Hosting apa yang menjadi pilihan anda?

1,580 views | Hantar ke Twitter! | Cetak Artikel Ini

Jika korang mempunyai blog yang di’host’kan sendiri, selalunya satu soalan yang sangat familiar akan korang dengar iaitu hosting apa yang digunakan. Diawal pembabitan Khai, rasanya nama Khai itu sendiri sangat sinonim dengan CGY Host kan? Kini CGY Host dah senyap meninggalkan tanda tanya ramai pengguna’nya yang ternganga kehilangan data website dan blog. Khai juga kehilangan website (scukz.com) 3 kali macam tu je tanpa sebarang backup yang semasa itu jumlah ahli berdaftar dah melebihi 12000 users. Nak mengangis pun tak berguna.

Ya, itulah risiko yang terpaksa ditanggung oleh mereka yang menggunakan hosting berbayar. Kehilangan data, website down dan lembap selalunya adalah pengalaman ngeri bagi seorang blogger. Kejadian seperti ini selalunya mendatangkan gelak tawa bagi mereka yang masih ditakuk lama dengan ber’blog secara percuma di Blogspot, Thumblr dam sebagainya. Maklumah, walau percuma, tapi diorang tak perlu risau soal down. Di sini sebenarnya, kita perlu bijak memilih hosting yang betul-betul kukuh dan boleh dipercayai. Pengalaman yang menimpa Khai sebelum ini, rasanya dah betul-betul memberi pengajaran agar bijak memilih hosting. Ingat, harga murah dengan bandwidth yang unlimited atau mendapat space yang besar selalunya bukanlah pilihan yang betul-betul bijak. Jangan terpedaya kerana ianya “pancing” sahaja.

Jika ada yang bertanya Khai hosting mana yang patut dipilih, teruskan membaca entri ini.

Ada dua hosting sahaja yang betul-betul Khai percayai dari segi harga, service, helpdesk dan secure.

1. Fivio Hosting


Dah lebih setahun lebih Khai bersama Fivio Hosting, dan boleh dikatakan tahap puas hati tu berada pada tahap yang sangat tinggi. Oh! Artis adalah salah satu website Khai yang berada di bawah Fivio Hosting. Selepas 4 bulan penubuhannya, Oh! Artis kini menerima kunjungan sehingga enam ke tujuh ribu unique hits setiap hari. Uptime Oh! Artis yang cemerlang membuktikan Fivio Hosting adalah pilihan yang bijak. Selain Oh! Artis, Scukz Community juga adalah sebuah website di bawah tajaan Fivio Hosting.

Khai sangat recommend hosting ini untuk korang yang ingin berjinak dalam dunia self hosted blog atau website. Sampai bila nak guna yang percuma kan? Bukannya tak mampu. Tambahan pula, kepada pembaca setia Justkhai, korang boleh memberikan nama coupon “justkhai” ketika membuat pembelian di Fivio Hosting untuk menerima potongan harga sehinga 30%. Jadi cepat dapatkan mana-mana pakej hosting dari Fivio.

Fivio Hosting boleh diberikan 9 dari 10 bintang. [testimoni]

2. Exabytes Hosting

Sebuah company hosting yang sangat popular di mana banyak company besar menggunakan perkhidmatan dari mereka. Limkokwing University juga turut salah satu pelanggan Exabytes. Khai dah bersama Exabytes Hosting hampir 2 tahun di mana Exabytes adalah hosting bagi blog JustKhai ini.

Helpdesk mereka sangat boleh dipuji tetapi masih tidak setaraf dengan Fivio kerana Fivio hanya boleh dihubungi melalui YM sahaja. Lagi mudah. Boleh dikatakan Exabytes adalah sebuah hosting yang boleh diberikan 8 dari 10 bintang. [testimoni]

Kedua-dua hosting ini sangat cemerlang di dalam kelasnya akan tetapi tidaklah mengaburkan mata pembeli dengan pakej-pakej yang melampau pada harga murah. Harga yang mereka berikan sangat berpatutan dan berbaloi dengan apa yang akan korang terima. Dari segi 99.9% uptime, 24/7 support dan pastinya kepuasan korang sebagai customer pasti akan dapat dirasai.

