Saya Masih Releven

Hai. Khai tahu lama Khai tak update blog ni. Mesti ada juga yang masuk ke sini then dah rasa meluat sebab balik-balik artikel yang sama je kat atas. Hehe. Khai minta maaf sangat-sangat kerana dah tak dapat nak komited pada blog kesayangan Khai ni macam dulu. Suatu ketika dulu, blog ini selalu diupdate dengan pelbagai artikel yang boleh Khai katakan, bila korang baca, tentu dapat “something”. Tak banyak pun pasti ada sikit yang diselitkan. And the good news is, semua artikel tu masih ada di dalam blog ini dan ianya tidak akan ke mana-mana. Biarlah kekal selama 5 tahun lagi, 10 tahun lagi atau selagi hayat dikandung badan. InsyaAllah.

Dalam banyak-banyak artikel tu, tentunya ada terselit artikel-artikel yang mendatangkan ketidak-puasan hati sesetengah pihak. Di sini, Khai nak mohon maaf secara terbuka tentang kewujudan artikel-artikel seperti itu. Kadangkala kita tulis terlalu dari hati, sampai tak perasan boleh menyakiti hati orang. Jadi Khai harap, mana yang baik tu jadikanlah ikutan, mana yang buruk tu, datang dari diri Khai sendiri. Seorang manusia biasa, budak kampung yang sekadar berjuang untuk memajukan diri dan keluarga. Tak ingin sekali berniat nak bermusuh dengan sesiapa. Khai selalu “diusik” oleh banyak pihak dan terus-terang, kadangkala hilang juga rasa sabar. Tapi Alhamdulillah, usia mendewasakan kita. Semua itu tidak lagi berbekas di hati dan biarlah ianya pergi di bawa angin bayu. (more…)

Posted on 13 June '12 by , under Hidup Khai, Istimewa. 75 Comments.

Happy Birthday to Me: Genap 23 Tahun Usia


* ini kek harijadi tahun lepas

Salam Ramadhan buat semua pembaca Justkhai yang disayangi. Terima kasih kerana masih setia dan sudi untuk membaca blog usang ni. Hehe. Khai tak suka dengan “busy”, tapi si dia cakap, “busy is a good problem”. Bila fikir balik, ada betulnya cakap dia tu. Apapun bila kerjaya kita semakin mencemburui masa yang kita ini, di sini baru ada cabaran dalam hidup. Bagaimana kita nak uruskan kerja, urusan peribadi, urusan diri, kawan-kawan, family, hubungan dan banyak lagi. Hidup biar sedap! 🙂

Artikel ini dikeluarkan tepat pada jam 12 malam, 3 Ogos 2011. Khai dilahirkan pada 3 Ogos 1988. Jadi ini bermakna, Alhamdulillah kerana dipanjangkan umur untuk bertemu dengan usia 23 tahun ini. Well, antara usia Khai 22 tahun pergi ke usia 23 tahun, sememangnya seribu satu perkara yang telah Khai lalui dan lakukan. Antaranya ialah: (more…)

Posted on 3 August '11 by , under Hidup Khai, Istimewa. 82 Comments.

Di mana Justkhai yang dahulu?

Salam guys. Dari dulu lagi Khai dapat email dari pembaca yang komplen kenapa Justkhai ni dah tak macam dulu. Sekarang asyik-asyik cerita pasal tutorial, pasal gadget, dan pasal isu-isu aje yang membuatkan korang dah boring dan rasa blog ni dah tak macam dulu.

Khai pun bila baca balik artikel-artikel lama dalam blog ni, terasa rindu sangat nak jadikan blog ni macam dulu. Tapi ada beberapa perkara nak kasitahu korang pembaca setia blog ni kenapa blog ni dah tak dapat dijadikan macam dahulu. Sebelum tu, bagaimana blog ni yang dahulu? Dahulu, Khai lebih banyak jadikan blog ni tempat luahkan perasaan, membincangkan kisah cinta, berkongsi kisah hidup dengan pembaca dan macam-macam lagi lah. Tapi semua tu memang dah tak wujud lagi di blog ini. Ke mana semua tu pergi? (more…)

Posted on 5 December '10 by , under Blog, Hidup Khai. 53 Comments.