Kalau tak menang, bukanlah Man Utd namanya

Seriously memang cantik sangat logo Google hari ni. Semuanya hanya kerana pagi nanti berlangsungnya Champions League 2009 Finale yang dinantikan kipas susah mati bola sepak iaitu perlawanan antara Manchester United dan Chelsea. Ops, bukan Chelshit, tapi Barcelona.

Dulu Khai bukanlah seorang yang gemar membuang masa dengan menonton bola sepak di televisyen. Malah Khai pernah buat kenyataan di forum Scukz yang menonton bola ni adalah kerja mereka yang suka membuang masa dengan sia-sia. Orang lain menang dapat duit, kita yang sokong ni dapat ape?

Segalanya berubah bila Khai mula gian main game Fifa kat PS2. PS2 juga membuatkan Khai tiba-tiba menggemari AC Milan dan membuatkan laptop ni penuh dengan sticker AC Milan. Kenapa bukan ManU? sebab bila main bola, akak Khai mesti guna ManU dan Khai, AC Milan. So bila kalah, sedikit sebanyak menanamkan rasa benci pada ManU. Hehehe. Tak sangka dah tua-tua macam ni pun boleh terpengaruh dengan game. Ni kalau main Grand Theft Auto ni karang, mahu ramai plak yang kene bunuh.

Pengaruh dari game ni, membuatkan Khai setia menanti perlawanan bola sepak di TV. Tidak kira AC Milan atau Manchester United. Tapi Khai sedar, jangan kerana marahkan akak Khai yang menang main game tu, Man United pulak yang bersalah. Tak patut sebab dari kecil lagi dah jadi fan MU. So bila AC Milan takde, Manchester United pun jadilah. Dan ketahuilah, nikmat menonton perlawanan bola sepak di mamak bersama kawan-kawan, pastinya menjadi kenangan yang tak mungkin dapat korang lupakan.

[audio:manutd.mp3]

Ni lagi satu. Penyokong Chelshit, Liverfool dan Arsengal tak habis-habis kata penyokong Man United sebagai penyokong Syaitan. Maklumlah logo MU ada lambang syaitan iye tak? Apajadah nye itu pun nak dijadikan isu. Adakah pemain MU dan penyokongnya itu sendiri semuanya berperangai syaitan? Bola tetap bola.

Abis Liverpool tu dah la ada pemain yahudi siap berbangga habis kat baju tertulis jenama arak. Hurm, facts yang tak boleh diketepikan.

Dan malam ini, (more…)

Posted on 27 May '09 by , under Lain-lain. 109 Comments.