Tutorial Membina Blog Part 2: Install WordPress melalui FTP

Change log: 14/12/09
– tambahan tutorial create database melalui cpanel
– tambahan proses redirection. Rujuk no 9.

*Teruskan membaca artikel berikut jika anda sudah melepasi tutorial bahagian 1.

tutorial blog part 2

Dengar cerita ramai dah yang beli Pakej Hosting yang Khai kongsi tu. Bagus bagus. Semangat macam ni yang kita nak baru takde yang ketinggalan. Untuk yang ketinggalan artikel sebelum ini, sila rujuk tutorial Part 1: Pembelian Hosting dan Domain terlebih dahulu sebelum membaca artikel ini.

Tanpa membuang masa korang, kita teruskan je lah dengan tutorial seterusnya. Kalau korang dah follow part 1 tu baik-baik, korang kini telah pun mempunyai sebuah nama domain dan juga hosting. Pembelian yang success akan menerima email dari pihak hosting memberitahu username dan password cpanel/directadmin korang. Korang boleh lah nengok apa yang patut apa yang ada dalam tu tapi tutorial kali ni, sila abaikan semua tu dulu dan kita dahulukan dengan proses setup blog WordPress cara pro dan selamat sampai selesai. Kalau korang reti guna Fantastico (cpanel only), boleh je gunakan. Cumanya Khai tak recommend sangat sebab ianya tak berapa secure dan tak memberikan korang pengalaman yang berharga.

**************************************************

1. Download client FTP di bawah.

WS_FTP ni rasanya software FTP terbaik yang pernah Khai guna. Untuk penjelasan lebih detail mengenai software ni, ianya sangat berguna jika korang telah memiliki domain dan hosting sendiri. So melalui FTP client ni, korang boleh upload apa-apa data dari komputer terus masuk ke dalam server. Sama juga kalau korang upload melalui file manager di cpanel/directadmin cumanya melalui FTP ni ianya lebih mudah dan ringkas.

DOWNLOAD [Totally Secure! kompem!]
http://www.mediafire.com/?zmu2oiijrxx

Dah siap download, sila extract dan install’lah macam korang install software lain.

**************************************************

2. Download file WordPress

Download file core WordPress. Ianya percuma dan tanpa proses ni, mana mungkin nak ke proses seterusnya. Hehe..

**************************************************

3. Setup Database

Part tak pun susah di mana korang kena create username dan database untuk WordPress melalui cpanel/directadmin. Tapi jangan risau Khai akan brief satu persatu sampai selesai. Kalau korang guna cpanel, ikut tutorial cpanel. Kalau guna directadmin, ikut tutorial Directadmin ok.

Melalui CPANEL

– Login ke account Cpanel korang. [http://domain.com:2082] dan followlah step seterusnya.

Cpanel 1

Cpanel 2

Cpanel 3

Melalui DirectAdmin

3.1. Login DirectAdmin korang [http://domain.com:2222/]. Maka terlihatlah page seperti berikut.

3.2. Kemudian klik “MySQL Management” > Create New Database

3.3. Isi nama database sebagai “blog” dan password pilihan sendiri. Biar panjang sikit password tu baru secure.

3.4. Selesai! Kan dah cakap senang je. Hehe. Copy Paste hasil yang macam dalam gambar kat bawah ni dalam notepad in-case korang terlupa boleh refer balik kat notepad.

**************************************************

4. Edit wp-config-sample file

Dalam step 2 tadi korang dah extract fail WP tu kan? So masuk dalam folder tu dan cari fail bernama wp-config-sample.

Right click > open with > notepad

Cari 3 benda ni dan abaikan yang lain. Sila rujuk Step 3.4 masa nak isi bagi mengelakkan kesilapan.

/** The name of the database for WordPress */
define(‘DB_NAME’, ‘domain_blog’);

/** MySQL database username */
define(‘DB_USER’, ‘domain_blog’);

/** MySQL database password */
define(‘DB_PASSWORD’, ‘password-korang’);

Selesai edit korang “save as” file tu dalam directory yang sama dari fail asal dengan nama wp-config.php

**************************************************

5. Login ke root website dan…

wsftp-pro

Buka WS_FTP Pro yang korang install tadi dan berpandukan maklumat yang dikirim ke email korang selepas pembelian hosting, gunakan untuk login ke akaun ftp. Contoh macam gambar kat atas ni jika domain korang tu adalah justkhai.com. So, sila letak nama domain korang sendiri.

Address: ftp.justkhai.com (tukar justkhai.com tu kepada domain korang)
UserID: admin
Password: **************

Bila dah dapat login, pastikan sekarang korang dah berada dalam subfolder yang diberi-nama public_html.

**************************************************

6. Upload file WordPress ke dalam Public_html


*klik gambar untuk tumbesaran sebesar alam.

Melalui WS_FTP, sekarang upload file WordPress tadi. Cara senang hanya drag n drop fail WordPress tu dari folder terus ke dalam WS_FTP (folder public_html). Tunggu sehingga proses upload selesai. Time ni korang boleh pergi dapur dulu bancuh Nescafe 3in1 ke, nengok Doraemon ke, skodeng awek rumah sebelah ke atau ape ape je la. Hehehe.

**************************************************

7. Rename nama folder bernama “WORDPRESS” (optional)

Ini kalau korang nak blog korang macam Justkhai ni yang beralamat http://justkhai.com/blog. So korang rename folder bernama “wordpress” tu kepada folder yang diberi-nama “blog”. Kalau nak alamat jadi http://justkhai.com/kentut plak, korang rename je lah dengan nama “kentut”. Senang kan? Wohha!

Ini adalah optional kalau korang nak blog korang lebih teratur dan tak penuh file di root website. Kalau nak biar orang masuk terus ke blog tanpa ada /blog di belakang domain atau subdomain, hanya upload file-file yang ada dalam folder “wordpress” tadi terus ke dalam folder “public_html”. Khai suggest korang buatlah folder tu sebab mungkin korang nak create blog lagi satu ke kemudian hari nanti, dah senang tak payah nak keliru segala.

**************************************************

8. Setup blog korang!

OK dah selesai proses upload dan menahan tension nak tunggu siap dek kerana internet korang yang slow (haha), dah sampai pun step terakhir iaitu setup blog WordPress korang.

