Akhirnya: WordPress 3.0 “Thelonious”

Hampeh siot WordPress ni. Dua jam lepas penat-penat upgrade semua blog ke WordPress 3.0-RC3, tiba-tiba diorang release WP3.0.. Sigh. Baik punya terbuang masa tadi. Tapi kalau korang tanya Khai update melalui cara apa, Khai lebih suka buat clean install dan import balik database melalui MySQL.

Anyway before update tu, faham-faham sendiri lah untuk backup kerana korang kena ingat, setiap detik dan saat, sebarang kemungkinan boleh terjadi. Jadi jangan cakap masa korang nak upgrade WP ni je korang buat backup tapi buatlah backup hari-hari. Untuk yang berminat dengan WordPress 3.0 ni, boleh lah download sendiri dari website diorang.

Khai memang follow (test) dari RC1 sampailah RC3, memang nampak perubahan yang diorang buat bukanlah sekadar melepas batuk di tangga. Nak tahu apa perubahan yang dilakukan, kenalah cuba sendiri. Erm, guna Blogspot? Jom la try WordPress pulak. Hehe.

(more…)

Posted on 18 June '10 by , under Lain-lain. 31 Comments.