Hidup Sebagai Seorang Full Time Blogger – Pt. 1

justkhai-blog

Tiada rahsia antara kita. Hehe. Entri kali ni anggaplah entri personal antara Khai dengan korang. Ramai yang tanya Khai pagi-pagi buat apa, petang buat apa then malam buat apa. Meh la sini Khai ceritakan kehidupan seorang blogger dan freelancer sepenuh masa. Orang kata, blogger ni makan, tidur, kencing atau berak, duit tetap jalan. Sejauh mana kebenaran kata-kata tersebut?

Khai pun tak tahu berapa lama Khai akan kekal hidup sebegini sebagai blogger sepenuh masa. Sebabnya sekarang Khai bukan sahaja seorang blogger, tetapi juga seorang freelancer dalam bidang design. Ni sedang giat usaha nak buka company sendiri. Kalau nak stop blogging ni nanti, Khai stop lah. Tak perlu nak buat satu announcement khas. Tapi korang mesti rindu nak baca bebelan Khai pada masa tu kan? Hehe.

Apapun secara peribadi, Khai rasa gembira sebab sedikit perkongsian ilmu, dapat melahirkan ramai blogger-blogger baru yang hebat seperti korang. Ada yang dah beralih dari Blogspot kepada WordPress self-hosted lepas baca artikel Khai, which is satu anjakan paradigma paling kacak bagi sesiapa yang berminat dan serius ingin menjadi blogger. Ada yang dulu tak kenal Twitter tu apa tapi sekarang hari-hari bising dekat Twitter dan macam-macam lagi lah.

Kadang-kadang tu ada blogger baru nak naik yang menghentam Khai, tapi bila Khai search email atau nama dia, ada je email atau komen-komen dari dia dulu bertanya itu ini dan dibalas baik. Kalau dia jadi seperti dia sekarang dengan sedikit ilmu perkongsian dari Khai, Alhamdulillah. Kita berkongsi ilmu Allah secara percuma dan bila dibalas macam tu, kita terima apa adanya. Langsung tak ambil hati (sikit tu ada. Hehe).

Berbalik pada tajuk entri, oleh kerana Khai sendiri seorang full time blogger, jadi Khai tak perlu gunakan orang lain sebagai contoh dan apa yang ditulis ini tiada yang benar melainkan benar belaka.

no-one-remember

Kitaran Hidup

Pada ketika ini, kitaran hidup seorang Khai amat mudah dan teratur. Tidur di waktu orang lain bekerja dan bekerja diwaktu orang lain tidur. As full time blogger, kita tak boleh nak follow cara hidup mereka yang bekerja waktu pejabat. Kita mesti pastikan, bila diorang masuk kerja dan buka website kita, pastikan ada artikel baru yang boleh buat mereka gembira apabila membaca. No need to serious-serious lah dalam blog dan tak perlu terlalu personal tetapi tiada isi.

Fakta website digemari mereka yang kerja di waktu pejabat ini tersangat mudah di mana boleh dikatakan seluruh website dalam dunia mengalami peratus server-load yang agak tinggi dari jam 9 pagi hingga 5 petang dan semua orang pun tahu itu adalah waktu pejabat lebih-lebih lagi dari Jam 12 hingga 2 petang bila orang rehat di’mana keadaan trafik ke-paras bahaya.

Anugerah Allah berikan pada Khai dalam bidang ni amat bermakna di mana Khai tidak rasa mengantuk selagi belum jam 9 pagi which is bukan semua orang mendapat nikmat tersebut. Dan mind-set Khai dari dulu meletakkan yang tidur hanyalah sia-sia dan membuang masa di mana masa tersebut boleh diisikan dengan ilmu. Dalam perkara ini, ianya berkaitan dengan sejauh mana penat-lelah Khai untuk meneruskan kehidupan. Khai hanya perlukan at least 3 ke 4 jam untuk tidur sekadar merehat otak dan bukannya merehatkan badan. Sebabnya badan Khai memang tak pernah nak penat dengan apa yang Khai lalui hari-hari.