Buka browser dan point ke URL berikut.
++ http://domainkorang.com/wp-admin/install.php

Isi username dan password untuk korang login semula nanti kemudian tekan setup. Maka kini korang dah pun mempunyai sebuah blog ber’CMS hebat iaitu WordPress. Jangan lupa bookmark dashboard WordPress korang supaya senang nak masuk balik nanti.

9. Redirection

Kalau korang ada buat folder untuk blog tadi contohnya justkhai.com/blog , makanya bila korang masuk justkhai.com tu blog korang takkan keluar. Ini kerana blog korang bukan terdapat di justkhai.com tetapi di justkhai.com/blog. So camana cara nak buat bila masuk justkhai.com je dia akan terus redirect ke justkhai.com/blog? Easy..

Ada pelbagai cara, tapi Khai akan ajar cara yang biasa Khai guna iaitu menggunakan sedikit script yang pendek. Sila follow ya.

1. Open Notepad dan paste script berikut [klik sini untuk script]

2. Copy dan paste script 3 line tersebut dalam Notepad dan tukar alamat dia kepada domain korang sendiri.

3. Save Notepad tersebut dengan nama index.htm

4. Upload file index.htm tersebut ke dalam root public_html menggunakan WS_FTP.

Sekarang test masuk blog korang ikut pintu gerbang. Hehe. Contoh macam justkhai.com then nengok dia redirect terus tak masuk ke dalam blog yang baru korang setup tadi. Now, boleh lah explorer apa yang ada dalam WordPress tu. Create post ke, page ke atau apa sahaja.

**************************************************

Ok. Sambil komen tu harap korang minta sekali apa lagi yang korang nak dalam tutorial seterusnya pada masa akan datang. InsyaAllah sama-sama kita kongsi ilmu di Justkhai ni nanti. Bila berjaya je korang install WordPress ni, maka korang baru sahaja berjimat beratus-ratus ringgit duit dari mengupah orang tolong install’kan.

Selain mengetahui perkara yang baru yang selama ini dianggap susah padahal pejam mata pun boleh buat. Hehe! Ingat, DIY (Do It Yourself) adalah perkara paling indah dalam mempelajari sesuatu yang baru.

* Tutorial berbahasa melayu yang wujud di Justkhai ni Khai tulis sehabis-daya untuk memahamkan semua dan ianya khas disampaikan secara betul-betul tahap kasi faham kepada mereka yang baru ingin belajar (freshie).

* Jangan lupa kepada mereka yang follow tutorial ni, boleh tanya apa yang korang tak faham atau apa yang korang nak dalam artikel akan datang.

* Khai takkan ajar korang menggunakan Fantastico atau installtron sebab senang sangat. Better korang buat clean installation sendiri secara manual so dalam masa yang sama korang akan belajar apa itu FTP. Baru lebih cool dan selamat.

Tutorial Membina Blog Part 2: Mengenali WordPress dan fungsinya – Akan datang!

Change log: 14/12/09
– tambahan tutorial create database melalui cpanel
– tambahan proses redirection. Rujuk no 9.

Ditulis pada 7:16 PM 2 December '09 dan pastinya oleh . Siape lagi? | 5,254 views | Dalam kategori: Blog, Tutorial | Tweet This!

Eat This Google!: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,


RSS feed | Trackback URI

163 Comments »

Comment by Kujie
2009-12-06 17:39:46

khai, WS_FTP tu macam filezilla tu ke Khai?

..
Comment by Mr.Bintang
2009-12-06 17:43:39

lebih kurang same je kot.. tp saya suke FileZilla.. ringan.. 🙂

..
Comment by Pembebel Seksi
2009-12-08 00:32:35

saya lebih suka guna filezilla

(Comments wont nest below this level)
Comment by aman
2009-12-09 15:02:10

saya pun suka filezilla. huhu

 
 
 
Comment by Khai
2009-12-06 17:44:15

yup Kak. Tapi lagi best sebab ada macam-macam function lagi dan juga standalone. Bukan add-ons yang memberatkan firefox.

..
Comment by Khai
2009-12-07 02:09:53

Bukan terlupa. Sambungan dalam entri part 3.. siapa yang dah pro sama2 la kita ajar mereka yang berminat nak belajar tu. Hehe.

(Comments wont nest below this level)
 
Comment by ceghap
2009-12-11 00:18:52

khai, filezilla bukan addon firefox. filezilla standalone.. yang addon firefox tu fireftp..huhuhu :beurk:

http://filezilla-project.org/

(Comments wont nest below this level)
 
Comment by Adney
2009-12-16 20:21:11

Gune fantastico bahaya… sbb org boleh agak database username

(Comments wont nest below this level)
 
 
Comment by megat
2009-12-09 18:19:06

sama juga filezilla the best 😉

..
 
 
Comment by Mr.Bintang
2009-12-06 17:42:11

Khai.. kat DA tu bukan tersedia Softaculous ke?
Maybe pada beginner susah skit nk ngedit kan.. x pe lah.. lmbt laun kene blaja gak.. ngeee… 🙂

..
 
Comment by EiNS
2009-12-06 17:44:27

Paling senang pakai installatron/fantastico…one click install…sesuai ntuk newbie 🙂

..
Comment by Khai
2009-12-06 19:40:02

@mrbintang @eins – macam aku ckp la dalam entri kat atas tu, kalau newbie ni tanye camne nak install WP, korang dok cakap pakai fantastico je, sampai bila2 pun orang tu tak tahu. Dan sampai bila2 pun newbie tetap newbie. Hehe. Lagipun tajuk entri ni “Install WordPress melalui FTP”.

Ni aku ada masa lebih sikit + rajin, maka biarlah aku yang merajinkan diri buat tutorial ni.. Sebab 5 tahun dulu, benda ni jugak la yg aku belajar selain guna Fantastico tu. Hehe.

..
Comment by Anarm
2009-12-07 02:49:27

better dr mula2 terus upload manual, jgn pkai fantastico.. kn? fantastico ni leceh.. byk kekurangan die.. cara manual lg mantap.. byk ilmu bleh dpt kalo wat manual ni..

(Comments wont nest below this level)
Comment by aman
2009-12-09 15:04:32

betol. manual lagi best. fantastico tak bape best. boring. sumer blog aku, aku pakai manual. hoho~

 
 
 
Comment by Kay_amx
2009-12-07 10:06:10

ha’ah.. installatron @ fantastico memang sesuai sgt la untuk newbie.. tapi kalu nak belajar, pakai localhost dah la.. macam XAMPP tuh

..
Comment by Khai
2009-12-07 13:17:36

localhost bukan bertujuan nak belajar.. tu lebih kepada nak test site before publish untuk web designer. Nak belajar, kasi setup online terus la blog. boleh minta pendapat kawan2 blogger yang lain ape yang terkurang di blog. Kan lebih bagus.