Harap lepas ni Khai tidak lagi menerima email bertanyakan soalan hosting mana yang patut dipilih kerana jawapan Khai hanya sama iaitu dua hosting di atas. Ini kerana dah bertahun Khai bersama mereka dan tiada sebab untuk korang nafikan tahap kepuasan yang Khai rasa. Namun setiap orang ada pengalaman mereka sendiri dengan hosting yang digunakan.

Apapun banyak lagi hosting diluar yang masih belum Khai cuba. Mungkin korang ada pendapat masing-masing mengenai hosting yang digunakan. Ayuh berikan kritikan atau respon mengenai hosting yang korang guna. Jangan terjerat dengan hosting yang mengerikan.

Bookmark entri ini

Bookmark

Boleh print kalau nak

 Print Artikel Ini.

Ditulis pada 9:41 pm 25 March '09 dan pastinya oleh . Siape lagi? | 1,580 views
Dalam kategori: Lain-lain | Tweet This!

Eat This Google!: , ,


RSS feed | Trackback URI

71 Comments »

Comment by Jaws
2009-03-25 21:58:13

seriusly, aku gune http://sepakuhosting.net sejak awal pembabitan aku dalam dunia tenet..
dan awal2 memang ade probs sebb web aku kene hack..
dan masa tuh juga web justkhai di hack tak silap aku..
tak perlu citer web aper, tapi owner hosting tuh bertungkus lumus selamatkan web aku..
sejak dari tuh, takde gangguan lagi..
juz sikit2 jer laa yang kekadang 2 3 minit leh setel..
yang best giler hosting nih, setiap kali ade probs mesti aku ym owner dier dan dgn tanpa membuang masa die membantu aku..
memang aku dah abis byk duit beli hosting dan domain kat sini dan kekadang aku tak gune pun..
tapi aku rasa so far nih laa hosting terbaik pernah aku try..
lgpon nih hosting pertama aku dan aku happy bersamanya..
kalo korang minat nak dapatkan hosting nih,
leh kontek aku terus, ade pakej rm15 setahun..
sangat murah dan sangat stabil..
hehe..sory khai aku terpromote plak..
tapi aku memang puas ati giler ngan hosting nih.. :p

..
Comment by azizwan(dot)com
2009-03-25 23:35:41

aku mcm berminat dgn promosi hosting kamu jaws.. huhu.. nanti klau aku nk guna hosting (wlpn hosting aku boleh park ? domain) aku contact kamu πŸ™‚

..
Comment by Jaws
2009-03-26 01:29:54

contact ajer..
ko org ketiga tanya pasal hosting ni malam ni..
hosting aku memang bagus dan murah..
haha..
mintak maaf sekali lagi khai sebab terpromote..
hehe.. :o:

(Comments wont nest below this level)
Comment by Khai
2009-03-26 02:30:00

no problem bro.. tapi pada aku rm15/year tu.. biar betul.. macam anytime boleh melingkup je site ko bro.. hehehe.. bape space? bape gb transfer?

apapun, pendek kata, tepuk dada tanya selera. jgn terpedaya dgn harga murah. biar mahal, asalkan web korang hari hari diorang ada buat backup.. kemungkinan hari mendatang siapa tahu kan

 
Comment by menteil
2009-03-26 02:42:55

yup… sori bro jaws..
tak semestinya harga murah, prestasi dia ok.. kena amek berat gak tu..
space?
bandwitch?
tapi kalau untuk blog bereksperimentasi ok jugak…
jangan marah bro..
komen jer.. huhu…

 
Comment by TokGuru
2009-08-17 10:00:30

bukan ke sepakuhosting tu hosting jaws? promote sendiri ke?

 
 
 
 
Comment by Azman Ishak
2009-03-25 21:58:36

First Impression Tentang FIVIO

Dah lame sebenarnya aku teringinkan satu hosting dan domain yang mencerminkan keperibadian aku sendiri. Sebelum ini aku telah pon bertapak menggunakan hosting Blogspot sebagai media penulisan aku secara online.

