Solat Taubat Penjernihan Jiwa


Baru-baru ini, aku bagaikan menerima sesuatu petunjuk yang sukar untuk diceritakan (mungkin tidak perlu diceritakan). Sejak kejadian itu, aku dapat rasakan sesuatu yang lain. Aku terasa betul-betul bersalah kalau meninggalkan atau melewatkan solat. Kalau tertinggal solat subuh kerana bangun lewat, aku akan qada’ kan. Sesuatu yang belum pernah aku lakukan sebelum ini. Aku juga sering terfikir pasal mati. Sesuatu yang jarang aku fikirkan sebelum ini. Sesungguhnya aku memang takut akan mati. Sudah cukupkah amalan untuk aku bawa ke sana nanti? Tidak cukup sama sekali. Tapi aku sedar, dariNya aku datang, kepadanya aku pulang. Aku Redha!

Baru-baru ini juga aku dinasihat’kan oleh seseorang supaya melakukan taubat nasuha atas lambakkan keterlanjuran dosa yang telah aku lakukan sebelum ini. Sesuatu dosa yang aku tidak pasti atau mungkin juga pasti. Apa yang aku pasti, dari dosa kecil mungkin menjadi besar tanpa aku ketahui. Dari lambakkan yang kecil, dikumpul-kumpul menjadi besar.

Orang lihat aku begini dan begitu, tapi hanya Allah yang mengetahui siapa aku. Zalim’nya aku sebelum ini. Aku betul-betul ingin menyerah diri kepada Allah. Aku harap ianya dipermudahkan. Dikesempatan ini juga aku nak mohon ampun dan maaf seikhlas hati dari insan-insan yang pernah terluka selama-mana pernah mengenali aku yang bernama Mohd Khairulnizam Abu Hassan ini selama 21 tahun aku bernafas di bumi Allah.

Keluarga, Rakan-rakan sama membesar, rakan-rakan di sekolah, rakan-rakan di kolej, rakan-rakan blogger, rakan-rakan di dunia nyata mahupun internet. Aku minta maaf seikhlas hati. Maafkan aku jika ada melakukan salah dan silap dalam pengetahuan aku atau tidak.

Kepada mereka yang pernah melakukan kesilapan kepada aku samaada di atas pengetahuan aku atau tidak, aku maafkan dengan seikhlas hati. Aku halalkan apa sahaja. Aku halalkan apa sahaja barangan aku yang pernah dicuri sebelum ini atau hak aku yang dinafikan menjadi hak aku. Aku halalkan. Hanya tinggal kamu dengan Allah. Dengan aku tiada lagi.

Ya Allah, bantulah aku menjadi insan baru yang benar-benar baru. Bukan sekadar melepaskan batuk di tangga semata. Kawan-kawanku semua, jika suatu hari nanti kamu tersedar akan keterlanjuran yang dilakukan semasa hidup, apa yang tertulis di bawah ini mungkin boleh kamu rujuk semula. Sama-sama’lah kita. Aku orang hina yang menyampaikan.

################################

Sumber rujukan: Solat Taubat (Panduan Penjernihan Jiwa)
Muhammad Isa Selamat

ALLAH swt sentiasa memerintahkan kita supaya bertaubat, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: “Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang sebenar.” (At-Tahrim: 8.)

Allah telah membuka pintu harapan kepada hamba-hambaNya: “Katakanlah; wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampunkan dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Az-Zumar: 53)

Syarat-syarat taubat :

  1. Ikhlas ingin bertaubat
  2. Tidak akan mengulangi perbuatan dosa itu lagi
  3. Menyesal atas perbuatan yang telah dilakukan
  4. Harus mempunyai tekad di dalam hati tidak akan melakukan dosa itu untuk selama-lamanya
  5. Dikerjakan sebelum ajal tiba

Jika salah satu syarat tidak dipenuhi, maka taubat yang dilakukan itu tidaklah sah. Jika dosa berkaitan dengan manusia yang lain, maka syaratnya ditambah lagi, iaitu harus dapat membebaskan diri dari hak orang yang berkaitan. Contohnya jika hal itu berbentuk harta, harus dikembalikan. Jika berbentuk hukuman, ia harus menyerahkan diri mohon dimaafkan. Jika hal berupa cacian dan sebagainya, maka ia harus memohon keredhaannya.

Waktu melaksanakan taubat :

Taubat tidak boleh diundur-undur atau ditunda. Kerana jika demikian ia sangat berbahaya bagi hati manusia. Jika tidak segera menyucikan diri sedikit demi sedikit, maka pengaruh dosa itu akan bertompok-tompok, dan akhirnya akan merosakkan hati sehingga tertutup dari cahaya kebenaran.

Di antara penyebab yang akan membangkitkan jiwa bertaubat seseorang itu adalah jiwa yang selalu mengingati hari kematian dan hidup bersendirian di dalam kubur. Kata-kata mati adalah sesuatu yang sangat menakutkan kebanyakan manusia. Mati beerti berpisah dengan segala yang disayangi atau dicintai. Hari terputusnya segala nikmat. Sedangkan berpisah sebentar sahaja dengan anak atau isteri, dapat mengalirkan air mata kesedihan, apa lagi berpisah untuk selamanya

Firman Allah: “Sesungguhnya kamu akan mati dan sesungguhnya mereka akan mati pula.” (Az-Zumar: 30)

Di samping mengingat tentang azab penderitaan yang bakal dihadapi oleh orang-orang yang berdosa mengingat kenikmatan syurga yang bakal ditempati oleh orang-orang yang soleh juga akan dapat membangkitkan keinginan jiwa untuk melakukan taubat dengan segera.

Cara melaksanakan solat taubat :

Cara melaksanakan solat taubat ini sama dengan solat biasa, iaitu setelah berwuduk dengan sempurna, lalu berdiri di tempat yang suci, menghadap kiblat;

  • Waktu di lakukan – bila-bila masa merasa telah berbuat dosa (kecuali waktu makruh tahrim utk melakukan solat)*. Sebaik-baiknya 2/3 malam (pukul 2 pagi ke atas), semasa Qiyamullail
  • Lafaz niat: “Sahaja aku mengerjakan solat sunat taubat dua rakaat kerana Allah Ta’ala.” (Cukup di dalam hati, ada perbahasan ulama’ tentang lafaz niat dlm ibadah – sila rujuk kpd pakar feqah)
  • Rakaat pertama membaca (disunatkan membaca doa Iftitah) kemudian surah Al-Fatihah. Selepas itu mana2 ayat atau surah dalam al-Quran.
  • Rakaat kedua membaca surah Al-Fatihah. Selepas itu mana2 ayat atau surah dalam al-Quran.
  • Semasa sujud akhir rakaat kedua, ucapkanlah Doa Nabi Yunus sebanyak 40 kali (bersungguh-sungguh di dalam hati memohon keampunan dari Allah Ta’ala),
  • Ertinya: “Tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim.”

