Respon Khai Pada Dunia – Part 1
Kan dah kata jangan sibuk-sibuk suruh selalu update blog. Sekarang dah selalu update siapa yang susah? Korang jugak yang susah nak kena baca. Lepas tu nak kena komen pulak tu. Padan Muke!! Hehehe.
Respon dan confuse’ku pada dunia. Apa perkara yang rajin buat Khai konpius? Ini adalah artikel spontan tanpa sebarang research. “Aku” digunakan instead of “Khai” atas sebab tertentu.
1. DVD Cetak Rompak
– Sesungguhnya aku konpius dengan sebuah pasar malam di Kampung Kerinchi yang berhampiran kawasan perumahan polis berpangkat Sarjan dan Inspektor ke atas. Bagaimana tempat yang dekat dengan rumah polis, boleh ada orang jual DVD cetak rompak secara terbuka dan macho sekali. Pernah aku ke sana dan kebanyakkan yang ke pasar malam tersebut adalah pak polis dan keluarga mereka juga. Adakah kerana itu bukan kawasan jagaan mereka dan mungkin bukan skop kerja mereka, ianya dibiarkan begitu sahaja?
2. Astro Ketika Hujan
– Sesungguhnya aku konpius pada perkhidmatan Astro yang selalu tergendala ketika cuaca hujan atau mungkin baru gerimis dan angin sikit, dah tergendala. Itu sebenarnya tak berapa nak konpius sebab aku faham ianya atas tujuan keselamatan. Apa yang buat aku konpius, mengapa pihak Astro langsung tak mempedulikan tentang soal rebet pada bil bulanan? Kalau dah sampai musim hujan, nak keluar rumah dah malas dan time tu la orang nak nengok TV. Habis dah tergendala apajadahnya semua itu? Astro sebenarnya hanya boleh lupakan tentang rebet jika perkhidmatan mereka di Gurun Sahara dan bukannya di Malaysia.
3. Bahasa Jiwa Bangsa
– Sesungguhnya aku konpius dengan kerajaan yang melaungkan kempen “Bahasa Jiwa Bangsa”. Apa yang aku dapat lihat, official website mereka sendiri menggunakan Bahasa English tanpa sebarang option untuk pembaca menukar ke Bahasa Melayu. Malah aku rasa, mereka lebih rasa hebat dan kacak jika bertutur dalam Bahasa English di depan wartawan dan kamera. Perkara ini berleluasa kepada rakyat apabila rakyat merasakan bertutur dalam Bahasa English lebih membuatkan mereka nampak “town” padahal pada aku hanya bullshet semata-mata.
4. Kereta Buatan Malaysia
– Sesungguhnya aku konpius bila kerajaan menggesa rakyat menyokong kereta buatan tempatan. Apa yang aku dapat lihat, mereka sendiri tidak menggunakan kereta tempatan untuk ke sana dan ke sini. Yang digunakan selalunya kalau bukan Merc, mesti BMW atau paling cikaipun Honda atau Toyota. Mungkin ramai antara mereka sayang nyawa dan tidak berani menggunakan kereta tempatan. Mungkin rakyat Malaysia semuanya kebal-belaka dan kerana itu kita rakyat yang kebal ini, silalah sokong kempen sokong kereta tempatan.
5. Pengharaman Facebook dan laman sosial
– Sesungguhnya aku konpous dengan seorang hamba Allah ni, nak mengharamkan penggunaan Facebook dan laman sosial lain dari digunakan rakyat Malaysia. Tapi apa yang aku lihat, Perdana Menteri sendiri mempunyai akaun Facebook dan begitu aktif sekali sampai buat jamuan minum teh bersama rakan-rakan Facebook’nya baru-baru ini. Itu tidak cukup meng’konpius’kan aku, tetapi yang betul-betul buat aku konpius, Hamba Allah yang beria-ia melaungkan pengharaman Facebook itu juga mempunyai profile Facebook peribadi. Bullshet!