Anarm, Fantastico mmg x bagus. Dari dulu aku dah tahu yang security dia x berapa nak bagus dan tak tersusun (ye la kalau dah semuanya auto generate). Better buat manually.

(Comments wont nest below this level)
 
 
 
Comment by dilot
2009-12-06 17:52:49

lebih kurang sama mcm si roslan ajar, tp ada lain sikitla…

seronok dah ada wp..ngehehe.. 🙂

..
 
Comment by Roslan Nazri
2009-12-06 18:16:48

Ape pasal tak guna installatron jer?? haha guna lah yg lebih sng..macam Cpanel ade fantatisco.. 🙂 khai ko betoi2 buat budak2 bajar dari bawah..ganeh2.. :bloody:

..
Comment by Khai
2009-12-06 19:42:40

korang ni.. baca entri skip2 tu yg duk tanye apesal x guna installatron/fantastico je..

dah dijelaskan ni tutorial nak ajar newbie benda yg baru. Kalau guna fantastico je sampai bila2 pun dia x tahu. Kalau dpt cpanel pun, bukan semua hosting ada license Fantastico tersedia. So kalau harap benda tu je, susah la diorang ni nanti.

So selain dari ajar install WP ni, dalam tutorial akan datang byk lagi yg akan disentuh berkaitan FTP. So buat sekali larung.

..
Comment by hafizmd
2009-12-06 22:36:32

xpela khai..aku lebih suke tutorial jenis ko nie..step by step..bljar dari bawah lgi best wpun skit cam pening kapla..teruskan khai..yeahhh.. 🙂

(Comments wont nest below this level)
 
Comment by dilot
2009-12-07 08:03:13

yup, suka jugak, sekurang-kurang boleh belajar lain pulak..=)

(Comments wont nest below this level)
 
Comment by Roslan Nazri
2009-12-07 17:10:17

hahaha /kentut khai? busuk bau nama tuh..ajar diorang redirect lak..ke tak pyh redirect? so dari ketutkhai.com ke kentutkhai.com/blog redirect terus.. 🙂 ade kan dalam direct admin tuh :bloody:

(Comments wont nest below this level)
 
 
 
Comment by cyberfly
2009-12-06 19:30:23

tutorial ko guna direct admin, tp aku berani jamin 95% guna cpanel. so maybe agak konfius bagi newbie 😉

..
Comment by Khai
2009-12-06 19:45:10

Nanti malam aku update artikel ni dengan cpanel punya cara sekali.

Tapi tutorial ni sambungan dari part 1 di mana tutorial lebih difokuskan siapa yang beli hosting dalam artikel part 1 tu (directadmin).

..
 
 
Comment by hafizmd
2009-12-06 22:41:43

cayalah khai…tutorial yg cukup hebat..respekla kt ngko nie.. 😉

..
 
Comment by hanif
2009-12-07 00:08:18

aku pulak ? masukan semua theme dan plugin semua dalam wordpress lepas tu zipkan semua upload dalam format zip.

Upload guna ftp atau Cpanel .. lepas siap unzip dan run installations.

Penting jangan lupa chmod 777 folder wordpress tu lepas tu chmod balik 755. Hacker terliur tengok chmod 777 tu kalau lupa tukar

..
Comment by hanif
2009-12-07 00:13:51

sebab apa zip ? sebab kalau guna mode biasa mesti ada files tertinggal … biasala internet kat malaysia … selalu fail masa kritikal

Satu lagi jimat bandwidth sebab format zip (.tar.gz) lebih kecil untuk upload.

..
 
Comment by Khai
2009-12-07 02:12:34

ya bro.. benar sungguh. But tutorial ni akan ajar step by step dari bawah sampai la masuk part plugin.

part chmod pun akan ditunjukkan dalam tutorial part 3 akan datang, insyaAllah.

..
 
 
Comment by joegrimjow
2009-12-07 00:14:45

alahai
ku da updah org da buat
kan bagus klu buat awal2 post ni

..
Comment by Khai
2009-12-07 02:20:21

Takpe2.. lepas dah siap sepenuhnya artikel berperingkat ni nanti, ramailah yang kerja tukang install blog ni tutup kedai. DIY.. DIY.. hehe.

..
Comment by hanif
2009-12-07 08:38:51

tak jugak .. kena pakcik-pakcik dan makcik-makcik nak buat bisnes buka web aku selalu tolong setupkan.

Dan baguihnya diaorang nie tak kedekut duit. Tapi lepas tu nak mengajar tu payah siket.

Haa tapi lepas ada MS Word 2007 korang leh setupkan post melalui MS Word 2007 atau melalui Windows Live Writer. Selalunya orang yang aku ajar guna nie akan cakap … mudahnya nak update blog .. patut masukan tutorial tu

(Comments wont nest below this level)
 
 
 
Comment by arrizz
2009-12-07 02:34:53

aku wat gne ftp xlepas..so aku gne directadmin jer..
alhamdulillah lepas..apapon khai thanx byk2..akhirnya dpt gak aku dok kt rumh sndri.. 🙂

..
 
Comment by Anarm
2009-12-07 02:52:00

mekasih sbb cerita pasal direct admin.. aku tgh pening dok ngadap direct admin.. selama ni biasa pkai cpanel je..

..
 
Comment by Shahrul
2009-12-07 10:31:36

Thanks Khai, bg ilmu free. Tmbh pengetahuan aku yg nk tahu pasal benda ni. Blog aku pun upah org, Khai tahu orgnya kan. hehe

..
Comment by Khai
2009-12-07 13:20:46

eh eh.. tahu takpe bro.. hehe.. lepas ni boleh try test sendiri kalau mempunyai kelapangan.. Kalau duit byk n takde masa nak layan install2 blog ni semua, upah je orang.

..
 
 
Comment by fara
2009-12-07 17:21:15

khai.. macam susah je.. pening2..

..
 
Comment by azrieazhar
2009-12-08 00:32:44

bro. aku dah buat sebijik2 macam kau suruh tp xjadi pun. bile pegi dekat domain die tak kua pape pon. still same mcm b4 buat tuto ni. cmne ek?

