Tutorial Membina Blog Part 2: Install WordPress melalui FTP

Change log: 14/12/09
– tambahan tutorial create database melalui cpanel
– tambahan proses redirection. Rujuk no 9.

*Teruskan membaca artikel berikut jika anda sudah melepasi tutorial bahagian 1.

tutorial blog part 2

Dengar cerita ramai dah yang beli Pakej Hosting yang Khai kongsi tu. Bagus bagus. Semangat macam ni yang kita nak baru takde yang ketinggalan. Untuk yang ketinggalan artikel sebelum ini, sila rujuk tutorial Part 1: Pembelian Hosting dan Domain terlebih dahulu sebelum membaca artikel ini.

Tanpa membuang masa korang, kita teruskan je lah dengan tutorial seterusnya. Kalau korang dah follow part 1 tu baik-baik, korang kini telah pun mempunyai sebuah nama domain dan juga hosting. Pembelian yang success akan menerima email dari pihak hosting memberitahu username dan password cpanel/directadmin korang. Korang boleh lah nengok apa yang patut apa yang ada dalam tu tapi tutorial kali ni, sila abaikan semua tu dulu dan kita dahulukan dengan proses setup blog WordPress cara pro dan selamat sampai selesai. Kalau korang reti guna Fantastico (cpanel only), boleh je gunakan. Cumanya Khai tak recommend sangat sebab ianya tak berapa secure dan tak memberikan korang pengalaman yang berharga. (more…)

Posted on 2 December '09 by , under Blog, Tutorial. 163 Comments.

Tutorial Membina Blog Part 1: Pembelian Hosting dan Domain

Promosi-hosting-justkhai

Dari dulu lagi, Khai selalu dapat soalan dari mereka yang baru nak berkecimpung dalam dunia blog ni. Atau mungkin dah lama, cumanya masih di Blogspot dan masih kabur dengan cara-cara nak ber’blogging di WordPress self-hosted kerana perlu melalui pelbagai proses yang bagi mereka “sukar” termasuklah nak beli hosting, nak beli domain dan nak setup blog tersebut.

So Khai dah dapatkan satu pakej khas dari hosting tempatan, bagi memudahkan korang membuat pembelian sekali larung dan apa yang lebih best, nama domain yang bernilai RM40/setahun diberikan secara percuma beserta hosting hanya pada harga RM80 sahaja setahun. Jadi korang hanya perlu bermodalkan RM80 sahaja setahun untuk sesuatu yang baru dalam hidup korang. Indah sekali bukan? Apa sangatlah RM80 tu dalam masa 1 tahun di mana ilmu yang bakal korang dapat amatlah bermanfaat. Tak perlu upah orang. Lakukan sendiri! Ianya mudah!

Siapa yang dah ada hosting dan domain sendiri tu, kalau nak beli pun tiada halangan. Cumanya Khai lebih prefer pakej terhad ni dibeli oleh mereka yang teringin nak berblog di domain sendiri. Sampai bila nak guna blogspot dan ber-subdomainkan blogspot yang sangat ugly dan panjang. Mana korang lebih prefer samaada “iniblogsaya.blogspot.com” atau “iniblogsaya.com”? Hehehe.. (more…)

Posted on 1 December '09 by , under Blog, Tutorial. 147 Comments.