Waktu riadah Khai hanya pada waktu malam. Waktu siang Khai memang tak keluar rumah hingga sampai tahap silau melihat Matahari. Dah macam Drakula pulak kan? Haha. Misalnya kalau nak nengok wayang, tak pernahnya nengok pukul 10 malam ke bawah. Mesti late-night punya show. Makan pun sekarang ni time malam je. Dah jadi makan sehari sekali. Diet la konon? Haha. Thanks la pada kawan-kawan kadang-kadang tu diorang kerja pagi esoknya, tapi tetap orait je untuk follow kepala kelab Drakula.

Makan Tidur Duit Masuk

Ianya sememangnya tak dinafikan dan kalau tak percaya, tanyalah pada sesiapa yang menceburi bidang ini secara serius. Korang layan Astro, duit tetap mengalir. Korang pergi nengok wayang pun duit tetap mengalir dan senang cerita, korang pergi berak kejap pun, dah dapat RM10. Macam Khai, sebelum kahwin ni Khai kumpul aset apa sahaja yang Khai inginkan. Tahu nanti dah kahwin, apa yang Khai nak mesti akan pergi ke perkara lain.

Tidak Semudah yang Disangka

Ada yang cakap best’nya jadi blogger ni duit masuk senang je. Sebenarnya tidak semudah itu. Sebelum pencapaian hari ini dihasilkan, seribu satu lelah harus dilalui. Dan siapa kita hari ini, adalah hasil ketabahan dan usaha yang berterusan tanpa putus asa.

Bila website atau blog korang semakin diminati at least sehari 6000 unique hits, korang perlu beralih kepada server yang lebih baik. Dedicated Server harga sebulan at least RM500. Itu kalau untuk satu website yang perlukan Dedicated Server, kalau lebih korang fikirlah sendiri sebulan dah berapa. Pada tahap ini, pandai-pandailah rebut peluang mencari sponsorship dengan deal win and win situation. Ini Khai tak boleh cerita lanjut kerana mungkin akan broke-down our agreement. Selain tu, setiap hari ratusan email dari client perlu dijawab dengan penuh professional dan secara official.

Since kitalah bos kitalah kuli, tiada sebarang caruman EPF, SOCSO dan apa sahaja seperti itu, haruslah kita usahakan sendiri. Perkara paling memeningkan adalah untuk membuat sebarang loan untuk membeli rumah, kereta atau sebagainya. Everything nead 100% cash take it or leave it. Apa yang perlu dilakukan adalah membuka syarikat sendiri dengan akaun milik syarikat yang aktif dan selepas itu, samalah korang macam perniaga yang lain di mana merekalah bos dan merekalah kuli.

Kalau nak imbas zaman Khai baru nak naik dulu, Khai bermula dengan sebuah komuniti yang diberi nama Scukz. Masa Khai Form 5 (2005). Masa tu, weblog di Malaysia boleh dikira dengan jari. Portal Scukz ni tiga kali Khai bangunkan semula atas pelbagai masalah berkaitan hosting. Kalau tak perlu re-build, portal tersebut dah pun mempunyai lebih 20 ribu ahli yang mendaftar dan separuh darinya adalah aktif. Dengan ketabahan, kali pertama 100% data Scukz hilang, Khai bangunkan semula dari zero walau pada ketika itu dah hampir 9 ribu orang yang mendaftar. Memang down gila masa tu tapi berkat kesabaran dan sokongan ramai, sampai ada ahli forum yang bertemu jodoh hingga ke jinjang pelamin lagi tu. Hehehe.

Dan baru-baru ni, akaun Facebook Khai pula di-suspend selama-lamanya oleh Facebook sekaligus memadam terus laman Fan Page bagi Oh! Media yang dah pun disertai lebih 8,000 orang. Ini pun kalau diikutkan, boleh jadi gila jugak sebab akaun Facebook Khai since 2008 kot tapi berkat kesabaran, Khai create yang baru dan dalam masa 2 bulan, dah pun ada ahli lebih 7,000 orang. Kalau belum join tu sudi’lah kiranya untuk join ye? Hehe.

facebook-oh-media

URL: www.facebook.com/ohmedianetwork

Konklusi Fasa Pertama

Apapun kita kena ingat, apa yang terjadi dalam hidup kita, adalah dugaan dari Allah dan janganlah kita berputus asa kerana confirm, kalau tak putus asa, Allah akan beri lebih dari apa yang dah kita ada sebelum ini. Apapun jangan jadi macam Khai lah sebab selalu lupa untuk mengingati Allah kerana kita kena ingat, bila-bila masa Allah akan tarik apa yang Dia nak tarik.