  • Selepas salam, perbanyakkan istighfar seperti,

Ertinya: Ampunilah hamba Ya Allah. Tuhan yang Maha Agung. Tiada Tuhan yang lain melainkan hanya Engkau. Dialah Tuhan yang Maha Hidup lagi Maha Perkasa dan hamba bertaubat kepada Engkau ya Allah.

  • dan berdoa dengan Penghulu Istighfar,

Ertinya: “Ya, Allah Engkaulah Tuhanku, Tidak ada Tuhan selain Engkau, Engkaulah yang menjadikan aku. Sedang aku adalah hamba-Mu dan aku di dalam genggaman-Mu dan di dalam perjanjian setia ( beriman dan taat ) kepada-Mu sekuat mampuku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang telah ku lakukan. Aku mengakui atas segala nikmat yang telah Engkau berikan kepada ku dan aku mengaku segala dosaku. Maka ampunilah aku. Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau.”

  • Kemudian boleh juga berdoa mengikut luahan hati dan munajat masing-masing ke hadhrat Allah.

———————————————————–

*Makruh tahrim – Petikan dari “170 Solat-Solat Sunat”, Abd Rahman Mukhlis, Terbitan Jasmin Enterprise, ms 8-9 ;

Fuqaha Syafi’iyah berpendapat bahawa makruh tahrim hukumnya melaksanakan sembahyang sunat tanpa sebab, dan sembahyang itu dipandang tidak sah jika dilakukan dalam lima waktu berikut:

  1. Selepas sembahyang Subuh yang dilaksanakan secara tunai (bukan sembahyang qadha’), hingga matahari menyingsing sepenggalah.

  2. Ketika matahari terbit hingga menyingsing seperti galah.

  3. Selepas melakukan sembahyang Asar yang dilaksanakan secara tunai sekalipun ia dijamak dengan Zuhur pada waktu Zuhur (jamak taqdim).

  4. Ketika matahari berwarna kuning, hingga terbenam seluruhnya.

  5. Ketika matahari benar-benar berada di atas kepala (di tengah-tengah langit) hingga gelincir ke Barat. Kecuali waktu Istiwa’ (matahari berada di tengah-tengah langit pada hari Jumaat.

Bagaimanapun, jika sembahyang yang dilakukan itu ada sebab yang mendahuluinya seperti sembahyang Tahiyyatul Masjid, walaupun khatib sudah berada di atas mimbar, sembahyang Sunat Wuduk dan sembahyang Sunat Tawaf sebanyak dua rakaat.

Begitu juga sembahyang yang mempunyai waktu terkait (muqayyad), seperti sembahyang Istisqa’ dan sembahyang Gerhana Matahari. Maka hukumnya adalah sah tanpa dimakruhkan, sebab ia terkait dengan turunnya hujan dan terhalangnya cahaya matahari.

Adapun melaksanakan sembahyang sunat ketika bilal qamat adalah makruh tanzih, kecuali ketika qamat sembahyang Jumaat. Sembahyang sunat yang dilakukan ketika bilal sudah qamat pada sembahyang Jumaat adalah haram hukumnya.

Sumber: Solat Taubat Penjernihan Jiwa.

Ditulis pada 12:23 PM 7 October '09 dan pastinya oleh . Siape lagi? | 1,273 views | Dalam kategori: Hidup Khai, Religion | Tweet This!

Eat This Google!: , , , , , , , , ,


RSS feed | Trackback URI

78 Comments »

Comment by syinrayafa
2009-10-07 12:31:28

haha…bagus utk semua…sama2 kita tobat..sejak akhir2 ni khai dh nk jadi ustaz…hihi..khai jom komen kat blog aku..

..
Comment by hmmm...
2009-10-11 18:39:29

Assalammualaikum…

Aku baru lepas tgk siaran ulangan AC? tetamu jemputan dia adik Adi Putra kita…

Betapa malunya aku menjadi insan di dunia ini apabila adik kita yg pintar Matematik sbnrnya byk mengaplikasikan ilmu Al-Quran dan Sunnah Nabi sambil terdetik di hatinya untuk membantu umat Islam di Malaysia dan seluruh dunia…

Aku…?
Apa sumbangan aku kepada bangsa dan negara?
Apa sumbangan aku pada agama ku?
Apa sumbangan aku pada ibu dan bapa serta keluarga ku?

Subhannallah….

..
 
 
Comment by ejam
2009-10-07 12:32:16

aku hanya mampu ucapkan tahniah dan syukur.
Allah memberi petunjuk kepada kau kerana Dia Sayang kau, jadilah insan yg disayangi.

aku juga sentiasa mengharapkan sesuatu yg mampu mengubah aku menjadi lebih baik dr yg sebelumnya andai aku diberikan peluang dan ruang.
Amin.

..
 
Comment by Roslan Nazri
2009-10-07 12:35:13

khai?? alhamdulillah..tak salah..dan di galakkan berubah pada kebaikan.. hope ko ok ye..

..
 
Comment by joe
2009-10-07 12:41:32

Alhamdulillah..
moga terbit rasa keinsafan atas diri aku dan kawan2..

ingat-beringat itu adalah penting bagi kita(orang-orang mukmin).

..
 
Comment by azam
2009-10-07 12:55:33

aku pn nk tobat la lepas ni. aku pn byk dosa gak nih. ya allah.. thx khai. =(

..
 
Comment by nieyda
2009-10-07 13:13:17

agak terharu dan sangat sedih dengan luahan hati yang jujur dan ikhlas tu….
Semoga Allah s.w.t merahmati hidup Khai.
Actually there must be somethings going on kan?
Keinsafan tu perlu but seems like ade yang xkene.
My advice, ‘just be yourself and do wutever u like without thinking of others’, k 🙂
mungkin petunjuk tu boleh membantu to help you to know what you have to do next…..

..
Comment by Khai
2009-10-07 14:08:54

Firman Allah (maksudnya):

“Hari yang padanya harta benda dan anak-pinak tidak dapat memberikan manfaat sesuatu apapun. Kecuali orang yang datang menghadap Allah dengan hati yang sejahtera. Dan (pada hari itu) didekatkan syurga bagi orang- orang yang bertakwa. Dan diperlihatkan neraka jelas nyata kepada orang-orang yang sesat.” (surah al-Syu’ara 88-91).

Seseorang yang berdosa pula, tidak disuruh mendedahkan dosanya kepada orang lain sekalipun di hadapan ulama atau siapapun di kalangan manusia. Bahkan dia disuruh bertaubat antara dia dengan Allah dan menutup keburukan dirinya daripada orang lain.

