Hosting apa yang menjadi pilihan anda?

Jika korang mempunyai blog yang di’host’kan sendiri, selalunya satu soalan yang sangat familiar akan korang dengar iaitu hosting apa yang digunakan. Diawal pembabitan Khai, rasanya nama Khai itu sendiri sangat sinonim dengan CGY Host kan? Kini CGY Host dah senyap meninggalkan tanda tanya ramai pengguna’nya yang ternganga kehilangan data website dan blog. Khai juga kehilangan website (scukz.com) 3 kali macam tu je tanpa sebarang backup yang semasa itu jumlah ahli berdaftar dah melebihi 12000 users. Nak mengangis pun tak berguna.

Ya, itulah risiko yang terpaksa ditanggung oleh mereka yang menggunakan hosting berbayar. Kehilangan data, website down dan lembap selalunya adalah pengalaman ngeri bagi seorang blogger. Kejadian seperti ini selalunya mendatangkan gelak tawa bagi mereka yang masih ditakuk lama dengan ber’blog secara percuma di Blogspot, Thumblr dam sebagainya. Maklumah, walau percuma, tapi diorang tak perlu risau soal down. Di sini sebenarnya, kita perlu bijak memilih hosting yang betul-betul kukuh dan boleh dipercayai. Pengalaman yang menimpa Khai sebelum ini, rasanya dah betul-betul memberi pengajaran agar bijak memilih hosting. Ingat, harga murah dengan bandwidth yang unlimited atau mendapat space yang besar selalunya bukanlah pilihan yang betul-betul bijak. Jangan terpedaya kerana ianya “pancing” sahaja.

Jika ada yang bertanya Khai hosting mana yang patut dipilih, teruskan membaca entri ini. (more…)

Posted on 25 March '09 by , under Lain-lain. 71 Comments.