Aku konpius kalau korang tak dapat mematahkan atau menjawab apa perkara yang aku konpius’kan kat atas tadi. Dan ini hanya beberapa di Malaysia dan belum lagi dunia. Terlalu banyak perkara yang membuatkan kita ingin respon mengapa dan kenapa ianya terjadi. Tapi siapalah kita. Hanya rakyat biasa yang tiadk mempunyai apa-apa kuasa. Tunggulah di Part 2 nanti.
Saya Khai melaporkan. Renung-renungkan dan selamat men’konpius’kan diri. Teehee!
aku konpius memikirkan jawapan2 yang aku nak bagi pada ko khai…hahahaah
Saya Sokong!!hahaha
aku lagi kompius..sebab tak tau sape yang duk haramkan fb tu..tapi ada fb personal..:bloody:
kes yang kait-kait ngan agama tuh kot yang sampai kena bahan kat twitter #yo**is..haha…kot la..
benda bermanfaat buat apa nak haramkan..bukan semua orang pakai secara songsang..
sape yang haramkan facebook itu?
alangkah panasnya hati bila tengok game MU astro pulak buat hal.. lebih panas lagi bila MU kalah pulak.. hehe..
*saje bikin panas..
point no 4 tu paling aku suka sekali..
Khai,aku setuju dengan semua point kau..aku suka gaya kau cerita..cakap je lah kan apa yang kita rasa tentang apa yang berlaku disekeliling kita masa kini kan?
kau ada cakap kat tempat comment form tu,ni chatroom,tapi takkan memanjang aku nak chat dengan kau kat sini kan?
aku berminat nak minta tunjuk ajar kau (harap kau sudi) pasal blogging apa semua ni dengan lebih detail..boleh aku tahu camane nak contact kau?ym etc.harap kau hubungi aku di blog aku..boleh?
Cheers,
Sendra.
*aku tengok kau letak gambar ECM tu,kau duduk kuantan ke?
Sendra, banyak maklumat mengenai blogging dah dikongsikan di dalam JK ni. Cubalah selak-selak di belakang. Hehehe. Apapun kalau nak contact Khai juga, via email’lah. YM dah jarang2 sangat online. Hehe.. khaixy at gmail dot com
Aku paling setuju dengan perkara 3. Aku memang tak suka orang yang guna bahasa rojak dalam perbualan dan juga dalam penulisan rasmi (seperti blog). Kalau sikit2 takpe la. Ni melampau.
Harap khai juga boleh guna bahasa melayu dengan betul. Jangan guna istilah inggeris yang dimelayukan secara semborono. Kalau nak juga, sila manfaatkan ‘apostrophe’ atau ‘italic’kan ia
Bahasa jiwa dan identiti bangsa. Jangan cabuli ia. Dan kita tidak perlu memasuki kelas sastera untuk menggunakan bahasa melayu dengan betul.
Sekadar pesanan ikhlas kepada semua.
Hi Kira,
Benar apa yang Kira katakan. Tetapi, blog Justkhai ni bukanlah sebuah “blog rasmi”. Ianya lebih kepada sebuah blog bercerita dan cara penyampaiannya, sama seperti yang berlaku dan kita dengar disekeliling-kita. Sama seperti seorang kawan bercerita dengan kawannya.
Kalau blog macam tulisan akhbar, bosan pulak kan? Hehe. Apapun perubahan tetap berlaku. Kalau dulu, Khai mengeja “sama” tu sebagai “same”. Sekarang tidaklah terlalu keterlaluan lagi.
pasal kes ASTRO tu…. rasanya masalah hujan tue memang problem turun menurun …. blum ada jalan penyelesaian…cuma yang penah dengar untuk kurang gangguan time ujan ialah pasang booster….xtra cost lagi…. huhuhu
tambah sket. aku konfius dengan segala kempen berhenti merokok sampai berhabis juta2 saban tahun. apa kejadahnya berkempen begitu sedangkan ianya tetap dijual dipasaran. yang merokok akan tetap merokok, kempen bagai itu sangat membaziirrr.
Ya, betul. Ini yg paling konfius. Dapat income tinggi drpd tax rokok, pastu habis pun tinggi utk kempen anti rokok. Baik hentikan jualan je, x de la nk habis duit utk kempen anti rokok.