Nabi s.a.w. bersabda:

“Sesiapa yang menutup (keburukan) seorang Muslim, Allah tutup (keburukannya) di dunia dan akhirat.” (Riwayat Muslim).

Termasuk dalam perkataan Muslim itu diri insan yang berdosa itu sendiri, dia juga tentu seorang Muslim. Maka dia wajib menutup keaiban dirinya. Maka dalam Islam tidak ada ‘pengakuan dosa di hadapan paderi’. Sesiapa sahaja yang berasa berdosa dan ingin kembali kepada Allah, maka dia bertaubat di mana sahaja dia berada.

Sabda Nabi s.a.w:

“Sesungguhnya Allah menerima taubat seorang hamba selagi nyawa belum sampai ke halkumnya.” (Riwayat al- Tirmizi, dinilai hasan oleh al-Albani).

Aduhai luasnya rahmat Allah dalam agama ini. Bahkan dalam sebuah hadis kudsi, Allah berfirman:

“Wahai anak-anak Adam, selagi mana engkau memohon dan mengharapkan dari-Ku, Aku ampunkan engkau walau apapun dosamu, Aku tidak peduli. Wahai anak-anak Adam, jika dosamu sampai ke puncak langit, lalu engkau pohon keampunan dari-Ku, Aku ampunkan engkau, aku tidak peduli. Wahai anak-anak Adam, engkau jika datang kepada-Ku dengan dosa yang hampir memenuhi bumi, namun engkau menemui-Ku tanpa mensyirikkan Daku dengan sesuatu, nescaya aku datang kepadamu dengan penuh keampunan.” (Riwayat al-Tirmizi, dinilai hasan oleh al-Albani).

p/s: korang bacalah blog yg diletakkan di akhir entri kat atas tu. Memang byk sangat entri yg menginsafkan.

..
Comment by Silent Reader
2009-10-08 02:02:53

Semoga Allah tidak akan memalingkan hidayah itu…

(Comments wont nest below this level)
 
Comment by filzahzayanah
2009-11-13 23:48:00

saya pernah terbaca, ‘aurat’ dari segi lughah(bahasa) adalah ‘ke’aiban’.
Dan saya nak quote ayat kat atas :
“…dia wajib menutup keaiban dirinya..”

My point is dat : aurat tu, suatu ke’aiban. Ia perlu ditutup. Kalu difikirkan, ia memang sangat2 perlu ditutup as ianya adalah ke’aiban diri kita sendiri.

-saya just nak perjelaskan kepentingan menutup aurat-
(maybe ayat saya berulang2 sebab, memang saya nak tekankan bab ke’aiban itu sendiri)

[thanks tuan rumah cz bagi ruang utk saya b’dakwah]

(Comments wont nest below this level)
 
 
 
Comment by linn
2009-10-07 13:18:12

tahniah Mohd Khairulnizam bin Abu Hassan.. semoga Allah memakbulkan setiap doa-doamu..amin. good luck n selamat beribadah dengan penuh keikhlasan dan keinsafan..

..
 
Comment by Akuro San
2009-10-07 13:22:31

Alhamdulillah… kun fayakun (bila Allah berkata, “jadilah” maka akan jadilah ia…)

walau bagaimana kerasnya hati kita, tetapi jika Allah s.w.t mahukan hati kita cair (mendapat petunjuk), maka ia bukan sesuatu yg mustahil untuk berlaku…

syukurlah, kerana kita salah seorang yg dipilih Allah s.w.t untuk mendapat petunjuk dariNya…
Semoga taubat kita pada hari ini dapat merubah diri kita menjadi yang lebih baik dari sebelumnya.

*Khai, setiap orang ada ‘Zaman Jahiliyah’ dia masing-masing… bagi orang yg dah tersedar, berusahalah utk keluar dari zaman jahiliyah tersebut. Dan berubahlah dengan niat kerana Allah s.w.t. Sebab bila kita berubah kerana Allah, Insya’Allah, Allah akan bukakan jalan untuk kita terus berada diatas landasan keredhaanNya…
Insya’Allah~

..
 
Comment by ekie
2009-10-07 13:59:27

alhamdulillah…..amin.. aku pun dah nak taubat gak….semoga diberkati..

..
 
Comment by miss butterfly
2009-10-07 14:27:36

bukan senang nk dpt petunjuk mcm ni.. Alhamdulillah adik khai.. Alang doakan alang pun akan diberi petunjuk mcm ko..
Alhamdulillah.. Syukran Ya Allah

..
 
Comment by sis mieya
2009-10-07 14:48:33

Menitis air mata tanpa di sedari..
Sesungguhnya kita manusia yang tak lepas dr dosa..
Allah itu maha pengasih & penyayang..tiada taubat yang tidak di terimanya..Bersabar & tenanglah..insyaallah segalanya diterima..
Semoga hati ini juga terbuka untuk melakukan taubat padamu ya ALLAH..amin =(

..
 
Comment by Adney
2009-10-07 15:02:41

Alhamdulillah. Keep this maintain khai….

..
 
Comment by Lizz
2009-10-07 15:38:56

mak aku selalu suruh aku solah taubat. tapi,aku ni ntah ape2. huhu.

..
 
Comment by hafizmd
2009-10-07 16:00:03

Alhamdulillah..semoge Khai n kite semua sentiasa dalam rahmat Allah jua..

..
 
Comment by kentank91
2009-10-07 17:44:17

teruskan usaha untuk mencapai keredhaan Allah..
Allah sentiasa mengampunkan dosa hambanya..
bagus Khai..

..
 
Comment by org awam
2009-10-07 18:16:39

(n_n)v

..
 
Comment by denaihati
2009-10-07 18:54:12

Sunah Nabi sebelum tidur mesti solat taubat kalau nak mudah terus je buat lepas solat isyak.

..
 
Comment by rizzar
2009-10-07 19:06:44

jgn jauh kan diri dari agama.. dan ingat lah apa yg kita ada skrang adalah pinjaman.. bkn milik kita yg kekal.. sabar, tawakal dan jgn sombong diri.. Allah Maha Segala-galanya

..
 
