Dari Blogger Sepenuh Masa ke Usahawan Internet

justkhai-usahawan

Hi guys. Sedang online di Old Town dengan koneksi internet yang sangat menyakitkan hati. Nama WiFi bukan main lagi, “OLD TOWN 20MB”, walhal hakikatnya “OLD TOWN 20kb”. Nasiblah ada iPhone, jadi boleh jadikan iPhone sebagai hotspot atau kata lainnya, iPhone yang dijadikan router. Terima kasih DiGi untuk data plan yang unlimited ini hanya serendah RM68 sebulan. Ya, ini iklan percuma untuk DiGi kerana kehebatan mereka menyedapkan hati pengguna baru seperti saya.

Berbalik kepada Old Town tadi, mungkin inilah yang pertama dan yang terakhir saya online di sini. Lokasinya di Old Town bersebelahan dengan Ampang Point. Rasanya ini pertama kali saya bermasalah bila online di Old Town. Di Old Town lain rata-ratanya sangat bagus terutamanya di Old Town Bangsar South. Buat kerja ditemani kopi dan disulami bunyi air terjun. Tak percaya? Cuba cari Old Town Bangsar South dan rasailah sendiri. Hehe. Sejak berhijrah ke Ampang ni, lama sangat tak ke sana. Rindu pula rasa hati.

Mungkin rata-rata pembaca blog ini tahu yang Oh! Media kini telahpun mempunyai sebuah office yang penuh kehijauan dan alkisahnya, saya bangunkan syarikat tersebut dengan modal sepenuhnya dari duit poket sendiri. Ini buat pertama kali saya berkongsi cerita, modal sejak permulaan syarikat Oh! Media dibuka sehingga kini, telah melebihi RM20,000. Saya tahu, rata-rata ahli perniagaan akan mula mencari pelabur untuk memulakan syarikat mereka tapi saya cuba untuk berdiri dengan kaki sendiri kerana tidak mahukan sebarang isu dikemudian hari. (more…)

Posted on 29 October '11 by , under Hidup Khai, Istimewa, Motivasi. 62 Comments.