Hidup bagai roda, ada’kalanya kita di atas dan ada’kalanya kita di bawah. Hari ini orang suka kita mungkin esok orang akan benci kita. Hari ini kita rasa kita cantik/handsome, esok lusa mungkin kita hodoh dan cacat. Pendek kata semua yang kita miliki hanya pinjaman dan sedarilah, tiada apa yang berkekalan dalam dunia ini melainkan 3 perkara yang akan di bawa semasa mati iaitu doa dari anak-anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kita, amal jariah yang dilakukan semasa di dunia dan yang ketiga, Ilmu yang berguna atau bermanfaat kepada orang lain.

Dan oleh kerana entri ini dah terlalu panjang takut korang baca sampai tertidur, kita continue lah di part yang seterusnya. Ada apa-apa soalan silalah tanya. Nanti Khai jawab di part yang akan datang, InsyaAllah.

Ditulis pada 9:53 AM 15 April '10 dan pastinya oleh . Siape lagi? | 716 views | Dalam kategori: Blog, Hidup Khai, Istimewa | Tweet This!

Eat This Google!: , , , ,


RSS feed | Trackback URI

85 Comments »

Comment by iffayuna
2010-04-15 10:07:54

nice…
hrp terus bjaye ye khai!
wish u all the best! ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by lixdo
2010-04-15 10:09:25

tahniah khai semoga anda terus berjaya dengan apa yang anda usahakan.

pendek kata kita boleh berjaya kalau kita cari apa kelebihan dan kekurangan diri kita, kemudian gunakannya sebaik-baiknya.

8) 8) 8)

..
 
Comment by iffayuna
2010-04-15 10:10:10

oh ak yg 1st ke?oh 1st time jd yg pertama…lalala

..
 
Comment by EiNS
2010-04-15 10:11:20

Walaupun aku minat, tapi aku belum boleh lagi jadi full-time blogger…

Aku kena usahakan apa yang aku dah buat sebelum ini, (belajar sampai abes degree) dan menyumbang kepada masyarakat dengan segala pengetahuan dan kebolehan yang aku ada…

Blogging will always remain my hobby, but probably not my career ๐Ÿ˜€

..
Comment by rashid
2010-04-15 10:26:25

Tak da sape yang boleh menghalang diri kita untuk berjaya, just do what you want..

..
 
Comment by Khai
2010-04-15 10:36:35

Yeah. Masing2 ada cara dan pilihan masing-masing dalam kehidupan.

..
Comment by rashid
2010-04-15 10:49:02

tido-tido..Dracula kena tido..haha

(Comments wont nest below this level)
 
 
 
Comment by Dauspozi
2010-04-15 10:12:17

Aku pun cadang nak jadi full-time blogger jer memandangkan aku form 4 dan berusaha dari bawah, insyaAllah aku boleh berjaya cam ko Khai tp agak2 bila tu erk?, hehe ๐Ÿ™‚

Ingat Hijau : Ingat Daus

..
 
Comment by fariha rafz
2010-04-15 10:20:40

ngeeee…..seronok la bila bc…x tertido pon….wakaka…cm tu ek khidupan seharian khai…tdo 3, 4 jam je…huhu

..
Comment by Khai
2010-04-15 14:33:40

Khai pernah terbaca bio kehidupan Tun Dr Mahathir dan Tan Sri Lim Kok Wing which is mereka memang hanya tidur 3 ke 4 jam sehari untuk merehatkan pemikiran.

..
Comment by availableaction
2010-04-16 00:54:18

Betol2, kalau tak silap dengar laa, Tun M mempercepatkan jam tangan beliau satu jam awal dari waktu biasa.. Means, kalo sekarang kul 1pagi, jam die baru kul 12mlm.. Wallahuaklam..