Comment by fifie ierina
2009-10-07 19:57:07

salam…

sejujurnye saya terkejut dgn isi entry, kerana selalunye awak x cmni.. tp saya percaya ape jua yg awak tuliskan d sini adalah tulus dari dalam hati awak.. sama jge dgn luahan hati ketika hati awak terluka dlu kn? wallahualam…

khai, saya sgt menghormati pendirian awak yg nie.. “Kepada mereka yang pernah melakukan kesilapan kepada aku samaada di atas pengetahuan aku atau tidak, aku maafkan dengan seikhlas hati. Aku halalkan apa sahaja. Aku halalkan apa sahaja barangan aku yang pernah dicuri sebelum ini atau hak aku yang dinafikan menjadi hak aku. Aku halalkan. Hanya tinggal kamu dengan Allah. Dengan aku tiada lagi..”

masyaAllah, hati awak sungguh mulia.. utk dri saya sendiri, saya msh lg xmpu nk melupakan kesalahan orang2 yg banyak melukai hati saya wpn saya da lama memaafkan mereka.. sungguh, isi hati saya yg paling dalam benar2 ingin mencontohi sikap awak yg sebegini baik..

subhanallah, Maha Suci Allah Tuhan Sekalian Alam yg membuka taufik dan hidayah utk orang seperti awak.. khai, awak harus benar2 bersyukur dgn kasih sayang Allah dan teruskan dgn sikap yg cmni.. semoga mampu dperbaiki lg mne yg drasakan perlu dan tinggalkan semua yg dpercayai x penting.. mudah-mudahan Allah sentiasa memberkati hidup awak, amin..

manusia lumrahnye x sempurna, tp manusia mampu menjadi yg lebih baik dr yg sebelumnye.. pada saat orang2 len memandang kte begitu tinggi dgn kehebatan duniawi, sesungguhnye selalulah muhasabah diri krn setiap sesuatu kehebatan duniawi itu tidak lain tidak bukan hanyalah pinjaman Allah semata2.. insyaAllah, awak xkn lari dari landasan pinjaman ilmu yg dredhai Allah..

saya jge masih lagi dalam proses belajar perlahan2 utk menyempurnakan pengetahuan ttg agama saya.. solat saya jge masih x sempurna dan terima kasih krn berkongsi ilmu yg sebegini bermanfaat..

p/s da bukak link tu, subhanallah saya mendapatkan satu lg link blog islamik yg ingin sekali saya manfaatkan d waktu senggang saya.. alhamdulillah.. syukran utk hamba Allah tersebut krn menghasilkan blog keagamaan yg sgt ilmiah…

..
Comment by Khai
2009-10-07 21:49:38

Salam fifie..

Hurm, sehari dua ni Khai bagai terbangun dari tidur. Rasa nak perbetulkan apa sahaja yang silap selama ini.

Kita tahu sebut sedangkan nabi ampunkan umatnya, inikan kita hanya insan hina. Tapi kita selalu lupa nak apply apa nabi buat.

Kerana itu hari ini semasa artikel ni di tulis, Khai lepaskan segalanya.

Thanks untuk respon yg begitu panjang dan ikhlas..

..
 
 
Comment by d|n
2009-10-07 20:43:06

tq ustad khai..
sesekali kena la ade entri camni..hehe
baru la akan dapat pahala yg beterusan..
walaupun kita dah mati nanti..insyaAllah 🙂

..
 
Comment by Berita Semasa
2009-10-07 21:12:41

Banyak yang perasan kelebihan slat taubat ini
tapi tak ramai yang amalkan

..
 
Comment by samanosuke_04
2009-10-07 21:37:05

pergh.. banyak pahala ko Khai, dahlaa ramai yang baca blog ko, pastue ko bagi tips2 solat taubat.. Alhamdulillah, nanti InsyaAllah aku solat taubat..

..
Comment by Khai
2009-10-07 21:51:19

alhamdulillah. Bila baca balik artikel2 lama kat Justkhai ni, ingatkan dulu dah cukup baik dah bila berkongsi ilmu Allah. Tapi bila baca balik rasa x cukup. Ada sesuatu yang belum sempurna.

InsyaAllah untuk hari mendatang, sama-sama kita berkongsi pengisian untuk di dunia dan diakhirat.

Kalau nampak Khai terpesong sikit atau byk tu, sama2 la tegur ya.

..
Comment by fifie ierina
2009-10-08 02:15:03

ya, benar.. semakin kte berusaha mencari kebenaran dalam agama Allah, semakin kte akan sedar bahawa msh terlalu banyak yg kte xtau.. subhanallah..

insyaAllah, kami readers yg selalu sokong blog awak akan tegur dgn ikhlas klu ade mana2 kesalahan yg drasakan nyata dan perlu dperbaiki…

p/s korang, maaf menyibuk plak reply kt cni =p

(Comments wont nest below this level)
Comment by nim
2009-10-08 11:29:10

saya pun nak sibuk jugak… huhu…
kami akan sokong khai dari blakang……

sbb, bila kita tegur org, sbenarnya kita menyedarkan diri sendiri jugak……
diri sendiri perlu diperbaiki terlebih dahulu seperti mana kita menegur org yg melakukan kesilapan……

 
 
 
 
Comment by zool
2009-10-07 21:38:29

AMIN.. Semoga sama2 insaf

..
 
Comment by Shoffee
2009-10-07 22:08:32

Alhamdulillah..

Maha Suci Allah

Betapa bertuahnya engko.. Allah memberi petunjuk di usia engko yang masih muda.. bersyukurlah atas kurniaan Illahi kerana ramai lagi yang lebih tua daripada engko tidak diberi hidayah dan keinsafan serta masih bergelumang dengan dosa dan maksiat…memang mudah untuk insaf dan berubah.. tapi yang amat sukar sekali adalah untuk mengekalkan keinsafan dan perubahan tersebut sehingga akhir hayat

Nasihat aku sebagai abang, sebagai permulaan kalau boleh jangan lagi posting entri2 yang melucahkan, membuka aib orang, meremehkan atau merungut sesuatu perkara dengan menggunakan bahasa yang tak sepatutnya dan perkara-perkara sewaktu dengannya. Aku pun rasa berdosa terdorong membaca pelbagai entri2 hangat ko sebelum ini namun itulah tindakan yang perlu ko lakukan agar tiada lagi insan lain yang mungkin terguris hati akibat engko. Mungkin blog engko akan hilang sedikit populariti dengan tindakan tersebut, tapi percayalah orang akan lebih hormat ko sebagai seorang yang sanggup untuk berubah dan insaf. Buktinya sebelum ini aku kadang2 agak menyampah dengan bahasa2 yang digunakan dalam entri engko, tapi entri kali ini menyebabkan aku menghormati even ko lebih muda dari aku. Gunakanlah ilmu blogging yang ada pada engko itu ke arah kebaikan. Insyallah engko akan lebih disegani tak kira tua atau muda.

Semoga Allah sentiasa memberi hidayah kepadamu.

Peace from At Tiri, Lebanon

..
Comment by Khai
2009-10-07 22:16:25

salam shoffee,

thanks di atas nasihat itu. InsyaAllah akan semat dalam2 sampai bila-bila.

Memang itu lah hajatnya. Semoga kesedaran yang hadir ini kekal sampai nyawa di hujung halkum..