..
Comment by Khai
2009-12-13 05:11:34

Ada buat folder tak kat public_html tu? Kalau ada cuba try masuk ikut situ.. http://www.domain.com/???? macam tu.. mesti keluar dan dalam part 3 nanti baru khai sentuh camne nak buat masuk domain.com je terus redirect ke http://www.domain.com/????

itu macam.. hehe

..
 
 
Comment by titan
2009-12-08 00:38:36

pakai directadmin ni pening sikit kalau orang tak biasa. Aku lebih suka pakai cpanel banding directadmin. tapi kira oklah. Dua-dua daku dah biasa pakai.. 8)

..
Comment by Khai
2009-12-13 05:13:12

Bagi Khai pula dan kalau mereka2 yang ada banyak2 website dalam 1 root ni, mesti akan prefer DirectAdmin berbanding cpanel. DA lebih tersusun dan teratur serta lebih mudah dari Cpanel.

..
 
 
Comment by Wizurai
2009-12-08 12:25:40

aku x penah guna directadmin… biasa cpanel jek… kalo nak carik hosting baru pun cari cpanel jgk…

ws_ftp lama sude x guna…

..
Comment by Khai
2009-12-13 05:13:38

Bro.. serius tak tipu.. lama gila tak dengar khabar.. macam dah kurang aktip je?

..
 
 
Comment by topo
2009-12-08 14:56:39

ohoho dah lama tak main dengan -ftp… selalu guna filezilla je dulu.. tapi sekali tu serverfreak block filezilla terus x guna -ftp..

..
 
Comment by do_not_click_HERE
2009-12-08 15:04:06

nice tip khai. well done. thanks for sharing. 🙂

..
 
Comment by ismael zaharee
2009-12-08 16:32:02

x dapat nk bukak
http://domainkorang.com/wp-admin/install.php. Dh tukar domain tu. Lepas tu, kt dalam public_html tu, dh ada bbrp file. COntohnye cgi.bin, logo.jpg, etc..
er.. mmg mcm tu ke

..
Comment by hafiz
2009-12-28 12:55:06

same dengan masalah ko ngn aku nie..khai boleh tolong kami???

..
 
 
Comment by ismael zaharee
2009-12-08 17:04:49

adoyai… letih try.. tp akhinya, berjaya… wahaha.. pastu I.z siap import lagi content blog lama tu ke blog wp yang baru.. ngeh ngeh ngeh..

..
 
Comment by ismael zaharee
2009-12-08 17:33:19

hurm… tq j.k atas tutorial yang berguna (ayat skema).

leh x bg cmane nk tukat themes kalo pakai wp hosting sendiri nie..

..
Comment by Khai
2009-12-13 05:15:28

waa happy nye.. baru nak reply soalan kat atas u dah explore sendiri dan berjaya.. nice!! suka suka! hehe.

Mengenai theme, dalam part akan datang.. Nantikan ya atau anda boleh cuba explore sendiri.. WP ni senang gile.. jgn risau.. hehe.

..
 
 
Comment by Fazreen
2009-12-08 22:20:39

Kesian aku tgk ko khai. Yg dh pro tu asyik ckp install gna fantastico la ape la. 😉 Ni mesti kes xbaca abes post ni..Apa2 pn aku setuju dgn ko, install manual guna FTP lebih feeling. Kita boleh satu2 file tu. Aku pn kalu ada org upah psg blog mmg aku guna FTP sbb aku rasa lg laju kot compare to fantastico. 🙂

Lps abes siri tuto ni aku harap ko kumpul semua persoalan kt komen2 ttg setup wordpress pastu buat FAQ post. Ala2 FAQ question. Aku nk buat tp aku xda blog dlm malay.

..
Comment by Khai
2009-12-13 05:16:24

hehe.. np fazreen.. then why tak buat satu blog malay sekali?

..
 
 
Comment by diaien
2009-12-10 20:41:45

bagi aku, install guna cpanel lagi senang…

..
 
Comment by saufi
2009-12-12 01:10:11

Nice khai… walaupun DA ak ada installtron..

Blog ak tetap setup manual jugak..hehe…

Lpas ni mungkin kena masuk sikit pasal [/upload/2009] etc…
sebab first time nak upload gambar selalunya gagal… (berdasarkan pengalaman setup blog wp)

Apa2 pun tutorial ni amat mudah difahami dan dicerna oleh newbie…woohaaa~~

..
Comment by Khai
2009-12-13 05:17:13

mengenai upload/2009 tu, just chmod kan folder wp-content dan folder upload, mesti selesai problem. Hehe.. ok next part nnt.

..
 
 
Comment by n3dmax
2009-12-12 03:35:53

beb, bler nk bkak lg pakej jualan hosting murah tu??? hehehe..ak lmbtla ritu..

konye tutorial ni konpem 1 malaysia nye lah!!! hahahaha

p/s : ko gune ipswitch ek..ade beza x ngn cuteftp? 😀

..
Comment by Khai
2009-12-13 05:18:30

n3dmax, mmg guna ipswitch ws_ftp dari dulu dan tak pernah guna yg lain. So tak tahu la apa bezanya tp semua pun sama je untuk access root blog kan.. hehee..

Hosting murah tu dah dapat yg baru dari Serverfreak. Kejap lagi Khai update entri part 1 tu.

..
 
 
Comment by aviationMY
2009-12-13 03:15:26

Aslkm.

khai..ni web sy yg terbengkalai..cerite dier cmni..sy upah org buat web..tp yg menyedihkan..die hanya pakai office frontpage shj..format HTML yg xcantik..dan dier juga tidak pandai membuat grafik..sy selalu pergi ke blog JustKhai.dan rangkaian OH!, dan hr ini sy terpanggil utk membaca care nak menginstall wordpress theme..utk pengetahuan saudara, sy hanya tahu basic perkomputeran dan internet shj, utk login ke wp-admin/install.php sy terpaksa mengambil mase sejam..krn sy menggunakan c-panel sy bace komen2 ade gune MyphpAdmin, fantastico de luxe, my sql, disebabkan sy ader sumer, sy try sumer2 sampai jd..akhirnya sy dpt value dier kat Mysql..yg lain sy xreti nak cr… sbb sy ingatkan yg kat ats ni c-panel..hahaha..silap xpandang picture!

soalan sy..

favicon, logo 32×32 yg cute kotak2 yg JK kat address bar awak tu..camner nak masukkan dier??klo dlm index.html ble buat pakai frontpage..klo index.php ni cmner??sy hanya tahu gune frontpage shj.

hrp dpt tunjuk ajar.

