Blogging kerana minat atau nak jadi kaya?

Salam guys. Tiada mukadimah melainkan straight to the Ampang Point je la ye? hehehe.

Lama tak tulis artikel berkaitan blog. Takpelah sebab dah banyak sangat kot Khai tulis sebelum ni tinggal korang yang belum baca tu nak selak-selak artikel lama atau tidak je kan? Tapi kali ni saja nak bangkitkan isu mengenai lambakkan blog yang tumbuh macam cendawan ni. Lima tahun yang lalu di awal-awal Khai membabitkan diri dalam bidang ni secara serius, dunia blog kat Malaysia ni (terutama blog Bahasa Melayu) tak semeriah sekarang yang memang warna-warni dengan pelbagai ragam. Masa tu blog melayu boleh dikira dengan jari je kot.

Semalam, member Khai yang bernama Hanz (bukan nama sebenar) kasi Khai duit suruh belikan dia hosting dan domain. Well nice, satu permulaan yang betul dan baik untuk bergelumang dalam bidang ini. Khai terus tanya dia nak blogging sebab minat atau nak jadi kaya? Dia jawab kerana minat. Nice dude.

Dulu ada member Khai suka sangat nengok Khai dalam bidang ni dan dia pun nak buat benda yang sama. Beli laptop, then study sikit sebanyak secara personal dengan Khai tapi akhirnya, dia give up dan terus kecundang dan terpesong penggunaan laptop tu ke benda yang sia-sia (game, facebook etc). Kerana niat asal dia nak ada blog sebab nak jadi mudah, kaya dan senang dalam semua perkara. Nak ada duit tanpa perlu bekerja keras (di mata dia walhal tidak sebenarnya).

Percaya tak dalam apa-apa bidang pun, minat yang akan menjadikan korang berjaya? Bakat tolak tepi dulu sebab bagi Khai, bakat ni boleh diasah kalau korang rajin cuma kalau dah memang ada bakat kurniaan Tuhan sejak azali, lagi mudah untuk korang berjaya dari orang lain. Jadi bersyukurlah dan percaya pada instinct. Kalau ada bakat tapi takde minat pun, tak guna juga kan? (more…)

Posted on 29 July '10 by , under Blog, Istimewa, Motivasi. 60 Comments.