Artikel2 yang lepas tu, anggaplah artikel dari insan hina yang baru nak kenal dunia. Mana yang baik tu jadikan tauladan, buruk jadikan sempadan.

Kadang2 baca tulisan sendiri pon sebelum ini, malu sendiri dengan diri sendiri. Apa lagi bila org lain baca. Kalau ada mana2 pihak yang tersinggung tu, 10 jari disusun tanda kemaafan.

InsyaAllah.. insyaAllah… kerdilnya diri ini… =(

..
Comment by fifie ierina
2009-10-08 02:23:55

alhamdulillah, ramainye yg sayangkan awak dan sudi memberi teguran yg ikhlas..

kami doakan yg terbaik utk mana2 entry yg akan awak publish dalam justkhai mulai saat nie ye khai? amin ya rabbal alamin..

(Comments wont nest below this level)
 
 
 
Comment by Blog MK
2009-10-07 22:25:50

Salam Khai,

Semoga istiqamah dalam tindakan. Saya doakan Khai terusan di rahmatiNya. Amin 🙂

“Dan jika ALLAH menimpakan sesuatu bahaya kepadamu, maka tidak ada yang dapat menghapuskannya kecuali Dia. Dan jika ALLAH menghendaki kebaikan kepadamu maka tidak ada yang dapat menghalang kurniaan Tuhan itu. Dia melimpahkan kurniaNya itu kepada sesiapa yang di kehendakiNya di antara hamba-hambaNya. Dan Dia Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani” [Surah Yunus : Ayat 107]

Selamat Maju Jaya Khai 🙂

http://www.motivasikejayaan.com

..
 
Comment by vidic
2009-10-07 23:53:30

biasa je klau nak berubah.
tapi jgn berubah secara mendadak sbb efek dia xbape nak menjadi. berubah la slow-slow bagai air membelah batu, tak kuat tak pula pelahan. tapi lama kelamaan batu terbelah juga.

p/s-adakah sbb ini ohartis xbleh access?

..
Comment by Khai
2009-10-08 00:21:04

thanks.

oh artis tu, insyaAllah kalau dah open balik nanti, kalau bukan ditutup, akan di’isikan dengan artikel yang lebih berilmiah biarpun mengenai artis. Memecahkan slogan kami sendiri iaitu “sekadar hiburan duniawi”..

..
 
 
Comment by nim
2009-10-08 00:02:12

khai…
saya bersyukur sgt sbb khai dapat keinsafan…. khai bertuah sgt… alhamdulillah…… alhamdulillah, syukur pada Allah…..
saya harap, sbnrnya saya pun sgt2 nak jadi bertuah macam khai……..
kita manusia biasa, byk dosa yg kita sengaja atau x sengaja….
cuma taubat tu, ntah la… mungkin x terbukak lagi hati, x ada petunjuk hidayah Allah lagi untuk menyedarkan sekaligus menyucikan diri….
hopefully, daripada article kali ni saya dapat ikut jejak langkah yg sama…. insya Allah……
semoga Allah sentiasa merahmati hidup khai dan semua….

doakan kita agar sama2 dapat bertaubat daripada melakukan dosa di bumi Allah ni…..
sesungguhnya alam maya ini tidak kekal untuk selama lamanya………

saya nak jadi macam khai… doakan saya…..
amin….

..
Comment by Khai
2009-10-08 00:26:48

nim.. jgn begitu.. tolong doakan supaya khai akan berubah kepada sebenar2 manusia yg dihatinya sentiasa ada Allah. Di setiap perbuatan, perkataan dan penglihatannya.

Pintu taubat kan sentiasa terbuka untuk kita semua. Sama2lah kita berusaha.

X perlu jadi macam khai yg hina ni.. berserahlah diri kepada Allah. Sama2lah kita.

..
Comment by nim
2009-10-08 11:20:27

im just speechless….. perubahan yg berlaku pada khai, sikit2 akan memberi perubahan jugak pada sape2 yg betul2 terasa dgn ape yg khai katakan…..

Insya Allah, saya akan berusaha untuk jadi lebih berguna dan jadi yg baik, walaupun x terbaik…. berubah perlahan2….

sekali saya baca apa yg khai tulis, terus terbayang dosa2 yg pernah saya lakukan…… terus rasa takut……
masya Allah… Allah yg maha besar…… mintak2 lah kita semua sempat bertaubat sebelum ajal kita tiba….

saya doakan khai berjaya dunia akhirat…
amin….

(Comments wont nest below this level)
Comment by fifie ierina
2009-10-08 16:54:56

ya, benar.. sekurang2nye sekiranya die lalai, ramai yg akan sudi menegur..

perubahan pd diri khai sedikit sebanyak akan memberi impak yg mgkn tidak besar ttp masih bermakna bg mereka2 yg lembut hatinye.. khai harus kuat semangat, Allah akan uji kukuhnye iman dalam hatinye dgn berbagai2 cara selepas nie.. wallahualam…

 
 
 
 
Comment by ejardkethot
2009-10-08 04:51:34

alhamdulillah khai ..nice entri..
thx sbb share pasal doa n pasal solat taubat nieh..
moga smua yg baca ponk ambik iktibar

..
 
Comment by x-po
2009-10-08 04:53:41

bgs bro..satu peringatan utk sume termasuk aku yg jahil sekali lg ni

..
 
Comment by bam gamat
2009-10-08 09:00:00

if Allah brings you to it, He will bring you through it.
every drop of sweat
and every breath we take in life,
if not taken for the sake of Allah,
will lead to regret and sorrow
on the Day of Judgment.
wish u happiness fi al-dunia wal aakhirah 8D

..
Comment by fifie ierina
2009-10-08 16:38:13

nie adalah ibarat satu doa yg ikhlas.. harus ade seseorang yg aminkan.. amin2 ya rabbal alamin…

..
 
 
Comment by Lee
2009-10-08 09:55:28

Khai, aku copy artikel ko ni xpe ke??syarat bertaubat…utk koleksi bahan rujukan aku…

..
 
Comment by Raja Kamil
2009-10-08 10:07:54

Salam, tiba-tiba tergerak hati nak bagi komen gak.
Sebelum ni baca je, hari ni nak komen gak.

8) Kalau orang cakap, buang tebiat, abaikan je. Sebab orang tu ‘tahu’ dia mati lambat lagi. Kita yang tak tahu ni je, yang kena bertaubat selalu

😆 Kalau orang panggil pak ustaz sambil buat muka kambing, doakan dia, kerana dia telah mendoakan kau untuk jadi soleh macam pak ustaz

:8 Kalau kau jumpa orang buat salah, lepas tu kau tegur dia sehemah yang mungkin, tapi hatia dia keras sangat then dia cakap, kau jangan sibuk, kubur lain-lain, kau jawablah, aku takut kubur aku dekat dengan kubur kau je, nak dating dengan bidadari asyik kena kacau dengan kau je (dek bunyi bising ular patuk)

:[ Kalau orang cakap kat kau, rilek ar bro, kita masih muda, kau bagitahu kat dia, kat suratkhabar ada berlambak berita budak-budak muda mati. Mati eksiden ada, mati sakit pun ada.

