib keluar? Apesal sakit hati? Kau pun faham-faham je la ape lagi kalau bukan pasal pertikaian Pulau Batu Putih dan dua lagi pulau tu. Naik menyampah aku dengar. Senang-senang dua-dua tak payah amik. Biar je hantu duduk. Kalau ikutkan hati aku ni, kasi je la singapore yang sekangkang kera tu ambik pulau-pulau yang 100% confirm tenggelam kalau Tsunami kecil melanda. Tsunami melanda ye bukan sos tumpah melanda. Haha.. Tapi bukan kasi gitu-gitu je. Syaratnya Johor tak payah kasi Singapore air lagi. Kalau setuju, Deal!! Tapi apakan daya, hak tetap hak dan aku doakan Malaysia akan dapat semua Pulau tersebut dengan segala bukti yang Malaysia ada. Oi Singapore, nengok jarak pulau-pulau tu dengan negara kau pun, kau dah kalah la.

khai_blog_tv3.jpg
Menonton Buletin Utama setiap hari juga hampir jelak dengan isu-isu tak sudah. Isu penyapu? Aku simpulkan di sini, si dia (kau pun tahu sape) tak perlu nak ubah tanggapan masyarakat Melayu kita sejak beratus-ratus tahun lamanya tentang apa itu penyapu. Rasanya bukan kaum Melayu je yang ada tanggapan buruk dengan penyapu, tapi semua bangsa kot. Seperti yang kalian tahu, penyapu digunakan untuk sapu longkang, sapu najis, kejar korang keliling rumah kalau degil dan pendek kata, benda tu memang kotor la dan secara tak sengaja semua dah tahu penyapu tu bad luck. Perlu ke nak adakan ‘Anugerah Penyapu’ yang terang-terangan menghina pelbagai pihak. Tolong la jangan buat sesuatu yang kononnya baru tapi tak boleh diterima akal. Banyak lagi benda lain boleh dijadikan Anugerah walau nak memerli pun.

Then pasal masalah orang asing yang buat hal ni. Ape kejadahnye semua ini (cey, Khai aka Wan Kamarudin la beb). Apesal melambak diorang kat Malaysia ni? Aku rasa, kita semua dah tak payah susah-susah nak melancong pergi oversea lagi sebab kat sini pun dah rasa macam kat oversea. Diorang ni pun kadang-kadang kesian gak sebab dek kerana spyware seekor, abis rosak data se’hardisk’. Haha, peribahasa baru hari ini! Aku yakin yang cikgu-cikgu diorang masa sekolah dulu bukanlah terlalu pemalas untuk letak grade kelakuan kat sijik peperiksaan. Ape kata before masuk Malaysia, kita check dulu grade kelakuan diorang. Kalau grade “D” yang jahat nak mampus masa sekolah dulu, sepak je masuk laut biar berenang gi balik negara diorang. Then untuk indon-indon tu, suruh baca doa Qunut ke, Tahyat akhir ke, at least nampak yang mereka tu solat dan beriman yang tahu baik dan buruk. Idea aku ni nampak cam sengal je, tapi cuba praktikkan. Tapi kalau ikutkan hati aku dan mungkin juga kalian, suruh je diorang tu semua balik negara. Biar Malaysia ni ZERO pendatang haram mahupun halal. Lagi bagus kan idea tu? tapi lepas tu jom la kita warga Malaysia beramai-ramai panjat tinggi-tinggi buat bangunan ngan tar jalan tengah-tengah panas.. Nak tak? Kalau nak, ok je… hehe..

scukz_blog_himpun_haram.jpg

Pasal perhimpunan haram plak, Huh, sakit betul hati dengan “si bodoh” yang rupanya masih ramai kat Malaysia ni. Menyusahkan orang. Tu la dia bila dah taksub dengan politik. Benda yang takde pun cuba di ada-adakan. Untuk SPR apa susah, ikut aje la ape yang diorang nak. Kasi puas hati. Pasal kejadian bunuh, rompak, rogol, rasuah dan segala macam lagi yang ada dalam Buletin Utama tu, sebenarnya ada satu je kesimpulan dia iaitu undang-undang ciptaan manusia takkan mampu menghentikan jenayah. Percayalah!!