Nursarah, mengenai rokok kerajaan dah ada keluarkan statement (dari menteri kesihatan) last year di mana mereka menerangkan sejauh mana tahap kerajaan boleh bertindak dalam isu rokok ni.
Mereka hanya mampu membuat kempen dan mengeluarkan iklan di TV. Untuk menyekat pengeluaran rokok, kerajaan tak berkuasa berbuat begitu kerana melibatkan terlalu banyak pihak di belakang tabir pengetahuan kita.
Apapun sedikit masa lagi, pengeluaran rokok akan disekat kepada kotak 20 sahaja. Pemansuhan kotak 14 akan dilakukan. Untuk memberhentikan pengeluaran rokok, tak tahu la nak cakap sejauh mana susah yg dimaksudkan mereka tu kan..
dah kebiasaan khai..yang dalam negara kita ni banyak cakap tak serupa bikin..hohoo…ada yang cakap jangan buat seks tapi diorang sendiri buat jugak..siap ada video sekali..oh ping ping.com…hoho sesuai tak nama domain tu khai oh ping ping.com ? huhu ๐
salam!terima kasih khai adik kak,baju dah sampai semalam..pagi2 nasuk pjbat tgk ada bungkusan atas meja…pening juga kak fikir..apa ke bendanya tu..buka-buka tgk tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa baju T scukz.com..kak dah tak ingat langsung pasal baju tu khai…terima kasih khai…
Hidup Khai…
memang 100% betul aper yang ko conpius kan itu…. tapi insan keldil macam kita tak dapat nak wat paper pun…takkan kita nak jadikan Malaysia tercinta ni macam thailand si baju merah tu… redha jelah…
ade facebook tapi nak haramkan facebook. sape yg nak mengharamkan facebook tu? nak jugak tengok profile dia kt fb.
cakap tak serupa bikin.
betul2
aku setuju
persoalan yang menarik dari hang
aku konpius pasaipa Man U tak layak ke semi final
khai aku suka cetak rompak nun, sokong lah gak . hehe
terutama skali windows. rm10 sudah . x pon dwld 8)
erm bukan ke ttg dvd cetak rompak ni KPDNHEP yg uruskan ke? 8)
KPDNHEP mengawalseliakan perdagangan dalam negeri melalui:
* Penentuan dan pemantauan harga barang-barang perlu;
* Perlesenan dan pengawalan pengeluaran, pengedaran dan penjualan barang-barang perlu;
* Hal ehwal perlindungan pengguna;
* Urusan berkaitan harta intelek yang meliputi hak cipta, cap dagangan, paten dan rekabentuk perindustrian;
* Perlesenan bagi penjualan dan pengedaran barangan petroleum dan petrokimia;
* Penyelarasan dasar: peraturan dan aktiviti-aktiviti berkaitan keselamatan industri petroleum, petrokimia dan gas;
* Pelesenan urusniaga jualan langsung;
* Membanteras penyelewengan dalam perdagangan ;
* Perlaksanaan peraturan timbang dan sukat;
* Pendaftaran dan penyeliaan syarikat dan syarikat-syarikat amanah;
* Pendaftaran dan penyeliaan perniagaan-perniagaan;
* Penggubalan dan pengkajian dasar dan strategi berkaitan pembangunan perdagangan dalam negeri, kepenggunaan dan harta intelek.
Bagi aku mudah je bro. Polis kerja dia tangkap orang jahat. Dan penjual DVD pirate adalah orang jahat. Hehe. Kalau tak tangkap, at least kasi maklumat la kan pada pihak yg sepatutnya. Sbb tu aku cakap diorang ni kerja dalam skop dan kawasan sendiri semata2.
