Hakikat selepas menonton Geng: Pengembaraan Bermula


Seperti yang di’ura-ura’kan sebelum ini, dan Alhamdulillah, petang tadi Khai berkesempatan juga menonton Geng: Pengembaraan Bermula walaupun dihujung-hujung tanduk. Hehehe. Kenapa hujung tanduk sebab Khai sampai KLCC pukul 4:25 petang di mana lagi 5 minit je wayang nak mula. Nasib la ada iklan-iklan annoying before wayang start tu.

Tiket yang Khai reserved macam dalam entri sebelum ni pun sia-sia sebab kalau dah lagi 5 minit wayang nak start, memang diorang dah delete database untuk reservation. Nak tak nak Khai kena la beratur untuk dapatkan tiket. Nengok kat screen, aiseyman.. Geng dah FULL lah! tak payah cakap banyak, wayang pukul 4:30 petang pada hari kerja (Khamis) pun boleh full beb! Kalaulah cerita ni ditayangkan time cuti sekolah? Tak ke haru?!

Nasib ada lagi dua kosong untuk Khai dan “teman” Khai. Tapi tak dapat sebelah-sebelah lah tapi still depan dan belakang (G4 dan H3). Still dapat share pop corn. Jimat duit gua tak yah beli dua pop corn. Hehehe. Masuk je wayang, perghhh… penuh tu. Paling ramai budak-budak lah. Rasanya ada yang umur 3 4 tahun pun join sekali kot. Tahniah untuk mereka yang berjaya bawak anak-anak pada hari pertama tayangan. Ok, untuk meringkaskan entri yang patutnya panjang ni, Khai bahagikan kepada dua point.. kelebihan dan kekurangan. Tapi ingat, pandangan ni subjektif bagi setiap orang dan ini adalah pandangan Khai yang mempunyai background Multimedia di mana Khai lebih titik beratkan penghasilan animasi tu sendiri termasuk jalan cerita dan sound effect.

Kelebihan Geng: Pengembaraan Bermula

– Jalan cerita yang langsung tidak membosankan walau sesaat pun! Seriously!!

– Rendering yang tersangat-sangat cantik dan bagi Khai ianya setaraf dengan hasil ciptaan Disney mahupun Pixar.

– Tiada langsung pergerakkan kaku seperti yang dapat korang lihat pada kartun Usop Sontorian dan sebagainya.

– Jalan cerita penuh lucu hingga Khai boleh ketawa sampai meleleh air mata. Lagi-lagi part Rajoo cakap “Upin!! Pikir masa depan”.. dan kemudian diorang jatuh juga ke bawah bukit. Hahaha. Sengal betul si kembar comel tu.

– Sound effect yang cukup superb. Super superb! Mungkin bukan pada keseluruhannya tapi overall, cukup bagus.

– Teknik “matrix” ketika Lim berluma motor dengan Badrol dan juga ketika kepala Upin hampir dihempap batu.

– Mesej yang disampaikan, sangat-sangat berkesan untuk sesiapa sahaja.

dan kekurangan’nya? (more…)

Posted on 13 February '09 by , under Daily Craps. 130 Comments.