Hidup Sebagai Seorang Full Time Blogger – Pt. 1

justkhai-blog

Tiada rahsia antara kita. Hehe. Entri kali ni anggaplah entri personal antara Khai dengan korang. Ramai yang tanya Khai pagi-pagi buat apa, petang buat apa then malam buat apa. Meh la sini Khai ceritakan kehidupan seorang blogger dan freelancer sepenuh masa. Orang kata, blogger ni makan, tidur, kencing atau berak, duit tetap jalan. Sejauh mana kebenaran kata-kata tersebut?

Khai pun tak tahu berapa lama Khai akan kekal hidup sebegini sebagai blogger sepenuh masa. Sebabnya sekarang Khai bukan sahaja seorang blogger, tetapi juga seorang freelancer dalam bidang design. Ni sedang giat usaha nak buka company sendiri. Kalau nak stop blogging ni nanti, Khai stop lah. Tak perlu nak buat satu announcement khas. Tapi korang mesti rindu nak baca bebelan Khai pada masa tu kan? Hehe.

Apapun secara peribadi, Khai rasa gembira sebab sedikit perkongsian ilmu, dapat melahirkan ramai blogger-blogger baru yang hebat seperti korang. Ada yang dah beralih dari Blogspot kepada WordPress self-hosted lepas baca artikel Khai, which is satu anjakan paradigma paling kacak bagi sesiapa yang berminat dan serius ingin menjadi blogger. Ada yang dulu tak kenal Twitter tu apa tapi sekarang hari-hari bising dekat Twitter dan macam-macam lagi lah.

Kadang-kadang tu ada blogger baru nak naik yang menghentam Khai, tapi bila Khai search email atau nama dia, ada je email atau komen-komen dari dia dulu bertanya itu ini dan dibalas baik. Kalau dia jadi seperti dia sekarang dengan sedikit ilmu perkongsian dari Khai, Alhamdulillah. Kita berkongsi ilmu Allah secara percuma dan bila dibalas macam tu, kita terima apa adanya. Langsung tak ambil hati (sikit tu ada. Hehe).

Berbalik pada tajuk entri, oleh kerana Khai sendiri seorang full time blogger, jadi Khai tak perlu gunakan orang lain sebagai contoh dan apa yang ditulis ini tiada yang benar melainkan benar belaka. (more…)

Posted on 15 April '10 by , under Blog, Hidup Khai, Istimewa. 85 Comments.