Seminggu tersungkur bagaikan bertahun lamanya


Alamak. Sohai la. Justkhai down lama-lama. Hehe. actually, blog ni tak ke mana-mana pun cuma dia sambut April Fool lebih awal. Tapi bila hari sebenar April Fool, rajin plak dia tak down ye tak? Eh, April Fool haram dowh!

Hurm, yang sebenarnya bandwidth Justkhai bulan ni sangat kritikal coz Khai terpaksa melakukan pemindahan OH! Tidak ke hosting DataKL atas tajaan Oh! Bulan. Oh! Artis juga dah pun selamat masuk ke Fivio Hosting. Alhamdulillah, akhirnya Justkhai dapat conquer hosting di Exabytes yang hidup segan mati tak mahu ni sorang-sorang (boleh biol kalau 4 5 website bawah Exabytes).

Lepas ni harap 300GB takkan la habis lagi. Boleh share dengan korang macam-macam software dan MP3 terbaru kan? Agak kurang Khai buat benda ni sejak dua menjak ni bila ada Oh! Tidak menumpang tinggal. Banyak dan terlalu banyak idea yang ada dalam kepala ni untuk ditaburkan di Justkhai terpaksa diketepikan sementara menunggu 1 April 2009.

Kepada korang sahabat Khai yang ambil berat pasal blog picisan ini, terima kasih. SMS, YM dan email korang amatlah dihargai. Terharu sangat rasanya. Kepada advertiser di blog ni pula, Khai akan lanjutkan tempoh pengiklanan untuk 2 minggu lamanya. Extra seminggu dari tempoh Justkhai ditutup untuk public sebelum ni.

Kepada korang, subsribe feed blog ni ye. Sedih pulak nengok baru down seminggu, dari 580+ yang subscribe, terus jadi 200+ orang. Serious, kejam gila korang ni. Hehehehe.

Apapun, next entri malam ini dan insyaAllah, Justkhai akan update setiap hari mulai malam ini. Dan Khai ada benda baru yang nak show off dengan korang. Awek baru mungkin? Tunggu.. Hehehe.

Pssttt: Serious, Justkhai ni adalah nyawa kepada owner dia. Even dapat benda baru yang akan dibertahu kelak tu pun, perasaan’nya tak sama bila dapat nengok blog ni hidup semula. Mana yang baik dalam blog ni, korang ikutlah ye. Mana yang tak baik tu, pandai-pandailah fikir. Korang pun dah besar panjang. Khai pun manusia biasa, naif dan selalu tersesat.

Posted on 1 April '09 by , under Blog. 32 Comments.