:p Kalau orang cakap, hidup untuk enjoy bro, kau jawab, ha ah, enjoy tak salah, asalkan ikut cara yang dibenarkan

Aku doakan taubat kau diterima Allah.
Doakan kami pembaca blog kau juga tau.

Alhamdulillah
:choler:

..
 
Comment by CyberTaz
2009-10-08 10:28:32

eh baguih tul..ko nie…

Allah beri hidayah di usia yang masih muda….
bahagia aku tengok….
ko bayangkan bebudak yang slalu masuk blog ko nie rata2 dari orang2 yang perlu diberi bimbingan…dgn artikel ko nie bukan shaja ko jadi insaf, bahkan orang yang membcanya juga boleh jadi insaf…bayangkan pahala yang ko dapat…

satu ko perlu ingat bila dah dapat hidayah nie…
iman memang menaik cam roket, semua benda baik kita nak buat, justko kena berpada2 sahaja, buat yng termampu, jgn paksa diri sangat…

then satu sunnahtullah…iman itu PASTI(sila baca) akan turun cam terjun bebas…ha masa tu lah ko kena istiqamah dgn hal2 wajib, cam solat dan sebagainya…

then bila dah nak jadi baik, pasti Allah akan berikan ujian yang lain, seperti ada suara2 sumbang (dorang nie memang mangkuk perangai cam setan tak suka orang jadi baik), “eh Khai nie ni dah jadi cam ustaz “(sedangkan dia yang berkata pun MUSLIM apa kes baru tulis 2,3 ayat quran dah kata ustaz, nampak sgt yang yang menyindir jarang buka quran),
“ala sekejap jer tu, nnti tgk la aku bagi masa seminggu”, “budjet alim”, then paling best dalam komen kt atas “BE ur self”(nada cam taknak dan percaya yang khai nak berubah)..

dan bila koo berjaya hadapi semua nie, insyA Allah akan angkat darjat ko lebih tinggi lagi, dan ujian yang lebih besar akan hadir…

sebelum berakhr, kita dalam hendak taubat pada Allah, kita perlu dasari dgn ilmu, banyak orang berzina, minum arak, kaki judi bertaubat kemudian buat balik dosa2 tue,
hal ini disebabkan mereka bertaubat tanpa didasari ilmu,
seperti apa balasan bagi yang bertaubat, cara bertaubat (cam ko post), sbeb musabab kita kembali bermaksiat, dan mcam2 lagi… dan semua ini dapat diatasi dgn kita belajar (orang kg cakap mengaji), pergi ke masjid jgn sholat jer try dngar beberapa das ceramah, jumpa orang2 yang sholeh dan bergaul dengan mereka, dalam seminggu cuba dapatkan kuliah agama selain dari khtubah jumaat supaya iman kita minimal maintain, ha kt internet lagi ar, macam2 boleh dapat dari video ceramah kt utube sampai post2 dalam blog islami….bca dan tambahkan ilmu…smoga ko tetap thabat(teguh), dgn hidayah yang diberikan…

~CyberTaz~

..
Comment by fifie ierina
2009-10-08 17:07:39

another comment yg sgt bagus utk take note, bukan hanya pada diri khai tp pd readers yg lain2 gk.. insyaAllah…

..
 
Comment by Khai
2009-10-08 17:19:07

alhamdulillah. Samaada ianya benar2 hidayah khai x pasti. Yang pasti ianya kesedaran yang amat kuat dan x pernah dirasai.. dan ianya menusuk ke dalam hati.

Terima kasih atas nasihat itu. insyaAllah, segala2nya baik.

..
 
 
Comment by keiroro
2009-10-08 10:55:03

bagus betul.

tapi kene istiqamah la segala amalan yang kau buat lepas ni.

sebab iman itu ada kalanya menaik, dan ada kalanya menurun.

..
 
Comment by nur
2009-10-08 11:13:41

Alhamdulilah khai..semua yang khai rase pernah di rasa oleh hati ini cuma kdg2 kite tanpa sengaja melakukan kembali dosa itu..Doakan kite semua dapat hidayah Allah..

..
 
Comment by Zaaqyah
2009-10-08 11:15:05

Salam…
Alhamdulillah…
Itu tndanya Allah menyayangi kta..
SesungguhNya Allah itu sgt menyayangi kita,biarpun kta sering lupakan Dia..MasyaAllah,betapa Allah itu Maha Pengampun dan Penyayang kpd Hamba2Nya…Sya juga pernah mengalami apa yg Khai rasakan..Betapa hinanya diri bla mengenangkan segalanya..bertmbah terasa ingin dekat dgn Allah bla berdampingan dgn org2 yg kuat agamanya…InsyaAllah..sama2lah kita menilai diri, dan istiqamah dlm mencari keredhaanNya..sesungguhnya kita hnyalah insan yg lemah dan sering lalai..

..
 
Comment by Eriyza
2009-10-08 11:19:35

Semoga istiqomah dalam beribadat.
Jgn amik separuh² sebaliknya hayati
keindahan Islam itu dgn sepenuh hati.

..
 
Comment by Fatin Pauzi
2009-10-08 12:43:09

Hurm, aku pun perlu sentiasa melakukan penjernihan jiwa ni. Aku sangat jahil.

Khai, bila dah buat solat taubat, buat la sekali sunat dhuha dengan istiqamah. Tenang sangat.

Rasulullah bersabda lagi,

“Solat Dhuha itu mendatangkan rezeki dan menolak kefakiran (kemiskinan), dan tidak ada yang akan memelihara solat Dhuha kecuali hanya orang-orang yang bertaubat.”

..
 
Comment by ain
2009-10-08 13:35:45

bile bace entri ni, serious terdetik dalam hati:

bile la aku nak start berubah? tak banyak, at least sikit2 la kan.
dah tu pulak macam2 petunjuk yang Allah dah bagi tentang perubahan alam ni, paling latest kejadian gempa bumi kat Padang, Indonesia. tak campor lagi kat Filipina tu.
Thailand pulak bergolak dengan bom sane sini angkara bom buatan sendiri.

So, jom kite same2 berubah. Tak mendadak, kite mulekan slow2.. Semoga Allah sentiase memudahkan segala niat baik hamba-hambaNya .. Amin 🙂

..
 