(Comments wont nest below this level)
 
Comment by ralf
2010-05-23 19:08:27

and aku rase aku ade bkat dlm penulisan.. ๐Ÿ™‚

(Comments wont nest below this level)
 
 
 
Comment by rashid
2010-04-15 10:24:44

memang tak mudah…apa-apa pun, langkah pertama menentukan segalanya…tak gitu en khai?

..
 
Comment by invisible
2010-04-15 10:29:51

ui khai,
yg pasal duet mgalir tu dr mne ye? haha
entri pasal duet tu sket sgt..mest rmi nk thu
hehe

p/s: cz ako bkn thu sgt pasal hosting, blogging ne..server2 kejadah tu! haha..silalah beri tunjuk ajar ea..hehe

..
Comment by Khai
2010-04-15 15:02:31

refer entri ni..

http://justkhai.com/blog/memilih-blogging-sebagai-kerjaya-part-1/

* baca yg part 2 untuk detail

..
 
 
Comment by menteil
2010-04-15 10:36:31

full time blogger? belum berani lagi.. tapi mungkin satu hari lagi.. tengah kumpul modal..

banyak je projek dalam kepala.. tapi semua terbengkalai sebab tak berani lagi nak buat..

mungkin aku kena tunggu 6000 unique hits sehari.. huhu..

apapun blog dengan aku memang tak dapat dipisahkan.. dah sebati.. semuanya sebab kau khai! haahaa…

ko dah bertahun2.. aku baru 2 tahun, banyak bezanya.. =P

..
 
Comment by AMR
2010-04-15 10:37:15

Em, seronok baca kisah Khai ni.. Semoga Khai terus sukses dalam dunia blog yang penuh dengan pancaroba ni.. huhu.. ๐Ÿ˜‰

..
 
Comment by n3dmax
2010-04-15 10:37:27

entry pling bagus dan membina khai…gud job!!! aku suka!!!

..
 
Comment by Encik One
2010-04-15 10:41:12

dah lama rasanya aku tak tulis komen kat JK ni wlpn tak pernah missed baca entri yg lahir kat sini. huhu.. maybe sbb dah tak mcm dulu kot.. yer la, dulu aku komen sbb nak dptkan trafik.. tp skrng blog pun dah nak mati so dah malas nk tulis komen mlainkan betul2 ada yg nak ditulis. huhu..

ok cukup mukadimah yg panjang dan off topic tu. kui3.. actually aku tak tahu nak komen apa tp aku taip jugalah yer.. boleh kan? aku nak ucapkan tahniah kat ko sbb dah menjadi blogger yg berjaya.. dan semoga impian ko utk mewujudkan company tu tercapai.. tp aku harap ko tak stop blogging sbb pastinya aku akan merindui kepedasan entri2 ko. huhu..

apa2 pun.. like entri ni sbb sape yg nak jd full time blogger cam ko boleh ambil mana yang perlu dan jadikan panduan.. kiranya mcm fikir masak2 la.. kalau boleh buat, teruskan.. kalau tak boleh, just jadikan ‘kerja sambilan’ pun sudah memadai. hehe.. ok, i’m stop here sblm komen ni jd entri yg off topic. adios..

..
 
Comment by availableaction
2010-04-15 10:44:14

Salam

Sekadar berkongsi pendapat.. Dulu time sy buat praktikal kat Cyberview Garden Cyberjaya, seorg supervisor telah menasihati sy supaya elakkan dari bekerja untuk syif malam walaupon ditawarkan elaun yang tinggi. Ini adalah kerana dari pengalaman beliau sendiri yang bekerja malam dan siang selama 1 tahun lebih, beliau sekarang susah untuk tdo malam kerana mengalami sakit sakit belakang.

Akan tetapi, ade seorang pekerja kat situ cakap, dia suka keje malam, dan kalau keje siang pon, die tak kisah, dah hampir 3 tahun die wat mcm tu tapi beliau tidak mengalami sakit sakit belakang or gejala susah tdo malam.

Harap Khai kongsi tips2 yang Khai tahu pasal gejala tdo mlm ni ek.. hehehe

..
 
