Kenapa Kita Perlu Boikot Crocs?

Salam to all reader, oleh kerana pandangan peribadi Khai sebelum ini mengenai isu boikot orang melayu yang selalunya bermusim telah menjadi kenyataan. Khai juga orang melayu dan cuba sedapa upaya untuk lari dari terikut-ikut. Isi Crocs telah pun redha secara mendadak selepas tibanya semula musim boikot Israel kerana serangan ke atas kapal bantuan ke Gaza itu hari. Apatah lagi isu Sodomi Anwar Ibrahim, Altantuya, Memey Suhaiza, Fasha Sandha, pelajar ditembak polis di Shah Alam dan pelbagai lagi isu yang lain.

Dear myBLOG, Sebagai seorang yang bebal dan tak berapa tinggi ilmu agama, aku memang tak pandai nak bermadah-madah mengenai apa yang fikir dan bayangkan. Mungkin apa yang aku tulis selalunya “straight to ampang point” yang kemudiannya disalah ertikan dan menjadi bahan artikel baru blogger-blogger lain yang sejak azalinya, memang membenci aku sepenuh hati.

Ketika saat aku menulis mengenai PERSEPSI AKU mengenai isu Crocs, terlalu ramai yang menghentam aku walhal sebuta-buta hati aku pada agama, bukanlah tidak mampu untuk diterangi langsung.

Dah banyak pembacaan dari mereka yang tinggi Ilmu agamanya berbanding kita semua tidak menyokong kempen boikot-memboikot ini. Dari pembacaan dan pertanyaan, semuanya sama sahaja. Mengapa kita perlu terikut-ikut omongan kosong mereka yang entah hafal doa Qunut atau tidak? Apa lagi jenis mereka yang bina blog dan mendedikasi’kan hidupnya untuk menjatuhkan orang lain. (more…)

Posted on 17 June '10 by , under Hidup Khai, Religion, Tergempar. 36 Comments.