@Khai – maaf sebab bagi pendapat kat sini.. walaupun polis, dia kerja tangkap orang jahat tetapi dia banyak lagi tugas yang lain perlu di buat.. masa dia tidak bekerja adakah dia nak tangkap orang jahat? tentunya tidak di sebabkan mereka tidak ada senjata dikalau orang yang jual cd cetak rompak mempunyai senjata api.. tak ke naya polis tuh..?? walaupun authority 24 jam tetapi mereka fikir kesalamatan juga.. sapa yang tak sayang nyawa!
satu lagi pirate ni di mana-mana ada dan sukar di bendung.. kalau buat website pon ada download pirate? SKMM pon pening nak bendung.. ni macam mana pulak yang di jual oleh pejual cd cetak rompak?
Renung-renungkanlah
Jangan konfius pasal DVD peret tu. Itu la sumber wayang aku tau!
Sengkek la nak ke pawagam.
u dah takde acc facebook ke khai?
Ada je. Cuba search “Khai Hassan” kat Facebook tu. Ni akaun kedua. Yang lama dah takde.. Add la balik eh..?
Pasal DVD tu, dah jadik perkara biasa tu.. huhu.. Polis pun nak nengok jugak DVD murah sekali-sekala.. haha..
Kesimpulannya, manusia ni mmg
suka cakap tak serupa bikin. Perkataan
yg sangat sesuai ialah ‘HIPOKRIT’. :p
Salam khai. Turut keliru owh. No.2 tu paling dekat terkesan. huhu
best…begitu mengkongpiuskan :[ …bagus lah ko dah active lek…memang penat membaca tapi fun….walaupun ko wat entry panjang berjela tak de gambor2 pun…tapi tetap menarik… :love:
haha, astro charge mahal tapi servis hampeh ๐
Aku sokong yang astro tu
Memang kualiti low lagi..
Bila lah nak staraf dunia luar..
Internet da laju..Hehehe Unifiiii
I like.. ๐
Mmg btol…
byk bnde yg men’konpius’kn skng nie…
ya sokong!
aku pun slalu rasa hidup seharian aku ni sentiasa konpius. macam-macam. sampai pening ke’konpiusan. haha ๐
bro, bab penjualan DVD cetak rompak kat pasar malam di Kampung Kerinchi tu tak boleh nak kata apa la…masing-masing dok pejam mata je hatta polis, DBKL, KPDNHEP dan agensi penguatkuasa yang lain….saya yang selalu pergi pasar malam kat situ pun naik hairan…diorang ni tak takut kena rush ke…isk2… ๐
kompius btol aku dengan bende2 yg ko kompius tu.. :bloody:
Dikesempatan in aku nak komen lagi sekali kt sini sebab semalam aku on kt CC dandan jea habis masa tak sempat nak add comment Sigh~
1. DVD Cetak Rompak
Masalah DVD aku tak heran sangat dan tak konpius pon. Hehe. Sebab polis a.k.a penjenayah. Bende kalau tak kerana tauke DVD tu yang bagi rasuah kt polis dah kena sapu habis dah kedai DVD. Disebabkan tauke tu bagi lah sesuap nasi kt polis walaupun gaji diorang dapat. So, tak kena lah tauke tue.
Sama juga dengan kelab-kelab, disco-disco, kedai judi dan banyak lagi. Polis ni yang dia tahu dapat duit. Tapi dia tak dosa dan pahala. Sebab tu lah polis ni banyak yang PJK( Perut Jalan Kedepan a.k.a boroi) haha.
Contoh lain, Pada musim perayaan. Sudah menjadi kebiasaan mercun-mercun dan sebagainya akan diseludup. Apabila kastam or seangkatan dengannya dapat merampas mercun ini. Kemana pergi nya? Ada korang semua tahu? Tak tahu kan? Dah tentulah polis tu akan bagi anak-anak diorang main atau dijual kembali. Kalau tak percaya nanti bila musim perayaan korang pergilah perumahan PDRM mesti banyak budak-budak main mercun. Trust me! lol
2. Astro Ketika Hujan
Astro macam-macam ada! Tapi satu jea dia tak ada. Time hujan. HAhaha. APa yang nak konpius Khai? Buat pening otak jea. Hehe
3. Bahasa Jiwa Bangsa
Bahasa jiwa bangsa hanya sekadar pada nama sahaja. Mata pelajaran sains dan matematik pon dalam bahasa omputih. Apa cerita? So, nanti kalau ada perhimpunan MPSI (betol ke MPSI?). Paham-paham lah sendiri apa MPSI tu. Yang pembangkang selalu buat tu korang kena lah join sekali. Nanti aku pun nak join gak sebagai seorang pelajar yang susah nak paham bahasa inggeris yang sungguh annoying ni. Hehe
4. Kereta Buatan Malaysia
Slogan Belilah barangan buatan Malaysia dak boleh buat pekasam. Kalau buat pekasam boleh juga jual. Ada juga untungnya nanti.