Comment by Anarm
2010-04-15 10:56:57

target aku nak bg sama tahap macam ko sekarang ni.. agak2 bile tu? keh3..

rasa seronok sangat2 jadi blogger.. aku asalnye sekadar nak tajamkan coding skill.. tp bila dah dapat duit dengan blog, tu yg jadi seronok tu.. hehe.. ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by Shaffik
2010-04-15 11:11:57

Inilah yang orang tak tahu kehidupan sebagai seorang blogger. Keep it up. Semoga terus mewarnai dunia blogging tanahair.

..
 
Comment by Meow
2010-04-15 11:34:43

huhu…kini aku pun jadi full blogger jugak…sambil2 tunggu result UPU keluar…

nanti kalau sambung belajar dah xde masa nak berblog lagi… =(

tapi betul kata khai, apa yng kita capai skrg adalah usaha kita pada masa lalu…so nak senang bukan senang… ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by Bestari
2010-04-15 11:46:27

Sebagai blogger, perlu ada bakat dan usaha tanpa mengenal jemu, dan kamu adalah seorang drpdnya..tahniah dari kami utk anda…

..
 
Comment by fetty
2010-04-15 11:53:05

huh…sememangnyer mencabar…tapi kekadang best gak…paper pun citer ni tak abis kat sini jek kan…bile nak sambung… :aie:

..
Comment by Khai
2010-04-15 16:48:16

dalam entri akan datang.. insyaAllah..

..
 
 
Comment by Maryam Zin
2010-04-15 12:04:01

citer Kaiji best gile. aku suke!
(komen takde kene mengene dgn entry)
hahaha.

..
Comment by syahiran
2010-04-17 11:46:36

bes2!!

..
 
 
Comment by syin
2010-04-15 12:08:15

dari bawah ke atas aku baca…dari atas ke bawah aku baca…haha…slmt ada gmbr skit2..kalau tak, tak habis baca ni..hehe..

:p <–drakula kelab.

..
 
2010-04-15 12:22:36

ngeee.. first time kot komen kt cni. slalu jadii silent reader je. respect la ko dapat tido 4 jam sehari… respek giler2! aku kalau x 7 8 9 10 jam mmg x sah kecuali time nak exam. pastu start qadak berlambak2 tido. heh.

ada gak baca some blogs yang kritik ko.. especially pasal ko emo tu. biasala tu, sikit je kita wat x baik org cakap mcm2, tp yg bertimbun kita wat baik tu xde org yg duli…

btw tq sebab banyak benda yang aku tau pasal blogging/ current issue from ur blogs!

..
 
Comment by fiezaradzi
2010-04-15 12:35:36

mmg dugaan Allah ni macam2 btk.. lau tak daya, susah nak bangun semula.. khai, ko tak lapar ke time tghari? hikhihk..

..
 
Comment by Ramdzi
2010-04-15 12:40:23

kesimpulannya, jangan sskali putus asa.. hehe.. peace! ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by h3r0
2010-04-15 12:44:42

panjangnya.. tapi still mempunyai isi yg mantap..
steady khai… :o:

..
 
Comment by syahirul
2010-04-15 12:56:03

hohoho.. satu kisah dari blogger full time… kalo la aku leh jadi mcm ko kan best sbb aku mmg minat berblogging ni.. tapi bakat takde sgt :8 ko takleh slalu tdo siang beb, nanti bila ko dah biasa mcm ni susah di hari tua.. sian scukz.com mcm2 hal sampai skrg pon ada hal gak.. tapi yg hal skrg mcm takleh nak setel aje kan? :bloody: anyway ni dah 3 tahun aku kenal ko dan blog ko walau kita blom berjumpa (pengakuan jejak kasih).. hahahhaa… sabtu ni mid valley ok! ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by Scromix
2010-04-15 14:46:25

web2 ko smua satu2 dedicated ke or 1 dedicated 2-3 web? hehe lain dari lain

..
 
Comment by aizuddin
2010-04-15 16:52:01

bukan senang nak jadi sorang blogger yang best..
moga terus sukses bro n dapat bukak company sendiri nt ๐Ÿ˜€

..
 
