Ada Apa Dengan New iPad (iPad3/iPadHD)

1,314 views | Hantar ke Twitter! | Cetak Artikel Ini

Assalamualaikum kepada pembaca Justkhai yang dirindui. Dah macam surat cinta. Haha. Artikel yang akan korang baca kat bawah ni nanti sebenarnya dah berbulan jadi pekasam dalam blog ni. Ada beberapa sebab kenapa Khai tak publish artikel ni awal-awal. Ini kerana kurangnya contoh-contoh video dan gambar untuk dikongsikan. Rasa tak best kalau nak berkongsi sesuatu pada orang lain, tapi tak lengkap. Tapi disebabkan takut cerita pasal iPad 3 ni pun dah basi dan korang pun tak heran lagi nak baca, ada baiknya kalau Khai publish ajelah. Harap-harap dari artikel yang Khai rasa “tak siap” ni, adalah satu dua info bermanfaat yang dapat disampaikan. InsyaAllah still ada πŸ™‚

Kalau salah tolong tunjukkan ya?

Sebenarnya tak rajin nak tulis review pasal New iPad ni memandangkan tak banyak perkara baru pun yang nak diceritakan dan kebanyakkannya korang sendiri dah tahu melalui bacaan di tempat lain. Kalau di Oh! AppleMY, dah ada pun artikel tentang 10 perkara yang perlu anda tahu tentang New iPad. Dan kalau korang nak baca review Khai pasal iPad2 pun, boleh lagi sebab tak banyak beza.

Tapi disebabkan ramai yang minta untuk Khai keluarkan juga review New iPad ni di blog ni, so here it is! Kata mereka kalau review di blog Justkhai ni, lain macam sikit. Apa yang lain macamnya, entahlah. Ada-ada je korang ni. Apapun bagi tidak mengecewakan mereka yang inginkan review ini, berikut adalah sedikit sebanyak perkara tentang New iPad yang boleh Khai coretkan. Semuanya jujur ya dari pandangan seorang pengguna Apple dan produknya. Khai bukan fanboy/ifag atau sebagainya. Tak faham bila kita gunakan produk Apple, orang akan gelarkan macam tu. Saya ni anak orang kampung je. Cari duit sendiri nak beli semua ni dan bila saya beli something, tentulah saya akan gunakan seberapa manfaat yang boleh. So, tak baiklah cakap macam tu. Hehe.

Khai beli New iPad ni baru lagi tak sampai seminggu iaitu pada hari pertama New iPad ni mula dilancarkan secara rasmi di Malaysia. Masa tu salah seorang saudara pengarang di Oh! AppleMY (Shibli), beratur di KLCC seawal jam 4 pagi untuk dapatkan New iPad ni. Dalam jam 8 pagi macam tu Khai call dia minta tolong ambilkan satu lagi tiket. So dalam jam 10 pagi macam tu Khai ke KLCC dan teruslah angkat New iPad ni pada harga RM1899 sahaja. Spec yang Khai ambil ni adalah 16gb WiFI + 4G. Well, dah lebih dari cukup sebenarnya.

Dari iPhone sampai ke iPad, Khai mesti beli yang 16GB sahaja sebabnya setakat ni tak pernah lagi iPhone atau iPad ni penuh. Khai hanya install app yang perlu sahaja dan hanya ada dua tiga game. Itu pun untuk anak saudara dan kawan-kawan main. Untuk movie, Khai memang tak masukkan movie dalam iPad tapi selalu stream movie yang ada dalam iMac dan Macbook Air melalui fungsi Home Sharing (Airplay) terus ke dalam iPad. Dengan cara ni Khai tak perlu nak pakai banyak space dengan mengisi movie yang bukannya nak ditonton selalu pun kan? Selalunya akan tengok untuk jadi ubat tidur je. Baru suku cerita, Khai dah membuta. LOL!

Kenapa korang pun perlu gunakan Airplay? Sebab ianya perlu untuk content-content yang tak selalu korang gunakan. Begitu juga dengan lagu-lagu MP3, Khai buat cara yang sama. Depend pada diri korang kalau korang jenis suka dengar lagu bila kat luar, korang letak la lagu. Kalau macam Khai, tak suka dengar lagu kecuali bila driving sahaja. Home Sharing ni fungsi yang ada pada iTunes. Ini bermakna biarpun korang tak gunakan Macbook atau iMac pun, korang still boleh setting asalkan dalam PC korang yang ada install iTunes dan PC korang tu perlu gunakan point internet yang sama dengan iPad.

Kalau korang ada HDTV dan dilengkapi dengan Apple TV, lagi semua benda korang akan Airplay dari iPad, Macbook atau iPhone terus ke TV. Paling menarik tentulah gambar dan video. Lagi best main game juga boleh dipaparkan terus ke TV tanpa perlukan sebarang sambungan fizikal. Sangat best sebenarnya. Apple TV ni tak jual di Malaysia. Tapi kalau korang nak beli, ramai yang jual di Mudah.My tu. Pergilah search kalau tak caya dan harganya hanya RM400+ sahaja. Cukup murah berbanding dengan apa yang mampu dilakukan Apple TV ni. Untuk yang tak pernah tahu pasal Apple TV, ianya bukanlah sebuah TV keluaran Apple tapi ianya satu device yang disambungkan kepada TV korang.