Ni slogan aku reka.
Belilah kapal selam yang rosak semoga semua tentera mati. Bodoh nya pentadbiran!
Yang ni konpius sebab yang memimpin ni bukannya sekadar sijil SPM. Tapi belajar sampai ke luar negara. Yang konpiusnya diorang ni tak reti nak mentadbir!
5. Pengharaman Facebook dan laman sosial
Antara golongan orang munafik adalah orang yang apabila berkata dia dusta. Sama jugalah dengan hal ini. Kalau dah rasa diri tu ALIM sangat, kau pergi salahkan orang yang cipta komputer dan internet ni. Buat apa nak salahkan facebook dan yang lain? Come on lah jangan jadi hipokrit. Kau cakap jea lebih. Ke aku yang cakap lebih? hehe
…………………………………………….
Panjang nye komen aku nie. Rasanya dah boleh buat entri dah. Hehe. Tapi tak apa lah.
:bloody:
Paling setuju dengan No 1. Perkara ni memang jelas di mata rakyat tetapi siapalah kita nak bersuara kan?
Contoh terdekat, satu pusat karaoke di Sunway. Open sampai 5 pagi padahal patut tutup pukul 12.. Bila polis buat rondaan, karaoke lain semua kelamkabut tutup. Tapi karaoke yang sebijik tu, dah la xde signboard nama kedai, polis boleh rilex je tak buat apa.
pastinya ada najis di sebalik toilet awam. Peribahasa baru hari ini. Hehe..
@alan – jangan dikatakan sangat bahawa polis a.k.a jenayah.. kalau tiada orang memberi adakah ia menerima? semua orang ada tahap nafsunya.. cuba suatu hari kau jumpa rm200 di atas jalan padahal duit itu baru sahaja tercicir dan kau nampak owner duit itu tetapi ownernya tidak perasan dan pergi jauh.. adakah nak buat report polis tentang kehilangan duit? tentunya tidak sama sekali.. kau akan ambik juga duit itu.. setiap manusia ada nafsu.. kalau nafsu itu di jaga dengan baik.. ianya akan menjadi baik.. tetapi kalau ada orang mengugut nafsu kita.. pasti juga akan terancam.. walaupau polis dapat gaji tambahan pulak gaji sudah naik pon cuba fikir.. masalah kewangan yang di alami oleh pengawai polis yang sudah berumah tangga? aku malas nak cakap banyak-banyak..
Tidak ada orang dalam dunia ni perfect bai termasuk aku sendiri.. aku cuma bagi pandangan…
Jadi dalam hal ini jangan kutuk sesiapa.. fikir diri sendiri.. dan beri pandangan yang bernas tanpa menghina orang lain..
-sesunggunya aku konpius bila mak ayah ahli masjid. tiap2 malam ade kt masjid. ajk tertinggi masjid. pergi Mekah 5-6 kali (haji+umrah), kt dlm masjid, dye lah dok saf dpn (VVIP), panggil org mengaji Quran kt rumah tiap2 Selasa dan Khamis, pkai tudung labuh. mcm ustzh. tapi ANAK PEREMPUAN dia, kuar pegi town pkai Boxer sial! pkai singlet. rmbut toksah cite la. ala2 mayang mengurai. Kdg2 nmpk brkepit ngn jantan. Mak ayah membuta tuli je. SESUNGGUHNYA AKU KONPIUS!
