Ada Apa Dengan New iPad (iPad3/iPadHD)

Assalamualaikum kepada pembaca Justkhai yang dirindui. Dah macam surat cinta. Haha. Artikel yang akan korang baca kat bawah ni nanti sebenarnya dah berbulan jadi pekasam dalam blog ni. Ada beberapa sebab kenapa Khai tak publish artikel ni awal-awal. Ini kerana kurangnya contoh-contoh video dan gambar untuk dikongsikan. Rasa tak best kalau nak berkongsi sesuatu pada orang lain, tapi tak lengkap. Tapi disebabkan takut cerita pasal iPad 3 ni pun dah basi dan korang pun tak heran lagi nak baca, ada baiknya kalau Khai publish ajelah. Harap-harap dari artikel yang Khai rasa “tak siap” ni, adalah satu dua info bermanfaat yang dapat disampaikan. InsyaAllah still ada 🙂

Kalau salah tolong tunjukkan ya?

Sebenarnya tak rajin nak tulis review pasal New iPad ni memandangkan tak banyak perkara baru pun yang nak diceritakan dan kebanyakkannya korang sendiri dah tahu melalui bacaan di tempat lain. Kalau di Oh! AppleMY, dah ada pun artikel tentang 10 perkara yang perlu anda tahu tentang New iPad. Dan kalau korang nak baca review Khai pasal iPad2 pun, boleh lagi sebab tak banyak beza.

Tapi disebabkan ramai yang minta untuk Khai keluarkan juga review New iPad ni di blog ni, so here it is! Kata mereka kalau review di blog Justkhai ni, lain macam sikit. Apa yang lain macamnya, entahlah. Ada-ada je korang ni. Apapun bagi tidak mengecewakan mereka yang inginkan review ini, berikut adalah sedikit sebanyak perkara tentang New iPad yang boleh Khai coretkan. Semuanya jujur ya dari pandangan seorang pengguna Apple dan produknya. Khai bukan fanboy/ifag atau sebagainya. Tak faham bila kita gunakan produk Apple, orang akan gelarkan macam tu. Saya ni anak orang kampung je. Cari duit sendiri nak beli semua ni dan bila saya beli something, tentulah saya akan gunakan seberapa manfaat yang boleh. So, tak baiklah cakap macam tu. Hehe. (more…)

Posted on 25 June '12 by , under Apple, Gadget. 86 Comments.