Memang pada mulanya aku agak kekok untuk mengendalikan hosting dan domain berbayar. Aku pada dasarnya lebih suka sesuatu yang percuma tanpa perlu mengeluarkan se-sen dari duit kocek ku.

Lama-kelamaan, aku mengganggap aku amat serasi dengan konsep dan dunia berblog. Aku mula tertarik tentang perkara-perkara yang baru seperti CSS disamping aku mengimbas kembali apa yang telah aku belajar mengenai HTML.

Setelah setahun berada dalam dunia blog, aku mencube sendiri untuk membuat server wordpress menggunakan sebuah komputer yang agak usang tapi masih boleh digunakan. Ianya amat menyeronokkan. Bagi aku mempunyai hosting sendiri adalah satu pengalaman baru bagi aku.

Dalam keasyikan dan keseronokan mempelajari suatu perkara yang baru tentang hosting dan domain, akan tetapi untuk menyelenggara dan mengekalkan kondisi server tersebut adalah suatu perkara yang amat merumitkan. Dalam masa yang sama, aku terpaksa menghidupkan komputer yang aku jadikan sebagai server wordpress itu sentiasa tersedia pasang siap dengan sambungan internet secara konsisten.

Setelah melalui beberapa pengalaman yang agak sukar, aku cube berjinak-jinak dengan apa yang dipanggil “Dedicated Server”. Pada pemahaman aku, sudah tentu lah ianya adalah sebuah server yang lengkap dengan pelbagai aspek dan kemudahan termasuk penyelenggaraan yang teratur dan lancar.

Aku kemudiannya dijemput oleh sahabat aku yang bekerja sebagai seorang guru untuk merasmikan pemasangan wordpress enjin kedalam sebuah server yang telah disewa dengan bayaran tahunan. Dari sini lah aku mengenali FIVIO.

Ye betul, FIVIO telah mengubah tanggapan aku mengenai dunia hosting, domain dan blog. Rata-rata apa yang boleh aku perkatakan, ianya memang sebuah hosting yang menepati citarasa aku. Aku memang menitikberatkan tentang kelajuan mahupon sistem penyelenggaraan sesuatu hosting yang konsisten dan terkini.

Pandangan pertama setelah diberi peluang memasang sendiri wordpress enjin kedalam hosting adalah satu pengalaman yang paling sukar untuk aku lupakan. Ya… memang ianya cukup lengkap dengan sistem panel admin yang terkini. Panel admin yang mesra pengguna memang mengkagumkan aku. Cakap saja apa yang terlintas difikiran untuk kau wijudkan dalam dunia siber ni.. FIVIO telah sediakan.

Selain dari perkara tersebut, untuk memasang wordpress enjin, aku tak perlu lagi bersusah payah seperti aku menggunakan server sendiri. Tak perlu lagi aku ambik tahu apa itu PHPmyAdmin, SQL, SQL-Database sebagainya. Walaupon ianya penting, tapi tatacara pemasangan yang boleh dilakukan hanya dengan beberapa klik dan seterusnya ikut arahan yang telah diberikan. Pada pandangan aku, mereka yang berada di sekolah mengenah juga mampu memiliki domain dan hosting yang diidamkan sekiranya menggunakan perkhidmatan dari FIVIO.

Dalam mase yang sama juga, FIVIO ada menyediakan beberapa lagi fungsi yang agak menarik untuk semua penulis online masa kini. Antaranya adalah, sistem forum, blog enjin, email, FTP dan pelbagai lagi, yang kalau aku sebutkan di sini, ternyata sekarang juga kamu akan bertukar hosting.

Jika nak aku bandingkan dengan hoting yang lain.. ternyata la jauh panggang dari api. Bukan niat aku nak memburukkan hosting yang lain.. tapi pada aku keutuhan daripada serangan DDOS adalah punca aku teringin untuk memiliki hosting serta domain yang dikendalikan dari pihak FIVIO.

Jadi… bagaimana pula dengan tanggapan kamu semua?

..
Comment by Khai
2009-03-25 22:04:32

yups!! Fivio sangat hebat dari segi security.. jauh kedepan dari Exabytes yang tak boleh buat apa-apa jika website anda di DDOS…

Ini realiti..