Terima Kasih. 😉

..
Comment by Khai
2009-12-13 05:20:13

Nice2.. dengan explore dan google sebenarnya kita dah boleh jadi expert. Tak perlu upah orang. Dan kalaulah Google tu ada orang yg guide, siapa lagi yang nak masuk University kan? hehehe.

Mengenai FavIcon tu, dalam tutorial part 3 yg akan datang. InsyaAllah.

..
 
 
Comment by mohdisa
2009-12-13 20:48:47

wah, mantap segala. aku pasal ftp guna cpanel sokmo. tak reti sgt nak guna software, kalau pakai filezilla pun bolehkan khai. aku nyer public pun dah terabur, nak kena susun balik. tp takut pun ada. kang ilang naya je. hehe, cam mana nak wat backup yerk?

..
 
Comment by Mr K
2009-12-14 00:46:59

Kenapa WP dan bukan blogger?

..
Comment by mohdisa
2009-12-14 03:31:50

sudah semestinya wp da best. blogger boleh pakai self hosting tak? hehe, klu ada sila terangkan. 🙂

..
Comment by Mr K
2009-12-14 19:29:43

Tapi aku malas nak tukar2 doe. Sayang follower hehe.

Btw, tak nak buat tutorial for blogspot ke?

(Comments wont nest below this level)
Comment by arnamee
2009-12-15 00:07:59

Salam awak, follower leh dipindah ke web baru wp atau lain, dengan menukarnya di google friend connect:)

 
 
 
 
Comment by Mr K
2009-12-14 21:53:13

And lagi satu, pasal “Login ke root website” tu apa maksudnya?
Aku x leh buka WS_ftp sofware yang kau kasi tu. Dapat error.

..
Comment by Mr K
2009-12-14 22:10:44

Dan benda ni tak boleh di delete. Aku nak try delete and re-install tapi failed. Dah berapa kali restart tapi still tak boleh.

..
Comment by Mr K
2009-12-14 23:03:46

lupakan…aku guna filezilla.

Just, masa aku guna filezilla utk upload, aku dpt byk file yang sama so aku tak tahu nak kena overwrite or just skipped.

So how now?

(Comments wont nest below this level)
 
 
Comment by Mr K
2009-12-15 00:16:38

Stress dan tertekan.
Haiss.

http://theotherkhairul.com/wp-admin/install.php
Aku tak boleh buka. Dapat error;
“The requested URL /wp-admin/install.php was not found on this server.”

Why ah?

P/.s Sorry sbb spam blog kau dengan komen aku. >,>

..
Comment by Khai
2009-12-15 04:08:37

Mr K..

Kalau follow betul2 instruction tu rasanya takkan ada masalah.

Apapun, Email Khai dengan detail http://ftp.. username dan password. Khai tolong nengokkan.

Tahu email khai kan? khaixy@gmail 🙂

(Comments wont nest below this level)
 
 
 
Comment by ceghap
2009-12-15 18:00:39

bro, cpanel ko tunjuk tu version brapa?huhuhu version lama? ni ada tips dari aku kepada pengguna cpanel 11.

cara yang ko gunakan rasanya lambat nak tunggu.. upload file dalam folder wordpress satu-satu kan? kadang2 mungkin terjadi ada file yang tertinggal(tak terupload). mcm pening bukan? ini tips mudah kepada cpanel11. Cara ni boleh diguna kan untuk apa saja process(core wordpress, template, plugin, joomla pon oke, apa-apa la yang nak diupload dengan lebih cepat)

1. Upload file core wordpress ke ftp korang di public_html atau www(terus upload file yg korang download tak payah extract eg. wordpress.zip)
2. Login cpanel korang (http://domainkorang.com/cpanel).
3. Klik pada File Manager–>Web Root (public_html/www)
4. Tick pada file yang korang upload tadi (wordpress.zip).
5. korang tengok kat atas tu ada “extract” button(no.2 dari kanan). Klik extract (pastikan korang tick pada wordpress.zip SAHAJA)
6. tunggu dia extract. SIAP
7. korang pandai2 la nak rename ke folder wordpress yang korang dah extract tu.

that oll. capat btol guna cara ni. benda ni xd kt cpanel yang version tok kaduk. dan setahu aku kt direct admin pon tak ada.huhuu :aie:

..
 
Comment by c_lolo
2009-12-16 17:49:03

^_^ mekaseh byk.. mmg dpt blaja byk dari entri nih..

~tgh tertunggu2 next entri~
mekaseh khai!

..
 
Comment by Nine
2009-12-24 10:24:22

mantap..keren sekali tuts nya khai…

try wat kat hosting free ofees.net..menjadi cara manual…thanks.. 🙂

..
 
Comment by Oh! Malaysia
2009-12-28 08:54:29

aku dah install wordpress guna manual step ni. dah ok. 2,3 hari tu ada prob. aku kena install balik. so aku guna fantastico. senang gile. haha…

..
 
Comment by edzahid
2009-12-28 16:41:23

khai. nk tanye skit.

aku dh ikut la semua step atas tu. dan dh jd la website aku tu.
pastu aku nk try import post2 lame aku kat blogspot lame aku.
aku pakai la tools kat wordpress tu.pastu kuar ni

“There was a problem opening a secure connection to Google. This is what went wrong:

Unable to find the socket transport “ssl” – did you forget to enable it when you configured PHP? (3)”

nk buat cam mane ek? thanks.

..
Comment by edzahid
2009-12-29 22:08:07

masalah dh selesai =_=’

..
 
 
Comment by Clip
2010-01-01 13:39:52

Salam…

Sedlamat tahun baru 2010, Saya nak mintak tolong lawat ke blog saya jap. then cube click kat tajuk entri atau memane link kat situ, pelik la kenape link x funtion kat blog saya nie.

Boleh tolong selesaikan?

..
 
Comment by a1zudd1n
2010-01-03 02:07:17

sampai no 4 ak da stuck :aie:
ak da donlod p2 extract..
tp x jumpe pn wp-config-sample file 2..
sebab yg ak donlod latest version ke?huhu

yg database tu mmg kene wat ke?
klo nak wat homepage kat .com pn kene add gak?
ke da bole skip? 😎

..
 
Comment by firdaus
2010-01-05 22:02:37

knape ni bro??