Sape boleh jwp kekonfiusan aku ni? ๐
copy sket lagu iman mutiara…
iman tak dapat diwarisi dari seorang ayah yang bertakwa,
iman tak dapat dijual beli,
ia tiada di tepian pantai…
walau apapun caranya jua,
engkau mendaki gunung yang tinggi,
engkau merentas lautan api,
namun tak dapat jua dimiliki,
JIKA TIDAK KEMBALI PADA ALLAH…
ada satu ksh anak sorang pakar motivasi yg alim, yang cukup terkenal..
anak perempuannya cukup sexy,kaki clubbing…
bukan si ayah pejamkan mata…
pernah dikurung,pernah dipukul,pernah ditarbiyah sebaik2nya..
semua cara tak kena…
bila dah gitu,berbalik la pada lagu diatas…
salam……..
suke btul aku stonez145 nih bgi komen….
komen dier best..hehe
errr…khai,aku pn x tau nk mnjwb ke’konfius’an ko tuh…
psl astro tuh aku tersngt2 la stuju….
asl ujan jek tv jdi gelap..bencikkkk
Benar.. Iman memang tak dapat diwarisi. Kalau diwarisi tu, mmg hebat bapanya mendidik anak. Tapi kesian kat ayah dia sebab gagal didik anak at least, x la seteruk itu. Pakai boxer pergi town?!! sigh~
hmm. yess. lagu tu mmg kene kn?
hmm.aku pelik sgt dlm kes mcm ni.
yess pkai boxer! kalah cina apex. super sexy!
sllu la nmpk sbb 1 kmpung. :love:
url web KERAjaan pon dlm bi…cam bgus :p
assalamualaikum…
kerana ramai manusia dalam dunia akhir zaman ni cakap tak serupa bikin, dan tak takut balasan sebab buat perangai gitu…
cetak rompak
-hahah….ntah la wey. ak tengok makin melambak2 org jual cd/dvd cetak rompak.hahah klo kt terengganu, toksah kata lah……… stiap pasa malam , minimum 2 tokey bukak meja. al maklum xde pawagam. lg best. yg dok menjual nye org melayu islam. lg best.hahah cover meletop, tembikai oren suma ade.mcm2 ada.hahah
astro
-hahah ak xpkai astro sbb xde org kt umah nk tengok pon.wat rugi. yg pkai channel free je. ak dok johor. areal toksah kata la…..hahhaa areal2-3 meter melangit.heheh yg menariknya kt umah ak, time hujan, dapat tengok channer indonesia (sctv, rcti , lg ape ntah). hahah astro? hohoho kawan2 ak dlu time 2003 ramai je ngadu.mmg bengang klo time ujan mesti berjemaah la kuali astro kna smbar petir……huhuhu no komen. no komen…huhuhu
bahasa jiwa bangsa
-hahha i donno wat to say.lebih elok klo nk ckp melayu, biar penoh la satu ayat tu. jgn dlm 1 ayat tu 7melayu,3omputih. mengarot. susunan ayat pon jd trabor gle. ak pnah view blog minah mane ntah.macam haram….. snang ckp rojak yg xsedap dimakan, ade cmpo lalat telor lalat pon ade. hancus.
kereta buatan malaysia
-klo susah sgt menteri2 kte ni nk pkai kreta malaysia. wat je la kereta buatan malaysia yg terlampau selamat dan mewah gle. dan mahal gle. baru la sama standard ngan menteri2 kat malaysia nih. yg kereta yg murah, kurang selamat tu bagi je jual kt rakyat. xde ar npk sgt mcm skrg ni. menteri nk pkai bmw, merz. hahhaaha (pernah bce kt blog mane ntah , isteri pm skrg suka shopping kt oversea…..hahhaha xg pon mydin.mydin kn byk jual brangan buatan malaysia. hahha klo takat nk datang utk perasmian pembuakaan je. xyah la…)
facebook
-hahha lawak2. sumpah lawak.
Sepatutnye macam ni : Bahasa Inggeris. Bukan Bahasa English.
haih, konpius gak aku.. apsal laa aku tak penah konpius ngan ape yang ko konpius kat sini rr? konpius2… kiut laa plak pekataan konpius nie.. hohohoho
aku sgt konpius…
setuju dengan khai yg konpius
errr..khai mmg konfius…
konfius ohy konfius….
oh konfius?!
harharharrrr….;p
Hairan Sehairannya..aka Confuse jgk la..