Paling aku pelik dalam berita TV3 ni, apesal Karam Singh Walia yang ternyata bukan melayu tu je yang pandai berpantun hebat-hebat? Agaknya wartawan melayu yang berlambak kat TV3 tu bila cuba berpantun, terkehel lidah tu kot. Hehe, kesian…..

* Artikel di atas adalah pendapat En. Khai sahaja dan tidak bertujuan menentang kerajaan mahupun mengkritik TV3. Apapun, memang TV3 la yang terbaik dari semua channel yang ada especially RTM. Anti betul!!

Ditulis pada 6:00 PM 2 December '07 dan pastinya oleh . Siape lagi? | 518 views | Dalam kategori: Tergempar | Tweet This!


RSS feed | Trackback URI

33 Comments »

Comment by deennasour
2007-12-02 20:41:14

khaii!!
aku nak komen panjang2 ni,,arap ko bagi respon,
hehe,,
menurut pengarah Kisah Kaisara iaitu Muhammad Husni Othman atau lebih popular di dalam kalangan penggiat seni sbg Nyon Othman, dia kata tujuan sebenar drama ini ditayangkan adalah untuk mengisahkan tentang remaja sekolah yang mudah terjebak di alam percintaan dan masalah pergaulan sesama mereka yang boleh mencetuskan pelbagai konflik.

ye ker??? tapi, oleh kerana drama ini rerikat dgn kebaikhatian kotex yang menaja, maka, kotex merupakan watak sampingan yang amat suka memunculkan muka di depan kamera,so,,tak ada pilihan,,dah orang taja,,pandai-pandai lah,,,,,
buat iklan dalam drama.

yang aku sakit ati dgn pelakon dia,,aku terbaca dalam satu blog,
ayatnya berbunyi begini,
“Sari Yanti, 23, yang melakonkan watak utama sebagai Kaisara berkata, dia tidak menghadapi masalah untuk melakonkan watak itu biarpun terpaksa bertudung”.

korang nampak tak apa yang aku nampak???
“TERPAKSA BERTUDUNG”
bagi aku tak payahlah buat statement terpaksa bertudung tu, macam tak ikhlas nak pakai tudung, baik tak payah, sengal mata aku baca tuh,,,,

pasal iklan Singapore tu,,aku rasalah Khai,
sbb stesen tv dah dapat duit,,biasalah manusia,nampak duit,semua jalan,
so,,dapat tambah untung,,
lagipun pengerusi media prima sekarang dah senyum lebar, untung banyak diorang taun ni. tv9 dan hot.fm bagi keuntungan luar jangkaan,,so,,
tau dah kan,,suma sbb duitlah tu,,,

aku sokong kau Khai, pasal pendatang asing tu, yang gred D tu tak pyh masuk2 sini, yang Gred A pun tak pyh, berbakti untuk tanah air sendiri ok,,
takkan tak sayang negara sendiri,,
aku nak aje tar jalan raya tu, sal gaji dia sama dengan gaji aku sekarang,
dan dibagi sunblock percuma serta insurans nyawa.
ok~

pasal perhimpunan tu,,aku tak tau lah,,buat aku makin bengong,,paling aku sakit ati dengan yang Bersih tu,,SPA bingung giler sampai iklan pilihan raya aku pun tak siap lagi,,
spa dah bingung,,tu lah pasai,,

undang-undang mmg tak dapat hentikan jenayah, melainkan,
kita pakai undang-undang Islam, berzina kene sebat, merogol kene sula,mencuri potong tangan,,barulah orang takut,