Apache/2.2.14 (Unix) mod_ssl/2.2.14 OpenSSL/0.9.8e-fips-rhel5 mod_auth_passthrough/2.1 mod_bwlimited/1.4 FrontPage/5.0.2.2635 Server at norfirdausyunus.com Port 80

..
 
Comment by pakeri
2010-01-07 00:49:41

khai,aku da ikut mcm kau buat tu..hasilnye berjaya pon.leh x tolong guide untuk import dari blogpsot lame ke wordpress nie?ngan untuk pasang widget skali.thx

..
Comment by Team Aryzs
2010-03-02 06:06:30

sng je ni bro… just amik import kalo kt dashboard dan ikut je arahan dia.. kalo susah google . ada jwpn kalo utk soalan mcm nie 🙂

..
 
 
Comment by faris
2010-01-17 02:51:41

Khai, yang part C Panel tu camne nak dapatkan Control Panel? ke kena cari sendiri?

..
 
Comment by alan
2010-02-21 19:00:06

nak tanya sikit .
if belum bayar lagi maksud nye belum beli just buat tempahan jea daa bole mula start buat blog belum?

sila la jawab nye.

..
Comment by Khai
2010-02-21 19:51:13

Bayar dulu baru dapat hosting.. then baru boleh install blog.. sekadar tempahan je, x dapat ape ape..

..
Comment by alan
2010-02-21 21:52:49

oh
thx Khai coz respon yang cepat
cara paling mudah nak buat pembayaran cam mne eh?
kalau gune check?
or something like that laa

(Comments wont nest below this level)
 
 
 
Comment by Finaz
2010-02-22 11:10:13

Oh! Khai, akak mintak maaf. Hehe a/c akak hosted guna cpanel rupanya so soklan akak semalam tuh (ttg direct admin) kira cancel ye.. TQ.

..
 
Comment by Maf
2010-03-03 18:51:40

Askum Khai…
Nak tanya skit. Step 3.4 yg ‘copy paste’ tuh haku x paham la. Nak gi bahagian mana? Haku tgk x ade pun mcm dlm gmbr tuh. Blh tlg jelas skit. Terima kasih.

..
 
Comment by Maf
2010-03-04 13:32:15

Untuk step 8, haku nak ke URL untuk setup wp x blh le. Apasal ha… Dia tulis ‘404 not found’. Tlg skit…

..
 
Comment by jejol
2010-03-10 16:55:15

khai…aku baru belajar buat blog guna wordpress..
1 jek pblem aku skung..asal nk upload gmbr ta dpt erk…dah byk kali try tp stilll ta dpt..
need ur help..

..
 
Comment by Wan Perlis
2010-03-11 20:15:40

Alhamdulillah
thanks khai dgn tutorial ni.
berjaya setup..
tunggu part3 ni..template, widget dan lain2

..
 
Comment by DaHLIa
2010-04-11 21:32:01

salam..

khai, sis sblm ni ada org dah tlg settingkan…
kalo untuk domain lain mcm mn sis nk buat??
sis dah pening dah ni…huhu tolong eh 🙂

..
 
Comment by Hanis
2010-05-26 02:00:46

hee..
dah boleh buat redirect page.
terima kasih banyak-banyak ye khai. 🙂 .

..
 
Comment by fifi
2010-06-10 23:06:57

huhuhu…x jd pun..
da wat dr awal follow step by step..
tp step 8 2 sangkot la..
xde kuar paper pun..
page done tp ksg jer..
naper ek? :oups:

..
 
Comment by aReaL
2010-06-15 14:43:13

Thanks… Tunjuk Ajar Yang Amat Jelas… Cuma Nak Tanya Macam Mana Nak Set RSS ? Sebab Bila Ping Kat Gengblogger, Takde Gambar Yang Kuar… Hehehe.. Thanks…

..
 
Comment by salamjumiran
2010-06-16 03:29:57

aku newbies n bru dpt exposure dlm blog ni khai..
lau baik hati tlg tgk aku pnye blog n komen la pape..
please……tq :oups:

..
 
Comment by iqjauh
2010-07-07 17:14:52

pergh bro..
entri yg ni mmg btul2 respek la,
baru berjaya install wordpress td setelah 3 hari cobaan hampeh.
apela nasib.
tq bro. 🙂

..
 
Comment by ashraf
2010-07-11 02:44:06

Saya akan cuba ikut apa yg khai ajar dlm ni selepas beli domain dan hosting beberapa hari lagi. harap menjadi..hehe

..
 
Comment by ashraf
2010-07-11 02:45:55

saya akan beli ikut apa yg khai ajar pada tutorial Pembelian hosting dan domain..

..
 
Comment by nik
2010-07-27 11:12:05

sedang menunggu part 3. takde pun! :8

..
 
Comment by Natalie White
2010-08-13 01:22:27

if you are going to get a VPS server make sure that it has cPanel coz it makes server maintennance easier.-`.

..
 
Comment by mankuchai
2010-09-05 20:36:25

salam Khai,

saya nak ajukan beberapa soalan tentang domain dan hosting

1.saya beli domain daripada wordwpress,bila saya baca entri khai tentang kena beli juga hosting,saya rasa saya dah salah,patutlah dalam blog saya(mankuchai.com)ni tak boleh letak iklan,so kalau saya nak bebas letak iklan saya kena beli hosting la yer.

2.Boleh ker saya transfer domain dan beli hosting dan membolehkan saya boleh letak iklan.

setakat ni lah dulu soalan saya. 8)

..
Comment by Khai
2010-09-05 21:43:51

Salam..

1. Just beli domain je dari wordpress.com ye? Add-on domain la ni? If like that, tak salah kalau nak letak iklan. Terpulang pada kehendak individu. Ibarat rumah anda, sukahati anda untuk mencorakkan cat di dinding.. hehe..

2. Boleh. Hubungi dan minta kerjasama pihak domain anda untuk cara-cara’nya.

..
 
 
Comment by adilah
2010-09-17 20:12:50

waaa, rasa mcm mnyesal je beli domain hosting? x jadi pun buat smua ni..tlong sy khai =(

..
 
Comment by adilah
2010-09-19 02:02:26

xpelah khai..dah berjaya 🙂

..
 
Comment by paih ujey
2010-09-26 22:49:04

wohoho..

cek2..org baru di sini..sila dan jemput datang ke blog saya..hehe

baru beli hosting n domain..tunggu pengesahan jew ni..

pape pown usha2 la blog sy ek..arigato

..
 