..
Comment by Marzuki
2009-03-25 23:03:35

ada hosting, aku guna dua. apa nama ntah. tapi yang best tetap yang free, hakhak.

ps : suka baca azman punya komen.

(Comments wont nest below this level)
Comment by Azman Ishak
2009-03-26 01:24:17

hooo kutuk aku ek..
mane aku nak tau si khai nak publish
kat sini.. aku ingat die nak amik skit skit jer…
upenye die paste terus :bloody: hahahaha~

 
Comment by Khai
2009-03-26 02:32:27

apepun yg best, khas buat pembaca justkhai, berikan nama coupon “justkhai”, dan korang akan menikmati 30% potongan harga di Fivio..

sebarang pertanyaan, boleh email khai yer.. dan thanks bro untuk komen panjang berjela tu. Respon kau pada Fivio tu, satu pun tak dapat aku nafikan.. sebab tu dia ada dalam entri 2 hosting pilihan Justkhai. hehehe πŸ™‚

 
 
 
Comment by zariel
2009-03-25 23:04:30

ni entri sambungan ke?? :bloody:

hehe… gurau je man…

..
Comment by Azman Ishak
2009-03-26 01:25:40

adeh… perli ni yang tak tahan neh~
muahaha :[

(Comments wont nest below this level)
 
 
Comment by menteil
2009-03-26 02:38:03

aku amek masa yang banyak membaca komen ko nie bro.. haha..
apepon aku take note pendapat ko nie…
πŸ˜€

..
Comment by Khai
2009-03-26 02:42:52

dan setiap kali aku baca komen si azman ni, aku pasti tergelak.. ntah kenapa ntah.. mungkin sbb komen dia dah macam entri baru.. habis terlupa orang ngan entri aku tulis lepas baca komen si azman ni.. hahaha.. thanks man!!

(Comments wont nest below this level)
 
 
Comment by deennasour
2009-03-26 02:59:44

tadi di mcdonald ampang park aku dgn kreuger ngumpat ko pasal hosting. ekekeke.

..
 
Comment by anarm
2009-04-01 11:16:06

panjangnye komen ko man..
bleh buat entri review kt blog dah tu..
hehee πŸ™‚

..
 
 
Comment by Rjuna
2009-03-25 22:07:46

aku pilih Serverfreak, jarang meragam, loading laju, pastu kalau nak tanya kat YM pon boleh,Jarang kena DDOS,

aku rasa khai, dengan trafik lebat yg ko ada, kalau ko mintak sponsor pon leh dapat dedicated server dia

..
 
Comment by Eriyza
2009-03-25 22:52:11

Kalo x silap Tokeikedai Online pun guna Exabytes gak.
Cheq tatau Aeropama guna hosting apa walopun cheq
benaung bawahnya. Huhuhu!!! :p

..
Comment by Hanep
2009-03-26 12:09:57

Ikut whois. Mercumaya

..
 
 
Comment by beliamuda
2009-03-25 22:54:23

baru je mula dengan hosting berbayar ni… asam garam tu tak pernah rasa lagi la… πŸ™‚

..
 
Comment by zariel
2009-03-25 23:07:12

khai. aku pun ada masalah gak dgn hosting aku. mungkin pada blogger otai anggap masalah biasa tp bg aku yg newbie ni, masalah server down yg terlalu kerap buatkan aku makin bosan.

susah ke nk backup dan kedian pindah ke hosting baru? mungkin ko boleh buat entri pasal tu. at least newbie macam aku leh ikut step by step cmna nk buat. 😎

..
Comment by Khai
2009-03-26 02:35:15

hosting apa yg kau guna bro? jgn malu n segan kasitahu kat sini.. tak guna merahsiakan sesuatu yg merugikan.. hehe..

nak pindahkan semudah ABC je bro.. ada masa dan byk request nanti, insyaAllah, leh je buat tutorial.. πŸ˜‰

..
 
Comment by menteil
2009-03-26 02:48:49

masa aku nak pindah ke dataKL dorang wat 100%..
tapi ada probs sket ar..
kena setel sket2..
tapi ok la..

..
 