1. DVD Cetak Rompak
Saya Hairan, kenapa hendak pertikaikan DVD cetak rompak sedangkan kini ramai yang memuat turun video di laman web ‘Youtube’ aka Tiub Anda dan boleh ditonton secara Percuma, tidak perlu keluar modal. Jangan salahkan Lanun Cetak Rompak jika tiada keuntungan diperolehi daripada hasil jualan filem anda. Kini, orang awam sudah bijak mencari alternatif lain untuk menonton filem-filem yang tidak berkualiti. Jika berkualiti, sudah tentu orang awam akan ke pawagam yang berdekatan, tidak perlu takut kepada Lanun-lanun tersebut.
2. Astro Ketika Hujan
Saya berasa Hairan apabila pihak Astro tidak mampu meningkatkan kualiti serta mutu perkhidmatan sedangkan mereka kini adalah syarikat yang giat memonopoli pasaran. Adakah mereka akan menjadi seperti Perkhidmatan Jalur Lebar, Streamix Telekom suatu ketika dahulu yang kini telah cuba dicantas oleh pesaing hebat iaitu p1wimax, dan kemudiannya barulah perkhidmatan Streamix dari Telekom ini dinaiktarafkan? Hal ini ibarat “Sudah Terhantuk baru Terngadah”.
3. Bahasa Jiwa Bangsa
Saya Hairan, kenapa Karam Singh Walia beria-ia menggunakan bahasa ibunda sepenuhnya sedangkan wartawan kita yang lain, beria-ia mengagungkan bahasa Inggeris.
4. Kereta Buatan Malaysia
Saya Hairan, kenderaan keluaran Malaysia seharusnya lebih murah daripada kenderaan import lain. Memang menimbulkan seribu persoalan bukan hanya seluruh rakyat Malaysia malah negara luar turut hairan mengetahui kenderaan keluaran Malaysia lebih murah di negara mereka berbanding di Malaysia.
5. Pengharaman Facebook dan laman sosial
Saya Hairan kenapa perlu diharamkan sedangkan ahli ulamak seperti Ustaz Zaharuddin sendiri mengatakan, semua itu bergantung kepada niat si pengguna.
Saya Hairan, bukan sukar untuk menggunakan Bahasa Melayu dalam kehidupan harian, tetapi kenapa kita masih selesa menggunakan bahasa rojak? ๐
Aku tak confius pun, ok ja.. he he he..
byknya komen 8)
aku tau menteri mana yg nk haramkan fb tu..haha sape lg kalau bukan yg isterinya rambut karat tu..hoho kan3? aku malas nk sebut nama
rambut blonde ke x-po? :oups:
khai sentiasa lah ingat pepatah melayu ni.
kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.
kebebasan bersuara memang ada, tp kita kena sendiri faham yang bukan hak kita untuk persoalkan semua benda. kita kena tahu had kita.
lagi satu, hangpa kena ingat, harini hangpa sibuk persoalkan semua ni.
tp ingat kat akhirat nanti, allah akan persoalkan balik hak dia. seperti solat n etc. kalau hangpa tak buat, sakit lah hangpa. kalau buat, alhamdulillah lah.
“Kenapa Allah jadikan anggota badan berpasangan seperti dua mata, dua telinga namun hanya satu mulut sahaja?
“Itu untuk menjadi iktibar supaya umat Islam lebih banyak mendengar daripada banyak berkata-kata. Lagi banyak bercakap, lebih banyaklah kelemahan dan kesalahan akan terungkai.
ingat khai, mulut tu kena jaga.
lagi satu ingat pesan Imam Ghazali r.h ni.
Berkata Imam Ghazali r.h : ” Barangsiapa yang banyak percakapannya maka banyaklah kesalahannya, barangsiapa yang banyak kesalahannya maka banyaklah dosanya, barangsiapa yang banyak dosanya maka nerakalah tempat yang lebih utama untuknya. “
Tak salah kita tak tahu kita bertanya. Setiap persoalan ada jawapannya. As long saya x mempertikaikan hukum Allah, rasanya langsung tiada kesalahannya pada entri-entri seperti ini.
