(Photo) Nokia N8 (N8-00) Symbian^3 Review

justkhai-maxis10-camera

Hi guys, kalau pada review Part 1 sebelum ni, Khai letak teaser sedikit sebanyak pasal rupa dan spec Nokia N8 ni, dan ini adalah perkara paling penting dan sentiasa menjadi perhatian pertama untuk para pembeli atau kawan-kawan korang sendiri iaitu berapa Mega Pixel kamera dan bagaimana kualiti gambar dan video dia pada waktu malam dan sebagainya. Semuanya berkaitan dengan kamera yang sedia ada wujud pada sesebuah handphone itu sendiri.

Untuk Nokia N8, ianya disediakan dengan 12MP camera (dengan Carl Zeiss optics) dan fungsi rakaman video 720p at 25fps (Shoot 16:9 videos in HD). Dengan kehebatan Xenon Flash, autofocus, face recognition, Focal length: 5.9 mm, F number/Aperture: F2.8, Still images file format: JPEG/EXIF and zoom up to 2x (digital) untuk still images. Ianya lebih baik dari Motorola Droid X tetapi hanya sedikit kurang berbanding iPhone 4 dan Samsung Wave di atas kebolehan merakam video pada 720p at 30fps (kurang 5 frame per second).

Tetapi ianya langsung tidak memberi perbezaan yang ketara. Langsung tidak! Apa yang pasti, bila korang play dekat LCD TV korang, kualiti gambarnya tak ubah macam menonton mana-mana channel Astro Byond! Siapa rumah ada masuk Astro Byond tu, tahu la camana gambar yang dikatakan High Defination (HD) ni kan? Hehe. Contoh video siang dan malam Khai akan bawakan ke dalam review part 3 nanti. (more…)

Posted on 1 November '10 by , under Review. 68 Comments.