Jadi itu berkenaan Airplay di mana benda ni yang paling Khai suka dengan produk Apple. Kalau korang dah ada antara iMac, Macbook, iPad, iPhone dan iPod, korang akan nampak bagaimana semua produk ni akan berkongsi segalanya antara satu sama lain. Lagi-lagi dengan kehadiran teknologi iCloud baru-baru ini. Ambil gambar guna iPhone, automatik akan masuk dalam iPad dan Macbook begitu juga sebaliknya.

Berbalik kepada New iPad tadi, design’nya sama sahaja dengan iPad 2. Khai tak kecewa pun bila New iPad ni takde perubahan pada design sebab design sedia ada dah cukup mantap. Jadi New iPad ni, lebih difokuskan pada naik-taraf dari iPad2 itu sendiri. Khai taknak cerita pasal spec dia semua since korang boleh Google sendiri. Apa yang Khai nak kongsikan adalah apa yang Khai lihat dari pandangan mata Khai sendiri antara iPad2 dan New iPad.

1. Kamera

Gambar dari New iPad dengan filter Instagram

Pentingkah kamera pada tablet? Jawapannya subjektif kena ikut si pemakai. Kalau Khai, tak perlukan kamera di tablet pun takpe. Macam gayat je guna tablet ambil gambar. TAPI (ya ada tapinya), sometime bila lalui keadaan yang sukar, mungkin ada gunanya kamera di iPad ni. Contohnya, bila bateri phone dah habis. Nasiblah ada iPad boleh juga ambil gambar saat yang penting sangat tu (kiranya penting sampai kalau tak ambil boleh mati. Haha). iPad yang first dulu takde kamera. iPad2 ada kamera tapi kualiti gambar dia time siang je ok tapi bila malam, aduhai menyedihkan. Di New iPad ni, kamera dia dah dilengkapi dengan 5MP yang sekaligus menjadikan gambar korang berkualiti tinggi. Begitu juga dengan video yang kini dalam hasil rakaman berdefinasi tinggi, HD (1280p) berbanding iPad2, HD (720p).

Di bawah ni beberapa gambar contoh yang sempat Khai ambil. Saiz asal adalah 2592×1936 tapi Khai dah resize jadi 456×341 untuk paparan di dalam blog ni.

Untuk dua gambar di bawah ni, korang boleh klik untuk melihat gambar dengan saiz asal.

Dan ini videonya pula.

Atas ni video mat saleh punya. Khai akan cuba buat rakaman sendiri guna New iPad dan akan kongsikan di sini dalam kadar segera. Nanti check semula ya?

2. Processor

Korang mungkin dah tahu iPad3 kini dilengkapi dengan processor yang lebih tinggi berbanding dahulu. Kalau ipad2 guna A5, untuk New iPad mereka masukkan chip A5X yang memberi kuasa berkali ganda dari sebelumnya. Perbezaan dapat dirasakan bila korang buka banyak-banyak apps, main game yang berat-berat, render video di Ipad dan sebagainya. Tapi perbezaan ketara tu tak nampak sangat since iPad2 pun dah cukup bagus. Sekali hang atau crash pun tak pernah sejak khai gunakan.

3. Display

Display adalah perbezaan terbesar yang ada pada New iPad. Jika iPad2 dilengkapi dengan resolusi 1024-by-768-pixel (132 ppi), New iPad pula dilengkapi dengan 2048-by-1536-pixel (264 ppi) dan memegang rekod resolusi terbesar setakat ini melebihi HDTV walaupun hanya sebuah tablet. Ianya juga Retina Display di mana sikit pixel pun korang takkan nampak dengan mata kasar. Kiranya New iPad ni dilengkapi dengan screen yang sama dengan iPhone 4S.

4. Bateri

Bateri iPad2 dan New iPad, kalau lihat atas kertas kedua-duanya mampu bertahan hingga 10 jam. Tapi dari pengalaman Khai, memang dapat rasa ketara bateri New iPad ni lebih tahan lagi berbanding iPad2 tapi bila bateri dia dah habis, nak charge bukan main lama lagi nak penuh. Jelas bateri New iPad ni berkasiti jauh lebih besar dari iPad2, tapi oleh kerana processor yang lebih laju dan paparan Retina Display, logiknya New iPad akan makan bateri lebih kuat dari yang sebelumnya.

5. Harga

Benda paling penting nak tahu tentulah harganya. Kalau macam Khai punya ni 16GB WiFi + 4G. Harganya RM1899. Kiranya kalau tanpa 4G, harganya RM1499. Ini bermaksud tambahan kepada keupayaan 4G (boleh letak simcard tu), perlukan tambahan RM400. Jadi kalau korang beli yang ada 4G tapi tak pakai pun fungsi tersebut, dah kira membazir. Jadi jangan membazir. Kalau nak beli, fikir panjang-panjang dulu apa kepentingan korang untuk beli dan dari situ dapat korang putuskan mana satu yang paling sesuai untuk korang. Contohnya, iPad2 dulu Khai beli yang WiFi sahaja. Tak boleh masuk SIM Card. Alasan dia sebab Khai jarang online di luar. Selalu online di office, di rumah atau mana-mana tempat yang ada free WiFi sahaja. Untuk New ipad ni, Khai beli yang ada 4G sekali sebab kerja Khai dah memerlukannya terutama bila balik kampung (takde WiFi), jadi ianya sangat membantu.

