Dunia Baru Khai – Internship hoi..

CCC
Akhirnya, berupdate jua blog ni seperti yang dijanjikan. Penat seribu kali penat. Internship dah bermula isnin lepas. Malam ni rasa merdeka sikit sebab esok (sabtu) dan lusa cuti. Punyalah rasa dua hari tu penuh bermakna. Seperti yang Khai cerita dulu, Khai dapat industrial traning kat Limkokwing University di mana di situlah tempat Khai study. Syukurlah sebab tak payah susah-susah cari company lain macam member lain tu. Dapat Khai simpulkan di sini, seminggu kerja ni memang penat. Masuk kerja pukul 8:30 pagi dan balik tak tentu kadang-kadang pukul 6 dan macam hari ni bila kerja berlambak, baliklah lambat sikit pukul 7:30. Tapi kerja kita enjoy buat kan, balik baru rasa penat.

Nak tahu dalam seminggu internship ni apa kerja Khai? Kalau korang masuk official website of Limkokwing University, korang boleh lihat berita-berita kat depan tu semua Khai yang siapkan. Prosedur dia teramatlah rumit tapi alhamdulillah, sekali si Peter (office mate) tunjuk, Khai dah dapat buat sendiri. Selain itu, Khai juga terlibat untuk design footer bagi website Limkokwing University V7 (still belum release) yang mungkin akan direlease beberapa minggu lagi. (more…)

Posted on 6 June '08 by , under Istimewa. 12 Comments.