Comment by Piratz
2010-04-15 17:41:52

cakap pasal freelance ko buat design pasal pe yerk?
banner? site? poster? iklan? :oups:

..
 
Comment by nizam6281
2010-04-15 18:23:01

aku part time blogger jelah..hehe
nak jadi enginneer..hoho
tetapi bidang aku still dalam electric n electronic
nak majukan internet di malaysia sampai 100mbs setaraf jepun
apa2 pun Khai choice in your hand
akhir kata
Pandanglah hari ini. Kemarin sudah menjadi mimpi. Dan esok hari hanyalah sebuah visi :8

..
Comment by Shahrul
2010-04-16 10:23:03

Aku pun blogging dlm bidang yg aku tahu saja, iaitu engineering. Just share ilmu pengetahuan engineering. X susah kan.

..
 
 
Comment by MrRollies
2010-04-15 19:31:00

nicenyer entri ko..
Bestnyer jadik ko..
full time blogger..
Ko mmg insan yang bertuah =D

..
 
Comment by edda
2010-04-15 21:30:43

keep up da good work~ :8

..
 
Comment by khairil
2010-04-15 21:55:56

all da best bro
x semua org boleh jadi full time blogger mcm ko ๐Ÿ˜€

..
 
Comment by e-liex
2010-04-15 22:39:37

panjang mana pun khai tulis, sampai habis jugak kubaca… ๐Ÿ™‚

“Kalau nak stop blogging ni nanti, Khai stop lah. Tak perlu nak buat satu announcement khas.” uish. janganlah camtu… =(

keep up the good work~

..
 
Comment by Zack
2010-04-15 22:53:25

Bagus2… i like!!

..
 
Comment by Akuro San
2010-04-15 23:09:01

salam.
lama tak mengomen kat sini~
Khai, saya suka baca perenggan yg last utk entri kamu kali nih.

“Hidup bagai roda, adaโ€™kalanya kita di atas dan adaโ€™kalanya kita di bawah. Hari ini orang suka kita mungkin esok orang akan benci kita. Hari ini kita rasa kita cantik/handsome, esok lusa mungkin kita hodoh dan cacat. Pendek kata semua yang kita miliki hanya pinjaman dan sedarilah, tiada apa yang berkekalan dalam dunia ini melainkan 3 perkara yang akan di bawa semasa mati iaitu doa dari anak-anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kita, amal jariah yang dilakukan semasa di dunia dan yang ketiga, Ilmu yang berguna atau bermanfaat kepada orang lain.”

sama dgn motto blog saya, ‘Life And Fate Like A Wheel”… dan… saya rasa Khai ada tallent utk jadi seorg penceramah bebas kalau Khai bebetul jadi org baik~ :love:

..
 
Comment by safwanz
2010-04-15 23:20:28

empayar rom x akan dibina dlm masa 1 hari (ceh ayat sape ni) 8)

..
 
Comment by mello
2010-04-16 03:22:53

memang ambik masa untuk naik ke atas.. yg penting, nawaitu kita.kakaka

..
 
Comment by Shahrul
2010-04-16 10:26:37

Semua pekerjaan ada cabarannya. Bkn semua org juga yg boleh tahan dgn lifestyle full time blogger, mengadap internet dan melayan e-mail yg banyak. Apapun, khai teruskan je apa yg khai suka.

..
 
2010-04-16 12:36:56

khai dan redmummy idola ku

kerana mereka la dah 2 bulan aq gila blog..

tapi berbaloi..bila tips2 korang menjadi..

visitor ..bertali arus….RM lagi..makasih khai.

..
 