 
Comment by azizwan(dot)com
2009-03-25 23:13:02

huhu.. aku masih tak tahu apa akan jadi dgn hosting unlimited bandwidth aku tu sbb dr hari pertama aku beli smpai skrng ok je. cuma pernah sekali down slama 2 hari gara2 prob kat cyberjaya (dr apa yg helpdesk bg tau aku). tp, everything find.

btw, aku puas hati dgn hosting yg aku guna skrng wlpn ianya tdk termasuk dlm senarai di atas sbb jarang (rasanya tak pernah) down. lgpun laju je load wlpn guna berukband. huhu.. hrap2 akan terus OK sehingga aku pencen πŸ™‚

..
 
Comment by fazrewl
2009-03-25 23:15:59

Thank for d info khai dan para pengomen yang lain…
bagi blogger yang baru berjinak cam aku…
Post ini mesti berguna apa bila kami mendapat hits yg tinggi cam otai blogger yang lain…
Thanks…

..
 
Comment by Rahsia Jutawan CBC
2009-03-26 00:23:57

aduh…..mmg tension kalo hosting down…lembab gile….huhu

..
 
Comment by beautifulnara
2009-03-26 00:30:32

datakl ok tapi bandwith byk makan ler.50gb dah habis bulan nie utk blog aku.huhu.kena upgrade lagi

..
Comment by paku
2009-03-26 08:00:04

bandwith mkan sbb ramai masuk web ko.bkan sbb hosting…huhu

..
Comment by Khai
2009-04-01 15:28:33

betul tu.. bandwidth cepat habis tak boleh salahkan hosting lah.. lain la kalau slow atau sebagainya. hehehe πŸ™‚

(Comments wont nest below this level)
 
 
 
Comment by Kill-Vearn
2009-03-26 00:30:57

aku lak… guna onebytes… ok memang oke.. tapi lani ramai dak2 yg pakai celcom berokband takleh masok.. pehal tah.. dia kata punca dari celcom tuh… hurm no komen la… aku baru aje pakai hosting ni.. kalo nak tukar kene tunggu next year la… ades… :8

..
Comment by Khai
2009-03-26 02:36:38

senang cerita, pengguna celcom berukband, ramai je yg tak boleh nak access site orang lain.. ntah ape ape si celcom ni.. :beurk:

..
Comment by menteil
2009-03-26 02:53:00

jangan ar marah aku bro.. marah ar celcom.. hehe..
aku dalam proses nak tukar..
tapi tak tau mana bagus..
macam semua hampeh jer..

orang cakap wimax (betul ke?) bagus..
tak tau la..

opss.. off topic..

(Comments wont nest below this level)
 
 
 
Comment by JRY
2009-03-26 02:09:58

bagi pemula yg baru nak try2 guna hosting berbayar aku cadangkan sempoihosting.com, perkhidmatan ok dan amat murah. bro shuth(rahsiablogger.com) pun best gak sbb cepat bertindak. email cepat balas. sms pun sama.puas ati gak la.ngeh3x..

..
Comment by Khai
2009-03-26 02:38:09

kalau Fivio, siap call lagi bro.. jgn memain.. hehehe.. dan exabytes plak, by email je.. dan lagi best, email wajib dalam english.. cakap melayu, mesti kena sound..

berpinar la mata nak mengarang ayat nak kasitahu problem dgn detail. hehe πŸ˜†

..
Comment by JRY
2009-03-26 03:09:53

tuh la pasal aku pilih sempoihosting. tak gak malu2 aku minta bantuan. dah la BI grammer tunggang langgang.. nnt aku suh lain, lain plak di watnya. kan naya tuh..hehe..

lgpun, aku suka saranan ni.” kalau nak kasi maju orang melayu, kita sendiri kena tolong orang melayu“. 8)

(Comments wont nest below this level)
Comment by Khai
2009-04-01 15:29:48

kebanyakkan hosting adalah melayu.. Exabytes tu je yang china setahu aku..