Yang wartawan Melayu TV3 tu sekolah India dan Cina,,tu pasal lah,,
aku pun heran,mana tak heran,,
TAbik aku kat Karam Sigh tuh,,,
dapat adik aku belajar bahasa melayu bila tgk berita dia,,
๐Ÿ˜€

..
Comment by Khai
2007-12-04 21:00:37

yo.. thanks coz rajin memberikan komen kat blog khai ni.. so sorry sebab bukan dapat balas semua sebab online pun sekali skala je.. nanti dah masuk semester januari nanti, insyaAllah la kan..

hurm, pasal kisah kaisarah tu, aku tahu yg kotex tu sponsored diorang je.. tapi kalau ikutkan, cerita tu dah macam cerita nampak mempromo kotex… setiap episod.. alahai… n drama tu x cukup kuat… isu yg diketengahkan x sampai.. takde mesej.. yg, aku mmg pandai mengkritik… x salahkan.. kekekee

pasal sariyanti tu, hurm, aku pun kesal dengan statement bodo yg dia buat tu.. sure x fikir.. main lepas je.. isk isk……

yg lain tu, thanks kerana bersetuju.. thanks gak kerana rajin usya blog pink ni.. keke

..
 
 
Comment by aidateddy
2007-12-03 01:47:43

yang..kitorang tak sebut pampers k but Pad,Pad..diulangi PAD la,wahai adikku khai~! XD~~

..
Comment by Khai
2007-12-04 21:01:57

ops.. sorry.. i biasa sebut pampers.. alaa, “mereka” dah marah dah.. maafkan kami yg laki2 ni.. hehe

..
 
 
Comment by musnaz
2007-12-03 11:23:46

aku pon minat gak tv3 tapi tak penah layan kaisara, yeah!

..
Comment by Khai
2007-12-04 21:02:54

pulok!! hihihi.. mesti suka nengok iklan je ni kan?

..
 
 
Comment by xtreme_paranoid
2007-12-03 22:23:14

pasal semua iklan2 pad/citer yg ader tajaan pad tuh…
pelakon2 die xder segan ke?
aku tgk pon blh jadi segan..haha
kejap2 tunjuk banner/bungkusan pad tuh..
nk promote punye pasal
lol

..
 
Comment by shadowX_19
2007-12-04 05:02:08

pasal iklan pad tu aku no komen sbb aku jarang nengok tv n tak minat nak tgk citer drama bukan2 kat tv tu.. cam hampeh je sume.

aku nak komen pasal makhluk asing dari seberang tu je. mmg dah lame aku menyampah nengok muka diorg. kat area aku ni besepah dah warga indon, myarma, bangla, n mcm2 lagi a. dah cam kampung diorg lak. aku nak tgk bola malam2 pun tak selera.

aku cadangkan mane2 yg dtg secara haram tu cube campakkan kat tgh2 laut tgk diorg survive ke tak. ni tak. anta balik dgn elok. mmg a diorg dtg balik

..
 
Comment by catzer
2007-12-04 09:53:38

ooo..tv erk..dah lama aku tak menatap benda alah ni. TV rumah sewa aku dah rosak dkt 2 thn. Kebagusannya aku dpt menumpu pada cerita2 anime yg terlonggok lama aku tak tgk. Then, aku hanya tgk tv bile balik umah parent jerk. Itupun aku layan animax jerk. Keburukannya, apa2 latest ttg dunia aku mmg tak tahu. :p

..
Comment by Khai
2007-12-04 21:04:26

mmg best kalau x de tv sebenarnye.. masa kita rasanya half banyak abis depan tv dalam hidup ni.. kita je x perasan kan.. hehehe..

takpe, tv rosak still ade newspaper…

..
 