Comment by Pandaman
2010-04-16 13:01:31

bagus2, nvr giveup! semoga ko makin berjaya!! ๐Ÿ™‚ ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by toru
2010-04-16 13:52:18

huhu…walaupun da 2 tahun aku ada blog…tp aku x aktif sgt…bak kate khai..org lain ade blog,nak ade blog jugak tapi sampah…. :bloody: ……

selepas 2 tahun..barulah aku mula nak paham apa itu wp…sbbnye aku x pernah nk geledah2 sebelum nih..kui3x…dan tahun ini bleh dikatakan ramai gile kawan2 aku wat blog..tp sume paka blogspot…aku sengsorang je ade wp…baru 2,3 ari lepas aku sign up 1 blog kat bs…tp tinggal camtu je..sbb rasa janggal..mgkin sbb da lama dlm wp nih..aku lg selesa dan best ngn wp lg…insyaallah kalo ade rezeki aku nk beli domain sndiri…tunggu update blog jd menarik2 dulu…kui3x…nih aku dtg menulis kat blog khai ke???

bile da bc entri2 lepas psl wp…dan baru 2,3 ari ni aku jmpa mcm2 benda menarik psl wp..aku rasa sangat bngga memiliki blog wp..nnt la kite beli domain sndiri plak..ahaks…tunjuk ajarku sifu….daa off to javascript examination…

komen ke karangan nih ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by arnamee
2010-04-16 15:05:44

terus bersyukur,khai. hehe:)

..
 
Comment by cikfen
2010-04-16 15:18:55

Website justkhai is one of mr reference website for me to be full time blogger after my late 40’s. plus with my own business. Thanks kerana menghadirkan diri di Malaysia.

..
 
Comment by Zulsyamin
2010-04-16 17:13:31

khai pakai astro beyond ek??

buat la Astro Beyond review…
haha dah macam promoter pun ade…

..
 
Comment by Alan
2010-04-16 17:17:05

Tak tahu nak komen apa.

Apa pun Good Luck semua.

Semoga berjaya menjadi Full Time Blogger

INGAT: MASA SENTIASA MENIKAM KITA DARI BELAKANG TANPA KITA SEDARI.

Lol. ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by kisahremaja
2010-04-16 18:39:50

sedikit sebanyak saya dah dapat gambaran kasar kehidupan seorang blogger…. bile dah minat mendalam …. komitmen amat diperlukan…

..
 
Comment by iZwaN
2010-04-16 18:55:12

Khai..keep it up…
best bc kehidupan sbg seorang blogger…
di samping menjadi sumber pendapatan..
dpt berkongsi ilmu yg bermanfaat kpd semua…
All da best bro~

..
 
Comment by fatimah
2010-04-16 19:13:22

salam khai…

sy salah seorg pmint khai n amat mengagumi setiap penulisan khai…merujuk statemnt khai “Kalau nak stop blogging ni nanti, Khai stop lah. Tak perlu nak buat satu announcement khas” plez don’t do tht!!!

klu khai rasa nak buka cmpny its ok we’ll give our support but nak tutup web2 yg khai ader skg ni mmg ktrg tak kan sokong…

mybe khai boleh ask smbdy to handle ur web tapi yg ptg jgn tutup ek…

sy percaya ramai yg punya kngan terindah bersama “gugusan” web khai

..
 
Comment by chad cikun
2010-04-17 01:20:05

anda mmg org Malaysia yg hebat khai!
All the best!!!=)

..
 
Comment by din
2010-04-17 03:34:11

semoga terus sukses khai..aku jadikn ko sebagai idola aku..teruskn perkongsian ilmu ko ye.. ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by N2kU
2010-04-17 11:25:58

ape motivasi ko utk trus berblogging aa.. share la sket

..
 
Comment by syahiran
2010-04-17 11:45:05

khai…nape pendek sangat cite ni….xpuas baca lagi da abes…. :o:

..
 
Comment by Mama Yuki
2010-04-17 11:52:24

banyak usaha yang diperlukan untuk jadi seperti justkhai…

..
 
Comment by ejardkethot
2010-04-17 13:26:52

yeah …chaiiiyookkk khai !!~ my idol …awwwwwwwwwww 8)

..
 
Comment by Aremierule
2010-04-17 16:28:27

nk tnya , khai pernah guna youthsays malaysia?
kalau penah guna , btul ka youthsay boleh dpt duit?

..
 
Comment by oh!dawie
2010-04-17 17:57:45

Terbaek la khai entri nie…sharing is caring..thanks bro..

..
 
