Advertlets? Apakah itu?


Khai tak tahu ape dah jadi dengan Advertlets. Dahulunya mereka sebuah syarikat pengiklanan di internet yang paling Khai percaya instead yang satu lagi tu, Nuffnang. Di blog merata sana-sini orang bercerita pasal Advertlets. Iklan Advertlets dilihat merata-rata. Letak iklan Advertlets pernah diperkatakan sebagai satu kemestian. Kalau kau tak letak, kau bukan blogger namanya.

Tapi itu dulu. Situasi seperti itu susah sekali untuk dilihat hari ini. Ramai blogger yang dah mula jemu dengan taktik mereka. Bahkan, penyokong tegar Advertlets seperti Mohd Ismail juga dah lama menurunkan iklan Advertlets dari blog beliau. Pastinya Rumpun II tidak mungkin akan menjadi kenyataan. Kalau ada pun, pastinya tanpa Advertlets. Duit iklan amat susah sampai ketangan kita. Berbanding dengan yang satu lagi, Nuffnang. Sebulan dua lambat kita boleh terima lagi. Mungkin mereka ada problem. Tapi kalau dah berbulan-bulan, itu bukan problem lagi, tapi biggest problem yang tidak berkesudahan atau lebih mudah dipanggil sebagai buat-buat lupa, buat-buat tak nampak. (more…)

Posted on 16 June '08 by , under Daily Craps. 40 Comments.