 
Comment by WaWa
2007-12-04 20:36:50

hai!
pampers yang ko tulis tu, ko maksudkan pad eh? alahai. tulis je la pad. hurm. aku taktau la cite kisah kaisara atau segala iklan-iklan pasal pad kat tv3. nanti aku balik aku tengok la. haha.

tapi satu je, hurm… aku rasa perkara tak ada apa yang luar biasa kot kalau pun nak minta pad dari kawan. ye lah, ada orang dia akan bawa satu dua dalam handbag dia. then mungkin kawan dia yang tak ada stok tetiba pula memerlukan pad tu, so minta aa dari kawan.

pasal isu lain, aku setuju poin ko tentang anugerah penyapu. terbengong pernah aku dengar dalam sejarah. haha.

..
Comment by Khai
2007-12-04 21:07:57

kalau bawak satu dua tu mmg normal… tapi x bape nak normal kalau hari hari bawak 1 pek dalam beg.. hahaha

sorry pasal pampers tu.. huhu ~

..
 
 
Comment by azleah
2007-12-04 21:50:38

aku meluat tgk iklan pad yg nora danish duk gedik tangkap gambar.
yg model pad tu pun bongok gak, takde kemaluan betul

..
 
Comment by syuxx
2007-12-04 22:26:32

ngee~baru je aku tgk crita tu.
hahaha. well, dah dasar iklan kan. macam advertise dkt blog jugak.
kadang2 nampak hodoh, but money is the first priority.
hehehe.

tp aku dengar, cenel sgpore pun ada pomot cuti2 msia.
kwn aku yg tggl kat JB dpt tangkap cenel SG.

..
Comment by emptyspace
2007-12-04 23:21:49

yup.. cenel SG pun mmg selalu pomot cuti2 m’sia.. bkn ape.. mungkin utk mengeratkan lg hubungan yg keruh pada satu ketika dulu..

tentang pulau batu putih tu, ko perlu tau kenapa s’pore bermatian-matian nakkan pulau tu.. begitu juga m’sia.. ade sebabnye.. tp malas la nak cite kat sini.. confidental la..

yg pasal pad tu.. no komen, aku tk tgk tv.. tp btol ke org laki panggil pampers? bkn ke kitorg panggil roti kering.. hahahaha.. sorry gurau je..

yg tajuk lain2 tu, takyah komen la.. aku tak berminat topik2 politik, pendatang asing & penyapu tu..

..
 
 
Comment by reyes
2007-12-05 19:25:04

se anti anti ko ngan RTM pon, cenel tu ar yang broadcastkan bola sepak malaysia ko tau x. cenel tu ar gak yang first di siarkan kat malaysia. cenel yang ko benci sgt tu under kerajaan. bkn swasta. ko paham? bersyukur ar kita ade cenel kat sini. lg pon RTM tu da okay ar kalo nk dibandingkan ngan dulu. nk anti-anti watpe. cube support je. no offence yer…

..
Comment by shadowX_19
2007-12-06 02:57:41

erm.. sebut tentang anti2 ni aku tak a anti ngan RTM tu tapi terboring nak tgk channel tu sebab byk sgt nanyi2 ye. kalo artis yg terkenal takpe gak. ni penyanyi mane tah yg nanyi sampai muak nak tgk. then siaran pendidikan pun dah berkurangan. tak cam dulu lagi. yg banyak citer indon, n sewaktu dgnnyer. same gak cam channel lain. 2×5 je. by the way aku pun tak bape minat nak tgk tv. kalo tgk pun tgk berita tv3, 360 n 999 je sbb dari situ baru aku dpt info selain bace surat kabar. siaran lain.? jgn harap la aku nak tgk. memang membosankan aku ngan siaran diorg yg tah hape2 tah.

pasal siaran bola sepak malaysia lak… dari aku kecik sampai la aku umur 21 tahun ni aku tgk takde pun perubahan dari segi siaran. same still cam dulu. kalo nak dibandingkan ngan siaran dari luar negara tu jauh bezanya. dah la main pun tak cukup bagus. kalo main bagus takpe gak. bukan nak kritik tapi dah kenyataan. mane2 org pun ckp camtu. cam game yg ari tu kalah bape tah. aku lupe. dlm paper kate ye2 je tak gentar n dah bersedia. riak n citer berapi je lebih. tapi habuk pun takde. bukan tanak sokong tapi bagi la komitmen n permainan yang menarik. kalau kalah pun tak heran. cam club luar negara tu walau tak pernah menang tapi still org minat tgk sbb permainan bagus.