Comment by samanosuke_04
2010-04-17 20:51:39

hehe.. bagi aku part yang paling best adalah part yang duit mengalir tue.. hohohohoho!

..
 
Comment by Zik
2010-04-17 23:33:42

alhamdulillah, first time tinggal baca blog khai dlm jangka masa yg agak lama. tapi blog ni still panas memanjang je. dari dulu tak pernah nak sunyi-sepi. semangat blogger yg khai ada bukan semua org ada. mungkin khai 1 dlm 1000. tak rugi & tak lebih teruskan usaha khai.

..
 
Comment by ishak
2010-04-18 03:01:10

wah best gak..aku belum niat nak jadi fulltime ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by mario
2010-04-19 01:36:42

susah jugak ek jadi blogger full time…

..
 
Comment by Wan Perlis
2010-04-19 10:29:50

klo x keberatan berapa income hang dlm sebulan?

..
 
Comment by Nerzhul
2010-04-19 10:37:59

bagus khai ko tak kedekut ilmu. murah rezeki ko. ๐Ÿ˜†

..
 
Comment by MASOKIS
2010-04-19 11:11:59

Perh.. khai, ko mmg bernas berfikir…
walau ada blogger baru yang kata apa2.. mmg xbagi kesan la.
Pasal apa yang khai tulis ni.. mmg iklas.. masokis baca pun kekadang tersentuh… harap JK terus UP…
Klu xde JK.. dunia bloggers malaysia mmg DOWN… =(

..
 
Comment by maizul.com
2010-04-19 12:38:08

Baru je menjadi salah seorang fan ohmedianetwork

..
 
Comment by Amir
2010-04-19 16:24:52

selalu singgah kt blog ni tapi terpaksa jadi silent reader je sebab tak boleh nak komen pun. maybe masuk dalam spam box kot.

kejayaan tak datang bergolek, nak berjaya kena la usaha lebih. cabaran dan dugaan tu hanyalah ujian sebelum kita berjaya.

btw, forum scukz dah x wujud eh khai?

..
 
Comment by titan
2010-04-20 10:02:25

alhamdulillah. Setakat ni mampu membantu sikit-sikit hidup nih.. 8)

..
 
2010-04-22 10:57:37

Org suka tang benda2 free nih…so ko teruskan bg benda2 free ekk.. aku suka, org lain suka…dan yg penting ko mesti suka… baru bleh ikhlas…hehehe

Salam semua! Jemput ke blog amatur aku..

..
 
Comment by stonez145
2010-04-22 21:57:43

he…blog pemakanan saja yang mampu difikirkan…
utamanya la..

..
 
Comment by faizal
2010-04-23 22:37:18

salam bro..
terima kasih untuk nasihat yg berguna..terharu.
thanQ banyak2

..
 
Comment by pohon nyor
2010-05-03 10:59:43

Assalamualaikum…

1st time bg komen kat blog ni, hehe…sbb bru ni baca blog ni…maaf la, ketinggalan skit…haha…:)

bla baca posting ni, erm, menarik….alhamdulillah…

slmt maju jaya kpd blogger khai, keep it up…smoga stiap maklumat yg disampaikan bermanfaat utk smua, insyaAllah..

(p.s: klu nk gna pekerja, gtaw r pohon nyor….bakal tanam anggur ni…hehe…:oups: )

..
 
Comment by KNizam
2010-05-16 04:24:51

respect la ngan fulltime blogger mcm ko. keep on blogging ok hehe ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by Grafiquee
2010-05-18 20:27:06

reeki Allah bg pada kita dlm banyak bidang..
cuma kita yg harus pandai memilih..kn.. 8)

..
 
Comment by afiq aiman
2010-08-01 19:19:45

memang menarik untuk newbie blogger mcm aku ni…aku pun dlm proses nak buat domain ngn hosting sendiri…ade sesapa boleh bantu…aku tak pndai sgt guna wordpress ni…plz

..
 
Comment by ellarep
2012-07-22 21:50:39

semoga terus berjaya khai ! idola saya dalam berblogging ๐Ÿ™‚ sifu ! HAHA

..
 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
Your URL
Your Comment (smaller size | larger size)

Trackback responses to this post