Atau boleh check harganya di sini.

Jadi ini 5 perkara yang sangat ketara dapat Khai rasakan bila sebelum ini menggunakan iPad2 dan kini New iPad pula. Kalau nak tengok perbandingan lain, boleh ke website Apple sendiri.

Kalau nak penjagaan maksimum pada New iPad korang, Khai sarankan Targus Versavu 360degree ni. Sangat bagus. Harga kalau tak silap RM380 macam tu. Apa yang buat nama dia ada 360degree tu adalah kerana korang boleh layan iPad secara menegak atau melintang selain membuatkan imej korang nampak lebih korporat dan stylo [lihat gambar penggunaan]

Kisah iPad2 pula, dah selamat Khai jual. Untung pembeli tu sebab Khai jual RN700 sahaja dan percayalah, 99% macam baru. Sikit calar dan cop jadi kat skrin pun tak jumpa. Packing pun memang sebiji macam yang belum pernah dibuka. Sebab tu bila beli apa-apa, bukalah baik-baik dan simpan dengan baik kotak dan segala barang dalam kotak tu. Bila nak jual nanti, senang hati tuan baru dia tengok.

Jadi itu sahaja yang dapat Khai kongsikan. Kalau nak beli tu, beli aje terus. Jangan dengar mana-mana pendapat negatif tentang iPad ni. Bila dah pakai sendiri, kita sendiri akan sedar berapa jauhnya iPad meninggalkan tablet-tablet jenama lain. Kalau nak tanya apa-apa berkenaan New iPad ni, boleh lontarkan di bahagian komen di bawah tu ya? InsyaAllah Khai akan jawab selengkapnya. Terima kasih.

Bookmark entri ini

Bookmark

Boleh print kalau nak

 Print Artikel Ini.

Ditulis pada 7:06 pm 25 June '12 dan pastinya oleh . Siape lagi? | 1,314 views
Dalam kategori: Apple, Gadget | Tweet This!

Eat This Google!: , , , , , , ,

RSS feed | Trackback URI

86 Comments »

Comment by penyubiru
2012-06-26 00:14:00

baca review ni terus rasa nak beli ipad3 plak..hehe.. nice sharing & tq πŸ˜€

[Reply]

Khai Reply:

Kalau takde iPad2, ipad3 memang satu pelaburan yang berbaloi. If dah ada iPad2, tak upgrade pun tak mengapa melainkan perlukan kamera ipad yang lebih cantik serta processor yang lebih tinggi. Kalau guna iPad2 pun smooth dan lancar, makanya tak perlukan processor yang tinggi pun tak mengapa. Hehe.

[Reply]

..
Comment by Khai
2012-07-06 08:57:52

Comment by Aqif Azizan
2012-06-26 00:17:18

Satu lagi ulasan produk Apple yang baik dan berpengaruh. Terima kasih Khai atas penerbitan artikel ini.

Satu lagi maklumat penting adalah berat The New iPad. Beratnya agak ketara jika dibandingkan dengan model sebelum ini.

Keputusan pembelian tetap terletak pada tangan mereka yang benar-benar ingin memilikinya.

Terima kasih sekali lagi Khai. πŸ˜‰

[Reply]

Khai Reply:

Terima kasih saudara Aqif,

Saya hanya berkongsi dari pengalaman sendiri sahaja. Terima kasih kerana membantu melengkapkan apa yang tertinggal dalam review kali ini. Tak teringat pula tentang berat tu.

[Reply]

..
Comment by Khai
2012-07-06 08:58:38

Comment by Faisal Reza
2012-06-26 01:15:11

Salam, review yang best seolah-olah bila baca rasa macam nak beli jer New iPad ni. hehe.

Review seperti ini memang penting kepada ramai orang supaya dapat maklumat sama ada produk yang kita nak tu sesuai dengan keperluan kita atau tak.

P/s : Lepas ni kalau keluar iPad baru, jangan lupa reserve iPad Khai kat saya. πŸ™‚

[Reply]

Khai Reply:

Hehe. Saja bikin panas. LOl!! Haha tak la. Harap perkongsian ni dapatlah memutuskan mana yang lebih baik kepada mereka yang sedang berkira-kira ingin beli ipad atau mana-mana tablet jenama lain. Apapun jenamanya, semuanya ok asalkan kita boleh buat kerja dengan baik melalui apa yang kita beli.

[Reply]

..
Comment by Khai
2012-07-06 08:59:27

Comment by Anuar
2012-06-26 01:27:45

Salam..

Satu entri yang padat dengan info yang sangat menarik tentang IPAD 3..