..
 
Comment by Khai
2007-12-11 21:34:25

yup.. memang la bersyukur.. and mmg la rtm under kerajaan… TV3 even bukan under kerajaan pun, still made in malaysia by malaysian… just lebih prefer antara dua..

pasal bola tu camana nak perasan sebab nengok bola lagi la tak minat.. bosan.. bukan x nak sokong tapi nengok je la diorang main camana kan… jerit sana sini. gaduh2.. alahai… berkampung sana sini.. kejadahnye….

apa pun se-anti-anti pun, takde la anti sangat kalau dapat kerja RTM la satu hari nanti, mencacak je pergi.. leh buat perubahan sket.. kasi selera muda mudi.. bukan amik idea orang yg dah nak bersara…

..
 
 
Comment by fuad
2007-12-06 04:18:41

khai..
pasal perhimpunan tu, nak komen gak skit.
ni psl perhimpunan bersih.
diorg bukan taksub politik.
diorg cuma nk electoral reform saje.
xde mintak bukan2.
pastu, kalu polis bagi kerjasama, xde rasanya mnyusahkan org.
kalu KJ boleh wat demo dpn kedutaan AS, knp Bersih tak boleh?
padahal BERSIH dah cakap yg itu hanya perarakan saja.
sama saje mcm perarakan maulud, merdeka.
semua akan ok kalu polis tak wat kecoh dulu.

apa pon, gua memang sokong pasal pad tu.
mmg xdk otak punyer lah.
dh makin tak malu dah org Malaysia ni.
pasni mau kluar iklan bra plak.
apo nak jadi Malaysiaku Gemilang..

..
 
Comment by adib.
2007-12-06 11:56:18

perrghh..gila…la..mmg xpatut la…tambahan plak klu menonton satu keluarga..mesti ada yang merah muka sbb malu…kan..kan..kan..spe sokong angkat tangan…itu laa…tv xdak apa yg bagus..kecuali semua melalaikan..errghh…

..
 
Comment by pat
2007-12-07 00:45:57

pasal iklan pad tu..perhh banyak gler kat tv skang ni, macam la orang tak tau nak pilih yang mane…poyo jew.. citer ‘kisah kaisara’ tu mmg tak best langsung.. tapi aku tetap suke citer anak pontianak kat tv3 tu walaupun aku tau ko tak suke citer tu khai, weeks..

..
 
Comment by fungus_kid
2007-12-07 12:06:38

iklan kotex ni ptutnye xde kt tv..
kalau x buat pon owg beli gak sbb ni bnde keperluan.(ponpuan la)
iklan plak detail gile.
aku yg tak tau jd arif giler..

..
Comment by Khai
2007-12-11 21:42:36

JOM RAMAI RAMAI COP IKLAN PAD NI MACAM IKLAN ROKOK!! BAN BANED!! HAHA

..
 
 
Comment by sal
2007-12-08 03:09:52

aku nk komen sikit psl isu2 berita rogol, bunuh ,rompak kat atas tummglah undang2 ciptaan manusia xleh hentikan jenayah..tapi berita yg di paparkan sekadar utk mengingatkan rakyat m’sia supaya lebih berhati-hati…and nk gtau yg manusia kat dunia ni skrg bukannya baik sgt…

..
 
Comment by zuriaf
2007-12-09 01:17:15

uh, aku dah lama tak layan TV3..bosan..

citer kaisara tu lagila aku tak tau…

heh, saja lalu lalang kat sini…

..
 
