Dunia Baru Khai – Internship hoi..

244 views | Hantar ke Twitter! | Cetak Artikel Ini

CCC
Akhirnya, berupdate jua blog ni seperti yang dijanjikan. Penat seribu kali penat. Internship dah bermula isnin lepas. Malam ni rasa merdeka sikit sebab esok (sabtu) dan lusa cuti. Punyalah rasa dua hari tu penuh bermakna. Seperti yang Khai cerita dulu, Khai dapat industrial traning kat Limkokwing University di mana di situlah tempat Khai study. Syukurlah sebab tak payah susah-susah cari company lain macam member lain tu. Dapat Khai simpulkan di sini, seminggu kerja ni memang penat. Masuk kerja pukul 8:30 pagi dan balik tak tentu kadang-kadang pukul 6 dan macam hari ni bila kerja berlambak, baliklah lambat sikit pukul 7:30. Tapi kerja kita enjoy buat kan, balik baru rasa penat.

Nak tahu dalam seminggu internship ni apa kerja Khai? Kalau korang masuk official website of Limkokwing University, korang boleh lihat berita-berita kat depan tu semua Khai yang siapkan. Prosedur dia teramatlah rumit tapi alhamdulillah, sekali si Peter (office mate) tunjuk, Khai dah dapat buat sendiri. Selain itu, Khai juga terlibat untuk design footer bagi website Limkokwing University V7 (still belum release) yang mungkin akan direlease beberapa minggu lagi.

keje ku
Dan tugas paling besar Khai, untuk design website bagi Professor Emeritus Tan Sri Dato’ Dr Lim Kok Wing iaitu, founder kepada University bertaraf global ni. Since website beliau yang boleh diakses melalui Limkokwing.Com yang dah halmost two years tak berubah design. Tapi Khai dah siap design dah. Horey!! Dalam PC office lak, kalau tak boleh ku pertunjukkan di sini.

Paling best, dua hari lepas bila anak Tan Sri Lim Kok Wing, Timothy Lim panggil Khai dan kitorang berbual dekat luar office. Actually, Khai tak tahu yang dia tu anak Tan Sri. Dia siap hulur rokok lagi tu. Maaf saya tidak merokok. Huhu. Dia tanya Khai ke founder Scukz dan JustKhai dan dia cakap lepas abis Internship je, jumpa dia kalau rasa-rasa nak terus kerja kat Limkokwing University ni. See, anak Tan Sri Lim Kok Wing pun pernah masuk Scukz eventhough Scukz tu berbahasa melayu, dia cakap dia faham sikit-sikit. Dan dia nak Khai kerja terus kat Limkokwing untuk jaga bahagian Student Portal. Alhamdulillah, kerja dah menanti. Alhamdulillah. Besarnya effect Scukz tu dalam hidup Khai (thank but no thanks to CGYhost). Khai tanya mana dia tahu pasal Scukz tu. Dia cakap someone yang kasitahu dia. Khai tahu siapa orang tu. Terima kasih tak terhingga kepada Sir Rozhan (Khai punya year leader masa study dulu/ayah angkat Nieza).

workspace
Kat office plak diharamkan keluar sepatah pun ayat bahasa melayu. Everything in english. Nampaknya lagi beberapa minggu jadi mat saleh celup la Khai ni. Hehehe. Untuk bahagian World Wide Web Domination, hanya Khai seorang je yang melayu. Lain semua cina. Tapi diorang memang class! semua baik-baik belaka.

So malam ni lepak je la kat hostel ni (on-campus accomodation). Harga bilik kecik macam ni pun dah RM580 per month. Tapi nasib dapat potongan harga. Just tolak elaun dari RM900 kepada RM500. Kira dah save almost RM200. Ok cukuplah untuk entri pertama kehidupan sebagai pelajar latihan industri selama 4 bulan ni. Actually entri ni especially untuk family Khai baca tapi kalau korang dah baca sampai tahap ni, terima kasih tak terhingga Khai ucapkan. Scukz jangan lupa join ye.

Pssttt: Harga minyak naik sampai 80 sen. ***** **** **** ***** (terdapat ayat-ayat censored yang terpaksa di tapis) punya kerajaan!!

Bookmark entri ini

Bookmark

Boleh print kalau nak

 Print Artikel Ini.

Ditulis pada 9:26 pm 6 June '08 dan pastinya oleh . Siape lagi? | 244 views
Dalam kategori: Istimewa | Tweet This!

Eat This Google!: , , , , ,


RSS feed | Trackback URI

12 Comments »

Comment by IcedNyior
2008-06-06 21:39:49

lol! larat ke kerja sama long term beb? Byk kawan i dah quit dah. turnover dier sgt tinggi. Overworked, underpaid. Skrang u tak rasa lagi la..internship kan

..
Comment by Khai
2008-06-07 04:52:47

itu la .. mmg ada dengar cerita gak fiona.. takpe la.. kita cuba je la dulu kan. tak ok blah je.. banyak kompeni lain..

..
 
 
Comment by azleah
2008-06-06 21:58:25

keje..keje..jgn x keje

..
 
Comment by syia
2008-06-07 06:56:59

wah 🙂 dh siap dpt keje tu.. bagus la ada gak anak melayu keje kat bahagian yg dominasi bangsa lain.. byk2 la kumpul pengalaman.. connection.. nanti senang bile nk cari keje 🙂

PS: keje dh menanti tu 🙂

..
Comment by Khai
2008-06-07 14:48:33

tu la syia.. minda orang lain selalunya melayu mesti cari office melayu jugak.. tapi khai x kisah. even kompeni india pun, khai join je.. asalkan kita rasa senang dan dapat something dari situ.. itu dah memadai…

pe pun alhamdulillah…

..
 
 
Comment by Mohd Ismail
2008-06-07 15:42:46

he he.. ada baiknya kau buat baik yg sgt baik dengan Timothy Lim tu.. mula2 keje la dgn dia camne pun.. nnt hujung2 dia da ade percaya ngan ko, mcm2 peluang besar boleh ada.. =)

..
 
Comment by Nenek Awek mude
2008-06-09 12:47:16

Makin lebar la bontot khai lepas nie….;-)

..
 
Comment by Nenek Awek mude
2008-06-12 10:25:58

pat…ooooo pat…..kenapa le ko nyorok kat sini……mai la sini……aku boring nie…blog khai nie takde cite best ar….boring tul ar……..

..
 
Comment by me amor
2008-06-12 10:33:49

bkan stakat bontot je yang lebar….hahahahahahahaha…

..
 
Comment by titan
2008-06-16 10:03:06

wah.wah..best la ko leh keje kat situ. Hehe..

..
 
Comment by obefiend
2008-06-16 20:00:42

macam mana daa ko dapat intern situ. aku mintak keje kat lecturer asik takde

ini tidak adil! haha.. aku buda LUCT jugak! argh! sesunguhnya aku menghadapi tekanan jiwa

ni kena sepak lecturer ni mau tanya apsal aku tak dapat intern sini! GAAAAAAAAAAA

..
 
Comment by Khai
2008-06-16 22:14:53

jgn mintak2 kat lecturer.. datang je la terus.. gi interview.. ade rezeki dapat… x yah harapkan orang lain

..
 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
Your URL
Your Comment (smaller size | larger size)

Trackback responses to this post

Apa Entri sebelum dan selepas entri ini?