Comment by safar
2009-10-08 15:32:17

Apa yang pasti hang masih hidup bernafas lagi Khai.
jadi mesti sempat nak bertaubat.matahari masih belum
terbit sebelah barat.US Presiden Obama
sahaja yang tadbir sebelah barat.

Sedih betul artikel hang kali ini.aku pun nak minta
maaf sekiranya ada niat curi gambar ohartis.rasanya
tak sebab blog aku bukan blog artis.

..
 
Comment by ama7iya
2009-10-08 16:54:25

alhamddulillah,,
suko tgk komen2 kat atas ni,,
semuanya membina n positif,,
bagus ntok khai n bagus ntok smua readers,,
semoga semua dilindungi dan diberkati ALLAH S.W.T
amin 🙂

..
 
Comment by acap2405
2009-10-08 18:37:16

bro..
baik bro jaga hidayat tuh jikalau bro yakin bro mendapatnya..
jikalau tak..
bro termasuk orang-orang yang rugi..
bro dah rugikan peluang ALLAH jika bro lepaskan..

harap bro tak terasa..

..
 
Comment by hytiq
2009-10-08 19:59:38

hm..cm sme je prasaan.
aku pon rse sjak akhir2 ni mcam2 yg brlaku dlam idop.
smpai hnye mmpu b’doa pde Tuhan
“matikan lah aku diketika ini spye esok tak b’tmbah doseku yg da t’sdia bnyak”
n dlam mse yg sme jgak aku b’doa
“jganlah mtikan aku skrg krne aku blom ckop ‘bklan’ utk dbwe ke’sana’ ”

n sbnarnye,hnye Dia shje yg tau ape yg t’ baik untuk setiap hmbe yg dcptakan. =(

..
 
Comment by luthtextile
2009-10-08 20:43:30

bagusla kalau ianya berterusan! kipidap!

..
 
Comment by hayatito
2009-10-09 00:45:27

Salam khai.
Harap perubahan khai lepas ni istiqamah.
ada satu2 masa, bila kita rasa down kita start la mls2.
biasa la, si penghasut tu suka sgt bikin kaco kn??
hehe

Apa pun, setiap apa yang kita buat,
hadirkan Allah dalam setiap tindakan kita.
nak beli hp ke, laptop ke, moto ke, kereta ke.
even yang kecik2 pun kena minta petunjuk Allah.

Lepas ni kalau khai ada entry berkaitan agama,
jangan lah takut2 nak masukkan.
biarlah org kata apa pun. so what??
khai nak jadi pendakwah pn xpe.

You have potential.
insyaAllah, ramai yang boleh berubah.
manusia macam kita yang tak sempurna macam nabi,
kena la sama2 tolong mengingat-ingatkan.
Diriku sendiri pun kena diigt2kan..
=)

Saya doakan yang terbaik untuk khai.
Semoga khai dapat berjuang untuk agama.
Walau apa pun yg terjadi, baik ke buruk,
itu lah yang terbaik untuk kita.

Jazakallahu Khayran

..
 
Comment by apiz
2009-10-09 01:01:26

bersyukurlah di atas nikmat taubat yang Tuhan berikan, dan peliharalah ia krn bila2 masa Tuhan boleh mengambil kembali..

..
 
Comment by Fz
2009-10-09 01:46:11

alhamdullillah god gives u a light.

sekadar ingatan ohartis tu mendedahkan aib manusia.
kita sebagai muslim perlu cari jalan untuk mencegah kemungkaran dan mengajak mereka ke arah kebaikan bukan mendedahkan aib mereka. Terigt satu ustaz berkata kalau kita buka aib orang lain , allah akan buka aib kita lagi byk.

ohartis mempunyai trafik yg tinggi. tidak dinafikan blog tersebut sgt bernilai. tp kalau khai seorang blogger sebenar,
takperlu ohartis pun, khai dah boleh pergi jauh. insya allah. niat baik kita. allah akan tolong.

and saya juga faham jika khai masih meneruskan blog tersebut. jika saya berada di tempat khai pun pening kepala.
harap khai dapat consider. May God Bless You. Insya allah

ps: Penulis bukan seorang yg maksum(tiada dosa). Cuma
sekadar saudara sesama islam memberi peringatan

..
Comment by Khai
2009-10-09 03:31:50

Thanks Fz di atas nasihat anda.

Kalau diikutkan hati, mmg nak tutup saja Oh! Artis tu, tapi disebabkan Oh! Artis tu mempunyai banyak kaitan dengan orang perseorangan lain (bukan khai sorang), jadi Khai x boleh buat macam tu eventhou’ i’m the founder.

Lepas ni kalau ada penulisan Khai di situ, insyaAllah akan lebih banyakkan istiqamah di dalam penulisan. Apa yang berlalu tu biarkan berlalu.

Apapun semoga Allah memberikan petunjuk mana yg benar2 terbaik untuk hamba2nya.

..
 
 
Comment by alfa
2009-10-09 20:56:34

salam khai,tahniah lah alhmdulillah….

..
 
Comment by Pendatang Asing
2009-10-10 00:41:04

Salam khai,

Lepas baca artikel awak, saya pn trdorong utk mmperbaiki diri sy, dlm segala aspek…memang susah, tp “no pain, no gain” kn..

Hajat saya menulis komen ni adalak berkongsi satu lagu dari Rabbani. Memang menyentuh hati, dn memang indah hidayah itu apabila insafnya seseorang hamba Allah itu..

..
 
Comment by Pendatang Asing
2009-10-10 00:42:53

Nama lagu tu Kerlipan Cinta – Rabbani. Maaf ye, video x di-embed ke komen sblm ni..

..
 
Comment by denaihati
2009-10-10 16:17:34

Saja nak info ada hadiah tambahan untuk contest weblog popular 1Malaysia. Contest akan tamat pada 31/10/09. Jangan lupa check ranking anda di google.com.my (keywords “Weblog popular 1Malaysia) kerana mungkin anda adalah pemenangnya dan juga tambahkan denaihati ke bloglist anda untuk update terkini contest. tq

..
 