 
 
 
 
Comment by ashraf
2009-03-26 02:29:46

aku pakai http://onebytes.com.my
stakat ni tak dak prob lg la… cuba kau check.. kot2 ada prob ka..huhuhu πŸ™‚

..
Comment by Khai
2009-03-26 02:39:22

Aritu aku nak bayar untuk pindahkan ohartis ke onebytes, admin dia x nak terima.. alasan sbb ada website yg serupa (hiburan) under onebytes.. bukan mintak sponsor pun ye tak..

takpelah… 😎

..
 
 
Comment by menteil
2009-03-26 02:34:49

mula2 berbloging terus aku guna hosting dari namsahaz.. sebab aku tertarik dengan pakej yang diberi…
walaupun sedikit mahal, aku tak kisah kalau prestasinya bagus..

support memang aku bagi 9 bintang..
perfect! masa mula berblog memang banyak yang aku tak tau, tapi diterangkan secara details oleh pihak namsahaz..
banyak benda yang aku belajar dari namsahaz (thanks a lot!)

tapi bila akaun hampir tamat, banyak pulak problem.. contoh blog aku selalu server down.. memang sakit hati, tapi aku tetap sabar.. banyak kali jugak aku sabar.. akhirnya aku mengalah..

habis je tamat tempoh aku terus blah ke dataKL..
support tak sebagus namsahaz..
sedikit kecewa.. tapi dari segi prestasi setakat nie ok.. no probs..
mungkin dorang banyak staf, bukan semua yang tak ok.. ada yang bagus..

perkara pertama aku ambil pusing dalam memilih hosting ialah support.. prestasi perkara kedua…
sebab tu masa aku nak tukar hosting, aku saja try contact mana2 support hosting sebab nak uji bagus atau tak..

eh? panjang plak.. bukan nak lawan azman ye.. hehe..

apepon jasa namsahaz tetap aku kenang..
myb skang prestasinya dah kembali cemerlang macam dulu.. πŸ˜€

..
Comment by Khai
2009-03-26 02:41:18

betul! no 1 adalah support.. mana2 hosting, pastikanlah support korang adalah yg paling top.. walau uptime 200% sekalipun tapi support hampeh, potong jari kalau orang x blah gi hosting lain.. hehehe.. :bloody:

..
Comment by menteil
2009-03-26 02:56:57

tapi kena fikir rugi gak bro..
dah bayar nak blah plak.. huhu..
tapi kalau duit banyak no hal la..

sebab tu aku try contact dan saje tanya2 pihak hosting yang aku nak pilih.. kekadang soalan tu memang saje aku peningkan.. haha.. saja nak uji kemantoooopan dia cam ner..

(Comments wont nest below this level)
 
 
Comment by Jimmy
2010-01-17 21:10:04

Mmg namsahaz ad prob sket dulu. Tapi ak yakin yg diorg berusaha utk selesaikan masalah tu. Dan x lama lepas tu dah makin elok dah.. Dah 2 taun ak continue kat namsahaz. Tapi lepas ni mcm trpaksa tukar hosting gk sebb namsahaz ny addon domain sket sgt.

Ak nak yg ada at least 5 addon domain. Ad cdgn x?

*Support namsahaz mmg superb.. Really recommend.

..
 
 
Comment by khairilhusni
2009-03-26 03:27:08

bg aku, serverfreak terbaik.

tak pernah curang. 8)

..
 
Comment by Daus
2009-03-26 07:36:11

~::SALAM ZIARAH SEMUA TERUTAMA TUAN RUMAH::~
πŸ™‚ πŸ™‚ πŸ™‚ πŸ™‚ πŸ™‚ πŸ™‚ πŸ™‚ πŸ™‚ πŸ™‚ πŸ™‚ πŸ™‚ πŸ™‚ πŸ™‚ πŸ™‚ πŸ™‚ πŸ™‚ πŸ™‚ πŸ™‚ πŸ™‚ πŸ™‚ πŸ™‚ πŸ™‚ πŸ™‚

..
 
Comment by wandisini
2009-03-26 09:01:08

suma bagi info yang cukup bagus. aku skrg tengah berkira2 nak amik hosting berbayar.tapi mmg tak tau nak pilih yang mana

..
 
