Solat Taubat Penjernihan Jiwa
Baru-baru ini, aku bagaikan menerima sesuatu petunjuk yang sukar untuk diceritakan (mungkin tidak perlu diceritakan). Sejak kejadian itu, aku dapat rasakan sesuatu yang lain. Aku terasa betul-betul bersalah kalau meninggalkan atau melewatkan solat. Kalau tertinggal solat subuh kerana bangun lewat, aku akan qada’ kan. Sesuatu yang belum pernah aku lakukan sebelum ini. Aku juga sering terfikir pasal mati. Sesuatu yang jarang aku fikirkan sebelum ini. Sesungguhnya aku memang takut akan mati. Sudah cukupkah amalan untuk aku bawa ke sana nanti? Tidak cukup sama sekali. Tapi aku sedar, dariNya aku datang, kepadanya aku pulang. Aku Redha!
Baru-baru ini juga aku dinasihat’kan oleh seseorang supaya melakukan taubat nasuha atas lambakkan keterlanjuran dosa yang telah aku lakukan sebelum ini. Sesuatu dosa yang aku tidak pasti atau mungkin juga pasti. Apa yang aku pasti, dari dosa kecil mungkin menjadi besar tanpa aku ketahui. Dari lambakkan yang kecil, dikumpul-kumpul menjadi besar.
Orang lihat aku begini dan begitu, tapi hanya Allah yang mengetahui siapa aku. Zalim’nya aku sebelum ini. Aku betul-betul ingin menyerah diri kepada Allah. Aku harap ianya dipermudahkan. Dikesempatan ini juga aku nak mohon ampun dan maaf seikhlas hati dari insan-insan yang pernah terluka selama-mana pernah mengenali aku yang bernama Mohd Khairulnizam Abu Hassan ini selama 21 tahun aku bernafas di bumi Allah.
Keluarga, Rakan-rakan sama membesar, rakan-rakan di sekolah, rakan-rakan di kolej, rakan-rakan blogger, rakan-rakan di dunia nyata mahupun internet. Aku minta maaf seikhlas hati. Maafkan aku jika ada melakukan salah dan silap dalam pengetahuan aku atau tidak.
Kepada mereka yang pernah melakukan kesilapan kepada aku samaada di atas pengetahuan aku atau tidak, aku maafkan dengan seikhlas hati. Aku halalkan apa sahaja. Aku halalkan apa sahaja barangan aku yang pernah dicuri sebelum ini atau hak aku yang dinafikan menjadi hak aku. Aku halalkan. Hanya tinggal kamu dengan Allah. Dengan aku tiada lagi.
Ya Allah, bantulah aku menjadi insan baru yang benar-benar baru. Bukan sekadar melepaskan batuk di tangga semata. Kawan-kawanku semua, jika suatu hari nanti kamu tersedar akan keterlanjuran yang dilakukan semasa hidup, apa yang tertulis di bawah ini mungkin boleh kamu rujuk semula. Sama-sama’lah kita. Aku orang hina yang menyampaikan.
################################ (more…)