Comment by paih ujey
2010-09-27 11:27:28

salam..khai..

aku nak tanya ni..nape xleh nak install client FTP yang no.1 tu???

&

camner nak setup database yang no.3 tu???
tolong aku,,aku budak hingusan…. 😎

..
 
Comment by syameer
2010-09-29 00:44:24

salam khai..dimanakah part tutorial 3..saya menanti selama ni

..
 
Comment by paih ujey
2010-09-30 13:56:51

sape2 bleh ajar aku x yg no 5 tu???Login ke root website dan…aku xleh nk log in pon….somebody help me please….

..
 
Comment by FakhrulZakry
2010-10-10 04:07:56

good job. better start with the manual style as it will help much.
then, start learning how to develop system, then maybe all u, newbies will learn much more instead of increasing $$ 😀

..
 
Comment by Arrul
2010-10-27 16:10:06

knpe nk login ke account xleh ek?
mcm cpanel ke an…msti xleh…
npe???? HELP!!! =( =(

..
 
Comment by lok
2010-11-03 11:41:17

sir,

terima kasih banyak2 😉

..
 
Comment by naem
2010-11-04 23:32:03

khai, part 3 xde ke?

..
 
Comment by Al-LFn
2010-11-10 09:01:17

part 3 pls…

..
 
Comment by ran
2010-12-02 23:53:17

time kasih yg x terhingga utk smua tuts yg ko dh buat. mmg senang fhm. skg ni cuma ada 1 prob yg aku dh cuba lama gila solve sendiri tp failed.

bila aku click link ni – http://(temporary webpage URL)/wp-admin/install.php, dia kluar page
404 not found
http://temporary webpage URL)/wp-admin/install.php (port 80)

Please forward this error screen to (tempurl) webmaster

*ikut smua tut ko,so far cun la.ftp aku byk kali failed kt 98% tp dh solved. smbil upload tu baca komen bru tau bole zip dulu lg senang.
*fyi,shoutbox sbelah kiri ni betul2 mengganggu (bila aku terscroll smpai bawah) dia kuar sendiri & always on top.click close pun xnak close malah kluar shoutbox sbelah kiri plak.
*aku nak usha directadmin tp ntah mana pulak nak jumpa, smpai skg aku tak jumpa2 :[

tolong la..meleleh air telinga nak tgk hasil :bloody:

..
Comment by Khai
2010-12-03 01:39:07

Salam.

Kenapa tak beli domain n hosting terus? Atau dah ada domain? Kalau ada email saya domainnya atau nyatakan saja di petak komen ini.

* shoutbox belah kiri mana yg dimaksudkan ye?

..
 
 
Comment by ran
2010-12-03 07:59:11

salam,
pasal shoutbox, screenshot page ni – http://666kb.com/i/bowgmlr9v0aj53rwl.jpg
shoutbox kiri tu keluar bila scroll down smpai abes, smbil firefox try loading to view next page. hilang after refresh but ofcos jd blk everytime scroll down abes (utk smua page JK).

memang beli domain n hosting skali jalan through serverfreak yg promo rm80 2gb. http://www.unpredictableran.com
temp webpage url tu serverfreak yg email sebelum propagate

..
 
Comment by ran
2010-12-03 08:26:06

part of info dari email serverfreak:
Temporary Webpage URL: http://207.210.72.19/~unpredic/

terasa yg punca tak bole tu sbb ni:
Note for Streamyx (Malaysia ISP) User:

Please change your outgoing SMTP port in your mail client to port 26 .

..
 
Comment by ran
2010-12-04 12:15:05

its done..woot woot woot 🙂

..
 
Comment by Yus
2010-12-18 14:06:30

Khai, aku da buat da blog tu. So far ok.
Sekarang aku berminat nak buat 1 lagi blog untuk live.
So macam mana ek? tak payah kan nak kene beli domain baru?

Nak kena start dari mana? create new mySQL ke?

..
 
Comment by Ikhwan
2010-12-18 14:41:33

Nak tanya, step 9 tu ada broken apa2 tak?
Kenapa Ikhwan buat tak dapat?
Domian : http://www.ikhwanshah.com

..
 
Comment by Ikhwan
2010-12-18 15:40:52

Ok. Dah jadi. Rupanya kena delete file index.html 🙂

..
 
Comment by Fadhilah Mn
2010-12-18 22:55:56

cool ! akhirnya dapat buat sendiri.
terima kasih ! 😉

..
 
Comment by cik puan mazlan
2011-01-13 18:13:36

aku pening betul nak godek wp ni…

qalish.co.cc

..
 
Comment by pocoyo
2011-01-19 13:18:03

Khai, mane tutorial part 3? dh lme tunggu ni.. 🙂

..
 
Comment by mikaielle
2011-01-23 23:14:31

Hehehe….thanks khai…berjaya sudah…tgh nak meng”upload” sampai siap jer nih.huhu…. :o:

..
 
Comment by little lurve
2011-01-28 09:42:29

wp-config-sample <— xjumpa pon file ni khai.. stuck.huk huk huk..

..
Comment by Khai
2011-01-29 05:57:02

uiks.. camne leh tak jumpa.. mesti ada punya dalam root folder wordpress tu..

..
 
 
Comment by zulfadhli
2011-01-31 03:19:40

salam,thanks khai sebab kasi tuto yg hebat ni…..
walaupun pd mulanye agak pening….tp alhamdulillah akhirnye blog saya dah sempurna….btw thnx again 😉

..
 
Comment by cikgublues
2011-02-19 15:19:03

salam,
lepas jer buat redirect kat folder public.html guna index.htm tu
terus tak leh nak log in. nak buat cam mana ye

..
 
Comment by little lurve
2011-02-27 19:34:42

log in akaun ftp ni guna user name n password wp ke?
huhu..terkedek2 lg..

..
Comment by Khai
2011-02-28 05:41:46

Bukan.. tapi username dan password login cpanel/directadmin..

..
 
 
Comment by trainer
2011-03-01 08:58:37

justkhai tadi saya delete semua fail dalam cpanel.kiranya index.html,public_html dan lain² tu terpadam la..jadi macam mana nak upload balik dari mula.tadi ada create fail baru bernama public_html,pastu upload balik http://wordpress.org/download/ masuk alam cpanel tu..tapi bila url.. keluar cam ni The address you have entered is not open to the public,
(This may be caused by not having a index.html file in your root directory)..Jadi macam mn nak upload balik fail semua tu..