Comment by suhz
2009-03-26 09:17:54

onebytes la paling kelako support dia..
aku tanye soalan punya panjang, dia balas 3-4 patah je.. :bloody: bkn skali, beberapa kali.. sume pendek2 je, macam cakap kat member2 je πŸ˜€ ade sekali tu dia balas, “belum lagi”
tu je, takde Salam ke, takde terima kasih.. hehe.

setakat ni datakl the best. pkul 3 pagi aku nak upgrade pakej hosting pun ada orang reply. staff datakl ni ade shift pagi kot. heheh.

bkn semua aku guna sendri, sbb aku buat web utk org gak, so aku guna dari pelbagai hosting company. stakat ni hosting yg aku dah try, aku rate jab eh πŸ˜€

http://www.serverfreak.biz – 9/10
support ok, prestasi ok, aku penah guna vps dari sini

http://www.onebytes.com.my – 7/10
support kurang professional, prestasi 4 dr 5 bintang

http://www.datakl.com – 9/10
prestsi bagus, support pun bagus, terbaek :p

http://www.malcube.com – 8/10
baru try, stakat ni prestasi ok je, support leh pakai ym, mantop

cgy-host – 1/10
kalau bole aku nak bg telur busuk je. admin ade je ym, tapi tak pernah reply pun. server slalu down.. huhu.

http://www.hive.com.my – 7/10
support dia lembab sket, web ak pnh kena deface sbb hive tak update software server dia, so hacker buat mass deface kot, lain2 ok je

http://www.santrex.net (hosting luar negara) – 9/10
walaupun murah, servis terbaek πŸ˜€ diorg ade lbh 100 svr kat europe, lbh 200svr kat US, tak termasuk dedi.

kesimpulannya, tak semua hosting yang mahal bagus, dan tak semua hosting yang murah teruk πŸ˜€ kena tanya experience orang yang penah menggunakannya πŸ™‚

..
Comment by TokGuru
2009-08-17 09:55:27

suhz promote web hosting sendiri,,tinggi rating tuu.. malcube. hehehe

..
 
 
Comment by Faiz
2009-03-26 10:05:32

khai ,bukan dlu scukz pnah kna msuk ke msa bwah fivio nie..?
security ok ke skrng?
takde bug da?

..
Comment by Khai
2009-04-01 10:59:50

no problem dah sekarang.. Scukz dulu under CGY.. sekarang under Fivio dah. dah mmg puas hati dgn service diorang. :8

..
 
 
Comment by Richie
2009-03-26 10:44:10

gua pakai mercumaya, dataKL and Rawanaz.. hehe

..
Comment by fortd
2009-07-08 11:40:00

Aku pun guna rawanaz. Setup x smpai 2 jam… Cepat giler…
Stakat nih cuma skali jer down… Tu pun sat jer… Yg lain sumer ok…
=( Still x leh guna warez… Huhu…

..
 
 
Comment by kuriee.com
2009-04-01 09:41:29

ermm aku ingatkan free hosting jer ada risiko untuk kehilangan data…rupanya hosting berbayar pun boleh hilang data gak ehh…

dulu blog aku pun pernah hilang data….. zero jadinye… sedih dan terus fadeup nak blogging lagi…….

..
Comment by Khai
2009-04-01 15:31:41

itulah. bertapa pentingnya backup database setiap hari. dulu web khai hilang pon tanpa sempat backup database.. web boleh buat balik, tapi pengisian yang ada kat dalam web tu yg tak tidak ternilai

..
 
 
Comment by xmindfreakx
2009-04-01 10:36:37

aku guna shinjiru..masih belum ada apa2 problem lagi dalam setahun nie.next month renewal..hehhe

..
Comment by gejet
2009-04-02 13:27:31

Sama la kita. Aku dah 2 tahun dgn shinjiru. Stable je. takde pape pon

..
 
 
Comment by df
2009-04-01 18:29:19

fivio service terbaek!!
harga murah gilaa..
mmg puas hati.! πŸ™‚

..
 
Comment by lala
2009-04-02 14:34:16

guna google aje.. haha kan senang πŸ˜› :beurk:

..
 
Comment by BAGAK
2009-04-03 00:03:26

datakl.com jer

boleh lah

..
 
Comment by Taufik SM
2009-04-03 11:37:05

kan aku dah kate fivio is the best… hehehe πŸ˜‰ πŸ™‚

..
 