Comment by kid
2007-12-09 11:48:05

Iklan kotex yg aku x tahan tu..dak sekolah yg promote..hehe

..
 
Comment by gurl life
2007-12-11 09:46:34

eles…iklan kotex tuh kan nak promote..bgus ler dia gtau keluaran terbaru..bru ader smangat sket, xda la gurl nak malu2 lg nk beli….aperlaaa.

..
 
Comment by Khai
2007-12-11 21:45:23

KALAU SAPA NENGOK 3R AHAD 2 MINGGU LEPAS CERITA PASAL PAD LAGILAH OPEN YE TAK? APE SANGATLAH NAK DIBANDINGKAN DENGAN IKLAN KAT TV TU JE.. HUHU..

LELAKI SIAP TANYA APE RASA LAGI BILA PERIOD? UIKS!! YAY.. CAMTU UPERNYE.. HAHA..

..
 
Comment by casablancaz
2007-12-13 01:36:16

Pada aku bab BERSIH n hal2 yg brsangkut paut dgnnya tu,ade sesuatu yg kite leh amik secara +ve.mksud aku kt cni,xde org yg perfect kt dunia ni kan? krjaan pn gitu gak.ade certain perkara yg diorg lakukan utk negara x menepati ape yg dikehendaki rakyat.jd maybe ini adlh slh satu cara utk diorg REMIND n SHOW kpd krjaan ttg certain prkara yg mereka silap atau lari dr landasan yg spatutnye.mcm seorg ibu menegur anaknye yg pandai dn bijak tp sedikit malas,jd tang malas tu yg ditegur,gitu la mksd aku.politik bknnye prkara yg slalu tlintas dlm kpale otak aku ni.tp kite sbgai rakyat malaysia kn amik tahu, brfikir dn brmuhasabah ttg ape reason beribu manusia brkumpul, yg masing2 ntah ape keja diorg,pangkat,taraf pndidikn,tua muda,sikap dn personaliti yg brlainan,leh brsama2 brhimpun just utk menyatakn sesuatu yg dlm diri mereka rasa itu btul.mmg ape yg mereka wat tu menyusahkn org2 yg x trlibat.tp just amik masa sejenak utk brfikir ttg prkara2 yg brlaku dsekeliling kite k…

..
 
Comment by Kid
2007-12-15 13:49:54

..memang la pompuan pinjam pad kat kwn kalo dh terdesak..takkan nk bg mlimpah kot..nk bg korang tgk free2??

..
 
Comment by deennasour
2007-12-21 03:05:00

ehemm,,,oleh kerena aku under KEMPEN,
so aku kene lah puji sikit RTM nih,,same geng kan,,
tp sejak rtm di bawah tampuk pimpinan Dato’ Zainuddin Maidin tuh,RTM kira ada impact gak lah,,
tak lah mcm dulu,,,

..
 
Comment by pening
2009-06-15 10:24:25

A’ah..iklan kat tv ni entah ape2 tah..iklan tuala wanitalah, iklan tonyoh ketiaklah..xde modal lain ke nk wat iklan..yg d ekspotasikan tu..org pmpuan gak…ish3…wat malu je… :-[)

..
 
Comment by am
2009-09-05 21:46:35

setuju dgn ‘casablancaz’. Cuma part ‘xde org yg perfect kt dunia ni kan?’..bagi aku, jangan jadikan ‘statement’ itu sbg alasan. mmg tak boleh perfect namun apabila buat sesuatu, kena la guna otak..kasik fikir sket. Nie..output mcm takde otak.

Lagi..aku tak suka tngok tv. TV3 bagus, tapi iklan bnyk sangat laa, menyampah la pulak. patutnya, semua channel guna kan saluran ini bagi mendidik minda dan gaya hidup masyarakat. bukan nya jadikan masyarakat makin taksub dengan perubahan global.

..
 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
Your URL
Your Comment (smaller size | larger size)

Trackback responses to this post