Tiba-tiba rasa teringin nak beli IPAD 3. hehehe.. πŸ˜‰

[Reply]

..
 
Comment by Sukacuka.com
2012-06-26 02:33:13

terlepas beli ipad2 Khai tu. =(

[Reply]

..
 
Comment by the red rambutan
2012-06-26 02:43:48

Alhamdulillah, dah beli New iPad (iPad 3 32gb hitam) ni 3 minggu lepas, sebelum post ini ditulis ehem. , dan memang sangat puas hati, terutama dengan Retima Display dan 5mp camera tu, sebab saya memang suka ambil gambar di mana sahaja. iPad 2 masih digunakan, tapi tidak lagi untuk ambil gambar.

[Reply]

Khai Reply:

Retima Display? Retina Display la. Hehee. Typo la tu. Btw ya, memang puas hati. Saya pun sangat-sangat puas hati. hehe.

[Reply]

..
Comment by Khai
2012-07-06 09:00:03

Retima Display? Retina Display la. Hehee. Typo la tu. Btw ya, memang puas hati. Saya pun sangat-sangat puas hati. hehe.

[Reply]

..
 
Comment by Omar
2012-06-26 04:54:15

Terlepas nak beli iPad2 tu, RM 700 pulak~ :bloody: =( =(

[Reply]

..
 
Comment by Ummiqaiser
2012-06-26 07:13:50

Am reading ur entry through my new i pad πŸ˜‰
X abih xplore lg tablet ni…..

[Reply]

..
 
Comment by ezwan
2012-06-26 07:13:54

nk tnya mcm mn nk guna massage dlm ipad ni..nk antr n terima msg x blh dgn member yg guna ipad gak

[Reply]

Khai Reply:

Pastikan lihat2 setting Message dulu. Pastikan juga dah login Apple ID anda. Nak message dengan ipad member tu, hantarkan ke email yang dia gunakan untuk login ke App Store.

[Reply]

..
Comment by Khai
2012-07-06 09:00:58

Pastikan lihat2 setting Message dulu. Pastikan juga dah login Apple ID anda. Nak message dengan ipad member tu, hantarkan ke email yang dia gunakan untuk login ke App Store.

[Reply]

..
 
Comment by fizah poland
2012-06-26 07:26:25

Assalamualaikum. Sambil tengok komen kat fb tgk ada artikel baru dr sini. Well done! v. informative. Nak beli satu pasni~huhu.. πŸ™‚

[Reply]

..
 
Comment by Finalcross
2012-06-26 10:38:35

Terbukti fungsi kamera dengan 5MP pada ‘The New iPad’ ni sangat mengagumkan. Warna yang begitu terang & imej lebih tajam. Nice! =)

[Reply]

Khai Reply:

Yes! Antara apa yang paling ketara antara iPad2 dan iPad3 (New iPad) selain Retina display.

[Reply]

..
Comment by Khai
2012-07-06 09:01:50

Yes! Antara apa yang paling ketara antara iPad2 dan iPad3 (New iPad) selain Retina display.

[Reply]

..
 
Comment by Owh.My
2012-06-26 10:43:50

terima kasih di atas review new ipad nih..
lepas nih nak beli satu lah
kalau dari segi syarikat telco, yg mana terbaik untuk pelan data internet yer..?

[Reply]

Khai Reply:

Saya sarankan anda lihat pakej yang DiGi berikan. Lebih berbaloi.

[Reply]

..
Comment by Khai
2012-07-06 09:02:10

Saya sarankan anda lihat pakej yang DiGi berikan. Lebih berbaloi.

[Reply]

..
 
Comment by arnamee
2012-06-26 11:04:40

suka review new ipad ni ,lupa bawa kamera pun still ok, tapi dapat ipad 1 pun belum berpeluang lagi. pepun good review khai:)

[Reply]

Khai Reply:

Thanks Arnamee. Ya dah ada New iPad ni, kalau terlupa bawa kamera pun tak ape. Hehe. Begitu juga dengan iPhone 4S.

[Reply]

..
Comment by Khai
2012-07-06 09:02:36

Thanks Arnamee. Ya dah ada New iPad ni, kalau terlupa bawa kamera pun tak ape. Hehe. Begitu juga dengan iPhone 4S.

[Reply]

..
 
Comment by Moshed
2012-06-26 21:41:09

Terbaik betul gambar daripada New iPad ni.. tak pernah lagi ada barang Apple.

[Reply]

Khai Reply:

Suatu hari nanti, cubalah gunakan. Macam saya dulu, dari haters Apple, sekarang dah jadi pengguna semua produk mereka. Rasa menyesal sebab tak gunakan lebih awal.

[Reply]

..
Comment by Khai
2012-07-06 09:03:05

Suatu hari nanti, cubalah gunakan. Macam saya dulu, dari haters Apple, sekarang dah jadi pengguna semua produk mereka. Rasa menyesal sebab tak gunakan lebih awal.

[Reply]

..
 
Comment by Sara
2012-06-27 05:23:40

Memang lengkap ulasan ni. Sampai penat nak membaca. Papepun, thanks Khai.