Comment by whiztech
2009-04-04 17:42:01

Hoho.. aku dah dekat 1 tahun dengan Fivio lepas cgyhost hilang.. so far so good.. blog aku pakai drupal, setakat ni takde masalah ngan server (premium package).. tapi minggu lepas dns diorang down.. agak lama.. nasib baik domain control panel boleh access, terpaksa pakai dns backup.. uptime server boleh tahan.. kalau down pun memang tak perasan.. sesuai untuk mereka yang baru nak try beli hosting.. package premium pun murah.. aku bagi 9/10 untuk fivio..

..
 
Comment by notty
2009-04-13 14:56:16

lu try netkl. murah pun murah. server dorg park kat cyberjaya rasanya. server biasanya mmg up n running sentiasa lah.
try bro..

..
 
Comment by Hanis
2009-04-13 17:30:18

hurm. pening aku nak pilih mana satu.. 😐

..
 
Comment by zafirah
2009-11-06 05:01:09

saya pakei rawanaz!!!

..
 
Comment by Suri
2009-12-22 11:33:12

As-salam :8
Untuk semua terutama pada tuan rumah..
rasanya nilah first time Suri bagi komen kat blog justkhai..

Terima kasih khai
diatas perkongsian ilmu tentang hosting tu ..sebab Suri ni baru nak berjinak-jinak dengan dunia blog ni..hehehe πŸ˜‰ ..

..
 
Comment by ahmadyusrie
2010-01-20 16:39:56

aku antara yang terpengaruh dengan promosi Khai aritu…huhu
as a result aku pun terguna Fivio, baru seminggu je kot.
so far tak de ape2 masalah and support pon baik, uptime ok… overall best la…
TQ bery2 much eh encik Khai.
Oh ye, next tutorial biler nak sambung yer?

..
 
Comment by nuwa
2010-02-18 21:12:12

sebelum ni pernah gune mesrahosting.net.
prestasi bleh dikatakan 9/10.

so, selepas baca posting ni.. aku nak mencuba dengan Fivio.com pulak.

Pening gak bila nak pilih package hosting mana yang sesuai, diorang semua ni dok pusing-pusing dengan Disk Space dan Bandwidth

Anyway, terima kasih πŸ™‚

..
 
Comment by majid
2010-03-05 07:36:55

salam bro and all..

bagi saya support Namsahaz d best, cuma sayang sebab mereka mengalami saat sukar satu ketika menyebabkan ramai client angkat punggung pindah company lain.

sekarang try pakai KL Server setelah tertarik dengan iklan ditawarkan, support setakat ni boleh dipuji dan very friendly, tidak lokek membantu.

..
 
Comment by BadBoy
2010-07-10 01:04:10

Selama aku berblogging, tak pernah lagi aku baca entri dan komen dari awal sampai habis, (tak terlepas satu pun).

Sebenarnya aku serius nak bertukar ke wordpress, setelah setahun menggunakan blog dan berdomain name sendiri.

Apa yang aku faham kat sini, hosting dari fivio adalah yg terbaik. yes aku akan guna hosting dari fivio.

Tq Mr khai diatas entri ni. ia sangat berguna..

..
 
Comment by bLurr
2011-01-25 08:51:33

Salam. Thanks for the info. First company hosting yang aku pakai adalah netKL. tahun lepas aku beli domain je. kalau domain je memang masalah memang takde lah. baru baru ni pulak aku beli web hosting dari diorang pulak utk kedai online aku, benzystore.com , hampir same gak ah harga diorang. aku dapat RM 79 je. sekali free domain. buat masa ni takde masalah. aku hantar ticket pun, cepat je diorang reply. πŸ˜€

aku beli yang siap diorang letakkan wordpress so tak payah ikut tutorial banyak sangat. πŸ˜›

..
 
Comment by informasi
2011-12-31 13:55:29

Terima kasih atas info, masa akan dtg sy ingin bertukr hosting dr Net kl ke Exabytes..

..
 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
Your URL
Your Comment (smaller size | larger size)

Trackback responses to this post

Apa Entri sebelum dan selepas entri ini?