Justkhai kini di Dedicated Server! Oh Artis pula masuk Berita Harian.


Alkisahnya, Justkhai kini dah pun selamat berpindah ke hosting yang baru. Terima kasih kepada pihak Server Freak kerana sudi menaja Dedicated Server untuk Justkhai ini. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar dengan kerjasama yang sangat friendly dari Sam dan Sherene selaku orang kuat Server Freak. Khai berasa teruja jugalah bila blog ni dah pun bergayut dalam dedicated server. Hakikatnya, Khai akan tetap rasa sama, tapi korang, pembaca blog ni yang bakal menerima maklumat tanpa apa-apa halangan dan aral yang melintang-pukang. Bandwidth habis cepat lah, load berat lah. Semua itu insyaAllah takkan berulang lagi.

Khai nak kasi review pasal Server Freak pun terlalu awal. Tapi dari review yang ada di Internet, ramai pengguna yang berpuas hati dan memberi pujian. Dan kalau korang rasa Justkhai ni ok je dia punya load dan uptime, mean Server Freak adalah terbaik la tu.


Oh! Artis pula, kini juga berada di dalam Dedicated Server tetapi dari Fivio Hosting. Ramai yang dah beli hosting guna kupon “justkhai”, maklumlah dapat diskaun 30% tu. Bukan sikit kan? Siapa nak kasi? Jangan ada yang hairan kenapa dengan nama kupon “justkhai” tu membuatkan korang menerima diskaun yang tinggi pulak kan? Ini kerana Khai sendiri yang request dari pihak pentadbiran Fivio Hosting bagi membantu para pembaca blog ini yang tercari-cari hosting yang berkualiti pada harga berpatutan. Itu yang paling penting. So kalau tercari-cari hosting, jangan email bertanya Khai lagi kerna jawapan yang akan korang terima tetap sama iaitu, terus ke Fivio Hosting.


Paling best semalam (23 April), Berita Harian ada memetik nama ohartis.com dalam berita di muka surat lapan. kalau nak usya versi online pun ada. [klik sini] . Thanks Berita Harian. Bukan senang web nak keluar paper oii… Setinggi-tinggi tahniah juga buat penulis jemputan Oh! Artis, Mrx_Lonely dan Zulfiz.

Kenapa Khai Menolak Exabytes?

1st of all, setinggi penghargaan kepada Wan Syahirah atau Syia yang telah menaja blog ini hampir 2 tahun. Gadis ini menaja hanya kerana dia suka baca blog ni dan bukan kerana mahukan sesuatu seperti iklan atau sebagainya. Baik hati sungguh kan? Hosting Ebiz Gold yang dibeli Syia dari Exabytes beraksi baik untuk tahun pertama dan sejak masuk tahun kedua kebelakangan ini, ramai yang mati tercekik bersama Exabytes.

Dari maklumat yang Khai terima, pihak Jaring telah menaikkan kos data sebanyak 40% yang menjadikan 1GB data transfer (bandwidth) berharga RM1. Ini mungkin membuatkan banyak hosting berdarah di “jubur” kerana (more…)

Posted on 24 April '09 by , under Blog. 65 Comments.