[Reply]

Khai Reply:

Saya kalau nak buat artikel ringkas, sedar-sedar mesti dah panjang menjela. Maaf kalau penat nak baca. Hehe. Apapun terima kasih sebab sudi baca sampai habis. Ingatkan skip terus ke rangkap akhir tadi. Hhaha.

[Reply]

..
Comment by Khai
2012-07-06 09:03:41

Comment by zool
2012-06-27 07:30:14

den belum rajin nak layan gajet2 ni..
maklumlah orang kampung ngaji tak tinggi. πŸ™

[Reply]

Khai Reply:

Saya pun orang kampung gak. Disebabkan kerana minat (dan kepenggunaan yang memerlukan), saya usaha kaw-kaw punya untuk dapatkan semua gadget2 impian saya. Alhamdulillah, dipermudahkan Allah SWT.

[Reply]

..
Comment by Khai
2012-07-06 09:04:22

Comment by sarah
2012-06-27 12:38:25

salam alaik khai..
sy diberi link oleh kwn sy tentang blog ni..
so sy pun bacalah..
n article sgt menarik tntg ipad2 n 3..
congratulations πŸ˜€

nway cuma perlukan pendapat sikit boleh?
since khai dah pernah guna both ipad..
sy nak beli tapi tak tahu yg mana satu..
actually sbb utama sy nak beli sbb nak guna masa dalam lectures je..
sy xpandai techno2 ni sgt, laptop yg ada pun hanya guna utk print lecture notes..n maybe few stuffs mcm photoshop sikit2..tu je..

jadi rasanya mcm mana?
thank you very much πŸ˜€

[Reply]

Khai Reply:

Waalaikumsalam Sarah,

Berkenaan soalan anda, disebabkan harga iPad2 dan New iPad (ipad3) tak jauh beza, saya sarankan anda ambil model terbaru terus (New iPad) kerana lebih hebat features’nya berbanding generasi yang terdahulu. Saya juga nak ingatkan, ipad ni untuk kerja ringan-ringan sahaja. Begitu juga dengan mana-mana tablet lain. Kalau nak guna seperti fungsi sebuah laptop (guna photoshop, msoffice etc), memang tak kena pada tempatnya.

Harap penjelasan ini membantu sedikit-sebanyak keputusan anda ya.

[Reply]

..
Comment by Khai
2012-07-06 09:06:16

Comment by Osman
2012-06-28 10:32:53

Salam saya mahu tanya pada khai :-

1) boleh tak kita letak application ‘whatsapps’ kat the new ipad ni.

2) the new ipad ni boleh tak kita jadikan sebagai ‘modem’/ ‘hotspot’? means, smartphone atau notebook lain boleh tak online guna wireless kat the new ipad ni? thank you.

[Reply]

Khai Reply:

Salam Osman, untuk WhatsApp tu boleh jika iPad anda boleh masuk simcard (4G). Begitu juga dengan hotspot perlukan iPad yang ada simcard. Jadi jawapan untuk kedua-duanya adalaj boleh sangat-sangat! Hehe.

[Reply]

..
Comment by Khai
2012-07-06 08:50:17

Comment by soutulmujahid.com
2012-06-28 10:42:13

wow! aku terpesona dgn kualiti gambarnya! amazing! betol ke ko x edit??? mcm edit je

[Reply]

..
 
Comment by shahroll photo
2012-07-01 08:35:41

pembaca senyap mula bersuara.. muahhahaha~
nice post! setiap posting bro tak mengecewakan… thumbs up!

[Reply]

Khai Reply:

Hahaha. Terima kasih. Lepas ni takyah la senyap-senyap sangat lagi ye? Hehe.

[Reply]

..
Comment by Khai
2012-07-06 09:06:47

Hahaha. Terima kasih. Lepas ni takyah la senyap-senyap sangat lagi ye? Hehe.

[Reply]

..
 
Comment by samanosuke_04
2012-07-02 10:03:16

byknyee duit ko khai.. hehe main2 jer bleh beli ipad3… hehe kalo aku nak beli iphone pun pikir 2-3 ratus kali.. huhu

[Reply]

Khai Reply:

Alhamdulillah. Ada rezeki lebih sikit dapatlah beli apa yang diidamkan. Rezeki Allah saya pinjam sahaja dan gunakan untuk perkara yang selayaknya. Hehe.

[Reply]

..
Comment by Khai
2012-07-06 09:07:18

Alhamdulillah. Ada rezeki lebih sikit dapatlah beli apa yang diidamkan. Rezeki Allah saya pinjam sahaja dan gunakan untuk perkara yang selayaknya. Hehe.

[Reply]

..
 
Comment by Epi
2012-07-04 14:57:48

Salam.. Khai, boleh tak buat review untuk “50 Must-Have iPad Apps”. Teringin nak tahu apps yang sering digunakan oleh Khai dalam seharian.. Terima kasih.

[Reply]

Khai Reply:

Salam. Wow, insyaAllah.

[Reply]

..
Comment by Khai
2012-07-06 08:47:29

Salam. Wow, insyaAllah.

[Reply]

..
 