Kalau ada pihak yang terasa, tolong la jawab dan jelaskan kerana bukan saya seorang yang hairan, malah ramai lagi. Siapalah kita untuk menghalang orang lain berasa hairan dalam sesuatu hal melainkan menghilangkan kehairanan tersebut dengan jawapan.
Dan rajin2kan baca entri-entri lain di sini. InsyaAllah byk manfaatnya.
hahaha macam2 la ko khai..ada banyak lagi persoalan yang aku sendiri pelik terutama kat negara kita yang amat di cintai..takpe aku try sambung kepelikan ko…bukan plagiat tapi sekadar kesinambungan apa yang ko pelikkan..
hehehe
๐
Jikalau boleh bersuara, sudah lama rakyat Sabah dan Sarawak ingin membebaskan diri daripada belenggu kemiskinan dan kedaifan yang mencengkam gara-gara tindakan segelintir (bukan semua) ahli politik yang hanya pandai melontarkan kata tapi tidak tahu mengotakan janji-janji mereka. Itu belum termasuk soal royalti minyak. kerana, jika ada royalti yang sedemikian rupa, sudah lama Sabah dan Sarawak maju atas Hasil bumi sendiri.
Namun, disebabkan halangan dan sifat hormat terhadap pemimpin, Sabah dan Sarawak hanya merendah diri menerima kurang dari 10% daripada hasil Petroleum dan Pembalakan. Wajarkan kami dipersendakan dan direndahkan martabat sehingga kami menderita, ketinggalan 5 tahun kebelakang daripada Semenanjung Malaysia? Memang tidak adil bukan. Namun, hakikatnya, Saya Pun Naik Hairan dengan penindasan ini.
Oleh itu, Mail Putra, rasanya adakah wajar untuk kami terus mendiamkan diri?
100% setuju ngan point no. 4! hehe
Salam 1Malaysia (Peh!)
Berkenaan dengan kekonfiusan saudara, saya turut ingin berkongsi rasa konfius saya dengan keadaan di negara kita yang tercinta ini. Begitu ramai golongan yang menyambung pelajaran sehingga ke tahap ijazah untuk hanya menjadi penganggur terhormat. Apakah motif rakyat Malaysia menuntut ilmu? Adakah untuk menimba ilmu atau mendapatkan pekerjaan dan pangkat sahaja?
aku tetap sokong keta proton..oyeaaa.. 8)
saya pakai kereta malaysia. ntah bila dapat pakai kereta jepun. hahaha ๐
terbuka sikit minda aku nie bila baca komen2 korang….
…best gak topik2 kat atas nie klu diperdebat kan dalam kelas aku nnt… ๐
Sekarang macam2 ada… Erm…. Sampai x terfikir langsung iannya patut terjadi… Kereta buatan malaysia memang murah, tapi kualitinya?
aku kopius jgak nie…mcm ne ip aku kene ban di shoutbox :p …huhu
xde nak kata apa2 la.. sbb fikir logik mmg betul la ape yg ko ckp tu….
kluar topik :: east cost mall.. tpt lepak tuuuu dulu2..
The secret of life isn’t what happens to you,but what you do with what heppens to you. Help other people to cope with their problems and your own will be easier to cope with. ๐
siapa yg mengharamkan Facebook tuh?
nak haram facebook di facebook? hmmm…
pasal kereta tu, sebab tu kempen beli kereta nasional dah tak hebat sekarang. motif nak berkempen tapi sendiri pakai BMW??
tak ke macam seperti ketam mengajar anaknya menari tango?
signal astro ke longkang masa hujan tuh la paling aku x tahan sekali. hehe ๐
huhu..
tag fb 2 terase ler..hehe
coz aku de sbarkn suh join millatfb..
tp x suh pn dlete fb..just suh join sne coz agak islamic la
b’bndig fb y byk ktuk islam..skit ati weyh..