Comment by Nisa
2009-10-10 20:59:24

Alhamdulillah jika khai dah dapat kesedaran..ermm moga2 ianya berkekalan hingga akhir hayat, Insya Allah..

saya pun pernah rasa lebih kurang dengan apa yang khai rasa..
sebelum ni saya pun jenis solat, memang tak tinggal..
cuma rasa bahagia bila dapat tunaikan tu tak terasa sangat, sebab solat krn takut selalunya ada je nasib malang bila tinggal solat..lepas tu jarangggg sangat solat di awal waktu.
tapi doa supaya Allah bagi rahmat dan hidayah agar sentiasa berada di jalan yang Dia redhai memang jarang lupa..

satu hari tu, masa tengah bloghopping, saya terjumpa 1 blog cte ttg kmlgn pljr malaysia di mesir..
pastu baca2 lagi, jmpe la kisah2 pljr yg meninggal dlm kmlgn tu semasa dia masih hidup..
meleleh-leleh air mata ni nangis bila baca dan lihat cmne Allah muliakan hambaNya yang soleh utk dilihat kita yang masih lagi bernafas di bumi ni..rasa diri ni hina sangat2 kalau nak dibandingkan dengan orang baik sebegitu rupa

tak berapa lama lepas tu, saya jumpa blog Langit Ilahi pula..mula2 baca rasa macam biasa2 je, sampaila not long after that saya pegi mph dan terjumpa buku karya penulis blog t’sebut..buku tu kiranya mcm compile tazkirah2 yang penulis tu pernah publish kat blog dia sebelum ni la..
dah baca 2-3 bab macam tu, i started crying, sobbing in the middle of the night..saya baca malam sebelum tidur masa minggu orientasi dulu, kalau roommate dengar mesti dia ingat saya homesick huhu..

from then on, i can honestly i’ve changed…well sikitlah =p. saya bukannya dari keluarga ustaz ustazah yang hantar anak pergi maahad to begin with, so everything saya belajar sendiri…yang boleh rujuk ibu ayah saya rujuk, kalau tak internet la sumbernya..

Tapi yelah, kita ni manusia..mula2 insaf..lepas tu kalau leka, gradually keinsafan tu makin menghilang..so pandai2la jaga hati, jaga iman..rugi sangat kalau dah dapat hidayah, lepas tu lupa camtu je..lagi rugi dpd org yang sampai mati tak dapat hidayah..

semoga iman di hati berkekalan (dan bertambah) hingga akhir hayat kita~

..
 
Comment by Ahliahnizam
2009-10-10 22:03:38

Al-hamd. Allah telah beri hidayah pada tuan. Semoga Allah swt menjadikan agama sebagai maksud hidup kita.

Jemput datang ke Masjid Jamek Sri Petaling, KL selepas Maghrib setiap malam minggu. Di sana ada ceramah yg bagus berkaitan dengan kepentingan hidup beragama.

Insya-Allah, semoga kita sama-sama dapat ucap kalimah di akhir kalam nanti …..

..
 
Comment by syukeri
2009-10-15 17:45:58

maaf teguran saya ney….
buang lah iklan2 yg mjolok mata 2,lpas 2 bru lah bertaubat kkk
org nk bace artikel awk pn 2x nk fikir
soryyyyy

..
Comment by Khai
2009-10-15 19:00:25

ya saya faham mengenai itu pada awal lagi. Cuma iklan2 tersebut mempunyai tempoh. Apabila tamat dan ianya telah ada lama di sini. Kerana itu iklan tersebut di atas, saya ke bawahkan dgn sebab.

Apabila tamat tempoh ianya akan di’remove dan isnyaAllah takkan ada lagi iklan2 sebegitu di sini.

Apapun bagi saya ianya bukan iklan lucah. Produk kesihatan untuk suami isteri bukan? cuma mungkin gambar2 yang digunakan advertiser kurang sesuai. Biasalah, marketing strategy.

Kalau saudara nak baca dengan penuh tawada’ boleh berkunjung ke Oh! Islam. InsyaAllah, bersih di sana tanpa sebarang iklan yang tidak sesuai.

Terima kasih di atas komen saudara syukeri :8

..
 
 
Comment by Diela
2009-11-07 04:42:19

DoSa aDaLaH bEbaN tErBeRaT…LangKah aWaL meNujU ALLAH aDaLaH bErtaUbat, KemuDiaN MghimpUn bEkaL Utk mEngHiasi dIrI dGn kEbajiKan………

Air mata mampu memdamkn api neraka,
Andainya ia benr mengalir dr NASUHA NURANI

Semoga Allah SWT menjadikan air mata yang jatuh di sudut-sudut mata kita adalah air mata yang berharga dipandangan_Nya… =(

..
 
Comment by akak
2009-11-08 00:15:53

huhu… good 4 u… mai sm2 insaf ats kekhilafan masing2.. 😉

..
 
Comment by cucutokku
2009-11-08 21:57:44

saya tahu awk sorg yg baik..punyai jiwa yg lembut.. lembut ngan bersih adlh berbeza tp jiwa yg lembut sng utk mdptkan hati yg btol2 bersih..InsyaAllah..pndpt sy sorg,eloklah artikel2 yg bleh mengundang kpd kebencian,kutukan trhdp peribadi individu2 diremovekn..perbuatan yg kite benci,bkan diri individu..perkara yg baik xleh dicampur2kn dgn yg buruk. ibarat membina masjid tp dlm masa yg sama berjudi d blkg msjd..itu saje.

..
 
Comment by Diela
2009-11-12 11:18:52

melangkah itu mudah,namun mencari jalan itu yg trkadang payah..
mencari jln itu mudah namun memahami destinasi itu yg susah..
menyusuri susur itu mudah,namun menuju noktah itu pasti mendatangkan lelah..
menjaga istiqamah itu paling susah,payah dan lelah…

namun DIA amat faham, bagi hmbaNya,DIA tidak meminta m’sia mnjadi yg trbaik, hanya perlu utk melakukan yg trbaik,meletakkan sandaran dan keyakinan penuh kpdNYa, lantas nescaya Dia akan menguruskan yg selebihnya agar yg trbaik itu menjadi milik m’sia..

Moga perjalanan kita sentiasa d’dlm lindungan ALLAH SWT…Amin..
:oups:

..
 
Comment by Kurus
2011-06-15 08:13:33

jgan ada yg merasa dirinya ‘cukup’
sembahyang, puasa, baca yassin,,,semua terasa dah dilaksanakan…

sehingga alpa memohon diberikan taufiq n hidayah.. konon dah diberi dah…hellooooo…

sentiasalah bisikan doa dlm hati
“Ya Allah, tunjuki aku, tunjuki aku, tunjuki aku…”
agar Dia sentiasa menunjukkan kpda kta melalui berbagai cara, akan bgmana kta boleh memperbetulkan n meningkatkan lg keimanan kita….”

kadang melalui org lain, kadang melalui media, malahan ada melalui ‘temuan2’ kta di spnjang jalan ke tmpat kerja.. dan sebagainya.

saya ada melihat, beberapa org kawan yg memang alim sejak awal lagi, tanpa ‘0’ solat..qada kalu trtinggal.. tp aduhai sayang… tk tahu mcmana nk tegur n mengingatkan… mungkin inilah yg dikatakan sifat ‘hati’..sekiranya tidak diminta tunjuki jalan…tidak akan gelap mnjadi terang.. 😉

..
 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
Your URL
Your Comment (smaller size | larger size)

Trackback responses to this post