Comment by niesya
2012-07-08 15:29:34

ermmm…baru berjinak2 nk guna ipad…tp,tak tahu nk beli yang mana…with 4g + cellular or just 3g shj..sbb,kt area umh ni,3g pun masih lemah…berminat 4g tu sebab ada gps…adakah function gps tu berfungsi mcm mini gps yg kita beli berharga 200lebih tu..??hehehe

[Reply]

Khai Reply:

Untuk iPad, macam kureng sikit untuk GPS ni melainkan internet betul2 laju (since dia bukan macam device GPS terbina). Pendapat saya, elok beli WiFi + 4G. Biarpun 3G/4G di kawasan anda lemah, suatu hari nanti bila dah upgrade, tentu ipad anda akan lebih dapat dimanfaatkan. Atau anda pergi ke mana-mana pun senang nak online. Tak perlu asyik nak cari free wifi sahaja. Hehe

[Reply]

..
Comment by Khai
2012-09-01 19:19:22

Comment by nico
2012-07-11 19:38:22

new ipad ade iwork x macam word,excel n powerpoint?
kalo ade kena beli kt apps store ke dh mmg build in?

[Reply]

Khai Reply:

Hi Nico, yang itu kena beli di App Store. Tiada build-in.

[Reply]

..
Comment by Khai
2012-09-01 19:16:11

Hi Nico, yang itu kena beli di App Store. Tiada build-in.

[Reply]

..
 
Comment by ash kutcher
2012-07-12 03:13:43

pensil case kaler pink tuh..hahaha..den x memilik ipad, tp den selalu la godek2 ipad2 kak ipa den..ipad ni satu je yang den kagum..bateri die tahan lama killers..tp nak ngecas bagi penuh pon lama jugak la..

[Reply]

..
 
Comment by apapaje
2012-07-22 17:41:32

cantik..

[Reply]

..
 
Comment by ardy maliki
2012-07-23 16:21:52

pas je bace blog ni…terus sy beli new ipad….hehe….ulasan yang terbaik…em khai…nak tye ni….camne erk nak transfer music, video o ape2 file dari pc ke ipad….pening pale ni…maklumlah…penggune ipad junior…huhuh…. :[

[Reply]

Khai Reply:

Hi Ardy, wajib untuk download iTunes dulu. Lepas dah masuk lagu dalam iTunes, baru cucuk iPad anda dan transfer segalanya. Benda ni kalau orang yang baru guna akan rasa sukar sedikit. Bila dah mahir nanti, akan rasa ianya amat memudahkan, tersusun dan sangat efisyen.

[Reply]

..
Comment by Khai
2012-09-01 19:12:52

2012-07-25 09:26:30

bile la sy blh dpt ipad nih..hehehe

[Reply]

..
 
Comment by Cahaya
2012-07-27 01:05:05

Subhanallah… hebat betul Allah swt menciptakan otak manusia yang superb dan manusia itu pula mencipta iPad yang canggih… Allah Maha Hebat! :8

[Reply]

Khai Reply:

Ya tentunya. Apa sahaja yang ada di dunia ini, semua dariNya. Tinggal manusia untuk menggunakan apa yang dah diberinya kepada sesuatu yang lebih baik dan memudahkan urusan dalam kehidupan.

[Reply]

..
Comment by Khai
2012-09-01 19:11:54

Ya tentunya. Apa sahaja yang ada di dunia ini, semua dariNya. Tinggal manusia untuk menggunakan apa yang dah diberinya kepada sesuatu yang lebih baik dan memudahkan urusan dalam kehidupan.

[Reply]

..
 
Comment by aiman
2012-08-02 06:11:54

sy nk tnye beze ipad 2 n the new ipad adakah due2 model mengguna kn micro sim??di ipad still ade installous ke??or just gne app cake??sy pngguna iphone so sy taw serba sedikit…cme x pnah pkai ipad g…dan mngkin nk cbe…tpi sy nk taw dri org yg da pkai//

[Reply]

Khai Reply:

Hi Aiman. Semua jenis ipad samaada ipad, ipad 2 mahupun New iPad, semuanya ada micro sim kerana ianya dijual dalam beberapa jenis yang berbeza. Kalau beli yang WiFi sahaja, maka tiadalah microsim tu. So kalau nak beli yang ada microsim, beli iPad yang ada WiFi + 4G. Pasal jailbreak semua tu, semuanya boleh samaada di ipad mahupun iPhone. Juga iPod Touch.

[Reply]

..
Comment by Khai
2012-09-01 19:09:09

Comment by Faris
2012-08-02 16:42:14

Aku mengaku The New iPad memang best cuma rezeki aku belum sampai lagi untuk memilikinya. DiGi iData untuk iPad memang terbaik murah & puas hati. Skang ni aku tgh tunggu iPhone 5 je… my first model in Apple family.. =)

[Reply]

Khai Reply:

Keep it up!

[Reply]

..
Comment by Khai
2012-09-01 19:07:36

Keep it up!

[Reply]

..
 
Comment by aiman
2012-08-06 04:53:59

lg stu snang ke nk jailbreak

[Reply]

..
 