..
 
Comment by Nazrie
2011-03-19 20:35:28

Salam khai..
sy dah try tp xbleh2 gak le..adoi sedih btul le…
nak wat mcmane ekk khai pandai tgk2 kan x huuhuuuu

..
 
Comment by nizamghazi
2011-04-15 11:30:13

Just to SAY Thanks to khai n serverfreak

..
Comment by Khai
2011-04-16 01:55:31

U’re most welcome.. 🙂

..
 
 
Comment by awek cun
2011-05-12 07:39:46

bagus jgk tutorial ni khai..
sever VPS LINUS aku xsedia pun fantastico or Softaculous..
hampas btol..

..
 
Comment by awek cun
2011-05-16 17:30:38

bagus tips ni..
leh x khai wat tutorial nak wat blog dgn co.cc..
y hosting percuma tu..

..
 
Comment by Faris
2011-05-19 01:32:48

Thanks for sharing Khai, sebelum ni aku ada pernah ikut jugak tutorial ni tapi tetiba database aku hancur (menurut kesimpulan staf Server Freak) aku terus je install auto dengan Softaculous (sebelum ni Fantastico).

..
 
Comment by adan
2011-05-20 01:45:38

bro….database tu nak letak apa?nama blog yang kita nak ke??x paham….hhhhhhmmmmmmmmm…sorry,bdk baru blaja.

..
 
Comment by Beats by dre sale
2011-07-13 03:52:02

Should you poverty to be able to process, you refrain to turn to be able to metropolis, he or she adhd, are thinking about for the visitant principal office elegant its northern border United states nation.

..
 
Comment by Kamil ace
2011-08-09 07:07:51

tumpang tanya kejap, blog aku dah siap setup semua, jadi kalau aku transfer semua folder yang ada kat public_html tu kan, ade problem ke tak nanti?

..
 
Comment by goldkurs
2011-09-19 07:59:33

Can I simply say what a relief to search out somebody who really knows what theyre speaking about on the internet. You undoubtedly know how you can bring an issue to light and make it important. Extra folks need to read this and understand this facet of the story. I cant imagine youre not more popular because you positively have the gift.

..
 
Comment by grow long hair
2011-10-27 01:01:49
..
 
Comment by Don Hussayn
2011-11-12 09:23:08

Thanks Khai. Dengan follow tutorial kau ni aku berjaya setup blog ameenhussaini.com menggunakan wordpress. Thanks bro!

..
 
Comment by Afif
2011-12-01 07:10:03

Tutorial bagus cuma bila aku upload satu folder WordPress tu terus fail takleh setup WordPress. Bila aku upload file2 dalam folder tu jer ke public_html baru berjaya. Memang camtu ker?

..
 
Comment by faiz
2012-02-28 09:04:07

salam tuan khai…saya sedang mengikuti tutorial tuan ni..sekarang tengah muat naik fail wp menggunakan ftp.
terima kasih banyak2 sbb kongsi tutorial ni… :mrgreen:

..
 
Comment by faris
2012-04-30 08:52:26

nice tips….trima kasih

..
 
Comment by Hafizul
2012-05-10 00:31:00

TQ.. Entri ni amat bermakna sekali masa sy setup wordpress hari tu..hehehe

..
 
Comment by azhar
2012-06-03 20:15:54

aku gune blogspot jek lg nih !!..cner nie

..
 
Comment by ika
2012-06-14 10:13:23

Assalam..

Apa beza FTP dan Cpanel? Apa kelebihan dan kekurnagan kedu-duanya? Terima kasih

..
Comment by Khai
2012-06-15 07:35:41

Kedua-duanya adalah berlainan. Di dalam Cpanel tu tempat nak setup ftp dan banyak lagi manakala ftp digunakan untuk upload/download file ke dalam server. Kalau di cpanel, boleh sahaja terus gunakan File Manager.

..
 
 
Comment by Zifa
2012-09-10 07:54:25

salam,

khai..cane kalau add on domain wp baru dalam hosting yg sama… saya set up yg baru utk blogshop dlm hosting yg sama.. then yg baru tu nak buat …com/blogshop kat belakang..current http://www.pesonarasafah.com..kat ftp folder pesonarasafah… nak rename xdpt mcm step kat atas…step 4 tu kena follow jugak ke utk add on domain baru?

..
 
Comment by anip
2012-10-28 06:37:46

as salam khai nak tnye kalu FTP utk mac ada x…

..
Comment by Khai
2012-11-08 03:12:04

Ada. Saya gunakan Cyberduck.

..
 
 
Comment by nazc
2012-11-29 11:44:56

terbaik, terima kasih banyak2, dari buta terus boleh install wordpress ke hosting. :bloody:

..
 
Comment by Laili
2012-12-09 08:17:28

Salam. Saya tak boleh even tukar theme dgn WP ni. Dapat ini:
Downloading install package from http://wordpress.org/extend/themes/download/zenon-lite.1.9.zip…

Download failed. Could not open handle for fopen() to C:\Domains\smkpuchongutama1\smkpuchongutama1.com\wwwroot\cms/wp-content/zenon-lite.tmp

Apa yg silap ye? Risau sangat sb website yg saya buat tu website sekolah. Pengetua dah bising … =(

..
 
Comment by Caden
2012-12-21 01:29:46

I dont know what it’s about this weblog that turns me off so a lot, but you just dont appear to get me excited. I dont know if its the lack of content or just the way you wrote it. But you truly dont appear to realize that your readers could not agree with you. Youre actually just too out there for me.

..
 
Comment by alan
2013-01-01 09:04:35

testing 8)

..
 
Comment by afiq aiman
2013-04-11 12:53:32

khai, sy ad masalah ni. sy dh beli domain tu. next step apa dia erk? yg atas ni sy x brapa nk faham. kalo boleh, email kn kt sy step2.

..
 
Comment by afiq aiman
2013-04-11 12:58:47

download file wordpress tu mcm mn erk? knp sy x bleh nk download?

..
 
Comment by farih
2013-05-02 08:55:28

bro apsal xleh masuk ke domainname.co/wp-admin tu???
keluar error page 404..tolong aku sgt xtau ape nih

..
Comment by Khai
2013-07-16 05:09:50

Tukarkan domainname.com tu kepada domain yg anda dah beli.

..
 
 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
Your URL
Your Comment (smaller size | larger size)

Trackback responses to this post