Comment by Muhamad Syafqi
2012-08-07 17:05:01

Tq khai 4 the nice info… πŸ˜€

[Reply]

..
 
Comment by Lia
2012-08-08 14:16:06

Salam khai
Nk tanya ,sy baru bli New iPad .knapa nk try camera ,dia jd mcm noisy .dh bka blut plastik ni pun jd mcm noisy . Knapa eks?

[Reply]

Khai Reply:

Salam Lia, pelik juga sebab kalau gambar waktu siang, memang sepatutnya macam gambar yang saya tunjuk tu. Tapi kalau malam, noisy tu benda normal even kamera pada mana-mana smartphone sekalipun. Kena lighting yang cukup baru best!

[Reply]

..
Comment by Khai
2012-09-01 18:56:31

Comment by memey
2012-08-12 05:42:06

memey memang nak rembat ipad3 ni..tp abg norman tak kasi la…die cakap ipad ni mahal. die suruh memey beli leappad jer.

[Reply]

Khai Reply:

Siannya memey. Mohon derma dari orang Tenggaroh. Hehe

[Reply]

..
Comment by Khai
2012-09-01 18:53:15

Siannya memey. Mohon derma dari orang Tenggaroh. Hehe

[Reply]

..
 
Comment by nadia
2012-08-22 09:03:13

hi khai, ade 1 soalan. sy ade bace review byk yang complain pasal wifi yg selalu putus on new ipad ni. so khai pakai macamane pulak ye ? πŸ™‚ boleh share tak.

[Reply]

Khai Reply:

Hi Nadia, setakat ni saya tak pernah rasa lagi problem yang begitu. Org yg putus2 tu bukan problem ipad tu. Tp mungkin ada setting kena jenguk2 pada router.

[Reply]

..
Comment by Khai
2012-09-01 18:52:15

Hi Nadia, setakat ni saya tak pernah rasa lagi problem yang begitu. Org yg putus2 tu bukan problem ipad tu. Tp mungkin ada setting kena jenguk2 pada router.

[Reply]

..
 
Comment by Sue
2012-08-23 00:26:11

Khai, tq for the info…gmbr2 yg diambik tu semuanya guna instagram ke?

[Reply]

Khai Reply:

Hi Sue, sama-sama. Gambar yang guna Instagram adalah gambar rumah dari atas tu je (seperti yang dinyatakan). Yang lain tu guna camera terbina dalam iPad. Kalau apply filter Instagram memang lagi terbaik la jawapan dia. Hehe.

[Reply]

..
Comment by Khai
2012-09-01 18:51:13

Comment by Faizal
2012-08-29 06:02:26

Aku ada The New I pad .. sampai skunk macam menyesal sebab beli tanpa Wi Fi … huhu bosan kalau tak dak Wi Fi tapi masa beli status kewangan dipikir pikir kan … so sesapa nak beli just tolong beli yang ada Wi Fi … dan pikirkan untuk beli yang 64 GB jugak sebab lepas beli camera connector tu memang seronok dok transfer gambar tapi space tak banyak . πŸ˜†

[Reply]

Khai Reply:

Bukan semua memang ada WiFi ke? Yang membezakan, ada yang ada 3G dengan yang takde je. Kan?

[Reply]

..
Comment by Khai
2012-09-01 18:16:04

Bukan semua memang ada WiFi ke? Yang membezakan, ada yang ada 3G dengan yang takde je. Kan?

[Reply]

..
 
Comment by aNwAr
2012-09-10 11:26:15

iPad 3 boleh letak SIM card biasa x ? mcm SIM card MAXIS, DiGi & CELCOM utk call dgn SMS ? atau pun cuma boleh guna SIM card pelan postpaid yg kita guna bayar bulan-2 tu ?
Mohon penerangan.. sbb masih bru dlm The New iPad ni.. πŸ™‚

[Reply]

..
 
Comment by Cik Nurfarah
2012-09-15 15:58:38

Memang berhajat nak beli benda ni tapi kena dapat green light dari ayah hehehe. Pelaburan y bsr juga utk beli benda ni sebab sy seorang student. πŸ™‚

[Reply]

..
 
Comment by aiman
2012-09-20 04:58:13

oke thx 4 info…anyway da beli ipad 2 je..lgpown x byk prbezaan..lpas ni trget 4s or 5 plax…heee..

[Reply]

..
 
Comment by kak dila
2012-09-25 18:33:32

salam sejahtera untuk khai….

akak baru ada ipad1…tu pun beli seken kat mudah…dan itupun buat mainan anak2…paling addict ngan ipad skang ni… anak paling kecik umur 3 tahun…sambil makan pun tengok ipad… tidur pun peluk ipad…belajar tulis abc pun dengan ipad…jari2 kecik dia pantas slide dan touch atas skrin ipad….

[Reply]

Khai Reply:

Budak2 sekarang ye kak? Kita dulu pun kalau lahir2 dah di zaman iPad, maunya kita semua pun layan iPad masa kecil. Hehe.

[Reply]

..
Comment by Khai
2012-10-06 21:33:08

Budak2 sekarang ye kak? Kita dulu pun kalau lahir2 dah di zaman iPad, maunya kita semua pun layan iPad masa kecil. Hehe.

[Reply]

..
 
Comment by jasmine
2012-10-14 10:27:54

salam khai, pd pndpt khai, mana yg lebih baik ? samsung galaxy note 10.1 atau new ipad ?

[Reply]

Khai Reply:

Saya dah biasa dengan barang Apple jadi saya akan pilih New iPad berbanding Galaxy Note. Kalau anda dah biasa dengan Android, Galaxy Note memang tepat untuk anda.

[Reply]

..
Comment by Khai
2012-10-19 14:35:43

Saya dah biasa dengan barang Apple jadi saya akan pilih New iPad berbanding Galaxy Note. Kalau anda dah biasa dengan Android, Galaxy Note memang tepat untuk anda.

[Reply]

..
 
Comment by hisyam
2012-10-25 01:20:13

salam bro, saya terkesima lihat your profile psl ipad nie, good info. saya beminat nak gi beli iPad3 16g tp macammana nak kenal ori ke tak? saya dah survey tp risau kena tipu maklumlah org baru nak jinak2 ngan dunia ipad nie πŸ˜€ .

[Reply]

Khai Reply:

Barang Apple tentunya ori melainkan made in china. Beza dia cukup dengan lihat skrin. Kalau skrin cantik gila, tilah iPad3. Kalau skrin kabur2, tu china la tu. Hehe.

[Reply]

..
Comment by Khai
2012-11-08 03:20:24

Barang Apple tentunya ori melainkan made in china. Beza dia cukup dengan lihat skrin. Kalau skrin cantik gila, tilah iPad3. Kalau skrin kabur2, tu china la tu. Hehe.

[Reply]

..
 
Comment by Badryis
2012-10-25 19:14:20

Khai , btul ke apple dh launch iPad 4th generation ?
ada info tk bila nk launch dkt malaysia ?

[Reply]

..
 
Comment by adea
2012-11-05 01:41:57

nak tnya,
baru je beli ipad3 semalam. macam mana nak masukkan word/excel/powerpoint file ke dalam ipad dr computer. mcm x boleh nak tranfers??? or kena install app download dulu? tq

[Reply]

Khai Reply:

Hi Adea,

Perlu install apps dahulu sepereti Apple Pages dan sebagainya. Refer artikel ini: http://www.macworld.com/article/1151397/word_ipad.html

[Reply]

..
Comment by Khai
2012-11-08 03:10:41

Hi Adea,

Perlu install apps dahulu sepereti Apple Pages dan sebagainya. Refer artikel ini: http://www.macworld.com/article/1151397/word_ipad.html

[Reply]

..
 
Comment by lin
2012-11-13 02:32:23

salam..
sy engt nk bli ipad 2 koz dnga2 ipad 3 cam bnyk prob.. nk tnye ckit ni..lau nk bli ipad btter bli kat apple store tau kdai biasa?? n bbter jailbreak atau x?? knfius la.. koz org apple 2 ckp lau jb wranty burn.. pliz help me. πŸ™

[Reply]

..
 
Comment by xmin
2012-11-13 04:21:00

Review yg membantu aku memahami apa itu iPad 3.. hahaha..
Good job bro.. 2 thumbs up…!

[Reply]

..
 
Comment by Razwan
2012-12-15 00:51:13

Salam broo,nk tya mcm mna nk upload gambr dri photo new ipad ke mudah.my…sbb bile sye bkk mudah.my..new ipad ni mcm x bleh detect folder photo tu.

Minta bantuan

[Reply]

..
 
Comment by Ain
2012-12-31 18:04:43

macam mana nak pindahkan lagu dari let top toshiba ke ipad????huhu…kecewa…x reti gne… =(

[Reply]

..
 
Comment by Azira_kakya
2013-01-03 00:12:06

salam sy dpt present dr my dad IPAD2 mula2 i nk new ipad tp bos dia ckp new ipad cpt pnz…btl ke?

[Reply]

..
 
Comment by Adam
2013-01-10 05:06:22

Salam, nk tanya laa kan !
dalam pelaburan Yg besar unt Ipad ni kita takut terbeli yg tiruan.
So apa komen Khai?? then, mcm mana nk tau Ipad Asli atau tiruan sbb aritu ada tengok kat seng heng Made in China..
ermm !
ni ada link unt artikel gajet palsu
http://www.ammboi.com/2011/07/22/kedai-palsu-jual-gajet-apple/

[Reply]

..
 
Comment by Alif
2013-01-10 08:31:11

rugi x r beli ipad 2 time skrng ni..?? :oups:

[Reply]

..
 
Comment by yana
2013-04-04 01:43:38

Ye rugi, sbb skrg dah ipad 4.

[Reply]

..
 
Comment by daus
2013-04-24 01:31:40

baik beli ipad 4 best jugak sbb aku dh pakai

[Reply]

..
 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
Your URL
Your Comment (smaller size | larger size)

Trackback responses to this post

Apa Entri sebelum dan selepas entri ini?